29.4.09

empat cerita

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. 4.30petang, berakhirlah sudah peperiksaan akhir semester 2. apa perasaan? lega, sebab exam sudah habis. juga, takut kalau fikir macam mana lah keputusannya nanti.. 


cerita satu, flashback:
II. What are the problems of using ecstasy, and how to overcome the problem? (lebih kurang la soalan dia)..
Answer:
Problems of using ecstasy are:
1- side effects .....

tiba-tiba,
"This is for you, from .........," 
"haa? oh, thank you,"
dalam hati, pelik jugak kenapa tiba-tiba dapat hadiah. jenguk atas kad : 
To : nurunnuha..
..best wishes..
Regards,
..............
kalih kiri, tengok depan.. mereka pun dapat jugak. 4 orang menerima hadiah berbalut empat segi tepat. 7 orang menerima hadiah berbalut empat segi sama. dan, saya tersenyum sendiri. hehe :) ok, kita sambung jawab soalan..

4.30petang:
" Untuk calon FEL374, masa menjawab sudah tamat. sila lengkapkan ayat terakhir anda, dan ikat skrip jawapan anda sekarang, " kata encik wan zabidi.

---- proses memungut skrip jawapan ----

"calon-calon farmasi, anda dibenarkan keluar daripada dewan secara perlahan.. terima kasih," beliau berkata lagi..

"aku nak melompat! aku nak menjerit!," kata seorang pelajar lelaki.. yeaah!
    
 

cerita dua:
"korang nak pi makan kat mana?"
"sebenarnya, ada orang nak belanja makan hari ni"
"waah, sape yang nak belanja tu"
"ade la orangg tu, sempena birthday dia"
lepas tu, kami semua pergi makan.
 

dan, balik rumah letrik takdak sampai pukul 7.. adeih.


cerita tiga:
esok (maksudnya hari ni, rabu), kami ada lawatan ke usm secara rasmi. dengarnya dr.norhayati, puan norarisma dan miss hafsah akan mengiringi. bertolak dari asrama menaiki van kolej (2 trip rasanya, sebab ramai) jam 8.15pagi. mata diarahkan ke bucu kanan laptop. jam sekarang : 2.23am. oh, tidak. saya mesti tidur. tapi mata tak boleh nak pejam lagi. penangan neslo ais tadi, ataupun kebiasaan berjaga malam? adeih~ 


cerita empat:
semester depan kami klinikal. hari tu, shikin ada tanya dr.norhayati, kami klinikal kat hospital mana? dr. cakap : Penang GH (general hospital). tanya my kakak, nak tahu apa respon dia. and, she give me a positive respon!
  

-----------------------
p/s : tengah memilih cat yang sesuai untuk cat rumah ni. tapi, masih tak jumpa yang berkenan. aish~

24.4.09

beli lagi :D

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

cuti 4 hari, sebelum kertas terakhir. tadi, pi beli tiket balik dengan cik dina. Mutiara, ada lagi seat. :) lepas beli tiket, melencong ke Queensbay, cari Popular. mata mengintai-intai ada apa-apa yang best tak. terjumpa The Kite Runner (rebate 20%).. tapi budget tak cukup la pulak nak beli, sebab dua dah dalam tangan, faedah masuk Popular:

1- Rooftop Rant (Hlovate)
2- Mikhail (Ramlee Awang Murshid)

                        

Orang cakap karya Ramlee Awang Murshid best. kawan saya pun ada cadangkan jugak. so, tadi saya pun grab la satu. cadangnya nak baca nanti cuti ni. tapi, tengoklah dulu. entah-entah sebelum cuti dah khatam.. hihi :P

-----------------------
p/s: tuesday.. i'm waiting..
 missing them, oh..  :'(

22.4.09

tag bintu

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

ada orang bagi tag. bintu nama panggilannya. oleh kerana tag ni senang je (chewah..:P), saya pun nak buat la.. juga nak dijadikan sebagai hadiah (ikut kata shiah dan ain) sempena hari lahir dia, hari ni.. 22 april.. yang ke berapa ek? :D

1) Anda perlu printscreen wallpaper yang tengah anda guna sekarang, jangan tipu2 ek tak suka..
mari kita printscreen wallpaper ini.. 


2) Bagitau kenape anda suka wallpaper itu ?
sebab dia lawa. biru itu mendamaikan~  kan, lawa kan? ;)

3) Tag people to follow this question.
siapa yang rajin, ada masa dan mahu buat.. sila2.. nanti dah buat, habaq mai na..

------------------------
p/s : dua kertas lagi!! yeah.. jangan jemu, rajinkan diri, ok?

@-+-- <-- nah, a rose for you!

20.4.09

'subsaan wanked'

Bismillaahirrahmaanirahiim..

20 april. saya mahu mengucapkan : selamat hari lahir (thai : subsaan wanked) kepada dia. Dia yang istimewa. Dia yang jauh di mata, di hati tidak. Dia yang peramah dengan orang. Dia yang kini menjadi tempat rujukan mereka yang lain bila ada masalah di sana. Dia yang selalu menjadi mangsa saya terjemahkan perkataan ke dalam bahasa siam. Dia yang menjadi mangsa saya terjemahkan plot cerita-cerita siam yang tak ada subtitle tu. (dah tahu tak ada subtitle, rajin jugak nak tengok.. hoho). Dia yang rapat dengan wea. (sebab dulu masa kecik-kecik dia belajar kat sana. di sekolah ni : watchun tara sing he.. adoi, nak sebut pun saya rasa tergeliat lidah.. hehe). Lepas tamat sekolah rendah, abi masukan dia belajar di Malaysia (smuamg) dekat rumah. Bab pelajaran, dia memang pandai bahasa arab. saya memang boleh kalah kalau bertanding bahasa arab dengan dia. ikut abi kot. dia seorang yang tak berapa serius sangat nak belajar, tapi bila keluar result : fuuh, mumtaz 10A - STAM. ummi kata seminggu sebelum exam, dia berpakat dengan kawan-kawan dia tidur kat sekolah. mereka berlima rasanya. memang tak tidur sangat lah waktu tu. waah, saya tak boleh buat. huhu.

Saya pernah jawab tag tentang dia. di sini
... happy birthday to my brother, nabli a.k.a. uyi.. :D ...


9 - 6 = 3,
mesti terus berusaha,
janganlah rasa jemu pula,
kelak bahagia di hari muka..

3 more papers to go. the next paper is tomorrow (pharmacognosy II). i hope these 3 papers will bring a smile to my face after exiting the exam hall. ameen.. all da best!!

(_)3 <-- nah, neslo for you! ;)

19.4.09

t itu tag

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

veterinary sudah lepas. kertas berikutnya pada hari isnin minggu depan. saya mahu curi masa untuk melangsaikan esaimen alam maya yang kak mahabbah bagi sat. banyak sungguh esaimen dia bagi. nasib baik la saya bukan jadi anak murid dia. kalau tidak nanti, ish ish ish.. :P lima tag sekali harung. saya bukak balik kotak memori kat sebelah kanan ni, cari kotak 'tag'.. nasib baik, banyak yang sudah jawab. hoho~ ok, mari kita tengok saya berhutang apa dengan cik mahabbah ni.. :)

mula-mula dia suruh ambil award ni. waah, terima kasih!


TAG KETAMA : (sat2.. k. mahabbah, ketama tu ape?) 
yang ni kami dah buat.. boleh tengok sini..

TAG KEDUA :
dah buat jugak.. boleh jeling-jeling sini 

TAG KE KETIGA : 
haa.. yang ni tak buat lagi.. jom kita tengok apa soalan tutorial yang dia bagi..

1.Three names that friends call you 
- nuha
- cik nuha
- kak nuha
- sakura.. hehe

2.Three most important dates in your life
- yang ni baaanyaaak sangat. tak larat nak taip la.. kalau taip jugak, karang tak cukup muka surat pulak.. hihi

3.Three things you've done in last 30minutes
- merancang untuk memberi kejutan kepada mereka..
- beli pizza
- naik kereta

4.Three person you miss from your past
waa, ramai ni. tak cukup korum la. xboleh buat. next, next..

5.Thee gifts you would like to receive
- surprise gift! Waah.. suka, suka
- senyuman! :) 
- buat masa ni, terasa mahu memiliki novel-novel karya Hlovate dan Andrea Hirata. haha, saya ni, tak habis-habis.

6.Three of your favourite hobbies
- jeling2 tengok plurk. juga taip ni untuk shiah : "81.27.. nak bagi shiah jeles. " ahaha.. nampaknya ia berkesan! *sila jangan tiru perangai ini ye, wahai plurkers sekalian.. terutamanya cik taushiah tu..* ampun,  shiah.. :P
- gatalkan tangan buka laman ni
- berborak dengan kawan

7.Three places you want to go for vacation
- makkah, for sure!
- mesir, mungkin..
- australia
- jepun
- semua negara.
(ahaa, terlebih sudah..)

8.Three favourite drinks
- air bateri
- soya, susu
- neslo ais

9.Three things found in your bag
erm, beg yang mana ni? Beg balik kampung hari tu ek? oh.. 
- nota
- kotak pensel
- kotak keronsang.. hee 

10.Three favourite colours
- hijau muda
- biru muda
- merah jambu
- putih
- ungu
(terlebih lagi.. :P)

11.Top three u love so much 
- ehem2..
- ade la..
- erm..erm..erm..

12.Top three 'things' special to you
- kenangan dan memori bersama.. acece, jiwang pulak dah..
- laptop ni.. penting untuk siapkan tag ni..
- kamera? :D

13.Top three persons you hate most
- ada ke? sat nak fikir..
- tak tahu.
- wo bu zi dao

14.Top three reasons you answer this tag
- ada orang suruh buat. saya dah menyorok dalam laci, tapi dia jumpa cari. lalu, disuruh keluar dan  buat jugak.. aaa..
- memaksa hippocampus saya menyimpan kenangan..
- terasa seperti mahu buat..

TAG YG KEEMPAT :
pun dah buat.. di sini . kira aci la ye.. hihi.

TAG KELIMA : 
saya yang bagi.. dah buat.. boleh belek sini :D


Ups. Satu lagi lupe nak buat.. baru teringat.. daripada bintu.. aish, juga tak ade plihan jawapan. saya pun, ape lagi.. sediakan bahan cukup-cukup, bersedia untuk menggoreng. hoho~ mari tengok apa yang saya goreng. tak hangus, ok.. :D

1. What were you doing five years ago?
Bangun pagi, kejutkan orang solat subuh (tugas ajk bajik), mandi, makan, p sekolah, belajar, pi thobur kalau ada thobur (perhimpunan = assembly), belajar lagi, rehat, pi koop ke.. maktabah ke.. badati ke., balik sekolah, solat zuhur, pi kelas tambahan, solat asar, makan petang kat dewan makan (mat’am), pi belakang koop mencari apa-apa yang boleh dibeli, maghrib kena kosongkan asrama, solat berjemaah di masjid tengku amalin, dengar kuliyah maghrib/zikir-zikir/handle masjid kalau minggu tu bilik kami bertugas, solat isya’, pi prep, (kalau x pi, kena denda.. haa, jangan main-main..), balik prep pukul 11mlm, jeling-jeling buku sikit, baca al-mulk ramai-ramai, tanda siapa yang tak pi solat berjemaah (lagi, tugas ajk bajik).. akhirnya, tidur berjemaah.. fuuh.. 
~ alamak, apa saya taip nih? adeih~ *rindu sekolah lagi*

2. What were 5 things you have to do on your list today?
- baca veterinary
- baca pharmacognosy
- baca titas
- baca dosage form design 2
- siapkan tag ni. hoho~

3. What are 5 snacks that you enjoy?
haa? Ada jugak ek soalan macam ni? Hmm..
- pisang kapit
- nekbak (waa, yang ni tak tahu dalam BM nye ape)
- aiskrim
- sira pisang
- bubur jagung

4. What are 5 jobs you've had?
- baca nota
- beli pizza (eh, yang ni termasuk jugak eh? mestii.. weee)
- isi minyak motor (minyak sudah nak habis)
- kemas rumah.. acece~
- berusaha untuk menyiapkan hutang tag ni.. 

5. Tag 5 person and who are they?
aduh.. soalan ni lagi.. aaa, saya tak tahu mahu tag siapa. huhu. macam mana ni? begini lah, sape2 yang rasa tag ni best, silakan buat ye.. :D

Yeay! Dah siap. Lega. :)

17.4.09

sat

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

terasa mahu mencoretkan sesuatu di sini. empat sudah lepas, ada lagi lima.  esok ada veterinar. 2.15pm. kat dewan mutiara. 

haa. kat PISA sekarang ada PC Fair. mahu pergi.. tapi, macam tak jadi kalau teringat exam. kat PWTC pulak, ada pesta buku. waaaaahh, nak pergi! tak boleh jugak. (-_-")

tadi ke maktabah (pusat sumber = perpustakaan = library). suka ke sana malam2. suka susasana di situ. hoho~ tapi, hari ni rasa macam tak cukup oksigen je nak stadi. mata asyik berair beberapa kali. dan, sempat lagi menelefon khalilah, bertanya khabar (time mengantuk ya amat).. lepas tu, sambung balik. :D

balik rumah, jealous tengok depa ni dah start studi untuk subjek minggu depan.. oh. cepatla habis veterinar. hehe (sindrom peperiksaan?)..

ok lah, sambung esok pulak. jika diizinkanNya.. 
----------------------
p/s: kak mahabbah, nanti kami buat esok ye.. ;)Italic

14.4.09

berita

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

selasa, 14/04/09, 5:10PM..
abi telefon. tanya macam mana exam? saya jawab, ok. then, abi tanya : dah tahu khabar di rumah? saya cakap : tak.. selepas itu dikhabarkan dengan satu berita sedih. nenek sebelah mak telah menghembuskan nafasnya yang terakir, semalam. pukul 1 pagi.. inna lillaahi wa inna ilaihi raaji'uun.. (daripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita akan kembali)..

ummi xdapat nak pergi. bot tiada malam-malam begitu. pagi tadi.. anas, aman, dan ummi tak pergi sekolah. cuti. menguruskan jenazah yang selamat dikebumikan pagi tadi. abi pergi setelah selesai menguruskan medical check up. nabli, muna dan shifa' sudah dikhabarkan. yang paling sedih antara mereka, tentulah nabli.. sebab dia dah lama xjumpa wea (panggilan untuk nenek sebelah emak). salah satu sebab yang paling utuh dia mahu balik bulan tujuh ni adalah untuk berjumpa dengan wea. 

sedihkah? tipulah kalau saya cakap saya tak sedih. hari tu sempat balik ketika minggu ulangkaji. tapi hanya sekali ke takbai jumpa wea. masa tu, memang dia dah sakit2. dia demam. tak boleh nak bangun. bila azan, dia akan tersedar dan solat tanpa ingat bahawa dia belum berwudhu' lagi. lepas solat, dia terus tertidur semula. automatik. time saya pergi tu, dia tengah tidur. bila tersedar, saya cakap yang saya datang.. dia macam kenal tak kenal je.. hanya sekali sempat pergi melawat, sebab hari tu balik cuma sebentar. oh..


semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaMu yang solehah. ameen Ya Rabb.. al-fatihah.

... orang yang paling cerdik di antara kalian adalah orang yang paling banyak mengingati kematian ...

... kematian itu satu peringatan buat yang masih hidup ... (ya, peringatan. di kala kita leka dan lalai dengan nikmat dunia yang sebenarnya akan kita tinggalkan ini)

--------------------------
p/s: wahai hati, sila tenang dan tabah ya..

gambar alam


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


langit.. bukit.. sawah. ~lukisan alam~ 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hijau itu menenangkan. biru itu mendamaikan.  :)

p/s: satu sudah lepas, tinggal lagi lapan. esok saya bakal  jadi peguam sat. go go! =)

13.4.09

april

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

baru saya perasan, ramainye lahir bulan april. hari ni hari lahir kak je. (sem ni kak je jadi magsa saya lagi. tempat bertanya macam-macam soalan pasal forensic dan tempat review CNS sikit-sikit.. hoho).. tadi telefon dia, dia baru masuk kerja. "eh, ingat ye," :D.. 9hb yag lepas hari lahir puan zurina, lecturer saya. 20hb, ada besday seseorang jugak. wah3..


tomorrow is my first paper. moga semuanya baik-baik sahaja. ameen. 
++ ko hai ter chok dee ;) ++
++ all da best untuk semua! ++

(kalaulah ada dan diberi pilihan, memilih untuk ada exam atau tidak... sudah tentu yang tidak itu akan dipilih. membaca untuk exam tak sama dengan membaca untuk menambah pengetahuan..) <--huish, sempat lagi tu nak ber'kalau'.. 

-------------------
p/s: jangan lupa IC, kad matrik, slip exam, dan alatulis yang siap diikat dengan rubber band. sebelum masuk dewan, tengok nombor meja dulu baru masuk. takut gelabah mencari tempat duduk. (pernah ada pengalaman nih). :D

12.4.09

a test

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

this entry is all about the 'hadiah' i got from my sis there.. ;) (terasa mahu membalutnya sekarang.. :))
PERSONALITY TEST, which type are you? GET TO KNOW YOURSELF BETTER.
1. open this website: Get to know yourself better
2. take the personality quiz
3. copy and paste the result into your blog
4. tag your friends
And, here goes my result.. and i compare my result with she and she

Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties. [the same as nadiah]

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes. [erk.. awat kita tiga-tiga, punya jawapan yang sama?]

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person. [alamak, masih sama..]

The seriousness of your love:
Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates. [the same as thia]

Your views on education:
You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job. [oh, yang ni berbeza dengan depa.. erm, end up with unusual job? kerja apakah itu?]

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life. [oh ho, sama lagi.. ]

How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying. [trying and trying.. hoho..]

What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear. [the same as nadiah and thia..]

Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long. [this answer only belongs to me, not sharing with them.. hiho.. erm, mungkin ada betulnya..]

Tag your friends:
jeng jeng jeng....
- taushiah
- kak srisufi 
- kak LeQ :)
- kak mahabbah
- semua pelajar ICT yang ada link dia kat blog saya ni, untuk sape2 yang rajin buat la.. x paksa ye.. ;)

done! \(^_^)/

-------------------------------

mahu selitkan sebuah lagu di sini. saya suka lagu ini. entah kenapa. saya rasa macam ada aura disebaliknya.. hehe ;)



Demi Matahari  
Snada

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

--------------------------
p/s : ukhuwwah itu di hati. saya percaya yang ni.. ^^

11.4.09

update?

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

sejak akhir-akhir ini, mood untuk meng'update' blog telah hilang. banyak perkara yang berlaku sebenarnye, tapi entah. banyak sangat kot sampai tak ter'tulis' di sini.. hehe. 

hari ni, rasa bercampur baur lagi. tensaikah? agak la kot. oh, cortisol.. please be high. pre-final exam syndrome? mungkin. ahaha, pepandai je reka term. ada term baru lagi : examingitis. uih, canggih noo term dia.. :)  tensi tak tensi, sempat lagi pagi tadi saya p sawah padi. siap ambik gambar lagi, tapi tak boleh nak letak kat sini sebab masalah ni berulang.. 

saya dapat hadiah lagi kali ni. tapi, macam biasa : tunda dahulu untuk membalutnya ya.. boleh la ye, cik fathiyyah? ;)

----------------------
p/s : lama tak update blog, entri pun jadi makin pendek. 

5.4.09

aman

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ni hari kedua saya di rumah. dan, sudah jadi tugas saya bila ada kat rumah, kena fetch aman kt SKG dan lepas tu hantar dia ke qiraati. hari ni, aman balik sekolah pukul 3.30petang sebab ada fardhu ain (orang luar kelantan panggil kelas agama kot).. pukul 4.30, dia ada kelas qiraati pulak. saya kena ambik dia kat sekolah jam 3.30ptg. lepas tu, suruh dia makan nasi dan p qiraati. fuuh.. :D

tapi tadi, dia buat drama pulak dah.. xmau makan nasi. nak makan bubur je. tu pun, tak habis makan. lepas tu, merajuk. susah seyh nak pujuk dia sekarang. merajuk pulak bukan setakat kat dalam rumah je. sampai ke luar rumah pun merajuk lagi. xmau saya hantar dia p qiraati. sekerat jalan dia berjalan, tapi lepas tu pusing balik. tak larat kot, hehe. ingatkan nak masuk rumah balik, tapi tidak. dia duduk kat pondok menunggu bas depan rumah. hayya, suruh orang pujuk kat situ pulak dah. terjadilah sedikit drama tadi. malu jugak la, ramai orang tengok. tapi buat-buat tak nampak aje la. adik punya pasai. huhu~

last2, terpujuk jugak. nasib baik. bukannya apa. dia nak duit je pun. saya dah bawak duit nak bagi kat dia, tapi entah. lepas tu, naik jugak motor. saya hantar dia ke qiraati. sampai qiraati, saya bagi duit. time tu saya bawak rm3. dia xmau. dia nak seringgit je. haih la, macam2. *geleng2 kepala*.  saya perhatikan dia sat, sebelum beransur pulang. dia x terus pergi membeli makanan tapi duduk diam kat situ. saya pelik. saya tak terus balik. mahu tengok apa reaksi dia. *suka tengok aksi orang*.. lepas tu, dia menjerit : kak, nanti petang datang ambik ye! "pukul berapa?," saya tanya. "enam!," dia jawab. okai! lepas tu, dia pun ok .

aman oh aman.. 

ahmad aman abadi

3.4.09

happy birthday!

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ni, mahu sambung cerita.. sambungan daripada semalam. cerita tentang seorang lagi. si dia yang kedua bernama NORASHIKIN BINTI AZIZ. hari ni besday dia. 3 april. 

kami panggil dia, ekin. dalam kelas dia jadi bendahari dalam hal fotostat nota. dia seorang yang suka berfikir, banyak idea. kalau kita tak faham sesuatu subjek, boleh tanya dia. dia reti nak terangkan. dengan cara yang kita senang faham. itulah cik shikin. 


tadi, lepas kelas dengan prof. yuen, kami ke restoran peladang. menyambut hari jadi cik dina. sebenarnye, mahu sambut hari lahir dina + ekin. tapi, ekin sudah pulang tadi. dia naik bas dari sungai nibong pagi tadi, sebab ahad dia datang sini balik. so, sempat sambut besday cik dina je la. 

minggu depan, study week. petang ni, mahu pulang. hajatnya mahu buat kejutan. tiba-tiba, ade pulak orang yang spoilkan rancangan. aish, x aci sungguh. bas malam ni pukul 9pm. mahu bertolak dari sini pukul 7.30pm. sekarang sudah 6:01pm. packing masih belum. adei~ mahu packing dulu. permisi. salam~

--------------------
p/s : 
  1. happy besday too, to my juniors - vishalini and viwashini.. three of them share the exact same birthday - 3/4/1987. so sweet, oh. 
  2. selamat bercuti! :)

2.4.09

selamat hari lahir!

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

semalam, 1 april. ada sorang classmate saya cakap ada kelas pukul 2ptg. pelik. tiba-tiba je ada kelas padahal silibus sudah habis. kami cakap : jangan duk kata april fool lepas tu sudah. pagi tu, pergi kelas, confirmkan balik dengan dia, ada kelas petang ke tidak. nasib baik dia cakap kelas x jadi awal-awal. kalau tidak, kena hempuk jugak dengan saya. hehe. 

ok. cerita 1 april sudah lepas. ni cerita 2 april pulak. 

mahu cerita tentang dia. saya kenal dia time mula-mula masuk sini. time tu, dia datang bersama keluarga. dia seorang yang pendiam pada mulanya. tapi, bila sudah kenal dia.. boleh tahan jugak cik kak ni. hehe. dia juga berasal dari negeri yang sama dengan saya. hari mula-mula kami di sini, hanya berdua. dia duduk bilik bawah, saya bilik atas. keesokan hari, seorang lagi menemani. jadilah kami betiga. cerita tentang seorang lagi, saya sambung esok la ye. sebab....... (akan bersambung)..

kami berkawan rapat sejak hari pertama di sini. kami banyak habiskan masa bersama. banyak perkara kami sependapat. dia seorang yang bersemangat. sedikit sebanyak semangat dia saya dapat. hehe. dia seorang yang istimewa dengan caranya yang tersendiri. 

kenangan Tahun Pertama:




hari ini hari istimewa buat dia. hari ni, 2 april ialah hari ulangtahun kelahirannya yang ke-22. kan, kan? selamat hari lahir buat dia yang bernama dina azwina binti baharudin. ups, tersilap2. wish balik. selamat hari lahir buat si dia yang bernama DINA AZWIN BINTI BAHARUDIN. haa, dah betul ni.. hehe :) 

+ semoga panjang umur dalam kebaikan 
+ moga dimurahkan rezeki 
+ all da best for this coming final exam! 
+ tidak lupa, senyum selalu :) 

dina azwin =)

--------------------------
p/s:
  1. saya nak bukak plurk. (plurk-acquired syndrome? erk~).. sejak lepas maghrib tadi takleh bukak. ym pun sama. tapi blog boleh pulak. pelik. huhu~ 
  2. ok lah, masa untuk sambung stadi. esok ada kuiz lagi, GI system and therapy. banyak uuu struktur kimia ubat nak kena ingat. adeii~ bin najah!