28.12.09

16 @ 8

Bismillaahirrahmaanirrahiim..
  1. GMP and quality control
  2. applied therapeutics 2
  3. hospital pharmacy practice
  4. community pharmacy practice
  5. pharmacoeconomics
16 @ 8 = 16 jam kredit untuk sem 8. secara rasminya, yang paling sedikit jam kredit. semua teras kecuali yang terakhir, elektif. nervous la pulak. huhu~

happy-back-to-school !!
and, a BIG CONGRATOS to my juniors. wah, korang terer-terer ya.. :)

macam takdak harapan je. wuwu~ mula-mula datang, lappy dah sakit.. moga cepat sihat dan temani hari-hari saya di sini.

24.12.09

::


cerita tentang masa lalu..
cerita tentang kau dan aku..

22.12.09

melawat Fateh

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

ke rumah mizah, one of my bestest friend i ever have. bersama sepupu-sepupu saya. lama tak berkunjung ke sana. setiap kali cuti mesti ada saja halangan nak ziarah dia. Muhammad al-fatehpun dah umur 7 bulan. masa saya sampai tadi, dia tengah tidur. nyenyak sungguh, kami bercakap-cakap di tepi dia pun masih tak sedar. lepas berbual-bual banyak perkara dengan mizah, barulah si kecil itu terjaga.

seterusnya, biarlah gambar yang bercerita. (malas nak taip sebenarnya :D) :

'iffah + anis (peneman saya)

Fateh, 7 bulan (tengok mata dia)

^-^

kecik-kecik dulu mata dia kecik. bila dah besar, makin besar pulak mata. setahun lagi lah nampaknya boleh jumpa dengan mereka lepas ni.

--------------------------------
p/s :
  1. kagum dengan mizah.
  2. sekali lagi, ukhuwwah itu di hati. saya percaya yang ni!
  3. bila saya baca balik entri lama-lama yang duduk dalam kotak masing-masing, saya rasa gaya saya menulis ada yang berubah la.. hmmm..

17.12.09

gather @ Melawi (iii)

habis dah sebenarnya cerita pergi Pantai Melawi. habis tu entri ni untuk apa? hehe. untuk gambar. tapi, sikit je la yang adanya. sebab kamera buat hal.. kena tunggu copy dari kamera abe G dulu la, lagi banyak gambar.







aina salsabila

sungguh indah ciptaan Tuhan
langit membiru rhu melambai
ombak menderu memukul pantai
hati yang resah menjadi damai..

cuti sekolah pergi berkelah
di tepi pantai yang sangat indah
bersama keluarga dan sanak saudara
dapat melihat kebesaran Allah..

pasirnya putih kilau-kilauan
banyak terdapat siput dan kerang
adik bermain hatinya girang
ibu melihat hatinya senang...

kesimpulan : saya suka gathering kali ni! weee~ v(^_^).

gather @ Melawi (ii)

rabu - 161209
awal-awal pagi lagi saya turun ke pantai. saja, ambil angin pantai. jalan-jalan. seorang diri. layan perasaan :P. berjalan di gigi air sepanjang pantai. bersama satu buku nota dan kamera. mp3? tinggal dalam chalet, bateri habis. huu~ berjalan beberapa langkah, jumpa obor-obor lutsinar yang dah mati, terdampar di tepi. sebab tak ada kerja, saya pergi usik. keras jugak ya. haha, jakun sungguh. meneruskan langkah. jumpa banyak ketam kecil. jalan lagi, jumpa siput dan kerang. bila nak jumpa ikan ni? ngehehe~

dekat setengah jam berjalan, saya berhenti. ada batu-batu besar di depan. saya panjat. rendah je. duduk di situ, tunggu matahari terbit la kononnya sebab nak ambil gambar. sekali, bila matahari terbit kamera habis bateri! aaaaa! semalam penuh lagi. dia buat hal lagi. memang geram la masa tu. tapi nak buat macam mana, kan? capture dalam brain je la.. huu. menikmati alam sebentar. sunnguh asyik. dan tenang. bila berpaling ke belakang nak balik, eh? tiba-tiba ada orang. sejak bila ada kat sini? 2 orang. orang kat tempat tu saya agak, sebab mereka datang dengan motor. ish! kacau sungguh la.. takut pun ada, tapi geram lagi banyak.

buat apa kat sini pagi-pagi?
saja-saja.
duduk kat resort ka?
ha'ah.

nasib baik dah nak balik. lepas tu, saya terus pergi. jalan laju-laju. lari ala-ala jogging pun ada jugak. dalam hati : cepatla sampai. cepatla.. 5 minit saya berjalan, saya toleh belakang, diorang dah tak ada. dah balik kot. :D

bila sampai, cikma dah susun peralatan untuk sukaneka. cikma kata : main dulu, baru makan. makanan baru nak dibeli, oleh bapa saudara dan sepupu saya. okeyh. permainan ada dua kategori : orang dewasa (A) dan budak-budak + remaja (B). ada tiga acara untuk kategori B. lari dalam guni, berebut coklat sambil tutup mata dengan kain dan bowling padang. satu acara untuk kategori A, bowling padang. hajatnya nak main banyak lagi, tapi masa tak cukup. pesertanya ramai. phew! saya suka la sukaneka ni. lama dah kami tak buat. kali terakhir pun masa hari raya aidil fitri 5-6 tahun yang lepas.

lepas bermain, makan dan mandi laut (lagi! hehe). haa, kali ni ombak agak kuat. kami (cikma, saya, alya, aisyah, syahirah, afina) agak berani pergi ke tengah. faedahnya, ada yang hampir nak lemas bila ombak datang bertalu-talu lalu tak sempat nak melompat. lepas tu kami beranjak ke tepian sikit. tapi, ombak tak kuat sangat la pulak. tak berapa best jadinya. hoho. lepas mandi laut, sesi pembahagian hadiah dan check-out. satu je saya rasa rugi. tak bergambar ramai-ramai, semua 7 keluarga. abe G kata : tak ada banner. cheh! nak banner nah, mano dea nok buat, saya balas. lagipun masa tu, 2 keluarga (kak ning dan abe aa) dah balik sebab mereka ada hal sikit. huu, lain kali la pulak.

bersambung........

16.12.09

gather @ Melawi (i)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

teringat. masa kecik-kecik dulu, suka dengar lagu ni dalam kereta :

sungguh indah ciptaan Tuhan
langit membiru nyiur melambai
ombak menderu memukul pantai
hati yang resah menjadi damai..

di hari minggu pergi berkelah
di tepi pantai yang sangat indah
bersama keluarga dan rakan sedarjah
dapat melihat kebesaran Allah..

di dalam laut banyak hidupan
udang ketam, sotong dan ikan
menjadi rezeki para nelayan
nikmat berharga pemberian Tuhan..

pasirnya putih kilau-kilauan
banyak terdapat siput dan kerang
adik bermain hatinya girang
ibu melihat hatinya senang...

flashback:
minggu lepas, pergi rumah cikma. cuti sekolah macam ni ada la tempat untuk kami 3 keluarga nak pergi, bawak budak-budak berjalan. cikma bagi idea, kami pergi Terengganu. ajak cik awi sekali, sebab cik awi baru balik. mulanya cikma kata nak pergi Pulau Duyung. eh, tak pernah dengar pun? (macamla kenal semua tempat..hehe). cuma tahu tempat tu kat Terengganu, tapi kawasan mana? lepas tu, apa lagi. minta tolong dengan pakcik google la jugak.. secara amnya, Pulau Duyung terkenal sebagai tempat untuk membina kapal. banyak kapal yang dibina di sini.

selang beberapa hari, rancangan dibatalkan atas beberapa sebab. jadi, bertukar ke rancangan B. back-up plan. :D pergi dekat-dekat sajalah. dalam kelantan. dan, keluarlah idea nak pergi Pantai Melawi. bila tanya, semua bersetuju. pada mulanya kami bercadang pergi 4 keluarga je (ummi, cikma, kholati dan cik awi). lepas tu sepupu saya (abe G) pun nak ikut jugak. bila cikzah (isteri cik awi) berziarah ke rumah emak saudara saya (wea nab) yang duduk di golok, wea nab pun nak pergi sekali. ajak juga kak suriani (aka kak ning) sekeluarga. lepas tu entah macam mana boleh tersebar dibawa angin rancangan ni ke pendengaran sepupu saya yang sorang lagi (abe aa) dan dia sekeluarga pun mahu ikut sama. jadinya, sekarang ada 7 keluarga yang turut serta. fuuh, ramainya kanak-kanak! (bimbang pada kanak-kanak je lebih sebab takut tak boleh nak kawal :p ). tak pernah lagi kami buat gathering pergi jalan-jalan seramai ni. tapi best lah, boleh eratkan silaturrahim dengan lagi ramai ahli keluarga wea.. ;)

hari isnin ada mesyuarat tergempar. pergh! bersungguh benar nampaknya urusetia program kali ni. sebelum ni tak pernahnya nak buat mesyuarat tergempar. kali ni angin lain sikit. tapi bagus sebenarnya, untuk pastikan program berjalan dengan lancar dan gembira.

selasa - 151209
check-in chalet sepatutnya jam 12. kami bertolak agak lewat sebab perlu sediakan kelengkapan untuk BBQ juga makanan tengah hari. setiap keluarga perlu sediakan makanan tengah hari untuk ahli keluarga masing-masing. sampai di pantai, kami makan beramai-ramai, kongsi lauk. kami, 5 keluarga yang terawal sampai (temasuk abe G) bersantap dulu, sebab lagi 2 keluarga tak ikut serta untuk makan tengah hari. mereka bertolak lepas asar. kami conquer separuh daripada chalet kat Permai Inn tu. 4 berpenghawa dingin, lagi 4 berkipas sahaja. harga? yang ada air-cond tu rm65, yang ada kipas rm50. lepas makan, berehat dan solat. lepas tu acara bebas. kebanyakannya pergi mandi laut, termasuklah saya dan cikma. best oh! lama dah tak mandi laut.

malamnya, kami buat BBQ. bakar ayam + ikan + fishball + sotong + 'saikrok' (saya lagi suka guna perkataan ni lagi daripada hot dog. hee :D) + ketam. mulanya ingat nak kerahkan ahli-ahli yang belajar di sekolah menengah buat persembahan, tapi depa tu tak mahu. makanya, pasang cd sahaja. malam tu, keluarga kami je yang berBBQ. boleh conquer banyak tempat. masa BBQ tu, angin sangatlah kuat. mana taknya, duduk betul-betul tepi laut. angin malam pulak tu. nak barakan arang tu yang agak susah sikit. suasana sangat happening, sebab ramai ahli. seorang bercakap, yang lain-lain menambah. bila ada yang buat lawak, semua ketawa. oh, seronok berkumpul ramai-ramai. saya, yang dah lama tak jumpa dengan anak-anak sepupu pun boleh berkenalan semula dengan mereka. sudah besar semuanya. ada jugak yang saya tak kenal. hoho, ni lah kebaikan buat gathering. yang tak kenal, boleh kenal. yang dah kenal, eratkan lagi ikatan. :)

tiba-tiba saya nampak anisa menguis-nguis pasir seorang diri. saya tanya kenapa tak join mereka, dia diam. haa, tahu dah! ni mesti kes bergaduh dengan sesiapa. saya ajak dia pergi tengok laut. juga kira bintang! oh, damainya. awan sikit je semalam. memang boleh kira bintanglah! tapi berpinau-pinau jugak la kalau nak kira semua sebab tak boleh dikira, banyak sangat. bila rajukan anisa dah reda, saya bawak dia masuk geng balik. dan, saya pergi pantai sorang-sorang. best ooo! rasa macam nak baring je atas pasir tu. tapi, seganla pulak. walaupun kat situ agak kurang cahaya, tapi boleh nampak lagi. makanya, saya hanya duduk atas tunggul kayu dan dongakkan kepala nak 'kira bintang'. ralit ah buat macam tu. tambah pulak, mp3 ada di sisi. memang tak ingat orang sekeliling dah la. sekali, mp3 buat hal, boleh dengar muzik latar je, tak dengar suara. jadi, berkaraoke lah saya semalam. dalam hati je la. :P

siap makan-makan, pergi berehat. mengumpul tenaga untuk hari esok.

bersambung......

--------------------------------
penat masih bersisa. saya nak rehat. selamat malam!

14.12.09

bak laut


bak laut
ada pasang
ada surut
ada tenang
ada gelombang
yang pasti
berombak tak berhenti
menempuh karang
menuju ke tepi
- SM Noor -

tiba-tiba teringat. diambil dari dinding muzium samudera II hari tu.

11.12.09

111209

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


ajaibnya waktu, masa lalu yang menyakitkan lambat laun boleh menjelma menjadi nostalgia yang tidak ingin dilupakan..
dipetik dari : Sang Pemimpi - Andrea Hirata


hari ni result provisional keluar.
hari yang mendebarkan bagi pelajar usm (tapi tak tahu kenapa, saya tak ada apa-apa perasaan pun kali ni. biasanya, ada jugak rasa berdebar nak tahu keputusan..hmmm, pasrahkah?) nakcheck guna kampus sejahtera, email tak daftar. jadi guna cara kedua. tunggu punya tunggu.. tiba-tiba terpampanglah keputusan sem lepas di skrin..







1. P






2. P






3. P






4. P






5. P






6. P






7. P












alhamdulillah, syukur Ya Rabb..
semua lulus .. .. ..


8.12.09

untuk dia :)

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

08/12
tarikh istimewa
buat dia yang keempat
yang kini di sana..

tadi, ingatnya nak buat rancangan 'tak berapa baik'. nak beli kek satu, kemudian kami satu rumah pakat-pakat potong kek, ambil gambar dan hantar kepada dia.. tapi, sampai ke maghrib, tak jadi jadi nak beli kek. petang tadi, cikma ajak pergi pantai, suruh bawa aman sekali. sepupu-sepupu dia bersuka ria mandi kolam. lepas bagitahu aman, dia cakap : aman nak gi!

tapi takpe. sebab hari ni mood tengah baik dan rajin datang dengan tiba-tiba. ajak ummi buat buah mulong-sejenis kuih manis berkuah. ummi cakap : boleh, bahan semua ada. saya pun apa lagi. cari beras pulut, tambah air. tiba-tiba..

eh? eh? lembik! tak jadi doh. aaaiisshh! dahla beras pulut dah habis. macam mana ni? tambah gandum je la *evil*. ummi menyokong. ahaha. jadinya, kuih hari ni telah dimodifikasi oleh kami. lepas buat kuah dia (santan + manisan a.k.a. gula melaka? + telur + serai), maka siaplah ia. satu bekas ummi 'terbangkan' ke pak keral. bila makan yang ni, rasa lain la sikit. ada la rasa gandum tu. buah mulong tu pun jadi tak berapa nak kenyal sangat. tapi, masih sedap! (chewah! ummi yang masak kuah dia, kalau emak masak mesti la sedap. kankan?) makanya, rancangan kek hari ini telah ditukar ke kuih buah mulong. jadi lah tu, dah tak sempat nak beli.. lagipun lama dah tak makan buah mulong buatan sendirian berhad.. (nak bagi dia jealous sebenarnya - haha, kakak yang tak berapa baik nih).


subsaan wanked untuk dia. moga panjang umur dalam kebaikan, dimurahkan rezeki yang halal, dipermudah segala urusan.


nota untuk dia --> adik, hadiah tunda ko tahun depe jah la deh.. nok kirim ko abe ari tu, takut berat pulok.. siyye ko abe.. hehe.

---------------------------------------------
pssstt : masa duk masak tuh, fikiran selalu teringat-ingat kenangan kita bertiga buat buah mulong tu dulu.. kan best kalau semua ada? huh, nak bagi orang jeles, tapi diri sendiri pulak yang duk teringat. ayya, rosak niat~ :p

7.12.09

lesson


We are continually being presented with lessons. Unless we learn the lessons, we get to take them again... and again.. and again.

Call it divine plan, call it the natural unfolding of events, it is happening. Like it or hate it, it is happening. Take responsibility or claim you are a victim, fight it or ignore it, it's happening. It has been happening all your life. Every time something bad happen to you, there was a lesson staring you in the face.

If we are miserable seven days a week, it's likely we've missed a lesson. When we keep losing something we look for, it's a sign that we haven't been paying attention. As one lady remarked: "I keep getting the same old problems in a different pairs of trousers!"
The worst thing we can ever say is: "It's not fair!"

modified from : Follow Your Heart.

as my lecturer always said to us --> think about it. hmmm........