18.9.09

nak raya dah.

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

musim ni, ramai dah orang buat entri ucap selamat hari raya ye. saya pun nak buat jugak ler. Nak buat kad sendiri guna fotoshop, malas la pulak :P (sebab fotoshop lambat nak bukak. huu). jadi, saya mahu kitar semula apa yang ada sahaja. kehkehkeh~

sal, kenal tak tulisan sape nih? hehe

bila cakap pasal raya, mesti berkait dengan balik kampung kan? okeih, saya pun nak balik kampung jugak. jumaat pagi (hari ni lah), insyaAllah akan bertolak pulang. kali ni tak balik dengan bas, tapi tumpang orang. sebab hari tu tanya, tiket dah habis. tiket bas transnasional, 2 bulan sebelum raya pun dah habis? huu, ramainya lah orang nak balik kelantan nih.. adeii~ raya tahun ni tak boleh nak beraya bersama dengan nenek dah. sob sob. macam mana lah suasana di rumah tu nanti ye? huhu~

ish. rindulah. rindu nak main benda nih.. hihi. eh bukan, rindu nak tengok benda ni dekat rumah.. kalau malam nak raya, mesti ada! *aish, tiba-tiba rasa tak sabar pulak nak balik*

p/s: sila abaikan suara latar budak yang teruja tu. ish, dia memang teruja kalau bab-bab macam ni (sama dengan kakak dia ke? eh, no no. sama dengan abang dia.. haha :P)


+ selamat menyambut 'idul fitri
+ maafkan segala salah dan silap saya
+ kepada yang balik kampung dengan kereta atau motor sendiri tu, hati-hati ye. yang naik bas tu, sila bagitahu pakcik bas. jangan bawak laju-laju! (terutama bas mutiara -_-)
+ jemput datang rumah! eheh =) . tapi sila bagitahu dulu jika betul-betul nak datang, okeyh?.. =)

-----------------------------------
untuk orang jauh tu, sila duduk diam-diam kat situ ya.. :P

[semalam, ada sesuatu yang membuatkan saya tersentak. erk~]

6.9.09

berjalan, melihat, mentafsir

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ini 16 Ramadhan. kalau sembahyang terawih, semalam imam sudah mula membaca doa qunut pada witir satu rakaat. ahaa! teringat sesuatu. nak buat pengumuman.


esok, bersamaan 17 Ramadhan, surau taman manggis akan mengadakan tazkirah ringkas selepas solat terawih dan menjemput semua hadir. lepas tazkirah, ada makan-makan sikit.. jom! :)


bagaimanakah puasa kita setakat hari ini? apa khabar iman kita? suburkah ia atau gersangkah? masih ada masa lagi untuk kita berusaha. uhuu, saya sedih. ramadhan kali ini jadual agak pack. tak banyak sangat yang boleh saya buat. trying2..

ok, tadi berjalan-jalan ke blog nadiah. teringat sesuatu! rupa-rupanya saya ada hutang dengan cik arina. hehe, lupa pulak. hari tu nak buat tapi tak sempat. hari ni, lapang sikit bolehla buat. ahah~ ok, here we go..

  • Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
  • For each question, press the next button to get your answer.
  • YOU MUST WRITE THAT SONG NAME NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
  • Tag 10 11 friends.
  • Everyone tagged has to do the same thing.
  • Have fun.

If someone says ‘Are you okay’ you say?
Satu tekad- unic.. ahah, bermula hari baru dengan tekad yang baru.. hari semalam menjadi sejarah. echeh ;)

How would you describe yourself?
It’s gonna be me-N’Sync. hehe. its me. just me. and only me.

What do you like in a guy/girl?
Ajibtu-in team.. ohoh, soalan yang pelik..(eh sat, betul kan maksud ajibtu = saya pelik?)

How do you feel today?
pesona cinta-hijjaz. ohoo, ada banyak terjemahan nih.. ;)

What is your life’s purpose?
Harapan-raihan. harapan sentiasa hidup. insyaAllah.. =)

What’s your motto?
permata ayah bonda- firdaus.. =P

What do your friends think about you?
senyum-raihan.. haha, is it?

What do your parents think about you?
terlalu istimewa-adibah noor. ecece, ada ‘terlalu’ tu.. huhu~

What do you think about very often?
sebuah pertemuan-unic. uiks, terjerat~

What is 2 + 2?
home-michael buble. yes! Tempat saya mula-mula belajar mengira mestilah kat rumah.. v(^_^)

What do you think of your best friend?
antara dua kasih–unic. adeii. Kenapakah kasih perlu ada dua?

What is your life story?.
Air mata-the zikr.. ohoo, hidup sentiasa ada pasang dan surutnya.

What do you want to be when you grow up?
andai ku tahu-ungu. Andai ku tahu dari dulu lagi, sekarang aku akan berada di laluan ini…

What do you think when you see the person you like?
Beatiful eyes- Taylor Swift.. ek? tak jugak. Depends la..

What will you dance to at your wedding?
Hakikat bahagia-unic.. uit, boleh buat dance ek? macam mana tu? *berfikir sambil meletakkan ibu jari dan jari telunjuk di dagu*

What will they play at your funeral?
anak perantau (tau tau siapa bawak lagu ni).. uish, apakah maksudnya?

What is your hobby / interest?
Fenomena- unic. ahah, memerhatikan fenomena alam. Suka, suka.. meronda kampung lagi best! hehe.. ;)

What is your biggest fear?
keep hoding on-avril Lavigne. Yap, I’m afraid if I’ll be give up on the way to my destination. please, keep holding on.

What is your biggest secret?
berilah harapan-raihan.. ngaa~

What do you want right now?
Kau kawan, sahabat, dan teman-unic. =P.

What do you think of your friends?
wajah suci-mestica.. semua orang ada kelebihan masing-masing. kankan?

What will you post this as?
berjalan, melihat, mentafsir- nowseeheart..

Berjalan melihat jalan
Yang tercengkam
Kerana dua halangan satu
Keegoan dua kesempitan
Pahit kita tempuhi bersama
Tiada pernah dipinta

Kita teruji hingga menghinakan
Kita tersimpul hingga melupakan
Hubungan yang telah lama ada

Padamkan segala api
Yang bisa membakar kita
Tanamkan benih mahmudah
Yang suburnya membawa erti

Tag 10 people:
ok, done! yeay!! minggu depan klerksyip farmasi satelit. kena buka buku, review topic cardio nampaknya..

salam Ramadhan~