Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Lama sungguh tidak mencurahkan apa-apa di sini. Membiarkan blog ini kosong tanpa sebarang posting. Nak dikatakan sibuk, ada la hari-hari ataupun minggu yang sibuk tapi bukanlah sentiasa sibuk yang berterusan. Cuma untuk beberapa masa yang terluang sebelum ni saya rasa saya perlu berdiam diri, memerhati alam sekitar, memerhatikan manusia di sekeliling, memerhatikan pendapat, memerhati dan belajar sesuatu daripada pemerhatian-pemerhatian itu (err, harap bukan falsafah la ye ni).
Banyak benda yang berlaku dalam hidup saya sejak dua menjak ni. Benda yang kadang-kadang sangat mengkucarkacirkan emosi diri, mengharubiruhijaumerahkan hidup, juga benda-benda menceriakan dan menterujakan perasaan (bukan yang tak seronok saja, yang seronok pun ada jugak. ;)). Nak cerita semua ke? Panjang nanti ni. Larat ke nak baca? Hee.
[Satu]
Alhamdulillah, sekarang ni saya dah bergred U44 secara rasminya. :) Farmasi memerlukan 3 tahun berkhidmat sebelum dinaikkan pangkat daripada gred U41 kepada U44. Naik pangkat, naik juga tanggungjawab. Tapi kerja di klinik kesihatan, saya rasa tak banyak beza pangkat apa pun. KK (klinik kesihatan) kan kecik je kalau nak dibandingkan dengan hospital. Dapat macam saya pulak, yang hanya seorang sahaja pegawai farmasi kat situ, memang wajib jadi PF y/m (pegawai farmasi yang menjaga klinik) lah. Maka semua kerja, kita kena buat. Dan semua kerja tu kita kena belajar sendiri. Takde jurang pangkat dah. Perlahan-lahan kayuh. Lambat tak apa, pengalaman itu berharga. Pengalaman tertekan, pengalaman jaga anak buah, pengalaman kena komplen, pengalaman difitnah, pengalaman di'ancam' keselamatan. Pangkat ni dunia sahaja. Semoga saya tak leka. Moga Allah jaga kita semua. Ameen.
[Dua]
Eh jap, point nombor dua sebenarnya dah masuk dalam perenggan [satu] kat atas. Tapi telah dipadatkan sepadatnya. Hehe. Takpe lah. Cerita lain untuk bahagian ni. Dulu, kalau saya rasa sangat stress, saya akan cari jalan untuk travel/melancong. Sejak dari zaman belajar (masa kat Pulau Pinang) dulu sampai lah ke zaman saya PRP di HSNZ, Kuala Terengganu. Senang nak berjalan-jalan sebab kawan-kawan pun suka berjalan. (bestnya!!). Sekarang ni saya perlu cari idea lain sebab idea melancong ni dah tak berapa nak mendapat keizinan. Ummi abi kata, kalau nak berjalan jauh-jauh kena ada mahram. Lelaki lagi baik. Masa ummi abi cakap macam ni, lama jugak la saya menangis-senyap-hibernasi-berkurung dalam rumah, sebab tak boleh terima. Huhu. Agak childish kan buat perangai macam tu? Ye saya tahu. Tapi tak boleh, saya perlu lepaskan. Lama-lama dah ok. Dan sekarang ni kalau nak kata saya tak suka berjalan sangat pun tak juga (because deep deep deep inside me, how i wish to travel again! hehe), tapi saya akan cuba cari alternatif lain bila sangat stress. Macam join group ODOJ (one day one juz - ok, promote nih. hee) ke..
[Tiga]
Untuk cerita tiga ni, agak ada perkaitan dengan cerita [dua]. Nanti sambung lain kali. Nak teman ummi, ummi demam. Dah seminggu. Doakan kesembuhan ummi ye. Terima kasih! :)