31.1.09

D untuk donut

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari tu saya ada buat donut. resepinya saya ambik daripada shidah. hehe. thanks, shidah. saya sudah boleh buat donut sendiri. \(^_^)/ 

perhatian: bahasa yang digunakan untuk menaip resepi ini adalah bahasa lisan..

Bahan2:
1 biji telur
3 sudu makan gula
1/2 kg tepung gandum
sedikit garam
1/2 plastik kecik ibu roti
1 cawan mentega
susu cair
gula kastor

Cara-cara:
1-kacau telur bersama gula sehingga gula hancur.
2-masukkan gandum, garam, ibu roti, sedikit air, mentega, dan sedikit susu cair.
3-uli sampai membentuk doh. pastikan doh tidak terlalu lembik dan tidak pula terlalu keras. *jangan bagi tepung tu melekat kat tangan la*
4-biarkan selama 45 minit..
5-bentukkan menjadi bentuk donut atau bentuk yang anda suka..*budak2 suka buat bentuk yang beraneka macam..hehe*
6-biarkan selama 10 minit.
7-goreng sehingga kekuningan.
8-angkat dan salut dengan gula pasir/kastor.
9-donut sudah sedia untuk dihidang.

*******************************

p/s: kalau nak buat topping coklat pun boleh..just masakkan coklat masakan + sedikit mentega samapi cair. then, letak atas donut2 itu. haa, sudah jadi macam donut yang dijual kat kedai2 yang harganya rm1.80 satu tu. yang ni lagi jimat.. hehe :)

wah, bestnye donut2 ni! yummy2!

30.1.09

mujur

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

mujur. banyak kali jugak la perkataan itu keluar daripada mulut tadi. lepas p takbai, kami agak terlewat bertolak pulang. ummi cakap, sebelum ni feri masih ada walaupun jam sudah dekat2 pukul 7. tapi hari ni, tidak..time saya pergi nak cop passport tu, pejabat kastam sudah mahu tutup. aaa, dah la x reti sangat cakap siam. adeih~ tapi, pegawai kastam tu faham kot..so, dia masih beri peluang kat saya untuk cop passport.  

  1. mujur sebab sempat nak cop passport balik mesia..
  2. mujur sebab masih ada bot menyeberangi sungai golok..
  3. mujur sebab pintu pagar laluan ke malaysia masih boleh dibuka, selepas meminta izin..
  4. mujur sebab dapat bawak kereta keluar daripada pagar imigresen..
  5. mujur dan kemujuran itu adalah tanda kesyukuran padaNya..

p/s: alhamdulillah.. laptop ini sudah sembuh. sebab dia rajin makan ubat. hehe :)

27.1.09

270109

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Semalam..ummi mendapat panggilan daripada saudara abi yang duduk kt kampung berangan. Ada orang meninggal, katanya. time tu, dah malam. lagipun ummi demam dan sakit kepala, xleh nk p melawat la. sebab ummi pun nak p jugak. nasib baik dia ditanam pagi tadi. pukul 10.30 disolatkan, lepas tu terus dihantar ke kuburan. *saya mula membayangkan andai saya berada di tempat itu..huhu*

Pagi tadi, kami pergi menziarah. Masih sempat melihat mayat dikapankan. Arwah itu seorang perempuan. Bekas isteri datuk saya. Abi agak rapat dengan keluarga mereka. Kami (adik beradik) masih ada ikatan saudara antara mereka. Ramai nih, saudara mara sebelah arwah isteri sidi (datuk kami). Kebanyakannya duduk area kg.berangan. biasanya, susah sikit kami nak bertemu. Sebab abi agak jarang ke sana. Sekali sekali saya ada mengajak abi ke sana.

Tadi..ketika melihat arwah itu dikapankan..saya teringat sesuatu..berlaku suatu masa dahulu..pada 30/06/2004..time tu, saya berada di ting 5Sc2. abi datang ke sekolah saya dengan van. Senanye, petang tu saya ada kelas tambahan, tapi abi cakap sidi sedang tenat. Ha? Terkejut saya. Terus cancel nak p kelas tambahan. Saya pulang ke rumah dengan abi, dan kami sekeluarga bersiap2 nak ke kg.beruas, pattani. Nasib baik lah hari tu, xramai orang naik feri. Kalau x, mesti lambat jugak nak tunggu barisan naik feri. Perjalanan kami dari takbai ke pattani memakan masa dalam 2jam setengah..best tau p sana. dekat2 nak sampai, kami lalu ikut jalan tepi laut cina selatan. di sebelah kanan di sepanjang perjalanan. tenang mata memandang! ye la salah satu ketenangan dapat kita rasakan bila melihat laut la kan? kami sampai umah sidi, sudah agak petang. Time kami sampai tu, sidi sudah mula tenat. Abi ajar membaca syahadah. Saya ada ketika itu. Saya melihat bagaimana nyawanya diambil. Saya merasa kesakitan itu. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang itu. Dan, ada sesuatu yang menyebabkan saya tersentuh. Abi cakap: sidi nok suruh kak tengok dio sebelum dio mati.. waa, sedihnya!

Sidi, kisahnya saya dengar dari abi. Dan, saya kagum dengannya. Seorang yang tegas dengan anak-anaknya..dari hasil didikan sidi lah, abi menjadi seorang yang juga saya kagum.

berbalik kepada cerita pagi tadi..saya menangis tadi..huish, susah untuk diterima. Saya pun kepelikan. Biasanya, saya susah untuk menangis kalau p melawat kematian. Heheh :D .

Lepas p berangan, saya dan abi gi KB..baiki laptop. Lappy saya tengah sakit. kesian kat dia. nak bagi antibakteria atau antivirus, kena p diagnos dulu. farmasis xleh nk mendiagnos. hehe (sy sudah mula merapu). Bunyi kipasnya agak kuat, webcam xleh nk bukak. semalam dah bawa p klinik dekat rumah. doktor tu dah try sikit2..bunyi kipas tu sudah berkurangan tapi dapat infection lain la pulak. keyboard xberfungsi! xleh nak menaip lagsung. xkuar ape2. haish~ Lepas tu, abi rekemen p tempat kawan dia. Nama kedai tu, East Computech. Ade sape2 yang kenal kedai nih? Ada sesuatu tentang kedai ni yang membuatkan saya kagum. (haa, saya ni mudah kagum dengan orang. Heheh..susah untuk kagum dengan diri sendiri. Adakah ini penangan orang yang lahir bulan November? Hehe).. nak tahu apa dia? Misi dan visi kedai tu..fuuh, bangga sat. Visi dan misi nya selaras untuk menaikkan martabat Islam. x pernah lagi saya jumpa orang yang letak terpampang visi dan misi di dalam kedainya sebegitu. Wah, kagum2!

24.1.09

listing the things~

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

sebelum ni, saya ada membuat entri bertajuk 'malas??', tapi saya nak simpan aje lah entri itu.. dan, kepada sape2 yang dah terbaca entri itu, shhh aje ye.. hehe. :)

hari ini saya ngan dina p beli laksa janggus (a.k.a. laksa penang yang paling best pernah saya jumpa kat penang nih..) dan juga ais kacang..oyeah! ummu, saya dah beli ais kacang! best2.. ;) hilang terus rasa lapar sejak pagi tadi. eheheh. ;) ramai sungguh pelanggan mereka. kedai tu bukak pukul 3 petang..biasanya sebelum asar, xramai lagi orang datang. tapi, bila dalam pukul 6 ke atas, haa..ramai sungguh manusia di situ. kalau nak makan kat situ, susah sikit la nak cari tempat duduk. so, baik beli dan makan di rumah saje! hehe..


esok mahu pulang ke rumah. bas jam 9 pagi. bertolak dari sini pukul 8. insyaAllah, dalam pukul 4 atau 5, sampaila KB..then, ambik bas nombor 27 ke rumah..sejam selepas tu, sampai la ke rumah! wah, xsabar dah nih. sudah ada perancangan tempat2 untuk disinggah bila balik nanti. pertama sekali, mestilah jumpa wea dan sepupu2 saya di takbai. wah2..

new about my heart there:
++ nabli dah habis exam semalam. dia cakap susah jugak. soklan tanya banyak pasal hukum. tapi dah lega, sebab selesai sudah examnya. bulan 8 nanti baru akan tahu result. 
++ muna mahu ke bookfair (makradd kutub) kat cairo. dan, nabli pun nak p jugak..mencari buku rujukan tentang hukum2, katanya..ohoho, sudah serik dengan exam dia kot. hoho~ *thia, awak p dak? :)*
++ shifa' plak, ade masalah sikit dengan uni dia. hurmm..dia suruh kami doakan dia..*adik, semoga cepat2 selesai masalah itu ya! ameen..*

23.1.09

fenomena minda luar sedar

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

sedang sel2 dalam otak saya bekerja men'generate' neurotransmitter untuk di'release'kan, (tengah duk ingat dan susun kembali kerja2 yang perlu dibereskan sepanjang cuti ni), teringat pulak saya pada artikel yang ditulis oleh kak sam dalam blognya: di sini.. ni, saya copy and paste sahaja daripada blog kak sam ye..menarik..hehe :)

*****************************

(Dewan Kosmik Ogos 2008-Samhani Ismail) 

Apa dan di mana minda luar sedar kita berada? Persoalan ini sudah lama difikirkan dan sehingga kini saintis masih giat mengkaji tentang hakikat kesedaran itu. Menurut para saintis pemikiran di luar sedarlah sebenarnya yang banyak memandu sikap, perangai, fikiran dan tingkah laku sesorang individu.

Semenjak lebih 40 tahun, kajian-kajian yang dijalankan mendapati manusia berhubung dengan aktiviti-aktiviti mental yang tidak diekspresikan tetapi ia jauh lebih terkedepan berbanding minda sedar. Pelbagai aksi sofistikated yang dilakukan oleh mental seperti menyelesaikan masalah, mengingat kembali dan melakukan inferensi dilakukan oleh minda luar sedar. Akibat kebijaksanaan minda luar sedar inilah ahli-ahli psikologi hampir-hampir bersepakat mengatakan manusia tidak memerlukan kerjasama minda sedar lagi.

Mengikut Sigmund Freud, bapa psikoanalisis yang terkenal dengan teori ‘minda luar sedar’ dan teori ‘mekanisma pertahanan terhadap tekanan’ percaya bahawa minda manusia boleh dibahagi kepada 3 kumpulan iaitu sedar, separa sedar dan luar sedar. Aktiviti bercakap, melihat dan berjalan dikawal oleh minda sedar. Minda separa sedar yang merupakan lapisan di antara sedar dan tidak sedar, merupakan pemikiran yang tidak aktif tetapi mengandungi memori yang boleh dipanggil apabila diperlukan. Minda luar sedar pula seringkali tersembunyi tetapi ia memberi kesan jangka panjang kepada sikap individu.

Sekarang, ramai ahli psikologi bersetuju dengan Freud bahawa kehidupan kita banyak didorong oleh pemikiran dan perasaan di luar tahap kesedaran kita. Tidur nyenyak, pengsan dan koma akan membawa seseorang ke alam luar sedar. Namun apabila ia terjaga, ia tidak mampu menghuraikan apa-apa tentang itu.

Teori penekanan yang dicadangkan oleh beliau menyatakan sesetengah pengalaman adalah menyakitkan untuk diingat, lalu minda akan mengarahkannya supaya disimpan di dalam sebuah ‘gudang’. Gudang itulah disebut minda luar sedar. Memori yang menyakitkan ini dimanifestasi di alam mimpi walaupun tidak dapat dibuktikan mampu menyebabkan tindak balas psikotik dan neurotik.

Berbeza dengan pendapat Carl Gustaz Jung yang turut merungkai tentang minda luar sedar, beliau membahagikan minda luar sedar kepada dua bahagian iaitu individu dan kumpulan. Mengikut beliau, minda luar sedar individu ialah suatu tempat yang menakung maklumat yang pernah sekali ditangkap oleh minda tetapi dilupakan. Manakala minda luar sedar kumpulan pula mengandungi pengalaman-pengalaman lepas yang masih tertanam di minda.

Dalam suatu artikel yang dikeluarkan oleh Nature Neuroscience, bertarikh 13 April 2008, sekumpulan saintis telah menemui bagaimana otak membuat keputusan tanpa sedar. Kajian ini ditunjukkan oleh Max Planck daripada Institute for Human Cognitive and Brain Sciences di Leipzig dengan kolaborasi daripada CharitA University Hospital dan The Berntein Center for Computation Neuroscience di Berlin. Saintis-saintis daripada kumpulan Professor John-Dylan Haynes ini menggunakan mesin pengimbas otak untuk mengkaji mekanisma yang berlaku sejurus sebelum sesuatu keputusan itu dibuat.

“Kebanyakan proses di otak berlaku secara automatik tanpa penglibatan minda sedar. Ini baik bagi mengelakkan otak dari terbeban memikirkan banyak perkara seperti rutin harian. Tetapi sebaik sahaja keputusan dibentuk, kita lebih cenderung mengatakan bahawa keputusan itu dibuat oleh minda sedar.”

Dalam penyelidikan tersebut, mereka memberi kebebasan kepada responden untuk menekan butang dengan tangan kiri ataupun kanan apabila keputusan dibuat. Berdasarkan signal yang dikeluarkan di otak mereka, para saintis telah mencerap keputusan responden sebenarnya telah ada 7 saat sebelum mereka menekan butang. Penemuan ini menunjukkan bahawa sudah ada keputusan sebelum sesuatu keputusan dikeluarkan.

Belajar dari pengalaman
Banyak perkara yang kita pelajari di dalam hidup terkumpul di minda luar sedar dan pengalaman itulah yang membentuk sikap kita terhadap sesuatu. Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak digigit anjing, pada masa akan datang apabila terserempak dengan anjing, dia akan berfikir di sana ada bahaya walaupun kejadian masa lalu telah luput dari ingatannya. Dalam masa yang sama ia cuba bertindak rasional dengan memberi penjelasan kepada dirinya sendiri bahawa tidak semua anjing berbahaya dan ia berada dalam situasi yang selamat. Ini sebab, otaknya sentiasa ligat mencari penjelasan bagi menjawab perasaan takut yang mendadak itu.

Menyelesai masalah di luar sedar
Salah satu aspek menarik berkaitan minda luar sedar adalah betapa ramainya tokoh-tokoh besar dunia menyelesaikan masalah mereka di luar sedar. Siapa tidak kenal Friedrich Kekule yang akhirnya dapat menerangkan struktur kimia benzena yang terdiri daripada 6 atom karbon yang bersambung-sambung.

“ Saya sedang duduk sambil menulis buku, tetapi ia tidak menjadi. Fikiran saya menerawang ke mana-mana, lalu saya memusing kerusi menghadap unggun api. Atom-atom karbon datang dan terloncat-loncat di hadapan mata saya. Pandangan saya pegun di situ. Semakin lama, pandangan saya terhadap visual di depan semakin jernih. Saya dapat membezakan satu jalur berlipat-lipat di selang-seli dengan belitan badan ular. Tapi lihat! Apa itu? Tiba-tiba ular itu mengambil ekornya dengan mulut seolah-olah berpusar-pusar di dalam ilusi saya. Semalaman saya termenung memikirkan tentang apa yang saya lihat di luar batas pemikiran sedar saya untuk menghasilkankan satu hipotesis yang konkrit.”

Mendapat iham melalui mimpi, Kekule membayangkan molekul benzena berbentuk cincin 6 bucu, selah-olah seekor ular memegang ekornya sendiri. Apabila Kekule mengambil bentuk cincin itu lalu diuji, hasil yang diperolehi adalah sepadan dengan fakta dan maklumat kimia benzena. Penemuan ini memberi impak yang besar kepada kemajuan kimia organik di seluruh dunia.

Fenomena yang sama turut berlaku pada tahun 1920an kepada seorang doktor. Frederick Banting turut didatangi mimpi tentang teknik eksperimen yang akhirnya membuatkan beliau berjaya mengaitkan gula dengan paras insulin. Beliau juga bermimpi insulin yang diekstrak daripada haiwan boleh diguna bagi merawat pesakit diabetes. Banting telah dianugerahkan Hadiah Nobel pada tahun 1923 di atas pencapaiannya dalam bidang perubatan yang menyelamatkan banyak nyawa.

Bukan hanya saintis dan pencipta yang menyelesaikan masalah mereka di luar sedar. Banyak artis dan ahli muzik turut mengalami kejadian yang sama.

Dmitri Mendeleev, ahli kimia Rusia telah melihat rekabentuk yang sempurna tentang Jadual Masa di dalam mimpinya. Jadual Masa ini merupakan suatu jadual yang menerangkan elemen bahan-bahan kimia yang pada masa sekarang merupakan rujukan utama bagi disiplin kimia, fizik, biologi, kejuruteraan dan industri.

Seorang astronomer British, Sir Federick William Herschel (15 November 1738-25 Ogos 1822) kelahiran Jerman bermimpi tentang planet Uranus sehingalah beliau menjumpainya pada tahun 1871. Penemuan belau ini mengubah pemikiran astronomer lain bahawa terdapat sebuah planet di antara Planet Marikh dan Jupiter.

Thoman Elva Edison, seorang pencipta prolifik kepada 1093 buah paten di US, UK, Perancis dan Jerman serta pengasas lampu elektrik seringkali tidur di atas bangku kerja sambil memegang sebuah beban di tangan. Apabila beliau terlelap dan beban itu terjatuh, beliau bingkas bangun lalu memanggil kembali mimpi tersebut. Kaedah beliau ini berjaya mengilhamkan banyak ciptaan baru. Selain itu, mesin jahit automatik juga dicipta oleh Elias Howe melalui mimpinya dan Bob Dylon turut menulis lirik lagu berdasarkan apa yang beliau dengari di dalam mimpi.

Mungkin ilham adalah suatu anugerah dari langit, tetapi untuk menggapainya segalas keringat sentiasa menemani. “ Genius in one inspiration and ninety nine perspiration” – Thomas Elva Edison.

2008-04-18

The Avillion Legacy Melaka

he is he

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

2 tahun yang lalu, dia datang ke sini. kedatangannya membawa kenangan untuk dipahatkan dalam memori setiap daripada kami..sepanjang dia berada di sini, banyak memori terindah dikongsi bersama. dan, pemergiannya dirasakan satu kehilangan..

dulu, sebelum dia mengajar, dia akan sentiasa beri makanan kepada kami..ada kuih kapit, 'lepuk' durian, biskut, coklat, coklat malt (dalam peket, untuk diminum di umah atau hostel)..wah, banyak yang dia telah berikan kepada kami. dia anjurkan parti besday andai ada di antara kami yang menyambut hari lahir pada hari itu. dia yang memulakan tradisi itu, tapi sekarang tradisi itu sudah jarang berlaku. terasa hubungan kami (pelajar dengan pensyarah) begitu erat. 

dia seorang yang baik. dia seorang yang pemurah. dia seorang yang mengambil berat. dia seorang yang ceria. dia seorang yang sentiasa bersemangat. dia seorang yang rendah diri. dia amat menjaga perasaan orang. dia seorang dia! he is he.. :)

dia selalu makan youghurt for lunch. dia jarang makan makanan yang berat. dia suka makan buah2an. bila cuti panjang, dia akan ke australia kerana isterinya berada di sana. hari ni, dia juga berada di aussie..sekarang, dia jadi lecturer kat HICT (HELP international college of technology)..all da best, sir! :)

dia ialah Dr.Chua Swee Ong.  dan, hari ini bersamaan 23 januari ialah hari lahirnya. hepi besday, dr.chua!

miss lim and dr.chua

22.1.09

wondering

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

lama sudah rumah ini dibiarkan sepi tanpa sebarang cerita (aih, lama ka? hurmm..) ni saya baru balik dari kolej. lepas kelas TITAS. harini belajar tajuk Tamadun Islam. sebelum tu, kami belajar CNS, selama 4jam lebih..habis sudah part fisiologi untuk subjek CNS. wah, cepat betul! 

today makes me think a few things:
- macam mana seseorang itu boleh hanya tidur 2jam sehari, dan pernah jugak saya jumpa orang yang x tidur selama beberapa hari. sebenarnya, benda ni xpelik..tapi, sebab sy xpernah (kalau ada pun, beberapa kali sahaja) buat, so saya rasa kagum!! *mesti ada yang tahu siapa yang saya maksudkan di sini. sila shhh ya ;)* kita biasa dengar nasihat supaya tidur jangan lebih dan kurang daripada 8 jam sehari untuk kembali bertenaga pada keesokan hari. tapi..saya juga pernah membaca, kita jangan tidur lebih daripada 3 jam sehari. hoho~ mana satu yang betul? and as for me, kalau saya tidur dalam 8jam sehari, itu kerana saya pakai teori yang pertama. dan, kalau saya stay up pulak..saya pakai teori yang kedua la. hak3 :D..

- dan, disebabkan tadi ada belajar pasal level of conciousness, REM (rapid eye movement), subconcious, dreams dan yang seumpama dengannya, saya mula terfikir..ada pendapat mengatakan bahawa daya ingatan kita akan lebih tajam andai diasah dengan berusaha untuk mengingat kembali mimpi2 yang dialami dengan jayanya. dan, saya pernah berjumpa dengan orang yang berjaya mengingat kembali mimpinya..memang, daya ingatannya juga amat amat bagus..bukan senang nak ingat kembali mimpi2 nih, kan kan?

20.1.09

koleksi lama2~~


terselit satu buku yang dipinjam daripada akma. hehe :)

p/s: bila rasa rindu pada rumah mula memutik~ haish.. *geleng2 kepala*

19.1.09

:)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

di sana sudah bertukar wajah, tapi masih tidak tahu mahu letak ape untuk yang terbaru. hoho~

ok, singgah sat je nih. ada cerita nak dikongsi, tapi nanti la dulu. hehe. esok ada kuiz drug of abuse and society. chayyok2! *dia tengah khusyuk stadi kt bawah tu, xleh jadi nih..ish..*

p/s: kepada mereka2 yang berada di mesir dan jordan, all da best ya! :)

18.1.09

friendship wish

May there always be work for your hands to do;

May your purse always hold a coin or two;

May the sun always shine on your window pane;

May a rainbow be certain to follow each rain;

May the hand of a friend always be near you;

May God fill your heart with gladness to cheer you.

17.1.09

CNS fever~


sama x kedua2 gambar ni?

p/s : oh oh.. minggu depan ada kuiz drug abuse dan kena hantar esaimen pharmacognosy ( tajuk sy : pokok liquorice ). mari mari stadi dan buat esaimen. Smile

16.1.09

tag 4

Bismillahirrahmaanirrahim..

ini tag yang agak unik. tentang boikot. Baru dapat semalam. daripada cik izzahsakinah sayang. ;) 

Here's what we should do. It's simple:
- List down 5 of the products from the list below that you are boycotting.
- Then list down 5 of the products that you will try your best to boycott.
- Finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott.
- Tag 5 others.

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see: If they can boycott one product that you haven't been boycotting, why can't you start to boycott the product too?

5 products I'm boycotting:
▪ Coca-cola
▪ Mc Donald
▪ Maggi
▪ Johnson & Johnson
▪ Colgate

5 products I will start to boycott: 
▪ Nescafe
▪ Danone
▪ Kleenex
▪ Nokia
▪ Fanta, pepsi

5 products that I find hard to boycott:
▪ Milo
▪ Danone
▪ kitkat, milkybar
▪ Intel
▪ Disney

5 people I tag:
▪ Akma
▪ Ummu
▪ Syu
▪ sape yang nak tolong penuhkan ruang ni? sila2.. terima kasih :)

p/s: the list can be referred here 

dua puluh empat

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ini tarikhnya, 16 januari. hari ni hari istimewa seseorang. seorang yang dekat di hati saya. dia sekarang jadi PRP kt hospital sultanah bahiyah, alor setar, kedah. 

setahun yang lalu..seusai paper final exam sem 3, time saya jadi student 2nd year, saya pergi melawat seorang teman di usm. dia pun baru lepas habis exam time tu, dan kami berpakat untuk berjumpa. time tu, saya xde transport lagi. so, satu2nya cara nak ke usm ialah naik bas. tapi saya xsuka sangat naik bas nih. leceh la. perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa setengah jam boleh jadi dekat dekat 3jam. menunggu bas satu hal, sebab bas hanya akan bertolak 1 jam sekali. sekali terlepas, nampaknya 1jam lagi kena peruntukkan untuk tunggu bas seterusnya. satu lagi, kena tukar2 bas. naik bas U401 dari balik pulau, turun di sungai nibong. lepas tu, kena ambik pulak bas yang nak ke sungai dua. huhu~ serik jugak dengan bas nih tapi time tu xleh nak buat apa2. kewangan tidak mengizinkan untuk berbuat apa2. hehe. 

hari tu, saya pergi usm. berborak2, dan makan kat kafe desasiswa aman damai. time beli makanan, terjumpa dengan seorang senior. dia pun ambik kos yang sama dengan saya tapi dia senior dua tahun dari saya (academically). maksudnya time tu, dia dah jadi final year student. hoho~ kami bertukar2 nombor telefon. dan, ikatan itu hinggalah sekarang. moga ia akan kekal. ameen. ;)

dia seorang yang baik. suka menolong. bijak. ceria. manis. seolah2 ada chemistry antara kami. dia antara yang menjadi penguat semangat saya. kejayaannya menjadi contoh buat saya. dan hari ni, adalah hari spesel buatnya. 

selamat hari lahir ke-24, my dearie kak sarah!
moga dipanjangkan umur dalam kebaikan
dan
dimurahkan rezeki yang halal
serta
dipercepatkan bertemu jodoh. ahaks~ ;)

p/s: baru sy sedar..dalam kamus hidup saya, ramai yang bernama sarah. ada senior, sebaya dan junior. dan, mereka semua baik2 belaka..  :)

we will not go down (song for gaza)

terjumpa lagu ni. ohoho~


By : Michael Heart

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

************************

nak download? klik sini

15.1.09

ia bermula

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

sekarang sudah mula masuk 'busy mode'. sudah mula untuk dapat banyak kerja sekolah. dari esaimen hinggalah ke kuiz. ni xmasuk lab report lagi. minggu depan start lab. tambah satu kanbaan (sama maksud dengan kerja rumah). eh, sepatutnya kanrian (kerja sekolah) tapi mereka suka panggil kanbaan. oh, rindu mereka di sana. xlama dah nak balik. tinggal 9 hari lagi. *countdown bermula. adeih*

bila mula sibuk, emosi akan sedikit terganggu. aish~ saya mula terfikir untuk mengurangkan entri dalam blog ni. jika ada masa, baru akan di'update'. busy like bees. ye ke? hurmm~

tadi buka ym. dapat satu offline mesej berbunyi : "salam, kak nuha, datang ambik tag ya". oh, dia ingat saya rupa2nya. hehe.. mula berkira-kira nak buat post untuk entri akan datang. :) dan, saya tengah fikir..adakah thia akan tag saya dengan tag yang sama? aish, xleh jadi nih. nak kena siapkan cepat2. ngeh3 :D

13.1.09

the third

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

satu masa dulu pernah ke sini. tertarik dengan entri tag dia. dan juga, telah di'tag' olehnya. hoho~

"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 5 people."

the age of my next birthday


places I'd like to travel



and, plus one secret place. hehe :)

a favourite place


a favourite foods


a favourite thing


a favourite colour


a city I was born


a city that u have ever lived in


a nickname I had


college major

name of my love


a bad habit


a hobby


wishlist (3)




ok, this time i dont want to tag anyone because i know that you all are start entering busy mode, rite? hehe Angel

[updated version : tapi kalau sape2 rasa cam nak buat, boleh je. sila2 :) ]

any volunteer?
orang pertama : sila tepuk tangan kepada cik fathiyyah =)

12.1.09

bittaufiq

hari ni..
dia mula exam midterm
hanya doa yang dapat diiringi
semoga dia tenang menjawab
dapat ingat semua hafalan
dan akan
berjaya dengan cemerlang
ameen..

uyi,
kak doakan
bittaufiq wan najah!!
___________________________

teringat cerita time dia nak exam STAM hari tu. seminggu nak exam, dia dan kawan2 nya bermalam di sekolah. berjaga, semata-mata nak exam. memang pecut habis2an la dekat2 nak exam tu. ni cerita daripada ummi. bila keluar result, macam xpercaya rasanya. tapi terpaksa percaya bila ustaz dia sendiri datang tunjuk result. ummi kata sebelum tu dia banyak main2, x stadi sangat. hanya betul2 stadi time last2 minute je. sudah rezeki dia. akhirnya dapatla dia sambung belajar ke sana. dan sekarang, dia sudah berubah. ambil berat tentang adik2 nya yang juga di sana. stadi pun, semakin rajin dah (ini cerita versi kak yam). alhamdulillah. moga berkekalan~ ameen :)

******************************

6.40 malam(Mesir)/12.40 pagi(Malaysia). Jumlah mangsa yang syahid akibat serangan Israel di Gaza telah meningkat. Jumlah yang syahid 917, manakala yang cedera termasuk kritikal 4260. sumber: sini

11.1.09

mereka..

Bismillaahirrahmaanirahiim..

berjalan 'menjelajah negara', merentasi benua, di alam maya. di sana sini mereka adakan demo membantah keganasan israel menyerang palestin dan membunuh orang awam yang terdiri daripada wanita dan bayi2. oh, mereka sungguh kejam. selepas melancarkan serangan darat, semakin ramai mangsa yang terkorban. hari ini masuk hari yang ke-16 palestin diserang. 

di New Zealand (baca: auckland), dengan moto : from Auckland to Gaza, support the intifadha! gambar di sini. di mesir, saya mengetahui perkembangannya melalui fathiyyah (**froM the inSide**) yang selalu meng'update'kan berita tentang palestin. boleh dikatakan setiap hari. tadi, saya berkunjung lagi ke sana dan mereka mengadakan kempen menderma darah untuk rakyat palestin. wah, saya sungguh kagum dengan mereka! gambar demo di UIA plak, di sini. di usm, saya xdapat gambarnya. huhu~ gambar demo di seluruh negara, ummu ada letak dalam blog dia. sini

teringat semalam membaca artikel di saifulislam.com bertajuk:  Khutbah: Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam

...realiti sentiasa mengalahkan ilusi...


ini laporan daripada MAP:

[MAP] Sekitar jam 1 pagi tadi, Israel menghebatkan serangan di Semenanjung Gaza. Serangan Israel turut disokong serangan dari kapal perang Israel (laut) telah mengebom beberapa tempat di bandar Gaza.

Dinyatakan, sebuah yayasan kebajikan yang berada di Mukhayyam shatie Bahr(kem pelarian persisiran laut) turut dibom. Sementara itu, Israel juga membedil kawasan di Syiekh Ajlain dan Tel Hawa. Serangan Israel yang disifatkan penyembelihan beramai-ramai ke atas penduduk Gaza itu juga menggunakan bom phosporus putih yang menimbulkan kontroversi.

Sebagaimana yang dinyatakan, bom tersebut tidak boleh digunakan di kawasan yang padat dengan penduduk. Jika digunakan juga, boleh disabitkan jenayah perang. Bagaimanapun hakikatnya telah dan sedang berlaku. 

Di Khan Yunus awal pagi tadi, Israel menggunakan bom tersebut setiap kali menyerang di kawasan itu. Bom phosporus putih boleh mengakibatkan kulit terbakar dan sesak nafas.

Hakikatnya, penduduk Gaza di Khan Yunus melaporkan sebilangan besar mereka merasai sesak nafas kesan daripada pengeboman yang menggunakan phosporus putih. Dinyatakan, 50 penduduk parah. Israel pula menyatakan terpaksa menggunakan bom tersebut kerana untuk mengkaburkan pandangan pejuang-pejuang Palestin ke arah pasukan tentera Israel. 

Menurut sumber, serangan Israel yang terlalu dahsyat pagi tadi adalah sebagai usaha untuk menguasai bandar Gaza dan mengepung pejuang-pejuang Palestin.

[MAP] 7.00 pagi(waktu Mesir). Pertempuran sengit antara pejuang Palestin dengan tentera Israel masih berterusan di selatan bandar Gaza. Begitu juga di Jabaliya. Menurut sumber, ketika pertempuran sengit kelihatan 10 jentera perang Israel bergerak dan menuju ke 3 paksi serangan.

Selain itu, bot-bot perang Israel juga mengebom beberapa kawasan di bandar Gaza. Sementara pertempuran dan berbalas tembakan, tentera Israel juga melakukan pemeriksaan ke kawasan-kawasan berhampiran untuk mencari sasaran. 

[MAP] 10/01/09. Mahmoud Abbas, Presiden Palestin kekal di jawatannya sehinggalah pilihanraya akan datang(kemungkinan Januari 2010 atau melebihi tarikh tersebut). Bagi HAMAS, pihaknya tidak akan membincangkan apa jua berhubung pilihanraya dan seumpamanya selagimana peperangan tidak dihentikan.

[MAP] Kerajaan Israel dijadualkan akan mengadakan pertemuan mingguan hari ini yang diketuai oleh Perdana Menterinya, Ehud Olmert. Dinyatakan, agenda pertemuan tersebut adalah membincangkan dari sudut medan perang di Gaza dan politik. 

[MAP] 8.00 pagi(waktu Mesir). Barat bandar Gaza, pertempuran yang terlalu sengit tertumpu di kawasan Israel berpusat. Menurut saksi, artileri juga dilihat terlalu kerap membedil rumah dan kawasan yang berhampiran. Di samping itu, pejuang Palestin masih lagi bertahan dari serangan tentera Israel yang disokong kereta kebal.

Timur Gaza, pertempuran di salah satu paksi yang menjadi laluan masuk ke Gaza juga sengit. Menurut sumber, pejuang Palestin berjaya menggagalkan kemaraan musuh. Dalam masa yang sama, pejuang Palestin turut melancarkan 2 serangan roket jenis 'grad' ke pertengahan bandar Beer Sheeba. 

Sementara itu, di Khan Yunus, pertempuran masih berlanjutan antara pejuang Palestin dengan tentera Israel. 

[MAP] Amus Gilad, Penasihat Politik Menteri Pertahanan Israel berada di Kaherah. Menurut sumber, kedatangan Amus ke Kaherah adalah kali kedua sepanjang Israel menyerang Gaza.

Sebagaimana yang dinyatakan, tujuan Amus ke Kaherah adalah untuk membincangkan berkenaan menghentikan perang di Gaza serta mendapat maklum balas berkenaan inisiatif Mesir.

[MAP] Israel mengebom tempat pelancar roket bawah tanah yang dimiliki oleh pejuang Palestin. Setakat ini, pejuang Palestin belum memberikan apa-apa maklum balas berkenaan serangan tersebut.

Mangsa perang Israel meningkat ke angka 875 syahid, 3695 mengalami kecederaan tidak terkecuali yang kritikal.

9.1.09

besto..oyeah! ;)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ni saya rasa seronok terhadap dua perkara. pertama, lampu kalimantang sudah dipasang di dalam bilik ni! wah, bagus2. cerah yang amat. lepas ni boleh studi dengan lebih bersemangat lagi. hehe :) ameen. 

kedua, jeng3. itulah plan semalam. tetiba je terkeluar idea nk p sana. ye la, sejak akhir2 ni rasa macam xbermaya (ops, ini sungguh bahaya!)  je nak belajar. teringatla hari tu pernah discuss ngan puey fong camane nak increase rasa lebih bersemangat dan improve memory untuk studi. salah satunya adalah melakukan senaman tiap2 petang. lepas bersenam, xkiralah apa2 senaman pun, otak akan lebih mudah absorb oxygen. tapi, sejak 2 menjak ni saya xrajin sangat nak exercise. hayya, xleh jadi nih. lepas tu terfikir la nak p hiking. teringat kat miss lim, hari tu kami pernah p hiking ngan dia kat balik pulau (dekat2 area nih je). tempat tu sebelum ni kami xpernah p pun, tapi hari tu dia ajak kami p hiking. wah, teruja la. lama dah x pi hiking. dan sebelum tu jugak pernah terfikir nk p hiking tp xtau kt mane. biasanya sy p jungle trekking je bila ada program2 kt sekolah. paling last p jungle tekking masa kt matrik. sekali kat gunung jerai, sekali lagi kat kuala muda, kedah. best2! 

semalam, kami plan nk p hiking. dan rancangan itu menjadi! tapi bukan kt balik pulau a.k.a. lek lau. kali ni kat BJ. ada satu tempat tu depan INTI college, nama dia kawasan mendaki bukit jambul. pada mulanya, kami ajak aisya dan jega sekali. tapi depa berdua xjadi nk p. jadilah kami pergi berenam; dina, shikin, saya, poay yen, sze yan dan pei yeen. bertolak lepas solat asar. dalam pukul 5.30ptg. sampai pukul 6. then, mula mendaki dengan semangat yang berkobar2. hehe :) wah, mendaki di sini agak mencabar. kecerunan jalan pada 45-50 darjah mulanya. tetapi lepas tu, ada tangga. kena naik tangga. punya la letih. xcukup oksigen. hampir2 menyerah kalah. tetiba datang seorang encik tu (dia muallaf) kasi semangat pada kami bertiga (time ni,hanya tinggal kami bertiga. huhu). dan, kami mula bersemangat semula. dina yang paling bersemangat. (dina, belanja ak makan esok ok. ngeh3). dia tengok auntie2 dan uncle2 naik tanpa rasa letih, x menyerah. so, dia jadi bersemangat. dan saya tengok mereka semua laju je ke depan, saya cakap dalam hati: xleh jadi nih. hoho~ penat la. sangat penat. sebab naik tangga, dan jalan asyik cerun. xbanyak yang mendatar. lenguh kaki. ada la dalam 4,5 kali kami berhenti mengumpul tenaga semula. baru meneruskan kembali pendakian yang amat mencabar. lebih mencabar daripada yang kat lek lau, bagi saya. tapi kat lek lau lagi tinggi. 

setelah berpenat lelah, akhirnya kami sampai ke puncak! oyeah! gembira x terkata! lawa pemandangan nun di atas sana! boleh tengok penang. nampak bridge, queensbay, pulau jerjak, sungai nibong. kat atas sana jugak ada tempat ala-ala gimnasium. ada orang yang sediakan air masak. tapi kami xminum la, sebab dah bawak sendiri dari rumah. wah, best2! x terkata. kami sampai ke puncak dalam pukul 6.30ptg. hilangkan penat sat, lepas tu turun balik. kami turun agak laju la sebab kita ikut graviti. kalau naik, kita melawan graviti. betul x? hehe.  tapi time turun, kaki xboleh terketar2, sebab susah nanti. kena turun ikut tangga. ada satu jalan lagi, xde tangga tapi kami xguna jalan tu. perjalanan turun mengambil masa dalam 20minit. sampai bawah, serbu kedai buah. lapar seyh. then, bertolak balik ostel. sebelum tu, p cari makanan kat azlan sat. dalam pukul 7.40 baru sampai lek lau (baca: hostel). oh, hari ni antara hari2 yang best berada di sini. 

hari ni saya belajar satu perkara. jangan cepat menyerah! mereka bukan mudah menyerah. teringat ada satu kata2 ni. saya suka amat. " kita insan biasa punya impian yang luar biasa!!". ada orang  cakap itu juga ayat 'pengasih' DCL. hehe. andai kita berusaha dengan sehabis upaya, kita mungkin akan terkejut dengan hasilnya! cuba! kerna kita punya impian untuk dicapai!!

********************************

p/s: teringat hari ni ada demo membantah serangan israel ke atas palestin kat usm. aiseh, lupa. macam mana boleh lupe nih? huhu~ :( :( :(