31.10.11

kebahagiaan : quotes


kebahagiaan adalah kesetiaan..

setia atas indahnya merasa cukup,
setia atas berkongsi kecintaan,
dan setia atas ketulusan berbuat baik..

bukan atas gemilang harta,
pesona nama besar,
apalagi tongkat kekuasaan.

yakinlah, meskipun semua orang tidak ada lagi yang meyakininya.

- moga bonda disayang Allah, oleh Tere-Liye -
(Tere Liye belum pernah mengecewakan saya dalam mencari sesuatu yang tersirat di sebalik 'larikan penanya')

16.10.11

ber'tunang'

setiap hari ada sahaja berita kematian datang menerpa cuping telinga. inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. daripada Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita akan kembali. 

semalam, terkejut sangat mendapat mesej dari seorang sahabat lama di maahad muhammadi perempuan dulu, mas atirah. isinya :

Assalamu'alaikum. k.diyana nordin (saya panggil diyana sebab sebaya) , MMP amirah spm 2003, DQ, UIA telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi, lebih kurang jam 12 tengah malam akibat penyakit SLE, al-fatihah. sebarkan.
allahummaghfir laha (-ha sebab perempuan, kalau lelaki jadi -hu) war hamha wa'afiha wa'fu 'anha. 

sentap. muhasabah dan koreksi diri. cukup ke semua amalan di dunia ni nak bawa ke alam yang lebih kekal di sana kelak? kita ni selalu je terlupa yang akan sampai satu masa nanti kita akan pergi dari dunia ini. akan sampai satu ketika nadi kita akan berhenti berdenyut, jantung berhenti mengepam darah ke seluruh tubuh, semua ubat dah tak memberi manfaat, kemajuan teknologi tak dapat mengatasi takdir Ilahi..bila Allah berkata : jadilah! maka jadilah. kita selalu terlupa tubuh kita, kebijaksanaan kita, kemewahan kita, kekuasaan kita, pangkat kita, semua itu hanya PINJAMAN sahaja. suatu hari nanti pinjaman itu akan dituntut. 

nota : tajuk entri ini ber'tunang' sebab teringat yang saya pernah baca satu cerita, dalam cerita tu guna perkataan ber'tunang' dengan kematian. hehe.

14.10.11

sihir?

salah satu tanda-tanda akhir zaman : sihir dan amalan yang berkaitan dengannya SEMAKIN berleluasa. [sihir itu satu DOSA BESAR]

sungguh takut akan itu semua. jadi, kenalah berusaha melindungi diri dengan melazimi lidah, hati dan fikiran dengan penawar daripada Dia.

ummi pesan : kita ni bila ada masa, berzikir lah. jangan biar jiwa kosong dari ingatkan Allah. 'Subhanallah wal hamdulillah, wa la ilaha illallah, allahu akbar' itu sangat ringan pada bibir tapi sungguh berat pada timbangan di akhirat nanti. dan, tiga qul itu jangan ditinggal. ;)

12.10.11

warkah buat sahabat (iii)


jauhmu dariku adalah kerana Allah. sepimu dariku adalah kerana kesibukan seharianmu sebagai penuntut ilmu. senyapmu adalah kerana jadualmu padat sebagai pejuang agama Allah. diammu adalah kerana dirimu dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh solehah.

dan aku hanya terdaya meminta dan terus meminta dari Allah agar sentiasa memelihara sahabat yang aku cintai ini dengan sebaik-baik penjagaan. kerana hatiku selalu yakin bahawa tiada penjaga yang lebih hebat jagaannya selain dari Allah yang Esa. hatiku terpujuk, jiwaku menunduk, perasaanku terduduk.

sekeping hati ini aku berikan kepada Allah, lantunan doa buat sahabat yang sentiasa hadir di setiap sujud terakhir dalam solatku.

sahabatku,
di saat mereka memandang rembulan, melempar padangan pada keluasan langit, menjatuhkan hati memandang debu tanah yang berhembus perlahan, aku tidak mampu menutup rasa hatiku kerana kita sebenarnya punya kiblat yang satu. hanya itu yang mampu mendamaikan ripuh gelora kalbuku saat merindui dirimu wahai sahabat.

sahabatku,
walau di mana dirimu berada, apakah di utara, selatan, timur mahupun barat, aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu biarpun diriku tidak lagi beriringan di sisimu. kita tetap bersama dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu.





bicara pedusi, wardah syaukiyyah.

11.10.11

warkah buat sahabat (ii)


sahabatku, 
kata orang bercinta, biar jauh di mata tetapi tetap di hati. andai rindu menggigit sukma, pandanglah pada sang rembulan di malam hari kerana bulan itu hanya satu dan di mana jua kita berada kita tetap memandang bulan yang satu.

kata orang berkasih, biar jauh di mata tetapi hadir dalam doa. andai dilanda rindu dendam, segera memandang langit yang luas agar terasa keluasan rahmat Tuhan. mudah-mudahan Allah Yang Maha Pemurah itu segera mengaturkan pertemuan.

kata orang saling menyayang, biar jauh di mata tetapi tetap diingati walau ke alam mimpi. andai terasa sayangnya meluap-luap, pandanglah ke tanah agar segera mengingati mati. mudah-mudahan ingatan pada kematian akan melenyapkan keripuhan hati yang melanda.

tetapi, pesan aku padamu wahai sahabat yang teramat aku sayangi, andai hatiku atau hatimu terdetik rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata, aku tidak mampu berkata apa-apa kerana dirimu terlalu istimewa. aku tak mampu meluah rasa sekeping hatiku pada dirimu wahai sahabat. aku hanya mampu memujuk hati.


10.10.11

warkah buat sahabat (i)

sahabatku,
tatkala relung hati terbuka, terkenang kembali memori lama yang tercipta. adakala kita ketawa riang, tersenyum simpul, beramah mesra dan saling beriringan. adakala ujianNya datang menghampiri bagi mengukuhkan keutuhan ukhuwwah kita. Dia sengaja memberikan semilir yang mendamaikan. Dia sengaja mengaturkan onak berduri untuk kita sama-sama redahi.

sahabatku,
aku masih teringat akan senyuman manismu, santun pekerti dan lembut katamu pada hatiku. "bagaimana akan mendapat ilmu yang berkat dan bermanfaat andai pekerti tidak seperti orang yang ingin menadah ilmu? bagaimana ilmu akan mudah diingati dan dizahirkan dengan akhlak andai hati belum lurus kepada Ilahi? kita berjuang kerana Allah, kalah dan menang bukan debatnya tetapi jalan berliku yang membawa kepada Tuhan akan digagahi walau kudrat badan tidak segagah pahlawan agung, kita tetap berusaha menjadi srikandi. impian yang besar pada usaha yang sangat kecil, tetapi itu lebih baik dari hanya berimpian tanpa ada usaha mencapainya"

aduh, betapa hati ini terbuka akan nasihat keimanan darimu. benar, hidup mati ini untuk Allah. apakah akan tersimpan setiap duka andai biasan bahagia menanti di hadapan? andai mereka menangis kerana gagal di dunia, kita tetap menangis di dunia kerana gagal menjadi contoh kepada yang lain. gagal membawa mereka kepada Islam yang mulia.

sahabatku,
alirkanlah airmata. biarlah kering airmata kita di dunia ini. aku harapkan kita sama-sama akan beriringan tangan di alam abadi kelak. kita sama-sama tersenyum dan ceria. hidup ini hanya satu permusafiran, sama ada jambatan itu kukuh, roboh atau berlopak di sana-sini. kitalah yang akan menjadi arkitek dan kontraktor pada jambatan hidup kita.

sahabatku,
telah Allah berikan jalan untuk kita. diberikan Islam sebagai agama dan diberikan Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah. apakah kita masih terba-raba di lorong sepi bagai hilang punca dan tenggelam arah tuju?

sahabatku,
aku harap kita akan terus berpegang tangan, sama-sama beriringan menuju Khalik. saat air mata menitis kerana tak terbendung perasaan cinta dan rindu pada dirimu yang jauh dari mataku, aku segera memujuk sekeping hati agar tunduk pada Ilahi.

9.10.11

the flow


Here I am standing still,
In the middle of a rushing stream,
Feels the churning and circling whirl,
Of everything outside and inside my ideal dream

Every colours being blend into a picture,
A stroking shape I cannot understand,
How should I react towards that feature?,
Maybe a plain cloth can make it disappear from my hand

Should I put it aside for a while?,
Which can clear my mind for a minute,
But that will be the same as an old file,
Destroyed by the mites and making a mess in my cabinet

For I should put it in my working space,
Thinking about how can I change its nature,
Because sooner or later I need to face,
The reality of having a distorted picture

 













Here again I’m standing in the same rushing stream,
But with paints and a brush on my hand,
It’s up to me to create my ideal dream,
For I will not let the shape being uncontrolled by my magic wand ..




The flow,
by : kak tiqah :)