25.7.11

sabar dan ikhlas

.

kita sentiasa diuji dengan sabar dan IKHLAS..


hari ini puas aku menangis,
kenapa sabar itu susah?
mengapa ikhlas itu payah?




.

19.7.11

Sebarkan Bahagia: LELAKI YANG DIRINDUI

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu, 
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini, 
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu, 
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu, 
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini, 
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu, 
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini, 
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu , 
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini, 
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah



Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul



FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

ACC time

salam to all. =)

a bit update. (takde kerja, asyik nak update kerja ja.. hehe)
i'm now attaching at ACC (ambulatory care centre) for 1 month, starting last week till first week of Ramadhan. last week, i was 'tagging' here. looking around, see how people here worked, how busy it was when Sunday and Wednesday came. The key performance index (KPI) for ACC is waiting time, not to be more than 30 minutes per patient. but, i thought it could not be fit especially on those two busy busy days.. 

this week, i'm looking after dangerous drug (DD). every slip prescribed with DD (e.g. clonazepam, alprazolam, phenobarbitone etc) will be screened by me first before handing to other PPF (pembantu pegawai farmasi) or other pharmacists for filling, labelling and dispensing process.

masuk mode BM.
kerja kat ACC ni best jugak sebenarnya. cuma terkejar-kejar sikit la.
brek kecemasan. sekali lagi. hee~

16.7.11

perbaharui niat

"tak kerja, rasa nak kerja. bila dah kerja, bosan la.. letih la.. tak larat la.." ummi jawab, bila saya meluahkan bahawa saya letih bekerja.. huhu. betul jugak. manusia, memang tak pernah puas kan?

"bekerjalah kerana Allah," tegur seorang pelawat bila mendengar keluhan seorang teman sekerja saya..

"ikhlaskan hati," nasihat seorang pembantu pegawai farmasi sewaktu kesibukan yang teramat di satelit 7 dengan bermacam kerenah pesakit.

"makcik tu cakap, kita kena sabar. orang lain pun tunggu jugak. datang hospital lagi lama dari kita. kalau pesakit yang tak berupaya (berkerusi roda/OKU) datang, mereka akan diberi keutamaan. kesian mereka," luah seorang pesakit warfarin setelah namanya dipanggil untuk INR test dan kaunseling warfarin.

situasi kerja. suasana bekerja. letih. penat. sedih. gembira. geram. marah. bercampur. 
pokok pangkalnya, semuanya bergantung kepada NIAT. niat yang baik, inshaAllah akan baik lah hari yang bakal dilalui. pesan untuk diri : perbaharui niat setiap hari. juga SABAR. kuatkan sabar. 

psst : tegur saya jika saya salah, ye.. :)

15.7.11

^-^

kita hanya mampu merancang tapi Dialah sebaik-baik perancang, Dia melangkaui segala perancangan kita. segala ujian ditimpakan, inshaAllah ada hikmah di sebaliknya. bersangka baik lah. kita kesedihan, Dia ada cara terbaik untuk membahagiakan. diberikan ujian kesakitan, lalu kita sangka hidup ini sangat pedih.. rupanya ada kegembiraan yang tak tersangka menunggu di hadapan.. 

tetaplah dengan prinsip itu. jangan goyah. yuk! :)

7.7.11

cebisan kenangan~~


ukhuwwah yang terbina persis sekuntum bunga 
meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya 
namun cebisan kenangan kita 
sentiasa bermain di bayangan mata 
detik waktu yang berlalu 
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama 
saling setia menimba ilmu 
tanpa mengenal erti penat jemu 
ingatkah kau lagi 
kita bersama memijak onak duri 
di tanah gersang mengutip semangat suci 
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketentuan-Nya 
ada rahmat yang tersembunyi 
bertemu berpisah kerana Allah 
lumrah kehidupan insan beriman 
moga saat nan indah 
ku harap berulang lagi