Bismillaahirrahmaanirrahiim
sedar tak sedar, cepat sungguh masa berlalu. sem ni pun dah nak sampai ke penghujung dah. jadual exam sudah keluar. klerksyip tinggal PHP (public health pharmacy) je lagi, minggu depan. banyak suka duka kenangan klerksyip nih. kenangan paling duka : helmet saya hilang dua kali kat hospital. aish~ kenangan manis : dapat pengalaman baru, dapat kawan-kawan baru.kenangan paling best : bawak motor pergi dan balik dari HPP (hospital pulau pinang) dan usm setiap hari. best uuu bawak motor pagi-pagi. nyaman gitu.^-^ kalau lambat bertolak, jalan sesak sikit la. tapi takpe, bawak motor senang sikit nak menyelit. eheh.
sejak dua menjak ni, sibuk tak usah dikata lah.. sebab isnin sampai jumaat dah penuh dengan jadual klerksyip (selasa dan rabu kat hospital, selain tu kat usm). jumaat biasanya ada presentation. case presentation, sama ada berkumpulan atau individu. sabtu pun ada kelas, sebab nak kejar silibus. ahad cuti (officially, but not practically because we have to finish off our clerkship reports).
tadi, baru lepas buat kuiz TDM dan multimedia. kelas membawa ke petang. malam, badan pun jadi letih. phew phew. kadang-kadang terfikir : boleh ke tak saya bertahan bila kerja nanti kalau sekarang ni pun dah rasa senget-senget badan? then, my kakak said : it's ok. lepas ni nuha akan biasa la. ameen~
banyak cerita nak bagitahu sebenarnya. tapi bila dah lama tak menulis, jadi seolah kaku sikit. idea jadi tak berapa nak reti nak datang. tak tahu macam mana nak cerita. gimana ya?
ok, mari sambung cerita tertangguh pasal klerksyip. hehe :D
minggu kedua : TPN (total parenteral nutrition)
minggu ketiga : satelit
minggu keempat (aka minggu sebelum raya) : oncology
minggu kelima : DIU (drug information unit)
minggu keenam : OPD (outpatient)
antara lima minggu itu, minggu paaaaling sibuk ialah DIU sebab setiap hari kami ada kelas/attachment di PRN (pusat racun negara). siap ada simulated call lagi. simulated call ni macam on-call la. cuma yang ni kita tahu bila kita akan kena jawab panggilan. simulated call ni ajar kita macam mana nak handle situasi kritikal, apa soalan dan maklumat yang perlu ditanya bila ada panggilan tentang overdose biasanya (cth : PCM overdose, cubaan membunuh diri dengan paraquat). kena tahu antidot. di PRN ni juga kami diberi tugasan untuk membangunkan educational website. bagi idea, apa kandungan yang nak dimasukkan dalam website tu, pembangunannya diserahkan kepada technician di situ.
minggu paling banyak kena buat report ialah minggu satelit. fuuh, time ni kalau dapat preskripsi pesakit yang on many medications, memang banyak la kena buat laporan sebab kena terangkan satu-satu ubat yang pesakit ambil. cerita apa indikasi, interaksi, macam mana nak kaunseling pesakit tu.. sebenarnya fungsi unit farmasi satelit ni untuk membekalkan ubat ke wad. ada floor stock dan ada juga ward stock. untuk floor stock, setiap hari akan ada seorang jururawat dari setiap wad yang terlibat akan datang menghantar troli bersama CMR pesakit-pesakit yang berada di wad tu. kemudian menjadi tugas pegawai farmasi untuk screen CMR tu, check kalau-kalau ada apa-apa masalah macam interaksi antara ubat dll. lepas dah screen dan pastikan tiada masalah, barulah ubat akan dibekalkan mengikut CMR setiap pesakit. untuk ward stock, kami kena sediakan bekalan ubatan yang biasa digunakan di wad macam paracetamol. ward stock ni bukan setiap hari kena sediakan. farmasi satelit di hospital guna dua sistem, sama ada unit of use ataupun unit of dose.
minggu yang agak relaks sikit, minggu onkologi (cancer). teka, kenapa? boleh agak la kan? ya, sebab minggu tu minggu nak raya. ramai pelajar yang dah beli tiket awal dan kena balik awal (bukan saya naa. cheh, nak cakap jugak!). tambah pulak, petang khamis tu, pelajar usm ada kuiz TDM. jadi, petang tak boleh buat klerksyip. selepas berbincang dengan prof. saad, dia pun bersetuju lah nak bagi kami tunda klerksyip onkologi ke suatu masa yang akan ditetapkan. (tapi sampai sekarang tak tetapkan lagi masanya. hurm, musykil musykil. hehe). jadi klerksyip kami untuk onkologi hanya 2hari setengah (isnin takde briefing, selasa dan rabu pergi hospital, khamis separuh hari).. :D
antara banyak-banyak unit tu, unit OPD lah paling sibuk kerja kat hospital. farmasi yang duduk kat kaunter ubat masa kita nak ambil ubat tu ialah farmasi yang kerja di bahagian OPD. masa klerksyip OPD, kami diberi tugas untuk run the prescription. (kena isi lah ubat-ubat yang dipreskripsi oleh doktor kepada pesakit dan masukkan dalam satu bakul untuk dilabelkan oleh pegawai farmasi yang lain-double checking). bila dah siap label, barulah ubat itu diberikan kepada pesakit. pengalaman ketika filling ubat --> letih aih, nak kena lari sana sini cari ubat dan kira jumlah ubat untuk dibekalkan. dan ada masalah bila tak pandai nak baca tulisan doktor. huu, jadi kenalah rujuk kepada pegawai farmasi atau pembantu farmasi yang berpengalaman. setiap hari HPP menerima preskripsi dalam lingkungan 2000-2500. fuuh, boleh bayang tak banyak mana? tapi satu je, BEST !! walaupun letih, tapi best sampaikan saya pernah terfikir : bestnya kalau dapat kerja dekat OPD. hehe :D OPD ada fungsi lain lagi sebenarnya macam bagi kaunseling tentang ubat dan cara penggunaan alat (cth : insulin pen) kepada pesakit.