17.10.12

berhenti sejenak

sibuknya kamu!
to-do-list itu semakin hari semakin panjang
walaupun setiap hari ada yang dipotong
ada pula penambahan perkataan yang baru ke dalam senarai itu.

sibuknya kamu!
berkejar ke sana, berkejar ke sini
hinggakan kereta yang baru kamu guna itu
jauh perjalanannya melebihi orang yang beli kereta 2 tahun.

sibuknya kamu!
mesyuarat sana, kursus sini
program sana, seminar di sini
nak bercuti pun perlu fikir banyak kali
bagaikan kamu seorang sahaja yang ada??

sibuknya kamu!
hinggakan tenang yang kamu cari tersepit
di antara ruang dan celah kesibukan
berhenti lah sejenak!

setiap kali lepas solat, ambillah masa
masa untuk koreksi diri sedalamnya
persoalan-persoalan kehidupan
untuk apa kamu hidup?
untuk apa kamu bekerja?
untuk apa kamu buat itu?
untuk apa kamu berada di sini?

bukan semua orang yang berpaling kepada masa lalu itu tidak maju
bahkan orang yang tidak lupa masa lalunya lebih mudah untuk yakin ke depan
sesekali, intailah masa lalu itu
yang pernah ada dalam kamus hidup kamu
kerana dengan masa lalu, kamu beroleh pengalaman
menghadapi masa depan

undurkan ingatanmu ke dalam waktu kecilmu dahulu
di saat kamu rasa kamulah orang paling gembira dalam dunia ini
punya kawan untuk bermain tanpa fikirkan kesedihan
kalau ada kesedihan pun, hanya sementara
fikiran kamu di waktu itu sangat polos
(sebab tu kamu boleh bergaduh dan seminit kemudian berbaik kembali)

ke hadapan sedikit memori itu
masuk ke zaman kamu sekolah menengah
sekolah di sekolah tidak bercampur lain jantina
semakin rancaklah kamu berkawan dan menambah kawan
di waktu kamu sangat tenang dengan suasana sekolah yang menjaga
usrah, program, tamrin, qiam menjadi rutin bulanan
kamu seronok sekali!
kamu tenang sekali!
kamu bahagia sekali!

lalu, kemudian kamu melangkah ke alam belajar tanpa baju uniform
kamu mula bergaul dengan kaum yang berlawanan jantina
belajar mengadaptasi suasana
tapi kekok itu masih jelas terpancar
dari gerak gerimu, tutur katamu, cara kamu mengawal hati
waktu itu kamu berkata : masa ini masa ujian, praktikkan apa yang dipelajari
jangan sesekali goyah pendirian

akhirnya, kamu berjaya merangkul sebuah ijazah
dan kamu mula bekerja
di saat ini, semuanya bermula kembali
kamu diuji lagi
dengan mahmudah yang kamu cuba terapkan dalam diri
keikhlasan dan kesabaran sentiasa akan teruji
tapi ia bukan mudah semudah berkata-kata
saban hari, keyakinanmu mula meluntur
kamu rebah.
rebah!
Allah!
dan Dia berbaik hati
menunjukkan kamu jalan terbaik
mencampakkan rasa bahawa Dia ada bersama kamu
walau apa jua keadaanmu
kerana Ar-RahmanNya tidak mengenal sesiapa

kini
kamu di sini
sibuknya kamu!
dengan urusanmu yang tak berkesudahan itu
sudah lupakah kamu bahawa akhirat itu alam yang pasti?
bagaimana dengan persediaannya?

ujian takkan pernah berhenti
tapi jangan sesekali kamu lari dariNya
berapa banyak tazkirah kamu tatap setiap hari
berapa pertambahan iman kamu setiap waktu?


.
.
.
.
.

hidup ini bukan sentiasa melintang
bukan juga sentiasa menegak
'istanna syuwaiyyah'.

'jangan sangka sesuatu yang buruk sahaja adalah ujian. nikmat juga kadang kala merupakan ujian'

19.9.12

husnuzon = bersangka baik

Selamat mengemas blog yang kini berdebu. :D

Salam.
Kali ni mahu bercerita. Tentang sangka baik, mungkin? Mari kita tengok. :)

Hari ini hari yang sangat sibuk untuk minggu ni setakat ni. Dengan persiapan audit ISO-persijilan semula nya, dengan hari TCA (to come again = temujanji) pesakit tak berjangkit (non-communicable disease patient), dengan hari masak-masak satu farmasi (oppss! :p). Tak sempat untuk makan tengahari pun, tapi tak apa. Ada orang baik hati mendermakan donut, spagheti (oh, dietku!). Boleh la untuk mengalas perut sementara menunggu waktu balik. :)

Tengahari tadi, bertolak ke HUSM dari Rantau Panjang untuk lawatan pemantauan klinik metadon bersama Kak Azma dari Bahagian Farmasi Negeri. (jauh jugak ye, dalam 45km kot?). Bukan pemantauan sangat pun, hanya sekadar menjawab rasa ingin tahu tentang set-up metadon kat sana. Sebab HUSM bawah kementerian lain, kan.. Hee. 2 jam jugak bersembang, melawat klinik dan ambil maklumat-maklumat penting. 

Pukul 5, bertolak balik. Saya ambil jalan Kubang Kerian-Pasir Tumboh-Tunjong-Tendong. Masa tengah bawa kereta dekat lebuhraya Tunjong tu, tiba-tiba terkejut jap. Ada satu kereta ni memotong kereta-kereta di hadapannya dengan banyak sekaligus. Ada la dalam 6 biji kereta kot. Sangat laju. Dahla masuk lorong saya (dia dari arah bertentangan) dan tak menghentikan pun 'potongan' tu. Siap bagi lampu tinggi lagi. Banyak kali pulak tu. Uish, apa hal dia ni? Detik saya dalam hati. Memang sangat terkejut lah. Saya tengok dia macam tak mahu berhenti memotong, maka saya mengalah. Bagi laluan pada dia. Mula-mula geram jugak. (kalau masa tu tengah serabut kepala, tak fokus pada jalan memang sangat bahaya lah!). Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin pemandu tu ada urusan hidup/mati kot. Tu yang kalut mengejar masa tu. Huhu. 

Apa kaitan dengan husnuzon? Husnuzon kan boleh tenangkan hati, damaikan jiwa. Jadi, dengan berhusnuzon yang pemandu tu tadi sangat terdesak maka boleh menghilangkan rasa geram yang mula-mula muncul tadi tu. Kan? :) Jadi, jom berhusnuzon! Ye saya tahu kadang-kadang susah untuk bersangka baik ni. Tapi cuba ya. ;) Mari kita sama-sama berusaha mencapai tenang. Hehe

ok, gambar ini tak ada kaitan. Attention to : Puan Wirdiana ye :p

25.7.12

seorang gadis itu



Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta,
Halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati, telus wajahnya,
Setelus rasa membisik di jiwa,
Di matanya cahaya,
Dalamnya ada air,
Sehangat cinta,
Sejernih suka,
Sedalam duka,
Ceritera hidupnya...



Seorang gadis itu,
Hatinya penuh manja,
Penuh cinta, sayang semuanya,
Cinta untuk diberi,
CInta untuk dirasa,
Namun manjanya bukan untuk semua,
Bukan lemah,
Atau kelemahan dunia,
Ia bisa kuat,
Bisa jadi tabah,
Bisa ampuh menyokong,
Pahlawan-pahlawan dunia,
Begitu unik tercipta..
Lembutnya bukan lemah,
Tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah...



Seorang gadis itu..
Teman yang setia,
Buat Adam dialah Hawa,
Tetap di sini,
Dari indahnya jannah,
Hatta ke medan dunia,
Hingga kembali mengecap ni'matNya...


Seorang gadis itu..
Perlu ada yang membela,
Agar terdidik jiwa,
Agar ia terpelihara...
Dengan kenal RabbNya, dengan cinta Rasulnya, dengan yakin Deennya, dengan teguh aqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya... Dalam ketaatan penuh setia, pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga dan ummahnya....


22.6.12

I'm thinking of something. But still not clear, whether to put it in my life planning.

second degree?

15.5.12

monolog

Tidak adil kan, demand untuk pasangan yang soleh sedangkan diri masih belum solehah? Astaghfirullah! (walaupun pada masa depan, dia yang akan menjadi ketua keluarga dan membimbing kita, tapi kita boleh mengurangkan bebannya dengan berusaha menjadi lebih baik dari awal) 

Antara usaha yang boleh dilakukan untuk memperbaiki diri:
1.    Laksanakan semua perintahNya, jauhi laranganNya! (hindarkan SMS yang lagha, untuk urusan sahaja dibenarkan).
2.    Berusaha mengikis aib-aib diri.
3.    Mujahadah! (mujahadah itu pahit, tapi natijahnya manis)


~mawar syurga berduri.

12.5.12

(iii)


hari pertama :
sarapan pagi di hotel -> ke pasar baru naik angkutan kota -> makan tengahari di pasar baru -> sambung ushar barang-barang untuk dibeli dan berkenan di hati :p -> lepas maghrib, ke factory outlet di Jalan Dago -> makan malam di kedai-tak-ingat-nama-apa-tapi-dia-ada-sediakan-masakan-malaysia -> 12malam, balik hotel. penat.

lace

kesesakan lalu lintas, depan pasar baru bila jam menunjukkan pukul 5petang

bandar bandung, diambil dari tingkat 7 pasar baru
suasana



ayam penyet


sitrion. macam myvi, kan?

factory outlet jalan dago

carla kot nama kedai ni?

dinner for four

nasi ayam pedas + teh limau
pasar baru. bangunan dia ada 7 tingkat. banyak pilihan tapi setiap kedai lebih kurang sama je barangan yang dijual. ada kain pasang, lace, kain untuk buat langsir, kot, kain buat baju melayu, telekung, blouse, t-shirt, cenderamata. tingkat 6 ada deretan kedai makan. masjid berada pada tingkat yang teratas. tapi tak perlu risau, lif disediakan. :) sehari tak cukup untuk memilih barang-barang yang dibeli. letih berjalan. dari satu lantai (oh, di sini tingkat = lantai) ke satu lantai. makanya untuk perawatan, OMS (methylsalicylate ointment) tu kena lah bawa.

bandung memang agak terkanal juga dengan factory outlet (FO). sangat banyak FO di sini. FO diorang lawa-lawa (design kedai la). memang ralit ah kalau masuk FO, walaupun tak ada barang yang dibeli. tapi suka tengok design. :D sebab tu dalam tentatif kami setiap hari ada lawatan ke FO.

6.5.12

(ii)

mari bercerita :D

ini kisah cuti kami. lari dari kerja untuk sementara. boleh dikatakan memang tak fikir pasal kerja langsung masa bercuti tu (lepas balik cuti, mula lah pening. banyak 'nota cinta' atas meja. inbox email pun penuh. hoho)

lama dah merancang cuti ni. bermula dengan dahlia yang beria menempah tiket airasia bulan november tahun lepas lagi (terbang nya bulan april. lama kan? siap ada yang tak ingat dah pasal percutian ni. ni kes orang yang kerja kat hospital la. =p). masa ni saya masih kerja di hsnz. lepas survey siapa nak pergi, jadilah kami berenam (yana -kkkb, dahlia-hsnz, syazana-hklipis, shukriah-bpfnt, faliyana-hoshas, saya-kkrp) yang berminat, sebelum bertambah lagi dua orang (lukman + khalil -hsnz) sebulan kemudian. nampak macam senang je kan? tapi percutian ini banyak 'kembara'nya buat saya. mana taknya, nak save budget la kononnya. hee, tak ada lah. sengaja masukkan dalam plan untuk transit di banyak tempat. alang-alang dah dapat cuti, berjalan dan berkuatkan ukhuwwah lah~ :)

21/04 - bertolak dari rumah untuk ke kuala terengganu. (naik bas. viva masih di bengkel.)

22/04 - kami bertiga berkumpul di kuala ibai, kuala terengganu (yana, saya dan dahlia). dalam pukul 10pagi, bertolak ke temerloh, pahang. malamnya kami menumpang tidur di kuarters faly kat hoshas, sebelum meneruskan perjalanan keesokan hari.

23/04 - bertolak daripada temerloh (kali ni dah jadi berempat sebab tambah faly), menuju ke shah alam.  berjanji nak jumpa syazana di perhentian bentong. sekali, tak perasan pun hentian bentong tu sebelum tol bentong. terlepas~~~ syaza cakap, ok. jumpa di R&R genting sempah. baiklah. syazana bertolak dari rumah dia, kuala lipis. dekat dua jam memandu baru sampai. jadilah perjalanan kami, berlima. seorang lagi  (shukriah) kena fetch kat shah alam. dia pergi majlis kahwin kawan dia sehari sebelum, dan minta tolong kami ambil dia di seksyen 7, shah alam. parking kereta di gombak (rumah kawan baik faly, kak dila) dulu, sebelum satukan semua orang dalam satu kereta. makan tengahari di pak li kopitiam, kemudian ambil si comel shukriah. :) (shuk, bayar komisen untuk aku eh. :p).. berehat, lepaskan lelah sebentar di gombak sementara menunggu jadual penerbangan kami pada malam tu (11.15malam, penerbangan tertuda sebenarnya ni, sebelum ni patutnya pukul 8.30malam). kak dila hantar kami. di sana, berjumpa lagi seorang (khalil) menjadikan kami bertujuh. lukman terbang awal sehari dari kami semua. 11.15 malam, kapal terbang berlepas, dan selamat tinggal sementara malaysia! hehe :D lawa lah tengok lampu-lampu yang semakin lama semakin mengecil. berada di atas kapal terbang QZ, perkataan pertama yang kami belajar adalah :


pukul 1pagi, alhamdulillah. kami sampai di lapangan terbang bandara hussein sastranegara. dijemput (macam siapa je, siap berjemput-jemput. :p) oleh pali (zulfadhli nama sebenar dia-pali ni pernah attachment dekat hsnz, mak dia staff di hsnz. sekarang ni dia final year student di ITB. kami banyak minta tolong dia) dan lukman.


dan dapat simcard indosat juga! senang untuk berhubung antara satu sama lain masa kat sini, katanya pali. tentatif kami banyak disuggest oleh pali sebenarnya. macam tourist guide la tapi lebih kepada tolong kawan, dia kata.

kami menginap di hotel bukit dago. penatnya, terus tidur bila sampai. dan bermimpikan hari esok! :p

4.5.12

(i)


hospital sultanah nurzahirah + hospital sultan haji ahmad shah + hospital kuala lipis + klinik kesihatan kuala besut + klinik kesihatan rantau panjang + bahagian perkhidmatan farmasi negeri terengganu = mini reunion 23/04/2012 - 27/04/2012

:)

13.4.12

ramblings

dulu, masa masih belajar, rajin betul mengemaskini blog. tapi sekarang, bila dah mula bekerja, rutin mengemaskini blog dah hampir lupus (ke takde dah eh? jarang-jarang la). sebab apa? nak kata tak ada masa, balik kerja malam tu boleh je nak kemaskini tapi duk buat kerja lain. hari minggu pun sama. dan saya perhatikan, kebanyakan orang pun begini (baca : tak semua. hee, nanti habis kontoversi) kenapa ya? hurmm, banyak benda kot nak kena fikir sampai tak sempat nak taip balik. :p (ni tak start ada tanggungan lagi nih. ayaa, nuha.)

mula lah takde idea nak menulis. dan mula lah balik hobi membaca sahaja tanpa ada output. oho! tadi, saya baca balik entri-entri terdahulu dan mula lah nak masuk mode memory lane balik. mula lah nak bandingkan kembali diri yang dahulu dengan diri yang sekarang. the pros and cons. ada penambahbaikan ke tidak? 




ok, ok. mari masuk bab lain. (dah kata tajuk pun ramblings, kan? jadi taip aci redah je lah. sat pasal ni, sat pasal tu, lepas tu masuk balik pasal ni. jangan ada yang nak kena telan metoclopramide stat je lah ye. hehe)


pernah tak anda-anda semua rasa hidup ni kosong? ala, macam lagu cik najwa latiff tu.. ku rasa kosong, kosong. (ambik lirik tu je la eh. :D) dan bila rasa macam tu apa yang anda buat? (kalau tanya housemate saya, suzi, apa yang menyebabkan dia rasa nak kahwin dah mesti dia jawab : sebab rasa sunyi).. err, aci tak nak cari jawapan selain yang ni? mungkin satu cara nak atasi rasa kosong tu dengan berkahwin, tapi mesti ada cara lain lagi kan?

selusuri kembali, apa yang menyebabkan saya rasa kosong.. jauh dari Dia, mungkin? macam mana nak rapatkan diri dengan Dia? and there goes the list of answers..  jom kembali kepada 3 persoalan ini : dari mana kita datang, untuk apa kita hidup dan ke mana kita akan kembali.. dan, untuk cari jalan ini, saya (dan kita) tak boleh bergerak sendiri. perlu kawan, teman, sahabat. untuk itu, perlu juga usrah. lamanya tak berusrah.....


sekian, terima kasih.

(oh, saya rasa saya kot yang kena telan maxolon tu. pening dah baca isi entri ni. huahua)

1.4.12

du'a







"ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهّاب"

Wahai Tuhan kami, janganlah Kau pesongkan hati kami sesudah Kau berikan petunjuk kepada kami... dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Memberi....










cukuplah.
cukuplah sekali sahaja Ya Rahman.
jangan Kau ulangi lagi episod itu dalam hidupku..

.

25.3.12

thank you and smile

salam,

it's been exactly 2 months from my previous entry in this blog. too many things to be written yet 'too much' time i have. hehe :D (reverse psychology here)

sedikit masa sahaja saya perlu guna di sini. hanya nak tulis ini :

the power of word 'thank you' and sincere smile from patients during stressful time working at clinic ; i appreciate them too much, make us feel happy. 


setuju tak? di kala kita sangat sibuk bekerja, dengan bermacam ragam manusia di klinik (ada yang nak cepat tak nak tunggu giliran, ada yang buat acuh tak acuh je masa kita dispens ubat lepas tu datang banyak kali tanya balik ubat ni untuk apa, ubat ni makan macam mana and so on), saya sangat menghargai bila lepas bagi ubat tu patient sebut 'terima kasih' sambil tersenyum. waah! rasa macam -oh, tak jumpa perkataan yang tepat di sini- sangat sangat gembira. dan ia seolah-olah memberi aura positif untuk kami, staf-staf, menjadikan kami bersemangat untuk kembali meneruskan kerja. :) 

dan satu lagi, ia juga membuatkan saya bertambah suka bekerja di tempat itu. ;) [oh, ayat dah masuk mode menulis karangan. huahua]




sampai di sini, nanti kalau rajin akan bersambung. (nota : kalau rajin la. :D)

25.1.12

pancake

dua hari duk try buat pancake je kerja. sebab mengidam nak makan hotcake McD, tapi jauh sangat la McD tu dari rumah saya ni. jadi, 'terpaksalah' membuatnya. saya guna resepi kak izz. jadi, hoyeah! ini resepinya:


Bahan-bahan
1 cawan tepung (lebih kurang 150g)
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1½ sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu (130ml)


Cara-cara
  1. Ayak tepung dan baking powder, ketepikan.
  2. Asingkan putih telur, masukkan dalam bekas, pukul sehingga kembang & putih.
  3. Masukkan kuning telur, susu dan gula di dalam bekas lain, kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan kuning telur, sus dan gula yang telah sebati ke dalam adunan tepung. Kemudian masukkan minyak. Gaul adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan putih telur di dalam adunan, gaul secara kaup balik ( 1 arah) sehingga sebati.
  6. Panaskan non-stick fry pan, sendukkan adunan (saya guna senduk kecil) dan tuang ke atas fry pan. Bila lubang² kecil terbentuk di permukaan pancake, balikkan ke sebelah yg satu lagi. Biar sehingga masak.. (kalau bukan non-stick fry pan, maybe akan melekat sket kot.. tak sure)..
  7. Sedia untuk dihidangkan!

selamat mencuba! :)

sumber : easy pancake

22.1.12

it's 28 safr

facebook. muka buku.

buka facebook sehari-hari, nak tahu perkembangan kawan-kawan. suka sangat rasanya kalau ada kawan-kawan yang kongsi kisah-kisah/tazkirah. sebab secara tidak langsung hati akan terisi. dan akan mula muhasabah diri. 

diriku,
10 tahun lalu,
bukan diriku yang kini..

diriku,
10 tahun lalu,
masih belajar tentang kehidupan..

diriku,
10 tahun lalu,
ceria bila bersama kawan-kawan sehaluan,
kerna kawan sehaluan itu sangat mudah dijumpai..

diriku kini,
perlu berusaha sendiri..
kehidupanku kini adalah lapangan praktikal untuk segala teori yang pernah aku belajar suatu masa dulu,
berjayakah aku merealisasikan segala impianku?


it's 28 safar 1433H today. i was born on 28 safar 1407 = 1 november 1986.
so, i'm officially 26, according to hijri calendar. 

orang zaman dulu kala, umur 26 ni amat matang dah dalam membuat segala keputusan.. phew. T_T


nota : 
selamat pengantin baru, aiman mardhiyyah! juga sepupuku. (majlisnya harini)
juga, selamat pengantin baru untuk noor ilyani mohd nawawi (majlisnya esok)
barokallahu lakum! sayang kalian! 


i miss maahad's environment damn much!
i miss tarbiyyah there.
i miss my usrah there.
i miss 'pengisian-pengisian di asrama'

20.1.12

mencintai dalam diam


Kawan..
Jika kamu belum bersedia untuk melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam ... Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ... Dengan begitu kau telah memuliakan dia, kerana kamu tidak mengajaknya menjalinkan hubungan yang terlarang dan tidak mahu merosak kesucian serta penjagaan hatinya..

Dengan diammu…
Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga.. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Dengan diammu….
Itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya .. Kerana mungkin orang yang kau cintai itu juga adalah orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan... Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ....

Kawan…..
Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan... Kekuatan sebuah harapan... Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi kenyataan… Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata... Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?

Kawan…
Jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata…. Biarkan ia tetap dalam diam... Jika dia memang bukan milikmu, lalu Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk kamu harungi hidup bersama... Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri.. Biarkan sudut hatimu menjadi rahsia antara kamu dengan Sang Pemilik hati...

Kerana yakinlah…. Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau merealisasikan mimpimu di kemudian hari.. Bersabarlah dalam diammu… Kerana tulang rusuk takkan tertukar apatah lagi tersasar…


sumber : lupa dah ambik kat mane. huhu.

nota : ini entri khas untuk seorang sahabat. :)



and one thing to keep in our mind:
[ doa itu wireless, dan coverage dia masuk satu universe - versus, hlovate ]

19.1.12

KK at 5th day

hari kelima bekerja di klinik kesihatan.

masih dalam proses serah tugas oleh bimi. tadi masa tengah bersiap-siap nak bertolak, bimi telefon. dia kata : nuha, hari ni kita pergi KK to' uban eh. boleh kenal KK tu terus. nanti lepas ni kalau awak nak kena buat penyeliaan klinik/kaunseling pesakit kat klinik tu, boleh dah la. saya nak bagi peta, tak reti. takut sesat. hehe. saya jawab : okey.

maka bermulalah sebuah 'pengembaraan'. dari kg. geting ke kg. kasa, pasir mas (bimi tunggu situ sebab rumah dia kawasan tu). makan masa yang agak lama jugak la sebab pagi-pagi ramai orang nak pergi sekolah. on the way nak ke tendong tu pun dalam 4/5 buah sekolah jugak la saya kena lalu. bertolak pukul 7, sampai depan masjid kasa dah pukul 7.40pagi. lepas tu sarapan jap sebelum pergi KK to' uban. dalam 15-20minit jugak la dari bandar pasir mas tu. sampai TU (to' uban) dah pukul 8.30 nak pukul 9. lepas bagitahu PPF (pembantu pegawai farmasi) kat sit yang kami datang melawat hari ni untuk buat kaunseling, kami pun start lah kerja. hari ni khamis, pesakit tak ramai, doktor pun tak ada. jad kitorang pick je la pesakit mana yang agak-agak nak kena kaunseling. dalam tak ramai pesakit tu, boleh la 8 orang (kaunseling ubat-ubat hipertensi + asma + diabetes). kaunseling cara makan, macam mana ubat bertindak, assess cara pesakit makan/guna inhaler. majoriti daripada pesakit (eh, boleh dikatakan semua eh) yang salah cara makan/guna. yang patutnya makan sebelum, dimakan selepas. yang patutnya dimakan malam, dimakan pagi. inhaler pun salah lagi teknik. huhu. memang patut la kena buat kaunseling pesakit-pesakit ni, paling kurang pun sebulan sekali untuk nak pastikan cara mereka makan/guna tu memang betul ikut apa yang kita ajar. tambah-tambah pulak mereka ni dah berumur, duduk kat rumah sorang-sorang. huhu.

tengahari, bimi ajak saya pergi rumah nenek dia (kawasan situ jugak, dekat sangat dengan klinik tu). nenek dia duduk sorang-sorang. pagi-pagi pergi menoreh getah dengan basikal. lepas tumpang solat, kami bersiap ke KK kangkung pulak. (klinik kesihatan bawah seliaan pusat kesihatan daerah-PKD-pasir mas ni ada 7 : KK bandar pasir mas, KK rantau panjang, KK chekok, KK kangkung, KK to' uban, KK tendong, KK meranti). berkenalan dengan pegawai farmasi yang menjaga KK tu (muhaini). tengok-tengok farmasi situ, substor diorang (wah, kagum! stor KKRP tak sempat nak kemas apa-apa!). kejap je pergi situ, lepas tu bimi tunjuk KKB pasir mas, sebab sabtu ni kitorang kena pergi mesyuarat kat situ. huhu.

KK vs. hospital.
ada pros and cons masing-masing. :)

18.1.12

be yourself

What ever we do and where ever we go, if we let the environment to control ourselves, we would not be able to survive..

17.1.12

bermula

hari ni masuk hari kedua setengah saya bekerja sebagai FRP (fully registered pharmacist). ahad lalu (15/1/2012) saya lapor diri di JKNK (jabatan kesihatan negeri kelantan). lepas tu diorang suruh saya pergi ke bahagian farmasi negeri untu tahu tempat posting FRP. lepas jumpa pn.azura, tahulah saya penempatan saya kali ni adalah di KKRP menggantikan pn. siti sarbimi yang akan berpindah mengikut suami ke perlis. [aah, tak best sungguh. ayat skema je semua. huhu]

ok, jom masuk mode santai. :P
lepas lapor diri tu, maka bermulalah kehidupan saya sebagai seorang FRP. huhu. hari pertama pergi KKRP tu agak lewat dah la. sampai pengkalan chepa (bahagian farmasi negeri) tu pun dekat pukul 3 dah. lepas tu kena pergi rantau panjang terus. tak boleh tangguh-tangguh lagi dah. saya, menurut perintah. dari pengkalan chepa ke rantau panjang tu makan masa dekat sejam dah. menjadilah saya sampai di rantau panjang (RP) pukul 4 lebih. masa tu, pn. siti sarbimi bercuti. dan mengikut kata ppf (penolong pegawai farmasi) kat situ, dia cuti sampai selasa. hari pertama ke situ, berkenalan dengan semua staff yang ada, termasuklah doktor, MA, HA, nurse etc. tak ada apa sangat pun nak dibuat, sebab sampai pun dah lewat.

hari kedua, saya bertolak dari rumah pukul 7.20pagi. (nak bajet masa. masa ni boleh la lagi sebab punch card tak dapat lagi). sekali sampai RP ngam-ngam pukul 8pagi. tu pun lepas bawak 100km/j kat jalan yang tak ade kereta. hoho. agak rush sebenarnya. lepas tu, fikir : lepas ni aku kena bertolak paling lambat pun pukul 7pagi dari rumah. 

hari kedua ni sempat lah belajar guna komputer, intai-intai tempat diorang simpan barang, belajar cara dispens (oh tidak! masa saya try dispens pada sebelah petang tu, memang terbawa-bawa lah loghat terengganu. habis kena gelak dengan ppf kat sini. hoho). dan, pagi-pagi lagi dr. hu datang bawak mesej : hari ni orang putrajaya nak datang melawat. saya dengan blurnya boleh lagi tanya k.su (ppf kat situ), sape orang putrajaya tu? k.su cakap : KSU (ketua setiausaha KKM). hoho. lepas tu k.su kata : tak pe, tak de ape-ape lah eh. dia datang nak lawat KKRP ni je. hari tu diorang ada mintak nak klinik baru sebab klinik ni selalu je tenggelam air masa waktu banjir. tahun lepas pun 3 kali tenggelam (januari, november dan disember). awal tahun ni (1 januari) pun berpindah gak, ke sekolah. semua barang-barang habis kena pindah. tu yang tak sempat nak kemas apa-apa, sebab masih dalam mode 'get ready if anything happen'. air sungai golok pun asyik naik je sejak 2 menjak ni. kalau hujan tu berlarutan...... minta-minta tak lah.

hari ketiga kerja, dah boleh coop sikit-sikit. yeah! selamat maju jaya, nuha! ;)

tapi tu la, agak letih sikit la berulang pergi kerja ni. huhu. saya fikir nak bertahan dulu. ummi pun tak bagi kalau saya sewa rumah sorang-sorang. dah tu nak buat macam mane eh? huhu. tapi inshaAllah larat kot. lama-lama ok lah. kalau tak larat sangat baru saya akan cari alternatif lain.




p/s : ingatnya nak buat video semua memori kat hsnz tu. tapi tunggu dulu la. kena cari masa dulu. nak buat tu, makan masa yang panjang jugak, kan?

to all-ex-prp-hsnz : all da best! till we meet again! :)
miss my batch at hsnz damn much.

8.1.12

promoting time



i want promote you to subscribe this:


just click on the button 'subscribe now', fill up the form and send it.  they will e-mail to you at least once a week. yeap, i know majority of us had subscribed it, but for who did not subscribe it yet, do it now! and you will never regret. try it! :)

[setakat ni email daripada productivemuslim ni memang sangat membantu]



selamat maju jaya! :)