29.1.10

main


tengah berkemas nota, tiba-tiba terjumpa ini:

the eyes --> they see
desperation --> a rope ends it
eleven plus two --> ???

menarik, kan? dulu, dr.chua selalu bagi kami teka-teki macam ni. sebelum dia mengajar, dia bagi la satu perkataan tak pun satu ayat, lepas tu dia suruh kami tukar kedudukan (tempat) huruf tu jadi satu perkataan atau ayat yang lain pulak. dan yang menariknya, perkataan yang ditukar tu ada kaitan dengan perkataan sebelum ditukar. contoh macam kat atas. 'the eyes', bila tukar tempat duduk huruf kat dalam 'the eyes' tu jadi 'they see'.. mata, ada kaitan dengan melihat, kan? menarik, tak? hehe, saya suka! jadi, kalau 'eleven plus two', bila tukar-tukar kedudukan huruf dalam tu jadi apa? siapa boleh teka?

---------------------------------
saya nak turun ke selatan! tapi... tapi...

27.1.10

rabu, 270110


di suatu pagi, di sebuah kolej di balik pulau..
tempat : bilik kuliah V
masa : 09:45am

"nuha, where are you?"
eh? *ada je kat sini* senyum..

beberepa minit selepas itu..

"nuha, where are you today? i will keep you awaken"
ha? senyum lagi..

senyum je kerjanya bila kena tegur. lepas tu, dah tak berani dah nak main tunduk ke bawah tengok kaki kerusi masa belajar dalam kelas. pagi tadi mula dengan applied 2. tajuk : fungal skin infection. eh tak tak. skin fungal infection. apa beza dua tu? menurut salah seorang rakan sekelas saya, kalau fungal skin infection tu kita belajar macam mana nak ubati jangkitan pada kulit fungus (erm, fungus ada kulit eh?), yang sepatutnya skin fungal infection untuk belajar macam mana nak ubati jangkitan fungus pada kulit manusia. fahamkah? ok, saya keluar tajuk. :D

tadi, entah kenapa tiba-tiba je datang mood yang tak berapa nak bagus. rasa lemah je badan. pergi kelas pun macam longlai. ish, entah apa kenanya tadi saya pun tak tahu.. bila sampai kelas pulak, tengok kehadiran.. hurmm.. lepas tu bila mr. abdullah duk tegur saya dua kali dalam kelas, juga berusaha ceriakan kelas walaupun kami tahu dia ada terkilan (kot) dengan kehadiran kelas, saya mula ok. semakin ke tengah hari, mood saya semakin ok. cepat betul. ahaha. terima kasih untuk hari ini~

sini ada sesuatu untuk dikongsi, saya dapat dari ceramah kat kolej tadi. mungkin pernah dengar, tapi apa salahnya mengingati semula, kan? ;)

pesanan luqman al-hakim:
  1. cintai Allah
  2. solat
  3. suruh buat baik
  4. jauhi mungkar
  5. sabar
  6. jangan sombong
  7. rendah diri, dan bila bercakap jangan tinggikan suara.
---------------------------------------------------------
saya ada buku. mukasurat untuk hari ni sudah penuh dengan corak dan tulisan tersendiri. bila saya cuba bandingkan dengan apa yang ada di mukasurat semalam, ada yang berubah. untuk esok, macam mana pula corak mukasurat dalam buku saya ya?

26.1.10

[padi . lagi]










ok, yang ni sebenarnya gambar sawah padi yang saya tengok hari tu. padi dah kuning, kan? gambar yang bawah ni saya ambil setahun yang lepas, di tempat yang berbeza, tapi masih dalam kawasan balik pulau dan masih objek yan sama-sawah. :D

gambar atas ni, lokasi dia di tengah kampung sikit. kena masuk lorong dan jumpa rumah orang dulu, baru jumpa bendang. ada banyak jalan nak masuk sini. jalan paling senang, lalu ikut tepi masjid besar. kat situ ada satu lorong yang agak luas. selain tu, boleh juga ikut jalan kampung (tapi kena tahu jalan jugak la, sebab boleh sampai jalan mati ni-pernah sekali-) tepi sekolah rendah, jalan titi teras, lagi ikut mana ye?

masa saya lalu ikut sawah ni, saya selalu terserempak dengan penduduk kampung yang berjogging. pelbagai peringkat umur. tapi kebanyakannya, dewasa lah. macam best je kan, jogging dalam keadaan sekeliling yang menghijau. macam tenang.. *ok baiklah, saya suka warna hijau padi tu sebenarnya*. :D teringat pulak saya pernah baca dalam satu buletin ni, dia cakap antara perkara yang boleh menajamkan mata ialah dengan tengok warna hijau (macam tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, padang pun!). sawah tu termasuk, la kan?

25.1.10

[padi]





salah satu sebab saya suka balik pulau.. sebab ada sawah padi yang hijau. :D tapi tadi saya pergi tengok dah mula nak jadi kuning.. padi berbuah dah..

esok kelas mula jam 12 tengahari. waah, untuk pertama kali! sebab makmal GMP dah habis (dalam jadual, isnin : 9-1 -> makmal GMP).. kalau dulu, selalu ja jealous dengan junior sebab kelas mereka tak penuh sangat berbanding kami. (baik punya senior.. hehe). ye la, kami dulu sangat jarang kelas kosong. masa tahun pertama lagi lah. masuk pun dah bulan lapan. (dia nak mula dah.. baik berhenti). baiklah. :D

psst : ada siapa-siapa yang reti guna SPSS untuk analisis VAS tak?

21.1.10

sigh [?]

---------------------------------------------------------------------------------------------

8.00am : pharmacoeconomics by dr. asrul
10.00am : group discussion of p.economic project (and my part is, VAS analysis!)
11.30am : counting growth and colonies of bacteria in petri dishes - tuesday's experiment
12.15pm : lunch (also can be called, 'brunch'? -breakfast + lunch)
12.30pm : applied therapeutics 2 by mr. abdullah
1.30pm : zohor prayer
2.00pm : GMP class by mr. sarmad
4.30pm : community Rx class by mr. hadeer
6.00pm : finish class! o-yeah!

--------------------------------------------------------------------------------------------

*lembik rasa*
phew phew phew!! and by 4.30pm, my mind is not in the class anymore. aish!

one more, by 8.00pm tonight, there will be a meeting between us (penghuni asrama) and our new HEP. a HUGE desired for us to skip the meeting. can ah? apa-apa je lah, dah tak kisah. kami nak ponteng jugak. haha.

and now, after a very very tired day, i'm here, posting an entry to this blog. so good of me, right? :D

p/s : my english is getting bad. oh! *sigh*

kaya hati

Dengar lagu ni rasa macam ...........


Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi
Kerna Allah bersamamu wahai para muttaqin
Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi
Kerna Allah bersamamu wahai para mukhlisin

Miliki hati pemurah yang mampu menahan marah
Memberi maaf dengan mudahnya…mudahnya
Miliki hati pengasih walau diri kan tersisih
Memberi kasih tanpa memilih…memilih
Hati itu bagai ladang tempat bercucuk tanam
Hati itu bagai kolam tenang nyamannya

Cari kekayaannya dalam uzlah yang lama
Di malam yang sempurna bermunajat pada-Nya
Pengabdian yang hakiki lewat zikir amali
Dibasahi disirami dengan rahmat Ilahi


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda : Bukanlah kekayaan itu dengan kayanya harta, tetapi kekayaan yang sebenar adalah kaya hati..

15.1.10

melaporkan

salam..
seminggu menyepi.

semalam, ke BJ. menghantar charger laptop. masa nak balik, dapat satu 'pra-fobia' (eh saya tak tahu ada ke tak term ni). main taram aje ni. fobia dengan apa? fobia dengan motosikal. tu la padahnya bila suka sangat main aci redah. huhu~

ok, masuk mode membuat laporan.
setakat ni, kelas berjalan dengan baik, walaupun kadang-kadang ada jugak kelas yang kosong. jadinya kelas memang tak berapa nak tetap lagi lah masanya. kalau dalam jadual tu cakap sampai pukul 7, maksudnya sekarang kelas tak ada la sampai pukul 7. paling lewat pun pukul 6. tadi, kelas habis pukul 6. huu, memang agak tepu dah rasanya masa tu. mana taknya kalau kelas mula jam 9 pagi. semua yang dalam kelas pun dah jadi 'berhalusinasi' bila jam melepasi angka 5. kot. oh tak tak. ada seorang dua yang masih lagi kemas fokus. (eh tapi saya dengar pelajar usm lagi bagus. mereka kelas mula jam 8 pagi sampai 8 malam.. hoho) kelas pharmacoeconomics setakat ni yang banyak tangguh. tak jumpa cari masa yang sesuai lagi. (kali ni hanya 17 orang pelajar yang ambil farmakoekonomik, campur dengan pelajar usm-6orang-).

okeh, sambung lain kali. library dah nak tutup..

------------------------------------
sambung melapor :D

tadi kelas komuniti farmasi. miss hafsa yang ajar. mengikut jadual, itu kelas terakhir kami dengan dia. di akhir lecture, dia banyak bagi pesanan kepada kami. tentang kerja, terutamanya. dan tadi juga dr.nina (dr.nina sudah jadi mama sekarang!) masuk ajar kami, bersempena dengan lawatan pertama. masa mula-mula masuk pun dia mulakan dengan : this is the last semester for all of you, right? (oh lebih kurang macam tu la ayat dia). nak tahu apa saya rasa? gementar oh! macam tak percaya! macam tak bersedia (selalu je kan cakap macam ni?). haha, macam-macam lah saya ni. dan hari tu bila jumpa junior, mereka pun ada cakap : tak lama dah eh kak nuha nak habis. waah! ngaa~ jadikan saya kembali ke alam realiti. "the only way to beat the fear is to face it".. oh ya?

to make a rainbow, you need sun and rain. isn't it?

p/s : selamat hari lahir, in advance untuk my kakak. (1601) ;) datang penang ye, nanti saya belanja kek batik! hehe~

8.1.10

sayur?

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

salah satu etiologi (sebab) untuk dapat GERD ialah tidur selepas makan. jadinya sekarang, saya tak boleh tidur. lagipun lepas ni ada kelas jam 3petang, praktis komuniti farmasi.

makan tadi, saya order kuey teow kungfu tak mahu sayur. masa pesan, saya toleh kat dr.norhayati. hee, dr. pun cakap : kalau cakap tak mau sayur, saya mesti senyum je kat dr. lepas tu. sebab dr. pernah nasihat kat saya suruh makan sayur.. hehe. entah, saya tak boleh makan la.. saya pernah cuba untuk makan, tapi akan dapat negative feedback je lepas tu. tadi, semua orang nasihatkan saya suruh makan sayur. siap promote suruh blend sayur lagi. hehe. maybe after this i should learn how to eat vegetables.. mmm~

after this i'll be missing all the moments here. suka. dan. duka. manis. dan. pahit. tawar pun ada.

5.1.10

ringkasan

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

kuliyah sudah mula. minggu lepas lagi sebenarnya. jadual mula nak padat. ingatkan bila sedikit jam kredit, lagi lapang la sikit.. tapi tak, sebab kami kena habiskan semua silibus sebelum klerksyip (lepas midterm break). tu pun, lecturer nak bagi habis lagi cepat seminggu sebelum cuti, nak bagi peluang kepada kami buat ulangkaji untuk kuiz. setakat ni, semuanya masih ikut jadual. kelas, hari sabtu pun ada jugak. tadi baru mula lab GMP. eksperimen pasal flow rate of particles. mungkin jadual lepas ni akan sebabkan saya agak 'busy' untuk beberapa minggu (ye ke? nanti kita tengok eh...hehe)

ok, baiklah. saya curi-curi masa online di CC nih. laptop masih tenat lagi, entah bila akan sembuh. huu, lab report!

kelas pukul dua. saya keluar dulu. daa~

ps : entri ni dan entri di bawah ni, saya tak sempat nak edit kesalahan ejaan. nanti lain kali lah..

4.1.10

nuha

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

kecik-kecik dulu masa cikgu suruh perkenalkan diri, saya pun cakapla nama saya nuha. lepas tu, dia kata : unik. bila jadi pengawas berapa kali nametag saya kena tukar sebab silap tulis nama : nurul hannuha. [-_-"]

masuk sekolah menengah, pernah sekali saya dapat cenderamata usrah 'Rafeah'. akak naqibat tu bagi penanda buku untuk tiap-tiap ahli usrah, yang bertulis nama masing-masing. tiba giliran saya, dapat nama : Huna. [-_-"]

ada sekali pernah kawan saya tanya, nama apa? saya jawab : nuha. dia kata, dekat-dekat dengan nahu la. patutla pandai nahu... (ayah dengan mak saya je kot.. huu) dan, bila masuk sini, ada orang pernah tertukar nama saya jadi nahu lagi.. [-_-"]

masa sekolah rendah, susah sangat nak jumpa orang nama nuha. masuk sekolah menengah, pertama kali jumpa masa tingkatan lima, nuha binti awang. masuk IPT, baru jumpa ramai orang yang kongsi nama dengan saya. ok, dah jadi tak unik. hehe. pernah sekali tu saya search dalam facebook, siapa yang guna nama nuha lagi. dan hasilnya berderet-deret oh. ok, nama nuha dah jadi semakin common. :D tapi yang paling banyak saya jumpa depa letak nama ni : li ulin nuha. pernah dengar tak perkataan ni? *angkat-angkat kening*

oh ya, saya lupa. saya pernah google search (hoho, semangat tuu nak tahu) nama nuha. dari situlah baru saya tahu rupa-rupanya ada buku bertajuk 'surat ungu untuk nuha'. macam nak tergelak pun ada. ye la, bila baca tajuk macam tu rasa macam dia tujukan untuk kita, walaupun sebenarnya tidak.. :p

dan, yang paling terkini, kakak ipar baru kawan saya pun nama nuha jugak. (kan, dibah kan?)

orang pernah tanya : nama awak maksud dia apa? saya cakap : buka quran, surah Ta ha ayat 54. ngaa, saya malas sungguh nak bagi jawapan kalau orang tanya maksud nama saya secara lisan nih. entah.. tak reti nak jawab. ok, saya rasa saya segan . kot. saya tahu maksud nama saya masa sekolah rendah bila tanya ummi (sebab pelik kenapa tak ada seorang pun yang saya jumpa guna nama nuha jugak msa tu). ummi pun jawab : cahaya aqal. "ooo"..

nuha. nuha. nuha. nuha. nuha. aqal. aqal. aqal. aqal. aqal. hoho, tak ada kerja saya nih. nama itu doa, kan? tiap kali orang panggil kita dengan nama tu sama dengan dia doakan untuk kita, kan? nuha. hurmm, tiba-tiba saya rasa macam unik la pulak nama ni. ok, perasan! :p kenapa tak ada orang panggil saya, nurunnuha eh? nurunnuha = cahaya aqal. lagi best kan dengar? ngaa, demanding!

kenapa tiba-tiba saya terfikir untuk tulis pasal ni? alkisahnya begini sebenarnya. tadi, masa kelas applied therapeutics 2 dengan mr. abdullah (lecturer baru, dari Yaman), dia ada tanya nama seorang-seorang dalam kelas. bila tiba giliran saya, dia balas :"oh, macam nama arab..".. oo eh? macam nama arab eh? patutla sebelum ni saya jarang sangat jumpa orang bernama nuha ni.. a-rab? huh, perasan lagi! dah dah. baik berhenti.. bahaya nih..

apa-apa pun, the point here is nama itu doa.

the lists:
hamidul hannan hasani : terpuji ___ kebaikanku
nurul muna : cahaya cita-cita
nurul shifa' : cahaya penawar
ali zakaria tobari : oh yang ni saya tak tahu maksud sebenar dia apa, sebab semua nama orang.
ahmad aman abadi : terpuji keamanan yang abadi

nama melambangkan keperibadian. betul eh? tapi kenapa nama aman, bila dia ada dalam kelas akan mentakamankan kelas? (ni saya dapat laporan daripada emak saudara saya merangkap cikgu kelas dia).

soalan cepu perak : apa maksud nama awak semua, eh? boleh kongsi? :D

3.1.10

keliru

Kenapa ya, semakin lama belajar jadi semakin keliru. ingatkan dah kemasuntuk disimpulkan, rupanya simpulan masih longgar, genggaman masih tak kuat, tunjang belum cukup utuh untuk melawan puting beliung.

satu demi satu daun mula gugur
sedikit demi sedikit dahan mula rapuh
akhirnya, apa lagi yang tinggal?
meneguhkan tunjang di kala keributan mengganas,
harapan itu, masih wujudkah?

bila semua di sekeliling menjadi kaku
waktu segalanya di sisi bertukar rentak
masih tegarkah lagi
sekeping hati itu
untuk bertahan?

kekeliruan demi kekeliruan
yang tiada penghabisan
kerana hidup ini dirasakan eksperimen
apa akan jadi bila buat itu?
buat begini pula, apa impaknya?

tika semua orang memilih kanan
tapi diri bersendirian memilih kiri
'survival' itu jadi taruhan..

kala semua orang sibuk
dengan idea-idea canggih mereka
aku di sini
memilih
untuk
berdiam diri

[pelangi itu.......................................betulkah warnanya, tujuh?]




H24, CG, usm,
010110
10.30pm

erk! bahasa agak tunggang langgang di sini. kecelaruan. aiseh [-_-"]

---------------------------------------------
soalan : kenapa ya orang selalu suka salah anggap?