31.5.09

NSAIDs..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Ini entri perahan otak. Semalam sempat study pasal NSAIDs. Hari ni bila bukak blog rasa macam nak luahkan apa yang dibaca semalam. Sila abaikan entri ini kalau anda tidak berminat. ngee.. saya tengah putus fius dengan CNS nih..

NSAIDS (non-steroidal anti-inflammatory drugs)

Secara umumnya, NSAIDs bertindak sebagai agen anti-inflammatory, antipyretic (reduce fever), and analgesic (reduce pain). Terdapat dua jenis NSAIDs iaitu non-selective dan selective. Selective NSAIDs only act by inhibit COX-2 (cycloxygenase 2) enzyme. Inhibiting this enzyme will reduce inflammation, pain and fever. Non-selective NSAIDs will act on COX-1, COX-2, and COX-3. Inhibition of COX-1 enzyme will give GI side effects such as bleeding, gastric ulcers and also can cause acute renal failure. If the person has gastric ulcer or on anti-coagulant treatment, non-selectine NSAIDs are contraindicated to him because it will worsen the situation.

Aspirin
also known as ASA (acetylsalicylic acid) is one the non-selective NSAIDS available.

usual doseeffect
80 - 160 mg
antiplatelet
325 mg - 1ganalgesic, antipyretic
325 mg - 6ga/inflammatory, tinnitus
6 -10 grespiratory alkalosis
10 -20 gfever, dehydration
> 20gshock, coma

Adverse effects of ASA:
on GIT:
-N / V
-heartburn
-gastric ulcer
-bleeding
-dyspepsia

Hematology:
-anemia
-reduce [iron]

Pregnancy:
-postpartum hemorrhage
-prolong gestation
-reduce uterine contraction
-perinatal mortality

Management of aspirin overdose:
Increase excretion, by:
-hemodialysis
-forced diuresis
-alkalinized urine (bicarb)

decrease absorption, by:
-activated charcoal
-emetics
-gastric lavage

Supportive measures:
-decrease temperature
-glucose
-electrolyte
-fluids

** ada orang yang allergi kepada aspirin. Dia akan develop hypersensitivity reaction bila ambik aspirin. so, pilih other NSAIDs. **

Other non-selective NSAIDs:
-PCM (paracetamol) or acetaminophen
-ibuprofen
-naproxen
-mefenamic acid
-diclofenac
-sulindac
-indomethacin
(apa lagi eh? aaa...)

Selective NSAIDs (COX-2 inhibitors):
-celecoxib
-rofecoxib
-other -coxib members. (valdecoxib, etoricoxib)
*but, inhibiting COX-2 will increase CV incidence. so, this type of NSAIDs cannot be given to the cardiac patient. oh, choose the best choice!*

dah. Mari paksa hippocampus bekerja lagi malam ni. Sejak akhir-akhir ini, saya suka minum kopi. Tapi sebenarnya saya tak boleh nak tahan sangat minum kopi, sebab saya akan sakit kepala.

p/s : [kepada semua yang membaca, jangan percaya bulat-bulat dengan fakta di dalam entri ini kerana mungkin ada kesilapan. apa-apa pun, sila rujuk kepada yang lebih pakar ya!]

26.5.09

bubbling over


"i hate CNS"
"where's the fire?"
"that question........"
      ~bila nuha mula bercakap sorang-sorang~

macam mana tak suka pun dengan CNS ni, kena ngadap jugak. [-_-']


-------------------------------------------------------

wo de ming shi nur anisa humaira'

-------------------------------------------------------

24.5.09

un, deux, trois

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

un
cuaca hari ni mendung dari pagi ke petang. tadi pergi pantai. bersama cikma dan kholati, kak da sekali. cikma bawa nasi goreng, kholati bawa nasi putih + tomyam + ikan rebus goreng + colek kaduk. saya bawa aiskrim + keropok je. ngee, cikma yang bagi mandat suruh goreng keropok je. petang tadi, pantai seri tujuh agak lengang. tak ramai orang seperti biasa. rupa-rupanya ada perasmian penutupan pesta wau di pantai geting.. patutla. nasib baik tak berkelah kat pantai geting. mesti ramai orang. oh, tak suka. terlalu ramai manusia. kereta pun banyak. mesti merangkak je kalau nak drive. lepas makan, budak-budak mandi air laut. suka la depa, tak ramai orang. boleh jajah banyak tempat. yang jadi pengawalnya, siapa? saya la. hadeh~ dah la kena serang dengan bola pasir, dua penjuru. lepas tu, terus participate main perang bola pasir. tapi tak aci, depa ramai. ish~

deux
tengok laut, tenang sungguh. ombak yang datang, membawa bersama pasir-pasir. teringat masa sekolah dulu:

ummi : nanti kirim salam kat ustazah S sebanyak bintang di langit.
ustazah S : kirim salam balik kat ummi, sebanyak pasir di lautan.

berapa banyak tu? infiniti. tak terkira. tak terhingga. rindu la. rindu nak baring tengah-tengah padang, kira bintang di waktu malam. best! teringat kat sekolah dulu. (lagi. ngee~). ada satu permainan dalam satu program ni, waktu malam. ada banyak check point nak kena lepasi. macam-macam la yang AJK tu minta bila sampai kat check point. ada yang kena minum air garam, jawab soalan, cari benda. bila dah berjaya buat apa yang disuruh, baru dapat klu atau hadiah. kali ni mereka bagi hadiah satu batang mancis dan lilin. kami kena nyalakan lilin tu jangan bagi ia terpadam sebelum habis permainan tu. kumpulan mana yang lilin mereka padam, kena denda duduk kat padang sampai dekat subuh. hoho, lama jugak tu. lilin kumpulan saya time tu padam sebelum habis permainan. jadi, kami kena duduk kat padang. bila sampai kat padang, dah ada beberapa kumpulan yang dah kena denda. ngeh3. tapi, best la duduk kat padang tu. kami berbaring, tengok langit, perhati dan kira bintang sambil bertukar-tukar cerita. oh, nikmat sungguh!! rugi siapa yang tak kena denda! v(^^)

trois
malam ni sudah mahu berangkat. tiket tak jadi beli yang lain. nak drive, tak mungkin la kot. abi mesti tak bagi. hehe. sampai penang nanti, tak sure la internet ada ke tak ni sebab bil tak bayar lagi. duduk kat rumah, kerja tak ingat je semedang. time kat penang hari tu, tak sempat. bil sampai lambat.

quatre
buat kuiz What is your pharmacy IQ kat facebook tadi, dapat result yang susah untuk dipercayai. erk?? insyaAllah, suatu masa nanti.. moga benar. ameen. :)

20.5.09

tiket, oh..

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

ummi pergi kursus, 28hb baru balik. kat rumah sekarang tinggal abi, anas, aman dan saya. tiket pergi balik, semua dah beli - tanpa fikir panjang sangat. tapi, sekarang rasa macam nak ubah tarikh tiket la pulak. 

24052009 - yang ni memang dah tak boleh tukar, sebab kena daftar 25hb.
28052009 - yang ni rasa macam nak awalkan sikit.
03062009 - yang ni mungkin tak berubah jugak.

sebab, bila fikirkan balik:
25hb - daftar. tiket pergi mula-mula memang tak boleh nak cancel dah. 

28hb - ummi baru balik. maksudnya, kalau saya tak tukar tarikh tiket.. abi, anas dan aman je yang duduk kat rumah. dan, abi tak berapa sihat sangat. aman pula baru lepas tanggalkan jahitan (24hb) di dahinya tu. makan minum mereka kat rumah, macam mana? kalau saya ada, (walaupun saya tak reti sangat masak -huyyoo, reveal seyh-), at least tak de la mereka kelaparan. mintak abi beli ayam ke ikan, saya redah je la masak nya.. ngee~ time nak beli tiket untuk tarikh ni, saya fikir nak duduk lama sikit kat sana. nak study la kononnya. kalau duduk kat rumah, alamatnya saya kena pergi satu tempat khas la untuk study

1hb - percutian keluarga (3 keluarga, bersama keluarga cikma dan kholati) ke t'ganu, insyaAllah. cikma dan kholati memang merancang masa yang sesuai supaya saya juga boleh join sekali. lama dah tak bercuti bersama nih. so, kalau skip rasa macam tak sedap hati la. mereka memang mengharapkan saya pergi kali ni.. (dan, saya akan diserang lagi.. mungkin, tapi tak kisah. ngee~).

8hb - tarikh mula paper. dan, memang berniat untuk kekalkan tarikh pergi semula (3 jun)..

nak beli tiket lain ke tak? nak ke tak? nak tak?

ni yang rasa macam nak drive ni.. KBR-PNG, jauh tak kalau drive? dengan jalan yang berbukit-bukau, tu. eip~

-----------------------------------
lama tak on plurk. gara-gara laptop ada masalah. tak ok2 lagi. [-_-"]

19.5.09

sky

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

i look at the sky,
on a bright day,
and i see a calm wonderful azure..

i look at the sky,
on a rainy day,
and i see a gloomy dark roof..

then,
i wait for rainbow,
wishing it will come out soon..

--------------------------------

240509 : KBR-PNG
280509 : PNG-KBR

030609 : KBR-PNG

--------------------------------
smile, please..  :)
~~ continue reading [tunas], switch on my memory lane.. *_*

17.5.09

Cogito Allah Sum!

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


Habis sudah mem baca buku ini. Best jugak la. 

Hidayah milikNya. Kisah perjalanan Rayyan yang pada mulanya taat beribadah, membesar menjadi seorang aties. Pelbagai persoalan sentiasa bermain di mindanya tentang kehidupan. Semakin dia berfikir, semakin dia meragui keyakinan atiesnya itu. Dalam kehancuran jiwa dan kebingungan, dia mencari semula erti dia dihidupkan di sini. Hingga akhirnya, mencapai ketenangan dengan kedamaian cintaNya. 

-----------------------------

tulisan di belakang buku itu..

Semakin aku cuba mendalami wacana-wacana falsafah, semakin aku meragukan hakikat keberadaan Allah. Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin beribadah, kini enggan solat, puasa ataupun mengaji. Malah, aku lebih suka melakukan maksiat.

“Gott ist tot..” ala Mietzsche yang menfatwakan bahawa tuhan telah mati sebagai jalan terakhir menuju kedudukan “Manusia Super” hingga “Cogito ergo sum” ala Rene Descartes yang menegaskan bahawa tuhan di bawah kuasa logika manusia merupakan wacana-wacana ilmiah dan falsafah yang sentiasa ku puja. Ke mana-mana pun aku akan berkata bahawa Allah sama sekali tiada.

Tetapi, apa sebenarnya yang sedang melanda hatiku ini. Mengapa dalam masa yang sama, jauh di lubuk hatiku ini selalu sahaja menjerit kegelisahan dan ragu atas jati diriku sendiri? Semakin lama jiwaku terasa semakin tidak bermakna. Inikah diriku yan digelar manuia rasional yang sejati?

Pada hakikatnya, semakin aku memikirkan hakikat Allah, Allah semakin dekat dalam hatiku. Allah tak akan dapat dinafikan oleh falsafah dan logik apa pun yang selama ini aku agungkan. Sesungguhnya Allah telah sematkan dalam hati setiap manusia dan menghadirkan ketenteraman jiwa yang sangat bening.

”Ya Allah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untukmu,” bisik hatiku dalam derai air mata.

”Semakin aku berfikir, ternyata Allah semakin ada..”

-----------------------

Angin sepoi-sepoi bahasa, mendamaikan jiwa. Secanggih-canggih ciptaan manusia pun, masih belum ada lagi yang berjaya mencipta angin sebegitu. Indahnya langit, memandangnya menjadikan hati terasa begitu dekat denganNya. Tidak terasa diri sendirian, kerana kita tahu Dia sentiasa ada bersama. 

Rindu,
Pada masa lalu..
Pada suasana itu..

16.5.09

seorang guru tua


Seorang guru tua
Guruku yang baik
Masih lagi mengajar
Sedang aku kini sudah besar
Dulu wajahnya muda
Kini rambut memutih kepala
Ada anak-anak muridya
Kini memegang jawatan tinggi
Tidak kurang pula
Bergelar usahawan berjaya

Guruku yang baik
Masih di situ
Masih menuju ke sekolah yang sama
Tiada kelihatan jemu
Dari air mukanya
Tiada kedengaran bosan
Dari suaranya
Dia gigih menggenggam
Tanggungjawab yang di amanahkan

Seorang guru tua
Dia masih di situ
Berdiri sebagai guru
Menabur jasa-jasa
Dialah pendidik bangsa!

-Gunawan Mahmood- DBP
di salin semula dari ‘SeHiJaU wArNa DaUn’
KOMSAS form 1…

HAPPY TEACHER'S DAY

14.5.09

selamat!

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

pagi tadi. jam loceng berbunyi. tangan segera capai tekan butan 'stop'. lepas tu, terperasan ada satu mesej masuk, daripada Mizah.. semalam, lepas balik dari KB langsung tak sentuh handset. kalau duk kat rumah, handset susah nak berjumpa dengan tuannya sebab diletak kat dalam bilik. manakala, tuannya pula suka lepak kat luar bilik.. hehe. 

Salam. Alhamdulillah saya baru selamat melahirkan seorang baby lelaki pukul 9.20pagi tadi, nuha kat HKL. insyaAllah, seorang mujahid.. syukur pada Yang Esa..

received:
04:07:15pm
13-05-2009

perasaan? teruja! hehe. alhamdulillah, selamat sudah dia berjuang. lepas baca mesej tu, terus call khalilah. khalilah duduk kat Johor sekarang. Dia bercadang nak jumpa Mizah minggu depan. aaa, nak pergi jugak tapi tak boleh. minggu depan ummi ada kursus, 10 hari (18-28). kena jaga rumah lagi, takut rumah lari.. :D takpe, khalilah kata nanti dia akan ambik gambar dan video sekali, insyaAllah.. tak sabar rasanya tunggu Mizah balik Kelantan.. :D

kerja?

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

sedar tak sedar, sudah 2 minggu saya di rumah. rutin duduk kat rumah macam biasa. membantu apa yang patut. tapi, bosan jugak rasanya asyik duduk rumah sahaja. mungkin sebab saya ni jenis yang suka berjalan-jalan kot sebab tu la cepat sikit rasa bosan bila duduk kat rumah lama-lama. walaupun ada kerja yang perlu dibuat, bila dah selesai rasa bosan pulak. haha. macam-macam. tadi saya telah berjaya mengajak dina keluar. hehe. kami ke KB mall. ada barang yang perlu dibeli. ummi pun minta tolong saya uruskan hal dia kat tabung haji sikit. 

bila dah bosan duduk kat rumah macam ni, mulalah terdetik di hati nak kerja. entah, rasa macam seronok je kerja, kan? duduk kat hospital, selesaikan urusan berkaitan ubat-ubatan. tapi, rasa takut pun ada jugak. saya pernah tanya kak je pasal kerja time PRP (pre-registered pharmacy). setahun pertama tu kerja agak penat la, sebab semua department terlibat, nak timba pengalaman. ada sesetengah department, kita perlu stay selama sebulan dan ada jugak yang sampai 3 bulan. bahagian enforcement pun terlibat jugak. dulu, saya ingat enforcement ni kerja teruk-teruk sikit, dengar nama pun macam seram je. haha. tapi kak je cakap, best je kerja kat enforcement. pergi buat spot check kalau ada report mengatakan kedai ni ada jual barang yang diharamkan atau tidak berdaftar, dan boleh melawat ke banyak tempat. tapi penat jugak la sebab nanti nak kena pergi balik, kalau dapat tempat yang jauh..waah. bila dah lepas setahun yang pertama dan jadi fully registered pharmacy (RPh), kita memang akan ditumpukan kerja kat satu bahagian sahaja. 

hmm. masa PRP, time agak penat ialah time oncall. sebab, bila-bila masa sahaja orang akan call, tanya pasal ubat atau mintak pandangan. penat. dah la tiap-tiap hari kerja 8-5, malam pulak ada oncall. nampaknya saya perlu membiasakan diri dengan keletihan. hoho~ hari tu tanya kak sarah, dia cakap kadang-kadang kena jugak pergi hospital pagi-pagi buta, tapi biasanya tak payah la. just call assistant, mintak dia dispense. hanya kes-kes tertentu sahaja perlukan pharmacist sendiri yang pergi. tanya kak zety pulak (kat HPRZ), dia cakap biasanya orang (dari hospital) akan call sahaja, dan kita hanya perlu selesaikan melalui telefon. bagusla untuk orang yang rumahnya jauh dari tempat kerja, lambat jugak nak memandu pergi hospital if benda tu nak kena siapkan on the spot. huu, boleh haru~

time cuti macam ni, saya jealous je tengok kawan-kawan yang pergi posting kat retail pharmacy atau industry (buat LI).. waah, bestnye! best dengar diorang bercerita pengalaman pi posting. *mood kerja tengah bagus nih*. best kan diorang, dapat pengalaman, tambah pulak kalau yang posting kat industri tu. susah, kalau kita saja-saja pergi kilang tu mintak permission nak kerja untuk sementara, kecuali kalau memang ada surat bertulis daripada universiti yang membenarkan kita posting kat situ.. kan, kan? waa, jeles. T_T

bila masuk sekolah menengah, rasa best je sekolah rendah.. belajar pun sikit-sikit je. bila masuk matrik, rasa best je sekolah menengah. rasa macam nak kembali ke zaman sekolah menengah balik. bila masuk uni, rasa best je matrikulasi. rindu je masa-masa kat matrik. bila kerja, mesti akan rasa best je belajar, kan? so, sambungla belajar! :D haa, manusia~ 

--------------------
1- Cogito Allah Sum! (Lalu Mohammad Zaenudin)
2- Matahari di atas Gilli (Lintang Sugianto)

13.5.09

award

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

semalam, sambil menunggu mesin basuh menyiapkan tugasnya, untuk saya 'siram baju' selepasnya, sempat saya menekan remote controller menonton 'Suara Siswa'.. Tajuk yang dibawa kali ini : Teori vs. praktikal, mana lebih penting? Apa pendapat anda? Bagi saya dua-dua sama penting. Dua-dua berjalan seiring. Huda ada tulis tentang ni. di sini

Mahu ambil award daripada Nadiah.




1. Put this badge in your awesome blog.

2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly. 

3. Make sure you put the recipients' names here, along with their links.

4. Let them know about this.
  • Those who are in 'Puzzles of my life' and 'ICT's Blogger' columns on the right side. hehe :)
 --------------------------------------------------------------

1. 1st insert this badge or the picture above to inform you have been awarded. 

2. Make sure you take the picture and said it is from Ima.

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.

  • I was born on November 1st, 1986
  • It was Safar 28, 1407.
  • Place of born: HUSMKK.
  • Pengkalan Kubor used to be my hometown.
  • Just got a new hobby – collecting books.. (and put an effort to read all of them) hehe
  • Yesterday I just ordered new books, online. Hah ha. (please blame on boredness)
  • Love to KIT with old friends, like to know their updates  and so on. Ngee~
  • Like to think about the past, the memories, the stories, especially what was happen during my childhood. :D
  • My brothers, anas and aman are now fond of glow-in-the-dark-when-we-break-it things. Aish~ *teringat zaman budak-budak dulu*
  • Stage fright is my fear. The more it will be, when I have to use microphone. Then, my voice will come out like I am crying. *they said*.. So, I hate microphone! (-_-")
  • 60% extrovert, 40% introvert. 
  • I'm a chocolaholic, but will muak when I take it too much. 

4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog.

5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged.
-wanna get ready to go somewhere. after that, I tell them-

--------------------------
I like this:
Life is like a piano. White keys are happy moments and black keys are sad moments.. both are played together to give a sweet music...

10.5.09

Dear Mommy

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

just for a while. i want to share this video, here. so cute!! hehe :D



"thank you for not yelling at me when I do something bad..."
"thank you for giving me lollipop when I cry"
"thank you for loving me forever"

------------------------------
p/s : selamat mengecat baru. kali ini tema putih. ^-^

9.5.09

pening

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

sejak dua menjak ni banyak perkara berada di fikiran saya. maka, sakit kepala mula menyerang. balik takbai, dapat satu berita baru. sudah besar rupanya sepupu saya tu. dan, sudah pandai berahsia dengan saya sekarang ni ye. tapi tadi, rahsia dia terbongkar jua. hehe. terkejut jugak menerima perkhabaran itu. ketika mereka bercakap-cakap tadi, saya kebluran. rupa-rupanya saya tertinggal kereta api. orang lain sudah sampai Bangkok, saya baru sampai Songkhla. aish, patutla. hmm. berita tu membuatkan saya befikir dan terus berfikir. saya kah yang tidak mengenali dia dengan baik atau......

balik takbai semalam, berkumpul ramai-ramai sungguh seronok. lama dah tak berkumpul ramai-ramai macam tu. kalau bukan kerana hari raya, susah jugak kami akan berkumpul begitu. yang peningnya bila berkumpul macam tu, saya yang akan diserang. dulu, muna ada. muna suka melayan kerenah budak-budak ni. saya pembantu sahaja. ngehehe~ tapi sekarang, saya seorang, diserang enam penjuru. pening.. pening~

cerita versi budak-budak:
si kakak suka mengusik si adik. tadi, diusiknya si adik sampai menangis. berkebetulan pulak si adiknya tadi demam. si adik report pada emak, si kakak yang kena. si kakak merajuk membawa bantal ke muka dan menangis sorang-sorang. si sepupu yang pada mulanya berniat ingin bermain dan bergurau, rupanya tersalah timing. gurauan menjadi seakan mengusik si kakak tadi, lalu mendapat 'ganjaran' daripada si kakak. menangislah pulak si sepupu yang kecik ini. habis satu rumah ke'menangisan'. adeih..

---------------------------
p/s: 
1- laptop ada masalah. huhu~
2- kenapa perlu mimpi perkara yang sama?

8.5.09

'hadiah' drpd shiah

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

bila tiada idea untuk dicurahkan, tag boleh mengisi kekosongan entri. hehe. tag kali ni datangnya daripada taushiah. ini soalan-soalan dia.. jeng jeng jeng..

soalan untuk panaskan badan dulu...

1.anda lebih suka karipap sardin atau karipap kentang ?
karipap kentang, sebab karipap sardin rasa bawang dia terlalu kuat. saya kan memang tak suka makan bawang. T_T

2.anda lebih suka air kelapa atau air tebu ?
Air kelapa muda asli, yang tak tambah air gula dan air.. dulu suka minum air tebu, lepas balik sekolah, sementara tunggu abi nak balik, pi beli air tebu + keropok losong kat depan sekolah.. pernah sehari tu cikgu saya ada cakap, orang perempuan tak elok minum air tebu banyak-banyak. aiseh~ dan, sekarang lebih suka minum air kelapa muda! weee~ v(^_^)v

3.apa pandangan anda mengenai isu jerawat tumbuh selepas makan kacang ?
Orang cakap begitu sebab, kacang itu berminyak. Banyak minyak boleh menyebabkan liang tersumbat dan mengakibatkan jerawat. 

4.anda paling tertarik dengan lelaki/perempuan yang macam mana ?
Yang bila saya tengok dia, saya boleh menilai diri saya ni baik ke tidak. Hehe 

5.apakah perkara yang wajib anda buat sebelum tidur ?
Macam2 termasuklah baca buku, baca nota sikit2, online, berborak dengan kawan, ym ngan adik2.. 

soalan yang memerlukan anda untuk berfikir dengan lebih mendalam...

1. andaikan ada org menghina ahli keluarge anda. apakah yg anda akan buat ?
Marah la. Dan, tengok pula kenapa.

2. adakah anda akan tolong kawan anda yg dlm kesusahan wlupn dia pernah khianati anda ?
Kalau dulu, mungkin terlalu berat permintaan ini. Tapi sekarang, insyaAllah.. semoga dia berubah. " because hope is always there"

3. andaikan esok hari terakhir anda hidup.apakah perkara yg anda ingin buat sebelum mati ?
Aish, soalan ni macam seram je bunyinye. Huhu~ tulis wasiat kot. :D . tapi boleh ke kita tahu esok kita akan mati? fikir dan fikir. *kematian sentiasa menjenguk kita setiap hari. bertambah sehari kita hidup bermakna semakin dekatlah kita dengan kematian* agree?

4. adakah anda akan pilih orang yang anda cintai atau orang yang anda sayangi sebagai pasangan hidup ?
Hmm, tidak ketahuan. Cuba bagi definisi cinta dan sayang kat saya. *macam orang takdak perasaan je bunyi nye*

5. apakah yang mmbuatkan anda bersemangat untuk hidup sampai sekarang?
Ada impian untuk dicapai..hoho~

6. andaikan masa dpt diputarkan balik,apakah yang anda ingin betolkn ?
Andaikan.. banyak benda. Nak belajar rajin2 biar dapat result  yang mantap (selalu je begini.. aish), nak jadi seorang yang baik. hehe. 

7. adakah anda akan give up jika perkara yang anda lakukan asyik gagal?
Pernah, tapi akan tersedar kita tak sepatutnya putus asa.. Keep in trying, ok?

8. adakah anda akan memaafkan orang yang telah merosakkan kehidupan dan kerjaya anda ?
Waa, soalan mencabar minda. kadang-kadang berkata-kata itu lebih mudah daripada prove it. Agree?

9. andaikan kawan anda menghidap penyakit berjangkit.. adakah anda akan masih berkawan dengan dia?
Ambik la prophylaxis treatment ke. hehe..

10. sesetengah orang mengatakan budak-budak amatlah menyusahkan. apa pandangan anda ?
Bukan menyusahkan sebenarnya. Cuma mereka ni kadang-kadang agak hyperactive. Tapi biasa lah kan. Itu memang perangai budak-budak. mereka penuh dengan sifat ingin mencuba.. 

siap satu, ada lagi satu. yeay! ;)

-----------------------------------
p/s : ada buku untuk ku beli. mahu mencari. semoga ketemu. hihi :P

7.5.09

slide show

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

sudah lama tak membuka blog ni. sekarang mahu lap habuk sikit kat sini. hari ni mahu pamerkan gambar-gambar sepanjang lawatan ke usm hari tu. kalau nak upload satu-satu, mesti penuh blog ni dengan gambar. dan pulak, gambar yang nak di'upload' bukannya sikit. dalam 60++ hehe.. :) bila dah banyak macam ni, slide show tetap menjadi pilihan saya. so, untuk sape2 yang nak tengok gambar, semoga bergembira dengan slide show ni..


balik rumah, ada perubahan. kat rumah sekarang sudah ada banyak haiwan peliharaan. anas dan aman yang suka beli dan memelihara. sekarang sudah ada hamster + ayam serama + puyuh + kucing..

hai. saya takdak nama. tuan saya suka panggil saya 'tikus'. aish~
(ini hamster aman)

ok, setakat ni dulu. nanti sambung di lain masa. anas mahu bermain dengan google earth. entah, mahu mencari apa. tapi semalam seronok betul mereka meng'google' tanta dan cairo. dan, mendapat gambaran sedikit sebanyak macam mana rupa cairo dan tanta itu. hehe :)

kepada kawan-kawan seperjuangan dan yang sedang bercuti :
"HAPPY HOLIDAY"

esok nak p takbai, ada majlis tahlil.

---------------------------
p/s: bila mahu tukar cat ni?? masa online di rumah agak limited. (-_-")

3.5.09

sabtu

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

alhamdulillah, jam 4pagi semalam saya selamat sampai ke KB. abi, ummi, aman dan anas datang ambik bersemangat diorang suruh kejut, semata-mata nak datang kota bharu. hehe. lepas tu, kami ke tanjung mas, kedai ayah cik (bapa saudara saya) untuk makan. ayah cik hidangkan nasi  beriani. waah, awal-awal pagi sudah makan nasi. jangan nanti berona, sudahlah. dalam 5.30pagi, selamat sampai ke 'Darul Aman'.. 

tengah hari tadi, ummi mengajak ke KB, mahu mencari ta'miyyah katanya. ada satu kedai ala-ala arab baru bukak kat KB. kami pun bergerak lah ke sana. sampai kat situ, rasa agak kecewa la sebab kedai yang jual ta'miyyah tak bukak lagi. lain kali kena datang lewat sikit. dan, kami hanya memesan nasi beriani (lagi.. hehe), yoghurt, basbusah untuk mengisi perut. Lepas tu, ummi mengajak ke syarikat ja'far rawas, mencari kain pelikat (nak beri kepada mereka yang datang baca tahlil untuk arwah wea-kata ummi). *mahal jugak ye kain pelikat. kain cap kuda, B, original : rm29 satu. kalau yang A, original : rm35 satu.*

hari tu saya cakap mahu menukar cat rumah, kan? sudah jumpa catnya, tapi masa seperti tidak berapa mengizinkan lagi. nak mengedit tu memakan masa sedikit. nanti lah, dua tiga hari lepas ni. insyaAllah.. :)

cerita dua hari (ii)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

mahu sambung cerita..

30/04/09..
hari kedua melawat usm. hari ni kami melawat ke dua tempat. pertama perpustakaan (perpustakaan hamzah sendut) dan muzium tuanku fauziah. bertolak macam semalam, dalam 8.30pagi, gitu la. tapi hari ni hanya satu van. yang chinese tu naik kereta sendiri sebab lepas tu depa nak balik terus. poay yen pulak, ayah dia ada operation pada 1 Mei.. perlu balik terus. kami turun di depan DTSP (dewan tunku syed putra), bersebelahan dengan perpustakaan hamzah sendut. saya bersarapan dengan menjamah sedikit kuih, manakala dina dan shikin makan nasi lemak. saya tak terasa nak makan nasi time tu. lepas sarapan, kami berkumpul di depan library

mulanya, kami diberi sedikit taklmat tentang apa yang kami boleh akses di sini. kebebasan kami agak terhad sebab kami tidak dibenarkan meminjam buku-buku yang terdapat di sini. kalau nak pinjam, kena melalui inter-library loan. maksudnya, kami kena request untuk pinjam buku tu melalui library ICT yang akan menghantar request tu ke sini. Jika buku itu ada, mereka akan pos ataupun librarian ICT datang ambil. lepas taklimat, kami dibawa melawat perpustakaan 3 tingkat ini. di sini, mereka menyediakan perkhidmatan internet, opaque (betul ke ntah eja macam ni), bilik tayangan, bilik audio, bilik perbincangan, ruangan red spot (jurnal, thesis, buletin), ruangan majalah dan akhbar, bilik mikrobentuk filem (thesis yang di'copy' kecilkan dan dimuat turun ke dalam microbentuk), ada bilik ape lagi ek? lupa daa~ banyak sangat bilik nya. buku pun banyak. dan buku berkaitan farmasi : tingakat tiga, sudut paling hujung.. waah, siapa rajin ke sana? hehe :) *time melawat library teringat pulak kat library kat uitm hari tu*

perpustakaan ni mengamalkan sistem layan diri. nak pinjam, hulur kad pelajar, letak kat satu mesin nih, letak buku yang nak dipinjam, then dia scan.. siap! nak hantar pulak, hantar je ke dalam kotak yang disediakan kat luar library tu. tak payah masuk perpustakaan pun tak pe. mesin peminjaman dan pemulangan buku itu dibeli satu set.

selepas itu, kami ke muzium. first impression ke muzium : alaa, macam boring je dengar perkataan muzium tuh. ok, masuk. mula-mula sekali ternampak tempat terapi ikan! waah, lawanya, tapi agak mahal la sikit. 10minit=rm10. huhu. muzium dia 3 tingkat. tingkat bawah ada tempat pameran hiasan rumah, pameran khat, alat-alat yang digunakan time peperangan pada zaman dahulu, sudut uji minda, tempat karaoke. lepas tu, kami naik tangga menuju ke tingkat dua. tiba-tiba dunia menjadi gelap. kami dikelilingi awan dan planet-planet. seolah-olah berada di angkasa. jenguk ke bawah tangga.. rumah-rumah dan bandar nampak kecik sangat. waah, memang rasa macam real lah. masuk ke ruang astronomi. banyak benda kat situ; patung star wars (ye ke? saya x sure), radio yang menggunakan tenaga suria/lampu, tempat nak tahu cas dalm badan kita ni lemah ke kuat, flight simulator (yang agak real, bila jenguk ke luar daripada kapal tu nampak space-gelap-), tempat nak uji gelombang bunyi.. yang pastinya : kat sini memang best! macam tak sangka kat muzium pun ada benda-benda macam ni, seolah-olah berada di planetarium. lepas tu, ada tempat yang macam underwater. dinding dipenuhi ikan-ikan, batu karang (time ambik gambar, nampak macam duk dalam laut..), pameran kesenian tradisional masyarakat melayu (kuda kepang, gamelan, keris, kompang, wayang kulit), ada replika batu bersurat, replika perak man (kena masuk dalam gua kalau nak tengok replika perak man nih, sambil tu nampak la replika orang-orang zaman purba -cara mereka makan, hidup-), pameran teknologi polimer (teringat uitm lagi), ada car simulator (kereta di'sponsor' oleh petronas).. kesimpulan : masuk muzium nih memang best la! impresi saya bertukar 100% daripada mula-mula masuk tadi. waah, terpesona dengan konsep muzium ini. nanti grad, nak datang ambik gambar kat sini lah!

lepas tu, kami pergi lunch kat desasiswa bakti, sebelum meronda-ronda sekitar kampus. kami sampai ke puncak tertinggi usm, dan bergambar. (tapi gambar takleh nak upload lagi..).dalam pukul 3.00petang, van sampai dan kami pun pulang. agak penat tetapi best! banyak sungguh perkataan 'best' untuk entri kali ni, nak menunjukkan pergi sana memang best. :D

------------------------
gambar, nanti upload lain kali la.. ^^

2.5.09

cerita dua hari (i)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

mahu bercerita tentang lawatan ke usm pada hari rabu dan khamis yang lalu. (dengar macam lawatan bidak sekolah aje.. hehe:D).. ia satu pengalaman yang menarik, bagi saya. best!

29/04/09..
kami bertolak dari asrama jam 8.20pagi. perjalanan dari balik pulau ke usm memakan masa lebih kurang dalam setengah jam. maksudnya, dalam pukul 9 kami sampai di usm. barkumpul di kafe pusat pengajian farmasi (school of pharmaceutical science). ambil sarapan sedikit. lepas tu, kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk sedikit kata-kata aluan daripada dr.nornisah. kemudian, kami dibawa melawat ke 3 tempat : sekolah (school), PRN (pusat racun negara) yang juga dikenali sebagai national poison center, DCC (doping  control center) atau pusat kawalan doping.

mula-mula, kami melawat makmal-makmal yang digunakan oleh pelajar undergraduate dan postgraduate seperti makmal farmasi industri, fisiologi, kimia, farmakologi, dll. waah, saya teruja melihat makmal mereka. tak sama dengan kami. mesin yang digunakan untuk undergraduate student banyak yang berusia agak lama dan memerlukan kepakaran manual berbanding mesin kami yang agak baru (kerana kami kumpulan pertama). mesin-mesin kami banyak yang menggunkan kepakaran komputer manakala mereka banyak kepakaran manusia, maksudnya kena calibrate tiap2 kali nak buat eksperimen, guna tangan (uruskan wayar2 yang berselirat..:D)-biasa dibantu oleh pembantu makmal la-.. (bersyukurlah anda wahai pelajar kolej sebab dapat instrumen yang baru-eceh~).. pi tengok makmal fisio pulak.. waah! kagum lagi.. besarnya! siap lekatkan gambar anatomi tubuh badan manusia yang besar tu kat dinding. tempat lecturer memberi penerangan pulak, dia buat ada macam pentas (tinggi sedikit daripada lantai biasa).. lepas tu, pergi lawat makmal untuk dosage form pulak.. waah, teruja lagi! (haha, apa kes ntah asyik teruja je nih).. ye la, kat makmal mereka siap ada macam karel pulak. seorang, satu karel. nak dispense ubat, buat sorang sorang. nak tanya kawan kat sebelah pun susah, sebab jauhla jugak jarak antara karel tu. kat karel tu dah siap ada kertas label, kertas untuk menimbang, bahan2 untuk membancuh ubat dll. haa, memang tak boleh nak tanya siapa-siapa la time extemporaneous preparation tuh.. kagum, kagum.. (teringat dr.yvonne yang sangat tegas, tidak membenarkan kami bertanya kawan semasa penyediaan extemporaneous. hehe. tapi saya suka cara dia ajar kami)

pergi melawat makmal TPN dan gynecology pulak. waah, teruja lagi.. :D besar! pemandangan di sebelah sangat menghijau, tenang je perasaan. (psikologi diaplikasi).. pergi melawat GMP (good manufacturing process) lab pula.. kami kena pakai 'kasut' khas nak masuk makmal ni, sebab makmal ni dijaga ketat. kat dalam tu, ada banyak bilik-bilik kecil. diatur mengikut susunan. start daripada membasuh bahan mentah hinggalah kepada proses pembungkusan dan pelabelan produk. lepas tu, makan tengah hari..

lepas zohor, kami melawat PRN. mula-mula diberi sedikit taklimat oleh puan asdariah, tentang apa yang PRN buat. biasa mereka akan membantu para doktor yang menghubungi bertanya tentang antidot untuk keracunan seperti keracunan pesticide, detergen, patukan ular, etc. mereka bekerja 24/7 (24jam sehari).. talian sentiasa dibuka dan perkhidmatan diberikan secara percuma. untuk maklumat lanjut, klik sini dan sini. Selain itu, mereka juga ada membuat ujian ke atas produk-produk kosmetik macam produk yang dihantar sampel untuk dianalisis kewujudan bahan larangan yang boleh menyebabkan side effect yang teruk seperti kanser kulit dan sebagainya. (saya dapat satu info-hidrocortisone biasa digunakan dalam whitening agent yang boleh bertindak menghakis kulit).. talian bebas tol : 1-800-88-8099 / 04-6570099 [isnin - jumaat : 8:10pagi-5.10petang]

tempat terakhir yang dilawati pada hari itu ialah DCC. bangunan dia, bagi saya agak canggih dan lawa. sebelum ni saya ingatkan, pusat doping ni hanyalah untuk menganalisis prohibited substances yang digunakan dalam sport sahaja, tetapi rupa-rupanya DCC ni ada juga menyediakan perkhidmatan yang lain seperti menganalisis makanan yang ada melamine, 3-MCPD, nitrofuran. analisis makanan ni masih baru diwujudkan. time lawatan tu, ada jugakla yang sempat bertanya : pseudoephedrine tu prohibited substances jugak ka? *soalan final exam sebenarnya nih* ahaha.. ada jugak yang teringat soalan final.. 

5.30petang, kami pulang.. dan, habis cerita hari pertama. 


--------------------------
29hb dan 30hb hari lahir seseorang. haa, kan dah cakap.. ramai orang yang lahir bulan empat nih. semalam hari lahir pensyarah saya, miss hafsah suhail al-anbari.. dan, hari ni pula hari lahir dua orang teman : nadiah aka izzahsakinah dan khairani.. selamat hari lahir kepada mereka.. :)