30.6.10

ramblings


pelik. banyak betul perkara pelik sejak akhir-akhir ni. pening dan keliru dah saya dibuatnya. (hey hey, baru sikit je tuh, takkan dah pening kot? huhu).


dah, leave them. sekarang ni, dua je yang saya buat. tunggu dan lihat.


.....................................

hmm.. biasa la kan mak dan ayah. kalau boleh nak anak mereka selalu dekat dengan mereka. nak nak pulak bila kat rumah tak ada orang sangat. aman dan anas ada pun, susah nak melekat kat rumah. kalau ada kat rumah pun, asyik duk mengadap game aje. huhu. nak mintak tolong buat kerja rumah, terima kasih! (eh nuha, sejak bila pandai membebel kat sini ni?)

hari tu sebelum interview, kami kena isi pilihan penempatan. saya letak : kelantan, terengganu, perak sebagai pilihan. nasib baik ummi dah siap cakap awal-awal : kak, nanti kerja di kelantan deh. HUSM ke. kalau tak, mesti saya letak selangor di tempat pertama. hee. bukan apa. saya ni jenis yang tak berapa best kerja kat tempat ramai orang kenal saya. rasa macam tersekat. kalau kat tempat tu tak berapa ramai yang kenal saya, baru la saya boleh nak explore sikit. saya ni kan suka mengexplore. (ye ye je saya ni). kalau kat tempat sendiri, mesti ramai orang dah cam siapa kita. nanti kalau ada buat silap sikit, sampai laporan. adeii~ tapi saya tak nak la dapat sampai sabah, sarawak. huu, kalau dia buat syarat pergi sana setahun atau dua tahun je, lepas tu confirm boleh balik, ok jugak kot. mungkin saya terima. kalau sekali pergi susah nak balik, memang haru la. tak mau la. (demand pulak dah ._. )

ummi kata :
kak, ummi sokmo doa kak dapat kelantan.
kak, ummi sokmo doa moga Allah jaga anak-anak ummi bila mereka jauh dari ummi.
kak, ummi sokmo doa moga semua berjaya.
itu lah ummi. yang tak pernah putus berdoa.

apa-apa pun, nak ambil quote dari cik nadiah :
doa itu wireless. dan coverage dia masuk satu universe.



----------------------
to both of my sis : aan nang yu dee dee na, kho hai dai kanean sung sung. chokdee! (nak tahu maksud dia, sila tanya abe nabli. hehe)

27.6.10

think, think =D


tengah godek-godek laptop ni, dan terjumpa sesuatu yang menarik. satu permainan. =) permainan ni mengarahkan kita menterjemahkan ___ (apa eh? saya tak jumpa perkataan yang sesuai la) ke dalam satu perkataan/ayat. contoh:
Stand
-------
I
Ans: I understand

r/e/a/d/i/n/g/
Ans: reading between the lines

Cycle
Cycle
Cycle
Ans: tricycle

T
O
W
N
Ans: downtown

Le/
/vel
Ans : split level

0
---
M.D.
Ph.D
Ans : two degrees below zero




nak cuba? nah:

question 1:
ii ii
--------
O O

question 2:
ground
-----------
Feet
Feet
Feet
Feet
Feet
Feet

question 3:
Death / life

question 4:
THINK

---------------------------------------
psst : dulu, saya pernah letak gambar ni kat blog lagi satu :


saya suka la main benda nih.. =p

21.6.10

21-jun-2010


we are not the way we are last time. time changes, people do change. we cannot expect that people is the same as who we know last 5 or 10 years ago.

tadi, ke pesta buku islam kelantan di balai islam, lundang. pi dengan hasliza (lija), kawan satu sekolah saya dulu. mulanya ingat nak pergi dengan orang lain. lepas tu tetibe je tukar rancangan, terlintas nak tanya lija dia free ke hari ni. lagipun dah lama sangat tak berborak dengan dia. dia kata free, lalu saya ajak. dan dia pun on je. saya suruh angkut mazura dengan haslinda sekali. tapi depa dua orang tu tak mau pergi. mazura puasa hari ni, dia takut tak larat. in the end, kami pergi berdua je. naik DY ummi.

bertolak dalam pukul 10.30, sampai di balai islam jam 11 lebih. lepas tu, hasliza ajak saya pergi pejabat tempat dia bekerja sat, depan balai islam tu je. tapi kena cross jalan besar la. nak jumpa kawan, katanya. duduk di situ dalam sejam jugak la sebelum pergi balai islam balik, nak cari buku. sengaja cari hari ni sebab nak elak orang ramai (konon-kononya la), sebab cuti sekolah dah habis, waktu pagi ramai pelajar pergi sekolah.. sekali, memang sangat tak ramai. sedih pun ada, saya tengok suasana. booth pun ada jugak yang kosong. saya tanya hasliza, sebelum ni begini jugak ke? dia jawab : takdela macam ni. lagi ramai orang datang.. kenapakah? hurmm.. apapun, langkah tetap maju. semangat nak cari buku masih diteruskan. dan masa kami pergi tu sedang diadakan pertandingan khutbah.

siap cari buku, kami ke mydin di kubang kerian, cari fail yang ummi kirim untuk kedai sekolah dia. waah! macam tak percaya itu mydin. ye la, sebelum ni kalau sebut aje mydin, mesti dalam kepala tergambar : tak ada makanan yang dijual, kecuali sedikit sahaja. tapi mydin yang ni, boleh tahan. bangunannya dua tingkat. tingkat bawah, penuh dengan makanan dan minuman (macam kat kebiasaan supermarket). tingkat atas baru ada alat-alat tulis, pakaian, hiasan dalam rumah, beg etc etc. hoho, siapa yang duduk kat husm tu, memang tak perlu bergerak jauh la nak cari keperluan. macam semua lengkap je di kawasan tu.

singgah solat di masjid sebelum mencari mi chambo di pengkalan kubor. kemudian, ke rumah mazura, berkongsi cerita. lama oo tak jumpa mereka ni. sekali jumpa, habis semua perkembangan kawan-kawan satu sekolah yang lain saya tanya. hurmm.. ada yang berubah jadi semakin baik, tapi ada juga yang tidak disangka perubahannya ke arah yang lain.. time changes, people do change, ey? huhu~


ps : cayalah! teh o beng harga rm1, teh beng harga rm2. apakah?? susu pekat manis mahal eh?

20.6.10

anisa's day


the celebration is on 15th of june instead of 12th june. kali ni saya nak bagi gambar yang bercerita..

15/6 yang lepas cikma dan kholati berpakat buat mi kari, laksa penang, agar-agar, air sirap nak sambut hari lahir anisa. saya tukang beli kacang, air batu, tukang angkut barang, ambik kek, bawak kereta yang dinaiki oleh budak-budak. uih, macam nursery pulak, kereta penuh dengan budak-budak. hoho. sampai di pantai geting, kami pilih lokasi yang agak jauh sedikit daripada orang ramai. ramai sungguh orang kat pantai, musim cuti sekolah macam ni lagi lah.. lepas tu, kami memulakan majlis..

mempersembahkan, tadaaa!! [ditempah dari kedai kek seri sutera, depan masjid as-somadi kg geting. hehe]

meriah kan, kek ni?


antara yang meraikan..


ini, si puteri anisa umaira sedang bertemu ramah dengan tetamunya, mina.. =)

yah! lari!

mereka, penghibur saya =)

dah kenyang makan, main la pulak. main bola sepak, tapi disepaknya bola tu keluar padang, gol tak masuk pun.. hadeih..

mereka lagi..

penat main bola, main air pulak.. "langit nak hujan! naik!"

tak kamceng dua orang ni kalau kat sekolah. seorang pengawas, seorang suka cari pasal >:)

peace, peace. mata kalih tempat lain.. style baru nih.. hoho

inilah kerja saya bila jumpa pasir basah..



lalu ditiru oleh mereka;

1 - aman

2 - alia

3 - afina

4 - iffah (nak jugak budak kecik ni. dia tak boleh nak tulis, dia suruh kakak dia tulis. =p)

akhirnya, buat bintang!

dah dah. masa ni dah nak maghrib. lalu, kami terus pulang. selepas bagi hadiah pada anisa. one happy day! =)
but also a cardiac arrest day

nuha, muna, huda


dulu, masa tingkatan 4, ada sorang kawan sekelas saya, nama muna. saya pun cakap : adik saya ada yang nama muna. lepas tu, dia kata : saya ada adik nama nuha. oh? ahaha. lepas tu saya cakap : seorang adik perempuan saya lagi, nama huda. laaa.. adik saya pun ada jugak nama huda. apakah? kebetulan. tapi nama ayah kami tak sama. dia, muna/nuha/huda mustafa. kami, nuha/muna/huda (shifa) nawi. hehe =)

p/s : one of my ex-classmate also named, nuha. she had sibling named, huda. but i'm not sure whether she had sibling named muna or not. =p

14.6.10

award! =]



Online best friend award
Dari Arina. thanks!! =)

Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
1. she is so fall in love with roses.
2. her blog was newly named : whispers in the dark, formerly known as : imdrugged.
3. i like her blog design. interactive. nanti kalau pergi blog dia, saya suka tekan tikus-tikus saya banyak kali.
4. she is cute on her own way! ;)
5. one of the editor of 'kot putih'. (arina, bila dah sampai kot putih, roger-roger naa)

Jot down 5 interesting facts about yourself or your hobbies
part ni yang saya lemah sikit. huu, tak reti nak describe diri sendiri..
1. semenjak ada 80IS, saya rasa minat ambik gambar benda-benda pegun semakin bertambah. huahuahua~
2. tak suka orang yang tak bagi signal bila nak membelok. grr, sabar je kita tunggu dia datang tup-tup dia membelok. haru la.
3. suka langit. tambah-tambah, langit malam.
4. akan berusaha elakkan konflik. suka mengelak bila orang tanya soalan yang saya tak mahu jawab. hoho..
5. saya kata : diam itu best. =p

Pick your 10 most deserving recipients and describe them
1. nadiah
a best friend

2. kak sarah
a caring kakak and where most of my cryptics, leak out.. agaga~

3. shifa
my caring adik

4. arina
the one who gave me this award.

5. muna
my adik too, but she do not blog.

6. salbani
a good friend of me.

7. syu + ummu + fathien
tiga sekawan yang punya blog

8. pai + nurul + sani + ilham
juniors of me.

9. all my juniors and semua yang datang melawat dan membaca cerita saya. sudilah terimanya ^____^

13.6.10

yazeedu wa yanqus


yazeed wa yanqus.
eeman.

dosa menggelisahkan,
kebaikan menenangkan..
kalau rasa diri nak mula hanyut, mari kuatkan semula pautan pada dahan.
jangan dicari ranting yang mudah patah..


kadang-kadang saya cemburu, dengan mereka yang setiap saat hidup dalam suasana dan nafas tarbiah di sekeliling mereka. jiwa mudah untuk tenteram, damai dan tenang. best kan, sakeenah diberi dengan biah?

terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi berkongsi suasana itu dengan saya, sepanjang saya di 'sana'. ia mententeramkan hati yang gundah, walaupun hanya biasannya yang saya dapat. jadi, untuk mereka yang dapat biah tu, sudilah kiranya berkongsi sedikit rasa biah itu bersama mereka yang tak dianugerahkan dengannya, biarpun biasan yang mereka terima.. ia mampu untuk redakan hati yang resah dan gelisah..



up and down. eeman juga begitu, kerana kita bukan malaikat. kerana itulah SAHABAT PENTING!

-------------------------------
p.s : deep down in my heart, i thank to all of you, yang sudi baca dan dengar cerita saya. omelan saya. bahasa hati saya yang kadang-kadang entah-hape-hape-sebab-keributan-dan-keserabutan.. komen dan bagi kata-kata kesedaran, nasihat dan motivasi untuk saya. yang buatkan saya terfikir balik tindakan saya. secara langsung juga tersirat/berkias. thanks, even i know it is not enough~~