Bismillaahirrahmaanirrahiim..
hari pertama. minggu pertama.
hari ni kalau mengikut jadual, kena pergi farmasi. dah buat temujanji, jam 10.30pagi. tapi tadi saya pergi awal. nak ambil manual untuk klerk. dr. baru siap fotostat tadi. kami jumpa dr. di kafe sekolah farmasi, usm. masa tu jam 8.30 (hoho, awalnya). lepas siap bagi manual, bersembang dengan dr. sekejap sebelum semua orang berterabur ke tempat untuk klerk masing-masing. kebanyakannya kena pergi clinical department. oh ya! hari ni hari lahir dr. norhayati! (huu, teringat celebration yang pernah kami buat masa tahun pertama dan tahun kedua dulu). jam 9pagi, hanya ada saya, poay yen dan pei yeen je kat kafe, bertemankan beberapa pelajar usm yang lain (tahun berlainan saya rasa) dan beberapa orang staff. poay yen mula jam 10 kalau ikut jadual. dia satu kumpulan dengan pei yeen. sementara menunggu jam 10, kami berborak sambil membelek-belek nota (saya memang akan cuak kalau hari pertama). ade la jugak yang masuk dalam kepala, walaupun tak banyak sangat. hehe :D
jam 10, saya bergerak ke depan masjid. menunggu jam10.30 bersama ahli kumpulan saya dari usm. ok, harini saya dapat dua orang kawan baru, ida dan nisah. ida klerk di farmasi sri nibong (selang satu pintu je dari tempat klerk saya), dan nisah pulak kena klerk di caremart, depan usm. kali ni kami bertiga ditakdirkan untuk klerk bersendirian, ahli kumpulan yang lain ade la jugak partner. masa berjumpa dengan mereka ni lah, baru saya tahu community akan ada on-call. (waaa, first week klerkship saya mesti kena on-call. sampaikan jega pun cakap : muka saya ni muka on-call. ape daa~ -_-")
jam 10.30, saya bertolak ke healthworld farmasi. cari parking motor, tak jumpa. last-last sayapark depan kedai makan je. haha. mula-mula masuk, perkenalkan diri. lepas tu, teruskan kerja. mula-mula pergi pusing-pusing farmasi tu dulu, tengok cara dia susun barang, layout dia macam mana. saya suka layout kedai tu. hehe. lepas tu, miss wong (the owner) terangkan sikit-sikit pasal farmasi tu. dah 2 tahun dia buka farmasi tu. masa perniagaan : 10am-9.30pm. bila dah ada pelanggan, dia jadi agak sibuk. saya tak mahu ganggu la. jadi sambung memerhati. 11pagi, pekerja dia sampai. saya pun beralih kepada pekerja dia (kak siti) untuk bertanya soalan. bila pelanggan ramai, saya diam la. perhati lagi. tapi tiba-tiba saya jadi blur, tak tahu nak tanya apa.communication barrier. farmasis tu pun takde nak tanya apa-apa pada saya, dan saya pun tak tahu nak tanya apa. ok, saya jadi segan tiba-tiba. aik, sejak bila? lepas tu mula la kata : huarghh, bosannya! dalam hati je la. dan, sempat lagi tu membuat 'panggilan kecemasan' mintak idea. haha. bila blur, baik la bertindak. daripada duduk diam tak tahu nak cakap/tanya/buat ape, nak menjampuk ape.. lepas buat panggilan kecemasan tu baru saya rasa ok sikit. ada rasa macam best sikit klerk kat situ. communication barrier dapat dipecahkan sedkit demi sedikit. terima kasih untuk penerima panggilan itu! ;)
untuk klerk ni, saya perlu cari lima pelanggan untuk masukkan data dalam borang. yang tanya untuk apa mereka ke sana, catat sedikit history yang berkaitan (cth : medical problems, current medication, other health-related products macam herbal, supplement ,allergic problem dan lain-lain). susah betul la interview orang. ye la, tak semua yang lapang. kebanyakannya nak cepat. dekat-dekat pukul satu baru saya dapat isi borang tu. untuk dua orang. takpe, esok dan lusa ada lagi..
dan tadi juga saya dapat sesuatu! teka.. teka.. hahaha. yea, angpau! daripada kakak miss wong. bila kak siti mintak dia kata: boleh bagi kat orang yang belum kahwin je, yang dah kahwin tak bleh bagi.. haha.. teringat pulak kat dr.chua. dulu, setiap tahun dia akan bagi angpau kepada kami. tak banyak pun isinya tapi sampai sekarang saya simpan lagi duit tu, tak guna-guna. ada sekali tu, dia bagi duit rm1 yang lama punya. keras lagi duit tu. waah! jadi lah ia koleksi saya. :D (sekarang ada 4 angpau. haha, akan jadi kenangan di sini..)
till here, nanti sambung lagi.. (huish, panjang jugak entri ni. huhu. nanti bila nak buat report lepas ni boleh refer kat sini la jugak..yeah!)
-----------------------------------
psst : laa, saya baru tahu
oral aid lotion tu bawah ubat terkawal sebab ada triamcinolone acetonide. apa laa..