seen by : cik nuha.
ok, post kali ni mungkin tak banyak manfaat. banyak luahan hati sahaja, mungkin.
sepanjang hampir setahun bekerja, banyak suka dan duka, pahit dan manis terakam dalam lipatan cerebrum.
penat. tu perkataan yang sinonim setiap hari. walau tak terungkap dengan kata-kata, ia terlahir dengan tindakan. mana tak nya, kalau setiap hari lepas balik kerja, tidur tak ingat dunia. huu. bila hari yang penat, tidur sangat awal dan bangun tengah-tengah malam dekat nak subuh tu adalah perkara biasa. sampai kadang-kadang rasa bosannya la hai hidup bekerja ni. tak ada kerja lain ke sehari-hari selain daripada: bangun pagi, bersiap seadanya, pergi kerja, balik kerja penat, makan, solat dan terus 'syahid'. esoknya, rutin itu berulang lagi. masa tu dalam kepala hanya ada : bila nak akhir minggu ni? saya dah penat! lagi 'hebat' bila hari minggu pun ada 'panggilan atas talian'.. nak balik ke rumah pun tak sempat walaupun sebenarnya ia cumalah akan mengambil masa 4jam jika memandu sendiri. perasaan pun mula lah tak 'bagus' bila ibu dan ayah berkata : kak tak mahu balik rumah dah... T__T
gembira. bila semua benda berjalan lancar sahaja. mood semua orang pun ok je setiap kali pergi kerja. pesakit pun tak buat banyak kerenah. doktor pun baik-baik sahaja. jururawat semua tak banyak masalah. pendek kata, bila persekitaran dan suasana itu harmoni.
sakit hati. bila : banyak kerja kita buat, sedangkan orang lain ramai yang mengarah itu, megarah ini, bersenang lenang. tapi akan tenang semuanya bila pujuk diri untuk berikhlas. sakit hati juga bila : pembahagian jadual oncall tak berapa adil. tapi bila difikirkan balik, ada juga masa aku boleh berehat dengan aman bila semua oncall habis awal untuk bulan tu. sakit hati juga bila : susah untuk dapat cuti, kena cari pengganti. kadang-kadang usahkan cuti, nak off time pun punya la payah. tapi, kena tenangkan hati dengan fikir : aci la, kira oncall tu cover masa aku lalai/main-main buat kerja.
tapi semua rasa ni perlu diperhalusi. ada pelajaran perlu saya ambil. kerana saya ahu tiap yang berlaku itu ada sebabnya. rasa gembira itu hadiah dariNya. rasa sakit hati itu untuk saya baiki lagi hati yang masih hitam, rasa penat ada kepuasan selepasnya (sebab dapat isi masa dengan sebaiknya). semua rasa itu Dia yang datangkan. semua rasa itu Dia yang campakkan. semua rasa itu hadiah dan ujian daripadaNya. kerna Dia mahu saya selalu ingat : Dia sayangkan kita semua. Dia mahu kita selalu ingatiNya.
hati itu setiasa berbolak balik, kan? mood pun sama. tapi saya tak mahu jadi orang yang mudah moody/emosional. saya mahu jadi rasional. oh, belajar.
~ kita akan selalu diuji dengan keikhlasan dan kesabaran ~
plan:
not no be discharge yet. strictly, no AOR (at own risk) leave too.
[ hidup tak boleh statik. carilah cara untuk mempelbagaikan pengalaman hidup. moga beroleh tenang dan bahagia semuanya. inshaAllah ]
.