27.5.10

diam


kalau bercakap itu, boleh mendatangkan mudarat, lebih baik diam.

diam. banyak tafsirannya. "diam tanda setuju"-biasa didengari. "diam untuk berfikir" selalu jugak jadi hujah.

bila bercakap, boleh buat orang melenting marah, bara menyala. tapi bila diam, orang pun marah jugak, sebab 'semburan'/pertanyaan tak dijawab. hmm, manusia.. lain orang, lain ragamnya. kalau pertanyaan yang dikemukakan itu, bila dijawab boleh nyalakan kembali api kemarahan, bukan ke lebih baik berdiam diri, tak menjawab? keadaan pun boleh dikawal sikit. tapi yang penat dan haru biru merah hijaunya, bila kita diam, pun kena marah jugak. habis tu, apa lagi pilihan yang ada? lari, tinggalkan tempat kejadian. 0_o

diam, bukan bererti mengalah..
diam juga bukan selalunya bermaksud setuju..

tapi..
diam, banyak bertujuan menjaga hati..
diam dipilih untuk menjaga hubungan..
diam berfikir, diam yang bijak..
kalau diam tak tahu jawapan pula?

diam, dan tafsiran manusia...


----------------------------
fobia. saya rasa saya ada fobia jenis ni -> philophobia. agaga~

18.5.10

malam ini


malam ni saya turun ke bawah, keluar sedikit dari rumah dan berada di halaman. duduk atas buaian, ambil angin malam. kepala mendongak langit, lalu terpantul : banyaknya bintang! ada bulan berbentuk sabit yang indah juga. langit malam ni sungguh lawa. mendamaikan. macam tak ada tanda-tanda nak hujan. subhanallah. lepas tu mula terfikir. wah, bestnya kalau rumah saya (ehem!) nanti ada rooftop. tak pun beranda yang tak berbumbung. nanti malam malam boleh intai langit. whoa!

duduk atas buaian, terasa bayu sungai (eheh, pepandai je reka. sebab belakang rumah saya ada sungai. sebab tu la kot rasa angin sungai menerpa). saya tengok langit sekali lagi, ada kapal terbang melintasi ruang udara. teringat memori hantar nabli, ummi naik kapal terbang dulu. tundukkan sedikit pandangn, nampak pokok pauh 'rekngam' (saya tak tahu apa nama pauh ni dalam bahasa melayu standard. ala, yang buah dia kecik-kecik tu. orang suka buat jeruk). terimbas kembali zaman kanak-kanak dahulu. yang penuh warna warni. juga luka semalam.

kalihkan pandang ke jalan raya. walaupun pandangan saya dibatasi pagar rumah ni, tapi masih boleh nampak dan dengar kenderaan yang lalu-lalang tak putus-putus. sesekali, beberapa motosikal berhenti dan saya pun tak tahu apa yang mereka buat. berdiskusi. kejap bukak lampu motor, bunyikan hon, cuba signal. lepas tu tutup balik. eh tak lama lepas tu bukak balik. aih, pelik saya. tengah belajar nak guna hon dan signal kot. =p lepas tu lalu sekumpulan budak yang menginap di pondok (dekat rumah saya ada sekolah arab meheliah, pelajar sekolah ni biasanya akan menginap di asrama yang dipanggil pondok) baru balik dari membeli barang agaknya di kedai ku zah dekat sini. mereka berhenti dan menegur pembonceng motosikal tu tadi. kawan depa kot. kejap ja berborak, lepas tu teruskan perjalanan balik ke pondok. [ragam manusia]

mulalah saya perhatikan kembali perjalanan hidup saya selama ni. selama hampir 24 tahun di atas bumi pinjamanNya ini. apa yang telah saya buat. peristiwa demi peristiwa terbentang di benak fikiran. lembaran impian demi cita-cita terbuka kembali. mula merenung dan memikirkan. bak kata trisy dalam Rooftop Rant:
contemplating.
past,
present,
future.

17.5.10

it's a tag


Lets solve the tag by miss arina. Given to me several days (still can be count rite? hee) ago. Thanks, dear!

"Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real .. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question."

What is your name: Nuha

A four letter word: Nice

A boy's name: Nawi

A girl's name: Nadia

An occupation: Novelist (wow wow! berangan je. haha)

A color: Neon carrot crayon colour

Something you'll wear: Neon fuchsia t-shirt. (ahah, ade ke nih? jap nak check dalam almari)

A type Types of food:
1. Nasi kerabu without ulams, okeh? especially mom-hand-made. yummy yummy. (sebab ikut suka hati ja letak banyak mana pun bahan-bahan dia, kan. hehe)

2. Nasi putih tomyam campur at azlan
3. Nasi lemak in front of petronas and maybank
4. Nasi putih with other lauk. (a typical malay am i? =D)
[except for Nasi Basi. huhu.]

Things found in the bathroom: Nila.

A place: Netherlands. (kincir angin dan tulip!)

A reason for being late: Not enough sleep. will lead to overslept. (evil)

Something you'd shout: Nak!

A movie title: Nancy Drew?

Something you drink: Nectarine juice

A musical group: NSync

An animal: Nyamuk. (sila pasang kelambu sebelum tidur ye)

A type of car: Nissan skyline GTR (ngehngeh)

A type of fruit: Naga (erk! i dont like it)

Tag others:
anyone interested? silakan. =)



-----------------------------------------
wahwah. musim cuti sekolah bakal menjelang. dan musim kenduri pun akan bermula. i got 8 invitations. 5,6,6,10,11,12,12,14. i'm not sure i can attend all of them or not. waa, sedihnya kalau tak dapat pergi.

15.5.10

ke takbai sat


nak ke takbai sekarang dah agak susah. kalau tak ada passport atau borderpass, jangan harap la boleh melepasi pemeriksaan kastam. semalam, masa nak ke sana dengan ummi dan aman, kami kena sekat bila nak naik bot [?]. pegawai tu kata : guna arah lain. last-last kami naik feri ja. tak suka sebenarnya naik feri ni sebab agak leceh. masa menunggu agak lama. nanti dia akan tunggu sampai feri tu penuh dulu baru gerak.

price dalam bahasa siam = raka eh?

sepanjang saya perhatikan..
remaja perempuan di sekitar takbai suka pakai skirt labuh digandingkan dengan t-shirt. jarang yang suka pakai seluar. kalau naik motosikal, undang-undang mereka tak mewajibkan penunggang motosikal pakai topi keledar [kot?] sebab memang amatlah jarang saya jumpa pembonceng dan penunggang motosikal yang pakai topi keledar, walaupun di atas lebuh raya. lagi satu, letaknya bakul di hadapan motosikal depa (kalau kat sini, bakul motosikal letaknya kat tengah, antara pemegang dan tempat duduk). jadi tak biasa, bila saya bawak motor kat sana sebab bila saya membelok ke kanan, bakul dia tetap stay kat depan, tak belok sekali. jadi kekok. ingatkan motor tu tak boleh nak membelok. huahuahua.




ok, i'm back in facebook. after hiatus for 3 days. oh what? just 3 days? heee. ada perkara untuk diselesaikan.


-----------------------------------------
  1. abuya meninggal. inna lillah. setiap yang hidup pasti merasai mati. cuma masanya sahaja yang menjadi rahsiaNya. kumpulan nadamurni, salah satu daripada 'produk' kumpulan al-arqam ni. saya membesar dengan lagu-lagu daripada mereka. dan masih saya ingat, masa kecik dulu abi selalu putarkan lagu nadamurni untuk kami dengar dalam kereta on the way nak pergi mana-mana. sampaikan, saya boleh ingat luar kepala lirik lagu-lagu dia. tenang je rasa bila dengar. best.
  2. soalan : jika diberi pilihan. antara isteri dengan adik, mana satu menjadi keutamaan?

13.5.10

rawak


"barangsiapa yang banyak membaca istighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahannya dan menjadikan kelapangan dari setiap kesempitannya.."

siap pun kemas semua barang. masa kemas barang ni lah, baru saya sedar, baaanyaknya la hai barang yang saya bawak balik! nota tak payah cakap la. satu sem, satu kotak. tapi kotak kertas A4 je la. tu la, rajin sangat nak bawak balik semua nota padahal ada je softcopy dalam laptop ni. ai, sayang la nak bagi kat orang. huahua. pinjam takpa. =D ni pun ummi suruh simpan semua nota tu dalam almari kat dapur. tapi saya fikir, mesti tak muat sebab ruang kosong kat dalam almari tu ada sikit je lagi. setakat ni saya tak rasa nak pindahkan semuanya ke mana-mana lagi. biarkan 'mereka' berbalut kemas dalam kotak tu. nak selongkar lepas ni pun senang. macam comel la pulak tengok, bersusun.

kalau duduk kat rumah kan, mesti ada je benda yang terfikir nak kena buat. siap satu kerja, banyak lagi yang tak beres. macam tak luak-luak. tapi kadang-kadang terasa jugak nak keluar. dah memang saya ni kaki jalan. hehe. rasa pelik bila tak keluar rumah. pergi rumah mak saudara pun kira ok dah. masalahnya sekarang, semua sepupu-sepupu saya yang kecik tu dah mula sibuk. dengan qiraati petang nya, dengan kelas tambahan malamnya, dengan persatuannya. kalau pergi rumah mereka pun, tak tahu nak buat apa jugak. biasanya kalau depa tu ada, bolehla saya tarik pergi pantai seri tujuh ke pantai geting ke pantai kuala ke.. kawan-kawan terdekat yang saya selalu hang out pun tak ada. amani, nun jauh di shah alam atau melaka. ana pulak dah kerja kat wisma kota bharu. hujung minggu baru balik. nak tak nak, saya kena cari idea buat aktiviti kat rumah je la.. tapi, cuti kali ni agak lama.. boleh naik bosan jugak. hurmm.. (baik berhenti. ini simptom -symptom cannot be measured, right? sign, can be measured- saya nak mula cakap tak berhenti)

alamak.
insomnia. [-_-!]
ada idea nak atasi tak?

12.5.10

aman oh aman


balik sekolah
k : aman ada kelas tambahan ape malam ni?
a : bukan kelas tambahan, tapi kelas gemilang. kelas tambahan tu untuk budak-budak darjah 6.
k : ooo.. (p,q,r,s,t,u,v,w,x,y,z). aman, siapa cikgu yang lama dah mengajar di situ?
a : teacher maiza, cikgu zabariah, ustazah jalilah, erm, siapa nama cikgu yang selalu cerita pasal hantu tu?
k : cikgu mea?
a : haa, betul!
k : cikgu mea mengajar aman ke?
a : yep. tadi dia cerita pasal hantu.
k : hantu ape?
a : entah, aman lupa.
k : (-___-") [ada pulak boleh lupa]

jam : 7.50pm
a : kak, hantar aman.
k : awal lagi, bukan ke kelas mula jam 8.15? ada orang sampai dah ke?
a : tak apa, kawan-kawan aman ramai dah sampai. depa sampai jam 7.30 lagi.
k : aiks? sempat ke sembahyang maghrib?
a : laa, maghrib pukul 7.20. lepas sembahyang, makan sikit-sikit, terus pergi.

jam : 10.20pm
aman balik sambil mengamuk.
alamak! lupa nak ambil aman. ad-dess!!
nampaknya esok kena pasang alarm la. bila buat kerja, memang tak sedar langsung. mula-mula dah sedar, tapi baru pukul 9.45. sekali lagi sedar, aman dah sampai. huhu~


nota : dialog telah di'translate' dialeknya. tapi macam pelik la pulak bila baca balik. agagaga~





---------------------------------------------
yeah! my facebook account was successfully deactivated for some reasons. it comes along with this:
Note: Even after you deactivate, your friends can still invite you to events, tag you in photos, or ask you to join groups.
.. just temporary .. i'll be back. ngeh~

8.5.10

cinta sufi


cinta sufi by Ramlee Awang Murshid.
(oh, tak jumpa cari gambar cover buku ni yang sama dengan saya punya)

habis sudah saya khatamkan buku ni. haa, ni la faedahnya duduk kat balik pulau (yang saya suka sebut sebagai lek lau) bila tak tahu nak buat apa-apa. sedikit demi sedikit akan saya gunakan untuk habiskan stok buku yang banyak lagi berbaki tu. tadi, masa pergi settlekan urusan JPJ untuk motosikal kat BJ, sementara menunggu giliran tu, sempat lagi saya belek-belek buku 'jangan bersedih, jadilah wanita yang paling bahagia' oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni. hoho, dah bosan sangat menunggu tak tau nak buat apa. nasib baik sempat di'campak' buku ni masuk dalam beg galas sebelum bertolak. ada la jugak peneman kebosanan saya tadi. ehe. =D


ok, berbalik kepada buku 'cinta sufi'. katanya, buku ni adalah kesinambungan daripada buku 'hijab sang pencinta'. oh, buku tu saya tak baca lagi. tapi, baca buku ni pun best. kagum dengan saifuddin tu yang merasakan dirinya sentiasa berlumuran dosa lalu menjadikan istighfar dan zikir-zikir tidak pernah putus daripada hatinya. cerita ni bagus, untuk muhasabah diri. walaupun sesetengah orang akan kata, watak dia terlalu sempurna.. tapi saya tak tengok dari sudut tu.

terfikir banyak kali lepas baca buku tu. hingga terkadang terlintas (erk! boleh ke guna dua kali 'ter' sebelah menyebelah?) di fikiran : ada lagi ke orang seperti tu? huu, kagum! (hee, kekagumanku kadang-kadang boleh jadi jakun).

keseluruhannya, cerita dia boleh la. agak best. cinta sufi yang membawa catalina kepada iman dan takwa. bila terbaca kata-kata yang diajarkan saifuddin kepada catalina sebelum dia memeluk islam tu, (Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah melindungiku) teringat yang saya pernah terbaca kata-kata ni suatu masa dahulu, tapi di mana ya? ia dikatakan bagus untuk diajarkan kepada budak-budak kecil supaya nanti dia akan jadi kuat, tidak lemah kerana semangat daripada kata-kata tu meresap dan sebati dalam tubuh andai selalu diucapi.



cinta sufi,
cinta yang tulus,
cinta abadi,
bukan didasari nafsu semata,
bermatlamat mencapai redhaNya..

7.5.10

PEA 4247


sedih. :(



selamat dah PEA 4247 ni bertukar hak milik tadi. banyak sungguh jasa dia pada saya sepanjang saya berada di sini. bersama dia lah, saya boleh ronda-ronda kampung, jumpa lorong-lorong kecil yang baru, meneroka design-design rumah yang ada di sini, kenal balik pulau dengan lebih 'mendalam' (echeh!), temani saya ke hospital pulau pinang untuk klerksyip, pergi kulim, pergi nibong tebal (fuuh!)... banyak lagi lah. hoho, selama hampir dua tahun bersama, rasa macam sayang nak bagi kat orang lain pun ada.. tapi, kat rumah sana dah ada satu motor, malas la nak tambah lagi. lagipun, yuran kolej ada lagi nak kena top-up. so, dengan terjualnya motor ni, selamat sudah yuran saya jelaskan. alhamdulillah!




in memory~~




---------------------------
esok balik.
tengah tunggu abi, ummi, anas, aman ngan ayoh mat datang.
mereka kat kupang, kedah tadi.

4.5.10

interview

alhamdulillah.

selesai sudah langkah seterusnya. pagi tadi temuduga SPA. bertempat di kolej. sebelum masuk untuk ditemuduga, kami dikehendaki mengisi borang pilihan penempatan. boleh isi sampai tiga pilihan. untuk sususan temuduga, saya orang kelapan; dia susun ikut tarikh lahir. siapa yang lahir dulu, dia yang kena interview dulu. jadi, orang pertama ialah fong, kemudian jega, jason, chia gen, pei yeen, poay yen, sze yan, saya, ekin, dina dan aisya. berdebar dan cuak betul la sebelum nak masuk tadi. tapi bila dah lepas, hilang terus berdebarnya! hoho. ada dua orang penemuduga, seorang daripada SPA, seorang lagi daripada KKM. biasa orang KKM ni pegawai farmasi la.

antara soalan-soalan yang ditanya:

SPA:
  • explain briefly about yourself
  • 1malaysia
  • questions related to co-curriculum and certificates attached in the clear holder
  • why you choose pharmacy not medical?
  • pernah tak hadir kelas? sebab ape?
  • berapa banyak assignment yang kamu kena buat?
  • pernah tak hantar assignment lewat?
  • lampu merah, apa kena buat?

KKM:
  • difference between side effect and ADR
  • apa itu MTAC?
  • what is 5R?
  • white coat hypertension
  • counselling methods
  • satellite system, unit dose, unit of use
  • what departments can we find in hospital?
  • which department you are interested in hospital setting? why?
  • how you can contribute to the public if you choose that department?
  • nama lain bagi TDM, TPN
  • side effects of metoprolol
  • chlorpheniramine-explain, dose, indication

kelantan, terengganu dan perak. nak letak selangor sebenarnya tapi nanti la, untuk FRP kot.
ok, till here.

p/s : oh ya! tadi adalah masa-masa terakhir kami sebelas orang bersama. huu~ i'll be missing all of you after this. walaupun sebelas orang, tapi perangai semua tak sama. macam-macam yang boleh belajar. boleh kenal, boleh tahu.. meet all of you in the graduation day, insha-Allah!