kerana setiap sesuatu itu ada hikmahnya. moga ketemu.
30.3.10
28.3.10
stok
laporan ringkas dari CG.
konon-kononnya stok untuk cuti nanti. tapi tak pastila sempat ke tak. yang nombor 4-5 tu mungkin cepat sikit nak habis. ehe.
- langit ilahi 1 - galeri ilmu
- langit ilahi 2 - galeri ilmu
- nota fikir untuk zikir - galeri ilmu
- VERSUS - JS
- damai - JS
- denyut kasih medik - telaga biru
destination : pwtc
distance : plus minus 365km. (one way)
duration : 4hours and 5hours
friend history : with her other 3 friends
drivers : interchangeable (on the way back)
history of present journey : arrived there at 10am, going back at 3pm.
kerja yang tak berapa nak betul.
tapi, saya suka.
sebab saya dapat buktikan sesuatu kepada diri saya.
=D
24.3.10
surgery + radiopharmacy
week : fifth
department : surgery + radiopharmacy also known as nuclear medicine (jabatan ubat nuklear). tuudia nama jabatan, siap ada nuklear lagi.. huhu
++++++++++++++++++++++++++
wad pembedahan di blok C, tingkat 2 ( ke 3 eh? alamaks, lupa) hospital pulau pinang. kami ada dua hari di hospital untuk kelerksyip ni. ufh, klerksyip ni lah klerksyip yang paling banyak assignment kena buat. ada dua jabatan (pembedahan + radiofarmasi), tiap satu jabatan kena buat satu laporan individu dan satu laporan kumpulan. jadinya kena siapkan 4 laporan, dan perlu cari empat, diulangi, empat kes. phew! dan untuk kumpulan kami kena cari kes berkaitan ejen DTPA untuk jabatan radiofarmasi. kami dibahagikan kepada dua kumpulan kecil pula. nak jimatkan masa. satu kumpulan cari kes bagi surgery, satu kumpulan lagi cari kes untuk radiofarmasi. lepas dah dapat kes kumpulan, kami tukar. kumpulan yang cari kes untuk surgery tadi, pergi cari kes untuk radiofarmasi pula, dan sebaliknya.
cari kes untuk surgery agak membosankan. ehe. =p. dapat kes yang complicated, bersusun-susun ubat yang pesakit kena ambil. nanti kami kena senaraikan semua ubat yang dia ambil, dan tengok kalau ada DRP (drug-related problem) ke, ber komen pasal ubat tu la. ada empat wad khas untuk pembedahan sahaja. general surgery, accident, orthopedic, (ape dah ye satu lagi? hurmm). haa! untuk kes melibatkan pembedahan, biasanya pesakit kena ambil antibiotik sebelum dan selepas pembedahan. tapi tu bergantung kepada jenis pembedahan juga la.
untuk jabatan radiofarmasi,
kami ada sedikit penerangan daripada doktor pagi tu. berbincang tentang tugas-tugas ahli farmasi di jabatan ubat nuklear tu, bincang tentang jenis-jenis scan yang ada kat situ (CT, PET, PET-CT, MRI), prosedur yang perlu pesakit ikut sebelum menjalankan scan, ejen yang terlibat (FDG, DTPA, iodin, etc). lepas tu, kami dibawa melihat sekitar jabatan tu. err, aci tak kalau cerita pasal radiofarmasi ni saya serahkan kepada entri cik ekin? (ngeh, ekin. aku rasa macam malas pula nak bercerita panjang-panjang. alang-alang ko dah cerita dengan bersemangatnya kat dalam blog tu, aku pautkan aje lah ke blog ko ye. hehe)
pembentangan kes kumpulan (kumpulan sahaja. kalau nak bentang semua, tak cukup masa pula) pada hari jumaat. masa ni lah saya terjumpa dengan benda ni:

ia dipanggil Wong-Baker faces scale, untuk uji tahan kesakitan. biasa digunakan untuk kanak-kanak. kan kanak-kanak tak boleh bercakap apa tahap sakit dia. tapi saya rasa macam boleh guna je untuk kita. eheh.
23.3.10
dush!
white coat hypertension.. (erm, tak kot.. lebih kepada white coat tachycardia mungkin?).. ah! masih tak boleh nak jadi se'konfiden' yang boleh.. aiseh~ T_____T
trying..
trying..
in progress..
---------------------------------
nuclear medicine is a branch of medicine that utilize the unseen radioactivity to obtain functional and anatomical information for the treatment and diagnosis of medical disease.
22.3.10
kisah
oh tak sempat nak update blog. cerita klerk O&G tak terpublish pun lagi. ni dah masuk minggu yang baru pula.. minggu kelima dah pun. waa, tak sempat! ok, nak kongsi cerita ni sebenarnya. saya salin dan tampal empat segi-empat segi (tanpa edit) daripada group kisah-kisah motivasi di muka buku. semoga bermanfaat.. (koreksi diriku~)
-----------------------------------
Suatu ketika, hiduplah seorang pematung. Pematung ini, bekerja pada seorang raja yang masyhur dengan tanah kekuasaannya. Wilayah pemerintahannya sangatlah luas. Hal itu membuat siapapun yang mengenalnya, menaruh hormat pada raja ini.
Sang pematung, sudah lama sekali bekerja pada raja ini. Tugasnya adalah membuat patung-patung yang diletakkan menghiasi taman-taman istana. Pahatannya indah, karena itulah, ia menjadi kepercayaan raja itu sejak lama. Ada banyak raja-raja sahabat yang mengagumi keindahan pahatannya saat mengunjungi taman istana.
Suatu hari, sang raja mempunyai rencana besar. Baginda ingin membuat patung dari seluruh keluarga dan pembantu-pembantu terbaiknya. Jumlahnya cukup banyak, ada 100 buah. Patung-patung keluarga raja akan di letakkan di tengah taman istana, sementara patung prajurit dan pembantunya akan di letakkan di sekeliling taman. Baginda ingin, patung prajurit itu tampak sedang melindungi dirinya.
Sang pematung pun mulai bekerja keras, siang dan malam. Beberapa bulan kemudian, tugas itu hampir selesai. Sang Raja kemudian datang memeriksa tugas yang di perintahkannya. “Bagus. Bagus sekali, ujar sang Raja. “Sebelum aku lupa, buatlah juga patung dirimu sendiri, untuk melengkapi monumen ini.”
Mendengar perintah itu, pematung ini pun mulai bekerja kembali. Setelah beberapa lama, ia pun selesai membuat patung dirinya sendiri. Namun sayang, pahatannya tak halus. Sisi-sisinya pun kasar tampak tak dipoles dengan rapi. Ia berpikir, untuk apa membuat patung yang bagus, kalau hanya untuk di letakkan di luar taman. “Patung itu akan lebih sering terkena hujan dan panas,” ucapnya dalam hati, pasti, akan cepat rusak.”
Waktu yang dimintapun telah usai. Sang raja kembali datang, untuk melihat pekerjaan pematung. Ia pun puas. Namun, ada satu hal kecil yang menarik perhatiannya. “Mengapa patung dirimu tak sehalus patung diriku? Padahal, aku ingin sekali meletakkan patung dirimu di dekat patungku. Kalau ini yang terjadi, tentu aku akan membatalkannya, dan menempatkan mu bersama patung prajurit yang lain di depan sana.”
Menyesal dengan perbuatannya, sang pematung hanya bisa pasrah. Patung dirinya, hanya bisa hadir di depan, terkena panas dan hujan, seperti harapan yang dimilikinya.
*************************
Seperti apakah kita bercermin pada diri kita? Bagaimanakah kita menempatkan kebanggaan atas diri kita? Ada kalanya memang, ada orang-orang yang selalu pesimis dengan dirinya sendiri. Mereka, kerap memandang rendah kemuliaan yang mereka miliki.
Namun, apakah kita mau dimasukkan ke dalam bagian itu. Saya percaya, tak banyak orang yang menghendaki dirinya mau dimasukkan sebagai orang yang pesimis. Kita akan lebih suka menjadi orang yang bernilai lebih. Sebab, Allah pun menciptakan kita tak dengan cara yang main-main. Allah menciptakan kita dengan kemuliaan mahluk yang sempurna.
Dan teman, sesungguhnya, kita sedang memahat patung diri kita saat ini. Tapi patung seperti apakah yang sedang kita buat? Patung yang kasar, yang tak halus pahatannya, ataukah patung yang indah, yang memancarkan kemuliaan-Nya? Patung yang bernilai mahal, yang menjadi hiasan terindah, atau patung yang berharga murah yang tak layak diletakkan di tempat utama?
Memang, tak ada yang tahu akan ditempatkan dimana patung-patung diri kita kelak. Karena hanya Allah lah Maha Tahu. Karenanya, bentuklah patung-patung itu dengan indah. Pahatlah dengan halus, agar kita bisa ditempatkan di tempat yang terbaik, di sisi-Nya. Poleslah setiap sisinya dengan kearifan budi, dan kebijakan hati, agar memancarkan keindahan.
19.3.10
hey!
situasi:
A pergi BJ, nak cari earphone. sedang dia berjalan-jalan, tiba-tiba ada orang tegur. "nak cari apa?". "earphone untuk mp3 ada?" pekedai tu pun bagi satu alat. si A tu tadi tengok harga sambil kata dalam hati "uish, mahalnya!!".. dia mintak nak tengok dan try. pekedai tadi bukak kotak yang balut 'earphone' tu, tapi mata A tertangkap sesuatu pada kotak tu : handsfree. "eh, dia ni kenal ke tak mana satu earphone, mana satu handsfree?".. soalan pertama yang berlegar-legar di minda.. "saya nak earphone, bukan handsfree.." sambil memasamkan muka, pekedai tu berkata : " yang ni pun boleh guna untuk mp3 jugak" "memang la, tapi saya tak nak yang ni.."
tiba-tiba, datang seorang pekedai yang lain (lelaki, yang jaga kedai tu jugak).. mereka bercakap-cakap dalam bahasa mereka. lepas tu, pekedai lelaki tu tadi ambik earphone yang tergantung kat belakang kedai tu. "ada pun!"
A : (sambil belek-belek kotak) tak ada jenama pun, karang mudah rosak pulak.. (selepas mata mengerling tengok harga yang tertera, rm49.90. fuy-yohh!)
PL : ini dari jepun punya. takkan rosak punye..
A : selalu saya beli yang tak ada jenama, cepat je rosak.. yang lain ada tak?
PL : ini punya dari jepun.. tak akan rosak.. barang ni bagus, u letak kat telinga, dia ngam ngam masuk. sound dia pun bagus! (sambil promote, sambil buat kerja lain)
A : i nak try dengar sound dia..
PL : ok..
A : eh, ni.. 'made in china'.. (tadi cakap buatan jepun)
PL : barang made in china bagus punya.
A : tapi i selalu pakai yang made in china cepat je rosak..
PL : china punya barang bagus. buat kerja pun cepat. malaysia punya orang reti makan saja. malas buat kerja. (apa kena-mengena pulak dengan barang made in china??)
A : (dalam hati rasa macam nak meletup dah.. hey!)
kalau anda berada di situasi A, apa yang akan anda buat?
ada lagi ye pekedai macam ni sekarang?
18.3.10
O & G
jabatan : obstetric and gynaecology (O&G)
+++++++++++++++++++++++++++++++++
jabatan O&G HPP letaknya di luar kawasan hospital. bersebelahan dengan kolej kejururawatan. kami kena klerksyip kat sini selama 2 hari. kedua-dua hari saya guna khidmat van kolej.
duduk di wad obstetrik ni kena belajar banyak singkatan baru. antaranya:
FM : fetal movement
FHR : fetal heart rate (fetal punya HR lagi tinggi daripada kita biasanya)
EMLSCS : emergency lower segment caeserean section
G3P2 : 3gravida (3 kali mengandung termasuk yang terbaru) 2parity (2 anak yang hidup)
masalah biasa untuk ibu-ibu mengandung ialah hypertension dan diabetes. tapi, istilahnya dah jadi lain. untuk hypertension, jadi pre-eclampsia ataupun eclampsia (hypertension + seizure/convulsion). untuk diabetes pula, ubah sikit je jadi gestational diabetes (ibu dapat diabetes bila mengandung). untuk ibu yang ada diabetes, dikhuatiri akan melahirkan anak besar dan berlaku komplikasi semasa melahirkan.
di pagi hari pertama, ada sedikit penerangan daripada dr. zuraidah dalam wad. selebihnya diserahkan kepada kami, macam mana nak isi masa sebelum balik pkul 5 petang. tengah hari tu, kami cari pesakit, seorang satu. pesakit saya ada gestational diabetes mellitus (GDM) tapi dapat dikawal dengan pengambilan diet yang sesuai. dia dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. tapi diusahakan dengan induce labour, sebabnya masa kelahiran dah lepas. 3 dos doktor bagi dinoprostone (prostin®) 3mg tapi masih lagi tak jalan. tak ada kontraksi, tak ada PV loss. akhirnya, diputuskan untuk EMLSCS. dan, selamat melahirkan setelah hampir sejam berada dalam operation theater (OT).
hari kedua, kami masih kena ikuti perkembangan pesakit. ambil apa-apa bacaan yang perlu. kami juga diberi peluang untuk melihat proses kelahiran secara normal dan kelahiran secara caeserean. tapi saya pilih untuk tengok yang ceaseran sahaja. huhu, takut~~
seperti sebelum ni, saya nak bagi nota ni sekali lagi (untuk sesiapa yang sudi baca la):
for those who is still single, please do appreciate our mother.. and for those who is married, please do appreciate your mother and wife.petang hari kedua, ada sedikit penerangan daripada salah seorang doktor kat situ. dia bercerita tentang prosedur-prosedur yang biasa mereka buat jika pesakit yang datang tu ada pre-eclampsia/eclampsia/GDM. juga bercerita serba sedikit ubat yang digunakan di hospital bersalin tu. saya juga sempat meronda hospital tu. ada 2 tingkat. OT room dan wad kelas ketiga di tingkat bawah. wad kelas pertama dan kedua di tingkat satu, wad NICU di tingkat atas. hari ketiga klerksyip, kami kena bentang kes masing-masing di clinical lab, school.
--------------------------
bermula entri ni saya edit tarikh publishnya. hehe =D
17.3.10
♥ mother ♥
klerk O&G.. tadi sempat tengok satu kes ceaserean. sebelum ni pernah tengok dalam video, tapi tadi bila tengok secara live rasa macam.... takut.. tu baru yang ceaserean.. huhu~
for those who is still single, please do appreciate our mother.. and for those who is married, please do appreciate your mother and wife.
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
16.3.10
sabtu
tengah ada mood nak bercerita.. =D
mari undur masa~~
jumaat lepas..
dapat satu pengalaman baru. ada program kat sribu, ina mintak saya dan kema tolong. lama dah tak terlibat dengan benda-benda begini sebenarnya. tu yang rasa macam tak layak je. mula-mula ina kata peserta tu budak-budak sekolah rendah je. nasib baik la jugak. huhu. ok lah sikit kot handle budak sekolah rendah berbanding sekolah menengah..
malam tu ada taklimat, esoknya program. kem smart solat nama dia. kami diminta tolong uji cara budak-budak tu berwudhu' dan periksa bacaan dalam solat mereka. letak markah sekali, untuk dimasukkan dalam sijil mereka. pesertanya terdiri daripada budak-budak darjah satu sampai tiga, buat kat masjid samagagah. seronok lah! bermain dengan budak-budak kan.. dan melayan kerenah mereka. teringat pula pada sepupu-sepupu saya kat rumah sana.
banyak cakap. banyak tanya. ada jugak yang malu malu. tapi pada mulanya je lah. aktif. habis program, lepas zohor. saya balik awal sikit, sebab ada hal lain. sebelum balik, sempat jumpa dengan budak-budak ni..

setiap kali nak solat, mesti saya teringat kat depa ni..
[balqis, dayah, aliya, basyirah, nuha, dinie]
sabtu malam..
IPSA buat dinner untuk budak-budak farmasi ICT. buat kat northam hotel. kali pertama kami buat. ye la, sebelum ni mana pernah buat lagi. hehe :D dinner kali ni, ajknya ialah junior-junior saya. bagi saya, ia berjaya. dan meriah! bagi kami yang tak pernah anjurkan event yang besar begini, memang saya rasa ia sangat berjaya lah!. i'm proud of you la my dear juniors.. malam tu, semua melaram habis. nampak lain semua. bergaya dan erm erm nampak lain lah! yang lelakinya dengan gaya mereka, dan perempuan pulak dengan gaya mereka tersendiri. plan A saya terpaksa ditukar ke rancangan B setelah kena tapis kaw kaw dengan roomate saya. hadeh. T___T plan A nya macam mane? biarlah rahsia.. jadi, malam tu saya guna rancangan B je lah. hoho~ saya rasa semua orang gembira malam tu, kan? ada persembahan dari semua batch. tak terkecuali daripada batch kami. tapi adeii, tak tahu kenapa malam tu semua pakat malu-malu je nak perform.. sebelum tu, punyala praktis sampai smooth. (kutuk batch sendiri.. hehe, bila lagi.. =p). lecturer pun ada jugak yang turut serta. disebabkan oleh kebanyakan lecturer kami dari negara asia barat, jadi mereka buat persembahan ikut budaya mereka..

dapat ini (mug + keychain) satu sorang sebagai kenangan..
kecuali pin tu, ada orang bagi. =)
oh lupe! ada voucher focus point rm30 saya tak guna lagi.. ada sesiapa nak?
-------------------------------------
esok mula klerk O&G kat hospital.
cerita hati
dua tiga hari ni sungguh addicted dengan lagu ni.. cerita hati, oleh hafiz hamidun..
semalam yang telah pergi
menghilang tanpa jejak
membawa bersama cereka
duka dan ketawa
dan kini ku mencari
kalau masih ada kesan
yang terus tersisa di dada
pantai permainan
jalanan yang panjang
bersimpang haluan
bagai pentas luahan rasa
tiada bersempadan
pada awan biru ku melakar kata-kata
pada langit cerah ku panah semua cerita
dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
berterbangan jiwa merentasi pelangi
mungkinkah ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
menjadi arca pembuktian
pengabdian cinta
pada awan biru ku melakar kata-kata
pada langit cerah ku panah semua cerita
dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
berterbangan jiwa merentasi pelangi
gerimis menitis gugur membasahi bumi
bagai menangisi sebuah cerita hati
andai kau fahami semua hikayat pendeta
seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga
---------------------------------------
terima kasih untuk kamu, awak dan anda.. :)
---------------------------------------
ahah, sekali lagi..
14.3.10
psychiatry (ii)
hari pertama
saya datang agak awal, sebab van sampai awal. ahli kumpulan saya yang lain tak sampai lagi. berkebetulan hari ni pelajar-pelajar PMC ada klinik. sempatla berbual sikit-sikit dengan mereka. 9 pagi, kami dibenarkan masuk, lepas semua orang dah datang. minggu ni ada 10 pesakit ditempatkan di wad. jadi, seorang satu kes la. saya dapat kes 'chronic schizophrenia'. dia dimasukkan ke sini 11 september tahun lepas. (dalam 6 bulan dah la kiranya). mula-mula masuk dia agak agresif. tiba-tiba je meraung-raung, baling selipar kepada pesakit lain, berhalusinasi, delusi. mak dan ayah dia dah meninggal. dia tinggal seorang diri. kebanyakan kes kat sini, skizofrenia. tak kira kes relapse ataupun dah kronik.
puan fatimah sampai dalam jam 11. kami kena bentangkan kes secara ringkas kepada dia. dan dapat tugasan kedua, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. satu dapat kes relapse schizo, satu dapat kes bipolar mood disorder, satu lagi dapat kes skizofrenia jugak.
petangnya, kami kena interview pesakit. pesakit yang saya dapat tu sekarang ni dah agak stabil. bercakap pun ok, ada eye contact, faham soalan - boleh jawab dengan baik, makan berselera, cuma saya tengok dia agak murung sikit. tanya 10 patah, jawab sepatah. huhu~ mungkin masih tak boleh nak adapt dengan saya kot.
hari kedua
pun datang awal. ahaa, memang datang awal la klerkship kali ni. sebab saya tak kenal jalan kalau nak bawak motor. jauh jugak la daripada HPP. nak tak nak, memang kena naik van yang kolej sediakan. bagus ape, boleh jimatkan minyak dan tenaga. :p
kali ni, pesakit saya agak banyak cakap sikit. nampak la perubahan dia. suka la berbual dengan dia. kali ni, ada pesakit lain duk tepi dia. (mat punye patient) dengar-dengar kami berbual. kadang-kadang saya tegur tegur jugak dia. boleh la. jawab jugak la soalan saya. teringat pesan puan fatimah, nak bercakap dengan pesakit kat sini kena 'pandai' sikit. bukan boleh main terjah macam pesakit lain. tapi kalau mereka dah boleh adapt, takpe la. selalu je terrmasuk topik peribadi bila bercakap dengan mereka. mereka pulak tu yang tanya. haru sungguh la hai..
A : lawa cincin..
N : (senyum)
A : ada tunang dah?
N : (senyum lagi) takde..
A : siapa yang bagi?
N : mak..
A : dulu, saya pun ada cincin jugak.. gelang pun. banyak.. lepas tu mak ambik semua.
mula-mula bercakap dengan dia, saya ingatkan dia tak pernah berkahwin. rupa-rupanya lepas tengok rekod, dia pernah berkahwin suatu masa dulu. tu kot yang dia kata dulu dia pernah ada cincin dan gelang..
A : esok datang lagi, kan?
N : insyaAllah.. datang lagi.. (sambil senyum.. )
hari ketiga
tak sempat nak interview dia. sebab pagi-pagi lagi, nurse yang bertugas bawak dia pergi buat OT (occupational therapy). jadi, saya ambik masa pagi tu untuk baca rekod dia yang lama-lama. masa tu lah, baru saya tahu mula-mula dia didiagnos skizo tahun 1993. lama jugak tuh.. tengok rekod ubat dia, dia ambik haloperidol 10mg BD, artane (benzhexol/trihexyphenidyl) 2mg OM, flupenthixol stat 1/52..
hari ni klerkship separuh hari. lepas baca rekod, puan fatimah nak jumpa kami, untuk diskusi kes sara. hari pertama sara tak boleh nak datang sebab dia ada interview kat usm. sempat datang petang je. jadi, dia kena bentangkan kes secara ringkas hari ni. lepas tu kami dapat pulak tugasan ketiga. pasal lebih dos benzodiazepin. jadi memang tak sempatla nak temubual pesakit saya. huu. ingatkan boleh la berborak sekejap, dan nak bagi sendiri sesuatu kat dia sebagai hadiah. akhirnya, saya mintak tolong jururawat kat situ je bagi kat dia. huhu~
-------------------------------------
nota untuk diri : bersyukurlah! kerana kamu masih dikurniakan akal untuk berfikir secara waras. dan bersyukurlah! nikmat akal itu masih Tuhan pinjamkan. satu kelebihan mereka, tak perlu dihisab di akhirat nanti kalau ada buat apa-apa dosa.
ramblings [plus] random
saya tak suka sebenarnya meluahkan apa yang saya fikir ke sini. sebab ape? hmm, entahlah.. tapi kadang-kadang terpost jugak. a typical women, am i? huhu~
dulu, saya menulis untuk saje-saje. tanpa ada matlamat apa-apa. hanya nak 'abadikan' cerita-cerita yang pernah berlaku dalam hidup saya. tapi tu pun, bukan semua yang ditulis. ada yang masih tersimpan kemas dalam hippocampus. di fasa permulaan blog ni ditubuhkan, saya privasikan entrinya. dan, tak ramai pun yang tahu. beberapa orang je. sebab saya tak suka letak pautan ke sini kalau saya komen di mana-man blog. selalu guna akaun satu lagi jika blog yang saya nak komen tu minta id. hanya orang yang betul-betul rapat je tahu kewujudan blog ni masa tu. lepas tu, saya bukak jadi umum. tapi sampai sekarang pun, saya masih tak suka pautkan alamat blog ni ke kotak bual/jerit. kecuali untuk beberapa orang. hehe. segan aih. dan, tak ramai pun yang pautkan alamat saya ke blog mereka. yang ada pautan tu, kebanyakannya kawan-kawan yang memang saya kenal, junior-junior saya dan geng plurk. (oh lupe! saya ada letak alamat blog ni kat plurk). tapi, ada jugak yang terjumpa secara kebetulan.
sebab ape segan? saya pernah baca buku 'men are from mars, women are from venus'.. tapi tak sempat nak habis la. separuh pun tak sampai lagi kot. hehe. ada satu benda yang menarik dalam buku tu. penulis tu kata orang perempuan ni lebih mementingkan perasaan, relationship dan hati. saya setuju. ni salah satu sebabnya. banyak merepek pasal hati je dalam blog ni. dan sekarang pula, saya rasa saya ada krisis identiti. huhu~
saya rindu zaman sekolah dulu. saya rindu cerita lama. saya rindu suasana hati saya yang dulu. sekarang ni, ia jadi macam fleksibel. sat ok, sat tak ok wa moody. dan selalu sangat ia bergantung kepada keadaan sekeliling. huu, susah betul la macam ni. berusaha untuk menceriakan suasana, tapi bila tak berhasil, aish!
haih, bila bercakap pasal ni memang bosan. macam tak ada pengakhiran.
---------------------------------
sometimes, ignorance is a bliss!
11.3.10
(:
"setiap orang dimudahkan mengerjakan apa yang dia telah diciptakan untuk itu.."
Hidup dan nasib, boleh kelihatan tidak teratur, misteri, hebat, dan sporadik, namun setiap elemennya adalah subsistem keteraturan dari sebuah reka bentuk holistik yang sempurna. Menerima kehidupan bererti menerima kenyataan bahawa tidak ada hal sekecil apa pun yang terjadi kerana secara kebetulan. Ini adalah fakta penciptaan yang tidak dapat disangkal.
Diinterpretasi daripada pemikir agung, Harun Yahya [Edensor; Andrea Hirata]
10.3.10
did you know?
did you know?
that every star
that shines
in the midnight sky
is waiting there for you
as each day
goes passing by?
for, they are yours
for the taking
all you need
is self-believe…
..and the ability to see the setbacks
have solutions just beneath.
so, never let your dreams pass by
for, they are there for you to see
that, if you focus on your goals,
you’ll be all you’re meant to be.
so, nurture them with all your heart
leave all your doubts behind
and you simply won’t believe
the success you then will find!
------------------------------------------
p/s: ada cerita pasal wad hari ni, tapi macam malas nak bercerita. nanti lah, saya kumpulkan sekali dalam entri lain.. =D
8.3.10
psychiatry (i)
minggu ni minggu klerkship psikiatrik (betul eh eja macam ni?).. wad psikiatrik untuk HPP terletak di jalan perak. jauh jugak la daripada HPP (hospital pulau pinang). kalau jalan kaki, memang tak larat la.. hari ni ada briefing sikit daripada puan fatimatuzzahra' (wow, nama dia lawa! secantik tuan nya.. hehe) aka puan fatimah. esok baru mula attachment kat jalan perak. macam biasa, kami kena cari satu kes seorang. tapi kalau tak cukup macam kumpulan minggu lepas, kena kongsi kes la jugak..
masa briefing tadi, ada tayangan cerita 'the uninvited' (ade sesiapa pernah tengok?). puan fatimah cakap kami kumpulan pertama yang dapat tengok, sebab dia nak buat perubahan sikit daripada sebelum ni. amaran awal : ambik yang baik-baik sahaja. yang buruk-buruk tu buang jauh-jauh. mula-mula tengok cover cd dia macam menakutkan je. "uish, takkan nak tayangkan cerita hantu kot?" agaga. tapi bila dah tengok, ok.. bukan cerita hantu pun. cerita pasal seorang budak ni yang ada schizofrenia (kot?).. dia ada simptom-simptom macam halusinasi, delusi, agresif, insomnia, selalu mimpi ngeri.. dia selalu je terbayang-bayang mak dan kakak dia yang dah meninggal lama dulu, sampai akhirnya dia menjadi seorang murderer secara tidak sengaja. hurmm.. dalam cerita tu ade la part yang datang secara mengejut, sampai ada orang terjerit kecil. dan, saya pun sempat jugak la terpegang kerusi mei ling kat depan saya tu.. terkejut oo, tiba-tiba je keluar muka orang.. haru sungguh la~
oh, tadi saya terdatang lewat. ok, bukan terdatang lewat.. memang disengajakan lewat. sebab ape? saje.. hehe kumpulan sebelum ni cakap, kalau ada buat apa-apa kesalahan (macam tak pakai labcoat ke, datang lewat ke, tulis brand name ubat ke) akan dikenakan denda. jadi, saje je saya nak try.. ahaha. tup-tup bila sampai, puan fatimah cakap : haa! ni orang ke-empat kena denda. aik? ada lagi orang lain yang kena eh? waah, bagus bagus.. tak de la saya sorang je nanti.. (tau pun segan).. lepas decide antara kami -4orang yang kena denda tu- kami pun buat tepuk semangat. memang semangat habis la masa buat tu.. :D nasib baik semua orang terima je denda kami ni.. kalau tak.. adeii~~
saya rasa sedikit enjoy kali ni.. betul la, lagi best kalau ada kelas. mungkin saya ni jenis yang tak boleh duduk lama-lama terperap kot. ok, sambung esok pulak. kalau sempat.. :D
6.3.10
three
note : i strongly suggest you to ignore story 'one' and go directly to story 'two' and three.. it's better.. =)
one:
i just finish chit-chatting with my sis 'there'. oh, i feel so good. she is getting matured now (maybe more matured than me, i think. hoho).. her words made me feel comfortable. being quite motivated to face my day, yeah. i'm proud of her. once, i feel like i want to switch the position between us, by being a younger sister of her. ahah.
nowadays, my emotion is not so stable. hoho. so many factors contributing to it. ermm, perhaps i'm the one that is being fragilely broken and easily becomes strong (or maybe pretend-to-be-strong?). how i wish i can be strong like 'them'. ok, stop rantings about my feeling.
two:
tadi, kat kolej ada buat jualan untuk projek keusahawanan-satu kertas elektif (kan, korang?). macam-macam la ada dijual kat sana. daripada pakaian, tudung, selendang, telekung, main wii game, massage guna mesin, aksesori laptop, makanan, minuman, kerongsang, gelang, inai... hinggalah kepada haiwan peliharaan (hamster, kura-kura, ikan-ape-ntah-nama-dia). mula-mula teringin nak beli kura-kura. tapi berfikir-fikir dulu. lepas tu, bila dah tetap nak beli, tiba-tiba dah habis la pulak. tak ada rezeki, orang kata. :p bercakap pasal haiwan peliharaan ni, cik ekin ada beli dua ekor hamster. jadi sekarang, sudah bertambah dua ahli bilik kami. hehe.
three:
makanan rohani di hujung minggu..
5.3.10
#_#
kadang-kadang, bukan semua yang kita nak kita boleh dapat. kadang-kadang bukan semua yang kita mahu kita akan genggam. kadang-kadang timbul rasa iri dengan orang yang dapat apa yang mereka mahu. tapi, apakan daya. (nada pelik je di sini).. bukan semua yang kita nak tu kita perlukan, kan?
aku punya pendapat bukan sama dengan mereka. aku punya kemampuan tidak sebanding mereka. kerana aku adalah aku. bukan mereka.
-------------------------
aku,
|
|
|
|
|
|
dengan caraku,
|
|
|
|
|
|
|
yang tersendiri..
|
|
|
|
|
|
|
-------------------------
huh, main game lagi best!
sudoku..
cake mania..
pizza prenzy..
ape lagi game best?
game dalam fb dah lama terbengkalai, cari alternatif lain la pulak~
i need you. ya, you!
3.3.10
oncology (ii)
ok, hari ni ada kes lain. ada 4 kes baru masuk, 3 kanser kolon dengan regimen folfox. aish, sama kes dengan jia yin la kalau ambik jugak. huhu. saya pergi tanya cik tajul, boleh tak nak ambik kes semalam tapi dia cakap tak boleh.. sebab tak ada chemo drugs untuk di diskusi. huhu.
jadinya lepas tu, saya pergi belek-belek semula BHT pesakit kat wad tu. teliti satu satu, akhirnya dapatla kes yang agak berlainan sedkit (je) dengan jia yin. dulu pesakit ni on regimen De Gramont tapi untuk 9 kitaran (9 cycle) je daripada planning awal 12 kitaran, sekarang dah diupgrade ke regimen folfox, sebab kanser dia dah metastasis dan level CEA (carcinoembryonic antigen - a tumor marker) dia semakin lama semakin tinggi (sampai seratus lebih ooo, normal punya bawah 5). lepas tu, saya pun buat keputusan : boleh la ambik kes tu..
petang, ada diskusi kes dengan cik tajul.. masa ni saya suka! cari kes tak suka, tapi diskusi kes suka. apakah? tak faham jugak saya pun kenapa jadi begini.. hiho~ :D
dua hari di wad onkologi, banyak jugak la dapat kutip pengalaman. ada seorang pesakit ni, kurus sangat. bahagian abdomen dia agak besar. dia tak boleh nak baring sangat, kena duduk bengkokkan badan ke hadapan. untuk kurangkan sakit, seorang jururawat berkata. ada pulak seorang pesakit ni selalu je kami dengar dia menangis kuat. sakit. sambil sambil salin data seorang makcik ni, sambil dengar dia bercerita. dan saya tahu, dia sungguh tabah. dia cakap : selalu je dia doa mintak kat Tuhan moga diberi kekuatan untuk hadapi semuanya. dia suka bercerita. senyum je dia sambil bercerita. tapi nampak la perubahan wajah dia bila dia cerita, ada sekali tu dia suruh anak dia beli sesuatu kat dia.. sampai kedai, anak dia lupa dia pesan apa. anak dia telefon balik nak tanya, tapi dia pun dah lupa. masa dia cerita tu, nampak lain la sikit muka dia sebab cepat sangat lupa apa yang dia pernah cakap. huu~
berhenti dulu di sini.. daaa~
nak pergi pasar malam. :)
2.3.10
oncology (i)
minggu kedua..
minggu ni klerk onkologi. di HPP, wad onko berada di tingkat 4, bangunan C. wad C19. untuk klerk ni, kami kena cari seorang pesakit yang kalau boleh tengah on chemo drugs. lepas tu, kena ambik semua data-data dan sejarah pesakit, pernah tak dia dapat kanser tu sebelum ni, apa terapi yang dia ambik dan segala yang berkaitan dengannya. preseptor kami kali ni, cik tajuk nisa. selepas cik tajul bagi briefing sikit pasal wad, dia serahkan kat kami cari kes untuk diklerk.
kriteria untuk clerk case:
- kalau boleh, tak mahu jenis kanser yang sama
- kalau tak ada, cari yang berlainan regimen/protokol
- kalau tak ada jugak, cari yang berlainan jantina
- kalau tak ada juga, jangan ambil pesakit yang sama
tu, yang saya dengar semalam masa prof. saad bagi briefing la.. tapi pagi ni, ahli kumpulan saya cakap lain pulak. mereka kata, kalau boleh tak mahu semua sama kriteria.. kalau tak ada, kena cari kes palliative.
susah ooo nak cari kes kalau tak ikut kriteria-kriteria tu semua. kebanyakan kes kat sini adalah colorectal cancer dan on regimen FOLFOX (oxaliplatin + 5-FU + folinic acid) dan germ cell tumor yang on regimen BEP (bleomycin + etoposide + cisplatin). huu, cari punya cari, tak jumpa kes yang berlainan. lama jugak membelek tiket-tiket yang ada, tapi bila tengah syok-syok baca tiba-tiba tengok regimen : alamak, sama lagi! [-_-"].
sepagi mencari, tak jumpa. lepas makan, naik wad balik dan jumpa kes pesakit yang on radiotherapy untuk adjuvant treatment. pesakit tu ada anaplastic hemangiopericytoma. tapi, tengok ubat yang diguna... anti-emetic, pain killer.. aiseh, macam mana nak buat discussion? huu. tunggu sampai petang pun, tak dapat dapat kes yang berlainan. jadi sekarang tengah berfikir untuk ambik kes adjuvant tu ke tak nak. tengok esok, kalau ada kes baru, mungkin akan tukar. kot.
saya rasa sekarang saya sudah boleh nak adapt dengan ahli kumpulan saya. sara, nisah, ida, mei ling, jia yin, mat, own, say hoon, swee chin. mereka semua baik-baik. dan membantu. He knows best, right? for giving me this group. oh, thank you~~
ok, habis cerita pasal hospital. oh lupa. tadi saya jumpa kak leq! waah, gembira betul. hehe. tak pernah-pernah pun jumpa kak leq sebelum ni. kenal kak leq melalui blog nadiah (nadiah, terima kasih!). kak leq ni dulu pernah satu sekolah dengan saya. kira macam senior saya la. :D tapi, kami tak pernah pun bertemu. jadi tadi bila jumpa rasa macam excited la. hehe.
bersambung esok... kalau sempat. =)
------------------------------------
oh tadi ada orang kirim angpau pada kami! orang yang sama yang selalu bagi kepada kami. wuwu, terharu kerana dia masih ingat pada kami.. bertambahlah koleksi angpau saya..
1.3.10
pilih
hidup sehari-hari ni bermain dengan pilihan sebenarnya.. pilih, memilih, terpilih ataupun dipilih. pilih untuk bangun awal ke bangun lewat, pilih untuk pergi kelas awal ke pergi lambat, pilih untuk naik motor ke naik van (:p), pilih untuk nak buat kerja ke tak nak, pilih untuk ikut orang atau ikut diri sendiri, pilih untuk beli atau tak, pilih nak pakai baju mana hari ni, pilih nak diam ke nak bercakap, pilih nak ke kiri ke kanan, pilih nak terus balik rumah ke melencong pergi tempat lain dulu, pilih untuk itu, pilih untuk ini.. dalam banyak-banyak pilihan ni, kadang-kadang berhadapan dengan suasana tersalah membuat pilihan. dan mula la, jadi tak berapa nak tenang. tapi, silap buat pilihan ni bagus jugak sebenarnye.. :p kenapa? nanti lepas ni kita akan fikir bila buat macam ni apa implikasinya. betul tak? (tapi kadang-kadang saya suka buat eksperimen. buat lagi benda yang sama nak tengok faktor lain mempengaruhi pilihan ke tak)..
siapa kata senang nak buat pilihan? susah jugak tu..
------------------------------------
kalau orang perempuan yang suka beli baju, nanti rambang mata je bila tiba masa kena pilih nak beli baju mana.. kalau tak pilih, lari lah budget.. sebab tu ada yang last-last, tak jadi beli. lepas tu bila balik, mula terfikir-fikir; ruginya tak ambik tadi... dah dah, jangan duk fikir lagi lah! ahaha~
minggu ni klerkship onkologi. ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)