31.3.09

'kembar'

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

kenapa ya, bila tengok budak budak kecik, kita rasa seronok?.. ada orang cakap, budak kecil ni masih bersih, tak banyak dosa lagi. sebab tu la kita rasa tenang je bila tengok. semalam, dapat gambar ni. teruja tengok dia. juga teruja dengar nama dia. hehe :) 

si tudung hijau

tudung coklat pulak =)


tadaa.. ni lah orangnye. comel3.. nak tahu apa nama dia? setelah berteka-teki di plurk, hanya kak falin yang berjaya meneka. tu pun hanya separuh nama dia. yang separuh lagi, setakat ni takde sape yang jawab lagi. so.. untuk cik taushiah, cik bintu, ain, kak sri dan kak falin.. ni saya nak leraikan misteri semalam.. nama budak comey ni ialah... N. U. R. U. N. N. U. H. A. atau nurunnuha :) haa, sebab tu la saya teruja bila muna bagitahu nama dia semalam. 'kembar' ku rupanya. kembar nama penuh pulak tu. hehe. 

30.3.09

thanks


For every lesson you teach
For every knowledge you share
For every moment we enjoy
For the day you shine
For the love you give
For generous kind of heart
For your helping hand
For everything you did

A word to say : thank you!!
and, may the future belongs to you..

--------------------
p/s : haiz,  this 'poem' just come out from my mind. but, it is too late~~

29.3.09

seorang ayah

Bismilaahirrahmaanirrahiim..

pernah tak rasa macam mana itu rindu? bagaimana ye rasanya? hehe :). baru ku tahu macam mana perasaannya ibu dan ayah bila berjauhan dengan anak-anaknya. rindu tu tak usah dikata la. tambah pulak kalau anak tu, sorang je. asyik duk teringat je kat anak-anak yang jauh merantau. 

pernah tak kita selami, macam mana rasa rindunya ibu dan ayah pada kita yang jauh di mata mereka? entahla. macam berbelit la pulak ayat ni. ok la. tak ada apa apa di sini. cuma..

mahu cerita. sejak kebelakangan ni, abi asyik duk cakap dia terlalu rindu pada anak-anaknya (yang jauh di mata). terutama pada mereka di sana. kalau dia on ym, statusnya jadi : abi isytiyaq pada anak-anak. oh, sungguh terharu saya baca. 

hari tu, abi cakap dia mahu ke mesir cuti sekolah ni. mahu jumpa muna, shifa'. lama dah dia cakap, hari tu lagi. lepas raya. tambah pulak, abi tak berapa sihat. dia diberi kebenaran balik kerja awal. mujurlah tempat dia mengajar tu dekat dengan rumah. boleh la balik jalan kaki. 

ummi pernah cakap : abi tak kisah sangat kena topup banyak2, semata-mata mahu bercakap dengan mereka di sana. kadar panggilan telefon malaysia-mesir agak mahal. cakap kejap je, rm30 laju je mengalir keluar. sekarang, abi dah masukkan internet kat rumah. tujuan utama : mahu berhubung dengan anak-anak. bila dia beli laptop, biasa dia guna kejap je. lepas tu, dia kesian kat anak-anak. lalu, dia akan bagi laptop tu kepada anak-anak yang takde laptop lagi. then, dia beli lagi. yang ada webcam. sebab? nak tengok wajah anak-anak bila online. oh.. 

hari tu, time flight suspended.. saya tak berani nak bagitahu abi. takut dia kecewa, saya tak boleh balik. last2, saya cakap jugak. dia cakap : xpe, lain kali la. huhu~ 

------------------------------
p/s : tabah lah tabah.. 

27.3.09

catatan hari ini

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

lega.. alhamdulillah.. sebab? sudah lepas siapkan 'hadiah'. bererti saya telah berjaya mencapai tekad itu. yes! terasa mahu makan aiskrim, belanja diri sendiri. nanti la, esok mahu cari. hari ni kedai runcit kat Taman Manggis tutup. kedai borong ada jual aiskrim ka? tak perasan la pulak. 

hari ni amat kalut sebenarnya. banyak report nak kena hantar. pukul 9 pagi, p kelas.. tiba-tiba kelas cancel la pulak. miss hafsah cakap kelas petang, pukul 3 petang. apa lagi. lepas tu saya ambik motor terus ke pharm. department, hantar sebahagian report yang dah siap. (ada satu kena reject, sebab tak buat graf.. tak terperasan sebenarnye soalan ada suruh buat graf.. ramai jugak kena buat balik. dan, dia bagi masa hantar petang). lepas tu, sempat lagi tu p beli roti canai kat kedai depan. teringin. heheh. lepas tu, terus sambung ngadap laptop siapkan 'hadiah'.. stress jugak, tapi.. salah saya jugak. semalam, sempat lagi baca buku itu (S.U.u.N.). hehe. ye la, semalam mood kurang. tak  terasa nak siapkan 'hadiah'.. (habisla kalau my kakak tahu ni). 

jam 2.40 petang : sikit lagi, sikit lagi.. and then, there you go! pukul 2.50 petang, sudah siap semuanya! rasa macam nak melompat je. hehe. pukul 3, kelas drug of abuse and society. tajuk last - Epidemiology. belajar tentang pusat pemulihan (rehab. center). apa program2 yang ada kat sini. tapi, sekali lagi. terkilan dengan 'mereka'. kedatangan hanya separuh kelas. attendance : 5 from 11. bayangkanlah. hmm, entah lah entah. 

kelas tadi, kelas terakhir dengan miss hafsah untuk sem ni. minggu depan, ada kelas dr.zalina a.k.a. dr.nina, 5 jam. lepas tu, minggu lagi satu dah study week. macam tak percaya, sudah nak habis tahun tiga. tahun depan, masuk tahun empat. tahun yang mencabar. perlu bersedia. aish, macam tak bersedia je lagi.. hehe.. dan, tadi juga ke pekan kongsi, print gambar. 

ok, setakat ni dulu. kalau rajin, saya sambung cerita lain. mahu sambung baca S.U.u.N. salam~~

--------------------------
p/s : hari tu, saya dipaksa makan sup sayur (kelantan panggil 'sayur air'). tak boleh nak habis. tak suka sayur dan segala bawang. tapi, kenapa sayur rasa macam tu eh? bak kata kak falin, buat2 macam makan coklat je. bak coklat satu. nak makan sekali ngan sayur. hehe :)

26.3.09

yoghurt

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

teringat masa sekolah dulu..
ada sorang ustaz ni, ustaz Rasyid namanya. dia jual yogurt, sebagai sampingan. dia jual yogurt kat kereta dia. bahan-bahan, dia letak kat boot belakang. maksudnya, kereta dia jadi gerai jualan la.. jimat sungguh.. hehe. ustaz Rasyid memang famous dengan jualan yogurtnya, sampai ada budak-budak ni panggil dia, ustaz yogurt.. ish, kinayah ~~

ramai orang suka beli yogurt dia. satu, rm1. dia jual 3 perisa. strawberi, keladi, honey-dew (entah, betul ke tidak, eja macam ni..hua3).. biasa saya suka beli perisa strawberi + keladi.. jarang sangat membeli yang honey-dew tu.. tapi ramai jugak yang campur tiga-tiga perisa. ada orang tanya : tak mabuk ke campur semua? aish, ada jugak macam tu.. 

biasa, budak-budak ni suka beli time rehat dan balik sekolah. kalau sape2 yang duduk asrama, time nak gi prep la masa untuk beli yogurt. time ni, exco2 asrama yang tolong jualkan. best yogurt ustaz.  kt mmppp pun ade jugak wakil ustaz jual yogurt. saya baru tahu hari tu, muna cakap. tapi wakil dia yang lama, sekarang sudah terbang nun jauh ke selatan dunia.. sekarang tak tahula sape pulak yang tolong jualkan. kat mmt pun ade jugak. kalau hari sabtu pulak, dia jual yogurt kat kawasan KB, tapi saya xsure la kat mana. 

waah, tetiba terasa nak beli yogurt ustaz pulak. hehe :)

----------------------
p/s : kepada budak2 farmasi ICT, kenapa semua buat post terbaru tentang Earth Hour belaka eh? hehe. 

24.3.09

a talk

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


K.Leq ajak p sini.. buat kat PMC. waa, nak pergi tapi sabtu ni ada kelas. 11-1pm. cemaner nih? huhu~ 

psst --> boleh cepatkan / tunda kelas tak? hehe..

-------------------------
An extrovert is energized by being around other people, whereas an introvert is energized by being alone..
oh oh.. :) 

22.3.09

jadual oh jadual

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

tadi menjeling jadual exam. yang hijau sudah keluar. maksudnya sudah muktamad, tiada lagi apa-apa perubahan selepas ini. takut jugak tengok jadual, cantik bersusun. tapi redha la. ingat pesan my kakak. hehe.. :)

14/04/09 - FAR 343 [ GI system and therapy ]
15/04/09 - FAR 381 [ forensic pharmacy ]
16/04/09 - FAR 312 [ pharmaceutical analysis ]
17/04/09 - FAR 344 [ CNS and therapy ]
18/04/09 - FEL 273 [ veterinary pharmacy ]
20/04/09 - HTU 223 [ TITAS ]
21/04/09 - FAR 345 [ pharmacognosy II ]
23/04/09 - FAR 322 [ dosage form design II ]
28/04/09 - FEL 374 [ drug of abuse and society ]

apa yang boleh saya buat mulai sekarang? belajar. tapi, tak boleh belajar lagi kalau 'hadiah' belum siap. aish~ kena siapkan 'hadiah' cepat-cepatla nampaknya. target : this week, complete it!!

ok, setakat ini dulu. mahu keluar kedai sat. salam~~

20.3.09

....

berjalan ke serata 'alam'
mencari erti kehidupan
terjumpa makna kepayahan
juga ketenangan
buat bekal, semangat 
dalam menghadapi hari mendatang..

=================

dan,
ku doakan
moga ia tidakkan berulang lagi

18.3.09

tak jadi

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

ada satu mesej masuk ke dalam telefon cik dina, dekat maghrib tadi. dina 'pass'kan mesej tu kepada saya. waaa, ada masalah. kami try alternatif lain. PNG - KBR ada, tapi KBR - PNG penuh. cuti sekolah sudah habis.

dua minggu yang lalu, saya dan dina tempah tiket balik. abang dina kahwin, dia mahu balik. saya juga. ahaa  :p. kali ni kami nak naik flight, sebab balik sekejap aje. ikut perancangannya, balik jumaat pagi dan datang ahad pagi. macam tak berbaloi je nak naik bas. naik flight memakan masa sejam, naik bas pulak ambik masa 7 jam. tengok, jauh kan beza? ni first time nak naik flight sebenarnye, sebab jimat masa sikit. (naik bas, masa duk dalam bas tu pun dah 14jam, kalau naik flight 2jam je). lagipun, kami agak kesuntukan masa sekarang ni. isnin, kami ada kelas pagi. kelas hari tu agak pack ditambah pulak dengan kehadiran 2 kuiz (vet.pharm dan GI system). 

lepas dapat mesej tu, kami tanya kaunter bas (mutiara, transnasional, budaya), ada tak tiket datang sini balik? mereka kata sudah penuh. setelah berfikir, dina pun buat keputusan tak jadi balik. sedih jugak dia, tapi ayah dia cakap takpe lah..nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. usaha pun sudah. kita hanya merancang, dan Dia lah sebaik-baik perancang. ada hikmahnya ni. mungkin ini tanda, Dia mahu kami hadir ke jamuan akhir sem + farewell mr.naidu. mungkin, dan ada kemungkinan lain yang kami tak tahu. 

that's all for 'homesick' report. hua3, sempat lagi tu nak buat report ni, padahal esok ada kuiz pharmacognosy + poster presentation + hantar assignment. takutnya, sampai tak tahu nak buat apa dulu. tenang-tenang lah wahai diri. ok, permisi dulu. daa~

16.3.09

bizi kah?

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

bizi kah? ya. minggu ni aagak bizi.. bersama 2 lab report yang perlu disiapkan (dosage form design dan pharm analysis), 3 assignment pharmacognosy, 1 poster presentation (drug abuse and society) untuk bersedia, 1 kuiz (pharmacognosy) khamis ini.. tambah pulak minggu ni, ada lawatan kedua daripada pensyarah dari usm (awal sungguh lawatan kedua kali ni).. nanti nak kena prepare apa-apa yang patut.. haa, sudah. cik nuha mahu menyenaraikan to-do-list dia di sini pulak.. hehe :)

bila kesempitan, mula lah merindu masa senang. oh. dan, kemungkinan saya menaip posting untuk entri terbaru di sini minggu ini mungkin agak rendah. hehe. cik nuha mahu berhibernasi sebentar. tapi, kalau tangan rasa gata-gatal akan ada jugak ceritanya. ngehehe~

oh, mahu cerita sesuatu. 

kisah satu
tadi, kelas kami habis jam 7.30 malam. waah, first time kelas habis pada waktu itu. teruja, teruja. dan saya suka, sebab saya dapat fokus. hehe.. ok, lepas kelas tadi kami ke pekan kongsi sat. cik ekin mahu mengisi minyak, tangki sudah bagi amaran. lepas tu, mereka mahu beli nasi lemak yang dijual kat depan PETRONAS tu. nasi lemak kat situ memang best. tapi saya pelik sebenarnya. di sini, nasi lemak dijual untuk makan malam, dan biasanya gerai menjual nasi lemak dibuka selepas jam 6 petang. pelik. di tempat saya, nasi lemak biasa dimakan pada waktu pagi. atau, saya yang tak pernah makan nasi lemak pada waktu malam sebelum ni? hiho T_T. 

berbalik kepada cerita tadi. time mereka (cik ekin dan dina) mahu membeli nasi lemak di situ, akak yang menjual tu tiada. dia tinggalkan nasi-nasi lemak dia macam tu je, kat tepi jalan. ada jugak orang yang beli nasi lemak tu, duitnya diselitkan di bawah bungkusan nasi lemak yang lain. tertanya-tanya jugak, takde orang nak curi ke? hehe. dina dan ekin ni jadi teragak-agak untuk beli nasi lemak tu jadi mereka tunggu. tak lama lepas tu, akak tu pun datang balik.. kali ni bersama anak dia. dia baru lepas pergi ambil anak dia.. tentang nasi tu, ekin cakap akak tu tawakkal padaNya sahaja.. 

kisah dua
hari tu saya ada buat  kuiz untuk ADD. semuanya gara-gara cepat sangat hilang fokus time study dan baru lepas belajar tentang ADD. hohoho~ tapi, tak bersungguh mana pun menjawab. sekali, lepas keluar result.. fuuh, terkejut eden. macam betul pun ade jugak sikit-sikit. hehe. uish, takleh percaya nih. dan, ada seseorang ni cakap : don't trust the machine. hehe. yep, i will not trust it! 

all depend to us, right? nak ke tak nak? tepuk dada tanya lah selera. ups, macam kena tukar je ayat nih. tepuk dada tanya niat balik, okai? ;)

*********************

psst --> sudah teringat 'hadiah'.. huhu~ doakan yang baik-baik untuk saya ya!! ;)

14.3.09

nanti dulu

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

saya mahu berbicara tentang itu, tapi ia seolah-olah di awangan. Perlu disatukan dahulu idea-idea yang terapung itu, baru saya boleh menghurai.. nanti la dulu.. hehe :)

mabruk!

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

semalam, terbaca berita. seorang pelajar mendapat 19A1, 1A2 (20A). tahniah kepada kamu.. waah, teringat sekolah lama. sekolah yang saya rindu kini. tempat saya menimba ilmu. walau apa pun orang cakap tentang sekolah itu, saya masih tetap menyayanginya. sebab apa? banyak kenangan di situ. banyak cerita saya di situ. suka dan duka, bangun dan jatuh. kini saya merindu lagi..


Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku
Wahai Tuhan yang menyahut segala permintaan
Jadikanlah hari ini bahagia
Dan banyak keberkatan
Lapangkanlah dadaku dengan kelapangan
Dan mulut dengan senyuman
Tolonglah daku dalam menghadapi pelajaran
Di samping menunaikan kewajipan
Sinarilah fikiran dan hatiku
Dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat
Jadikanlah taufik sebagai habuanku
Dan keuntungan di dalam kehidupan
Peliharalah aku dan negaraku
Dari kejahatan segala ancaman
Limpahkanlah dunia dengan kesejahteraan
Mencakupi semua bahagian
Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku
Terimalah segala permohonanku.

11.3.09

lama

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

lepas siapkan report vet. semalam, curi masa sat membelek album lama. tiba-tiba terjumpa gambar ni.. wah, kenangan sungguh.. gambar ni diambil time majlis perkahwinan bapa saudara sebelah ayah saya, di Narathiwat.. time ni, saya berada di tingkatan peralihan kot. oh, sungguh tak matang langsung. :D time ni, adik saya yang bongsu belum ada lagi. jadi, gambar ni hanya ada kami berlima sahaja. ketika ini, adik saya yang nombor dua lebih rendah daripada saya. tapi sekarang, huish.. dia lagi tinggi daripada saya. le-la-ki. oh. hehe. setiap kali tengok gambar ni, mesti saya tergelak sorang sorang. kenapakah? aksi kami, sama. dua orang tersenyum dan sengetkan kepala ke kanan, dua orang lagi bercekak pinggang dan tersengih, dan yang seorang lagi tertunduk. kami tak berpakat pun nak buat macam tu, tapi bila gambar ni dicuci.. haa? kita sama aksi la.. :)


p/s : 'sakit rumah' sudah datang.. bersama timbunan 'hadiah'2.. dari jauh, ku doakan semoga kalian semua tabah2 aja ye.. 

10.3.09

senyumm :)

bila kau lelah,
ingatlah harapan itu terletak di bahumu
walaupun kau rasa ia berat untukmu
tapi, ringan-ringankan lah

bila kau letih,
ingatlah segala janji yang pernah terpateri
menanti untuk ditepati

bila kau lemah,
ingatlah orang di sekelilingmu
sentiasa menyokongmu

jadi,
teruskanlah berjalan di jalan ini
jalan yang telah kau pilih
doaku moga kita sama-sama berjaya
menuju puncak cita-cita
lalu, membuktikan ia.. ;)

------------------------

di pagi hari ini --> sedang berusaha untuk memujuk hati dalam penimbunan 'hadiah'.. mari senyumm.. :) :)

8.3.09

r.i.n.d.u.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. "Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang berada di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.

"Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum" "peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

-----------------------------------------

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwan nya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu?". "Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku.", kata Rasulullah.

Ikhwan ku itu, menurut Rasulullah s.a.w, "Mereka adalah yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

----------------------------------------

p/s: siapa mahu puasa esok? hehe :)

6.3.09

vet. visit~

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

tadi saya ada menaip untuk entri terbaru. tapi tiba-tiba entah macam mana, saya telah tertekan tempat 'x' kat atas hujung sebelah kanan ni. adeih~ panjang dah saya taip tadi.. cerita tentang visit ke tempat penternakan ayam + lembu. wah, rasa sudah tak ada mood untuk menaip semula..

ok, secara ringkas saje lah ye. hehe :)

pada sabtu yang lalu, kami telah pergi melawat tempat penternakan ayam dan lembu. bertolak dari balik pulau jam 8.15pagi.. mengikut prosedurnya, mula-mula kami perlu ke jabatan perkhidmatan veterinar di seberang prai dulu untuk proses ala-ala melapor diri.. lepas tu, kami dikehendaki mendengar taklimat daripada dr.ismail, tentang ubat-ubatan dan alatan yang biasa digunakan. di sinilah, saya baru kenal 'drenching gun' yang digunakan sebagai alat untuk memberi ubat kepada haiwan yang sakit dalam kuantiti yang tepat.. kemudiannya, barulah kami dibawa ke tempat penternakan ayam. di sini kami berkenalan dengan ayam biasa + itik + burung merak + ayam mutiara + ayam belanda + ayam selasih + anak angsa + anak ayam.. ramai, kan? hehe.. 

lepas tu kami dibawa melawat ke tempat penternakan lembu yang terletak di kampung telor. area kampung ni sungguh tenang. sebab ape? sebab ada sawa padi.. (eh, saya rasa memang saya terpikat dengan sawah padi la.. hoho~).. di sini jugak ada lembu import khas dari thailand. oh oh. :) besar besar lembu kat sini. ekin ada tanya, berapa harga dia jual untuk seekor lembu tu? dia cakap : ikut berat. rm6.50 sekilogram.. waah, murahnya! biasanya kalau kita beli daging lembu kat pasar berapa harga? lebih rm10, kan? sekarang ni dekat dekat rm20 dah sekilogram kalau saya tak silap. kan, kan?

lepas tu, kami balik. singgah makan di tengah jalan sat. dr.norhayati yang belanja. dr. norhayati memang seorang yang pemurah. dia suka belanja orang. kalau kita buat apa-apa event atau function, biasanya dia akan keluarkan sedikit duit untuk belanjawan.. she is the nicest dean i ever meet! :)

saya nak letak gambar sebenarnya. tapi, rasa macam tak best pulak kalau letak banyak banyak sekaligus. so, saya buat jadi slideshow aje.. hehe ;)


..credit goes tu ummu, syu and shikin for these pictures..

p/s : report untuk lawatan ini belum siap lagi. sekarang mahu berundur dulu. permisi. daa~

4.3.09

dependence

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

pernah minum kopi tak? biasanya bila orang akan minum kopi? (yang memang menjadi kebiasaan, sila tolak ke tepi ye.. hehe) biasa orang minum kopi untuk apa? untuk hilangkan mengantuk, kan? begitu juga saya.. saya kena minum kopi untuk hilangkan rasa mengantuk dan akan mengantuk.. kalau tidak, neurotransmitter seolah-olah lambat di'lepas'kan daripada sinaps dan akan menyebabkan impuls lambat menghantar informasi ke otak.. haila.. biasanya orang yang minum kopi atau apa-apa minuman yang mengandungi kafein akan jadi seorang yang 'alert' dengan keadaan sekitar. dalam kelas contohnya, pembelajaran hari tu akan mudah kita serap dengan jayanya.. hehe 

ada sesetengah orang akan jadi mudah mengantuk, lambat untuk memberi respons (dalam kelas : faham atau tidak) kalau dia tidak mengambil kopi sebelumnya. dan sekiranya selepas itu, dia minum atau mengambil kopi, dia akan jadi 'alert' kembali.. inilah yang dinamakan dependence kepada kopi.. dan, kalau dia terus menerus mengambil kopi untuk menjadi 'alert', lama kelamaan tolerance akan berlaku. tolerance pula ialah keadaan apabila seseorang itu perlu mengambil dos yang lebih banyak untuk mendapat kesan yang sama dengan dos sebelumnya.. contohnya, kalau sebelum ni dia minum satu 'sachet' kopi untuk membuatkan dia 'alert', tetapi kali ini dia perlu mengambil dua 'sachet' kopi untuk jadi 'alert'.. andai kata dia ambil satu 'sachet', dia akan rasa mengantuk. inilah yang dikatakan seseorang itu telah tolerance kepada kopi.. fahamkah? hehe :)


berbalik kepada kisah saya.. saya rasa sejak dua tiga menjak ni saya jadi seorang yang dependence kepada kopi.. risau dah, sebab takut lepas ni jadi tolerance. nak kena berhenti dulu minum kopi untuk seminggu ni. lepas tu, boleh la kalau nak sambung balik.. hehe  :p (apala punya planning..hayya~) 

psst --> anyone has any idea on how to avoid sleepiness and malaise, also lethargic? but please.. don't recommend any drug, ok? ;)

nota kecik:
jadual final exam (draf kuning) sudah keluar semalam. terkejut tengok :o setiap hari ada paper.. start 14/04/09 sehinggalah 24/04/09.. wow! i like pharmacy! neno~

2.3.09

tunda

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

hari ni sepatutnya ada kuiz drug abuse and society.. mulanya, jadual kuiz jam 11 pagi.. tapi, ada 4 orang pelajar kelas saya ada labtest untuk subjek 'komputer'.. diorang exam online. dekat-dekat jam 11, mesej masuk ke telefon ekin mengatakan kuiz ditunda ke jam 12.30tengah hari.. ketika tu, kami masih di asrama.. ok.. try untuk habiskan pembacaan lagi.. kemudian, pukul 12 ada mesej masuk pulak cakap kuiz ditunda ke pukul 2 petang, sebab ada antara mereka yang tak siap jawab labtest lagi.. lepas solat zohor, kami bersiap sedia nak ke kelas.. tiba-tiba sze yan cakap mungkin kuiz hari ni dibatalkan. eh? kenapakah? miss hafsah suruh pergi kelas untuk berbincang.

kami sampai kelas pukul 2petang (waah, sharp tu..ngee~), dan miss hafsah pun cakap la kuiz terpaksa dibatalkan sebab ada yang tak bersedia.. dan, mereka pun baru je lepas habis test. selepas berbincang, kami sepakat untuk adakan kuiz esok, jam 11 pagi.. biasanya, masa yang diperlukan untuk kuiz hanyalah sejam.. tapi, miss hafsah cakap, kali ni 1 jam setengah sebab soalan adalah panjang. waah.. dan, dia berpesan kepada kami supaya buat betul - betul untuk kuiz kali ni.. sebab kali ni sudah masuk kali yang ke-3 masa kuiz ditunda.. juga, kebarangkalian untuk adakan kuiz buat kali kedua adalah 0.001 kot. sekarang sudah bulan mac. markah kerja kursus nak kena hantar, sudah tidak lama.. musim terlalu 'sibuk' nampaknya akan berterusan sehinggalah tiba minggu ulangkaji.. waah, final exam sudah tak lama! kejap je masa berlalu, kan? 

ok, mari sambung stadi..
 
***************************

love notes : 
+ nadiah, thanks ya! saya nak mintak tolong lagi, boleh? :D
+ thia, tag kamu sudah siap! hehe :)

***************************

tensi + banyak kerja = emo.. haiz.. dah, dah.. baca love letter banyak2.. sebut nama Dia banyak2.. tenangkan hati, perasaan dan diri..

thia dan tag :)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari tu saya pernah kena tag oleh mak uda, cik fathiyyah :)  dan, sekarang baru berkesempatan untuk menjawab.. hehe.. buat thia.. maaf ye, menyebabkan kamu menunggu agak lama.. :) ok, mari kita ushar ape soalan cepu mas kali ni.. jeng jeng jeng..

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
sebelum ni blog ini bernama .:: BiCaRa HaTiKu ::. Ketika itu blog ini saya 'peribadi'kan dan hanya menerima lawatan daripada mereka mereka sahaja.. setelah itu, empunya blog ini terasa mahu membukanya untuk bacaan umum, (ahaa..macam la ramai sangat yang datang.. kui3) lalu bertukarlah nama rumah ini kepada ~!! CoLouRs oF mY LiFe !!~ yang kekal sehingga kini.. terasa mahu menukar nama lagi, tetapi biarlah. tak jadi dah kot. Hehe.. 

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

Di peringkat permulaan blog ini ditubuhkan, sangatlah susah untuk merisik URL yang sesuai. Banyak yang sudah dipetik orang. Entah macam mana la, tiba-tiba je terfikir untuk letak URL ni.. suka the frasa itu, nak letak ada space, tak boleh.. so, menjadilah ia tidak ber ruang.. pernah ada orang komen, URL blog ini terlalu panjang. It’s ok, panjang itu unik, bukan? Hanya orang tertentu sahaja boleh mengingati URL blog saya ni.. (chewah).. dan, sehingga sekarang masih ramai kawan-kawan yang tidak tahu akan kewujudan blog ini, kecuali kalau ada yang mintak tolong encik google tolong carikan perkataan 'nurunnuha', berkemungkinan akan ketemu itu tinggi.. ngehehe~  sebab mula-mula ditubuhkan blog ini hanyalah untuk mencatat peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku juga menyatakan pendapat-pendapat.. 

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Saya suka menulis mengikut keadaan. Kalau saya rasa seperti mahu bercerita, saya akan bercerita.. biasanya berkisar tentang cerita di sekolah, rumah, kawan-kawan dan hati.. terkadang, (baca : bukan selalu) 'rumah' ini bisa juga menjadi tempat mengekspresi perasaan.. hehe~ 

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
menghapuskan, tidak lah pernah.. sebab saya sayang cerita cerita di sini. pernah terfikir untuk berpindah.. tapi selepas difikir-fikirkan, di sini pun sudah memadai.. ;)

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
blog fathiyyah? Best.. saya suka ke sana, sebab di sana ada banyak cerita.. juga gambar-gambar yang menarik. habisla.. thia, jangan marah naa.. 

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag. 
waah, mahu tag siapa ya? tak tahu nak tag siapa, sebab semua macam bizi je.. tak pe la, lain kali la saya tag mereka selain :

++ Nadiah -- sudah beres
++ Taushiah – sila siapkan.. hehe :)

******************************

p/s : eh, ada satu hutang tag lagi.. daripada fathien, my junior.. fathien, mintak izin tangguh sat naa.. boleh, kan? ^_~

1.3.09

jumaat

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

ini cerita hari jumaat. kelas pagi kami start pukul 10.30pagi sampai 12.30 tengah hari.. dr.nizam yang ajar, tajuk NMR dan IR.. recall balik memori belajar organic chemistry time 2nd year hari tu.. saya suka tajuk ni! saya x tahu kenapa. tapi, saya memang seronok belajar tajuk NMR dan IR ni.. nanti, saya boleh try teka struktur yang betul. ahaa.. mesin untuk NMR tu besar tau! ni mesin dia.. cuba tengok orang besar mana je.. nak buat analisis satu satu compound, nak kena naik tangga tu dulu. sebab sampel perlu diletakkan kat atas, di tengah2 mesin tu (sampel hanya diperlukan dalam 1ml, dan di sekeliling mesin tu adalah magnet berkuasa).. orang yang ada heart problem, tak boleh handle eksperimen ini.. ni mesin tu :


lepas kelas, saya ada 'dating'.. (sudah diberitahu, kan?).. saya sampai kat usm dalam pukul 1.30 tengah hari.. lalu, dia terus ajak saya ke MFM  kat queensbay. gembira betul dapat jumpa dia, sebab sudah lama x jumpa. hehe :D kami berborak2 seketika, sebelum makanan yang dipesan sampai.. dalam pukul 2.40ptg, saya balik usm..

haish, macam mana ni? kelas start pukul 3, kata mr.naidu. :o saya call mr.naidu, cakap maybe saya akan lewat ke kelas sebab time tu, saya masih di usm. perjalanan dari usm ke lek lau memakan masa dalam setengah jam. dah la time tu, saya x solat lagi. memang salah saya jugak kot, sebab saya makan lambat.. huhu~ mr.naidu cakap : faster, ya. dan, saya jawab : ok, i'll try..saya solat tumpang bilik mazni, sebab mazni duk asrama 'harapan'.. dia juga bercadang untuk bermalam di bilik mazni malam tu..wah, dapat jumpa mazni jugak. hehe.. :)

sebelum balik, dia ada bagi sesuatu kepada saya.. dan, saya dapat hadiah. waah! suka, suka. gembiranya.. setiap kali saya tengok hadiah ni, saya rasa seperti dia bersama-sama saya.. thanks, akak! 

lepas solat, saya terus balik.. laju jugak saya bawa motor time tu.. dah la jalan berbukit bukau.. bila time nak turun bukit, sekali saya jeling meter speed : 80km/j. waah! tapi dalam hati x lepas lepas duk cakap : semoga sempat. semoga sempat. dalam pukul 3.50ptg, saya sampai kolej. dalam hati, takut untuk masuk kelas. ye la, sebab kita dah datang lambat. mesti la takut mengganggu diorang yang tengah belajar, kan? duk berperang pulak dalam hati : nak masuk ke tidak ni? aish, dalam dilema.. last2, saya call mr.naidu, tanya boleh tak nak masuk. dia cakap : yes, yes.. you can come. waah! leganya! akhirnya, sempat jugak saya dengar kuliyah vet. petang tu. 

kelas habis agak awal, pukul 3.40 kot.. (sebab kami ingatkan habis pukul 5).. so, lepas kelas, aisya tanya : nak p tengok upin ipin x? "kalau ada tempat, boleh jugak.. hehe" kat queensbay, wayang start pukul 5.40ptg.. lepas solat asar, kami bertolak ke QB. dan, tiket masih ada.. rm6 per head, sebab guna student card.. hehe.. sempat jugak kami tengok citer ni, walaupun pada mulanya planning ni dibatalkan.. wayang habis pukul 7.10ptg.. lepas tu, terus balik. letih.. hari tu, 2 kali saya pergi queensbay.. ngee~

p/s : thia, tag kamu nanti saya buat sat2 lagi ye.. ;)