24.4.11

day off hari khamis


bertolak : 2.45petang


tiba di subang : 9.00 malam, sebab lalu ikut dataran merdeka 


keesokan hari :






22/04/2011,
jumpa syud, dan dapat origami burung dan  ini : 


if it's worth it, then fight for it.
i like the wordings but how do i know that it's worth it? huhu

beli contengan jalanan dan dapat ini: 

credit goes to k.mizah for this photo

juga :
1. langit Ilahi - fanzuru
2. lembutkan hatimu
3. quartet
4. isabella
5. etc etc


tapi.......
macam menyesal pulak letak balik buku ' the choice' tulisan ahmad deedat.. huhu~





'kelusaan' hari:



lebuhraya utara-selatan yang tergendala



tiba : 8malam..



sampai rumah, tak boleh nak rehat. pukul 3pagi baru boleh nak lelapkan mata. tapi dengar ada orang buka pintu; k.laila dan hajar baru balik dari oncall TDM. ada kes keracunan paracetamol rupanya. 

pagi tadi, sedar pukul 6, dan mula kerja jam 8 pagi. ting tong!

14.4.11

tea. the. aim.

cerita TDM lagi. *peace*

TDM = therapeutic drug monitoring.
untuk narrow therapeutic index drug macam digoxin, vancomycin, gentamicin, theophylline, valproic acid, phenytoin, cyclosporin, PCM 'atasdos', phenobarbitone.

kerja kat TDM, saya paling takut bila dapat sampel darah untuk uji level (toxic/subtherapeutic/within normal range) daripada ICU dan pesakit yang ada komplikasi buah pinggang dan on hemodialisis/peritoneal dialisis atau yang seumpama dengannya. (PCM and digoxin toxicity pun risau jugak. tapi, jarang dapat sampel ni).

Untuk pesakit renal (terutamanya peringkat akhir), dos vancomycin biasa bagi 1gram stat, lepas tu repeat TDM. Sebabnya vancomycin ni akan diekskresi melalui buah pinggang. Kalau pesakit normal, biasanya akan mula dengan 500mg QID. lepas tu tengok level, baru adjust dos. 

Sampel paling banyak dapat daripada wad NICU/SCN. biasanya untuk monitor aras kepekatan gentamicin dalam bayi (genta ada kesan sampingan - toksik kepada buah pinggang, telinga). Kedua terbanyak, valproic acid.

----------------------------

cerita hari ni sikit. 
Hari ni sangat letih... Banyak sampel, tak cukup orang. mesin ada masalah kejap tadi. nasib baik ok semula.. huhu. risau juga, sebab esok kena monitor aras vancomycin untuk pesakit ICU yang baru diubah dos tadi -> daripada 1gram BD kepada 500mg QID. tak sempat pun nak rehat tengah hari. habis semua kerja bila dah masuk maghrib. nasib baik ada 3 sampel daripada hospital lain. phew! kurang sikit beban. perlu bagitahu level sahaja, tak perlu kira dan buat cadangan, sebab pegawai farmasi yang ada kat tempat tu yang akan menilai result TDM tu. kalau tak... waa, 20 sampel, selesaikan sorang-sorang.. memang la.. dan nasib baik, banyak sampel pre and post. (pesakit yang sama, level yang berlainan : level sebelum ambil dos dan level selepas ambil dos)..


esok hari terakhir di TDM. minggu depan akan betukar ke CDR. 

kak mizah kata : nuha, minggu depan duduk kat TDM lagi lah ye? [baru je nak reti, dah nak pergi tempat lain, tinggal newbie kat situ] erk. T_T

till here. siapa yang bangun awal esok, mintak tolong [buzz]  saya pukul 4.30pagi, boleh? terima kasih! =)


---------------------------------------
p/s : eh, Hlovate ada buku baru untuk pesta buku minggu depan? waah, semakin tak sabar mahu ke sana.. siapa nak pergi? jom jumpa. S/T nurunnuha @ jumaat, 22/4/2011, 10-5pm?

13.4.11

a story

a story to share:

minggu keempat di TDM. duk TDM sangat tensi, sebab berkait dengan nyawa pesakit. huhu. (rasa nak cepat-cepat je habis TDM. hee)

Ada satu hari. Saya dapat sampel daripada ICU (patient diagnosed as sepsis secondary to cholangitis).. Masa pergi tengok pesakit kat wad, memang sangat takut. Dengan segala bagai mesin (CVVHD, ventilator). Pesakit ni  ada masalah buah pinggang. Doktor nak bagi vancomycin 1gram stat. Lepas bagi stat, doktor hantar sampel untuk TDM. keputusannya? Level dia sangat low (3mcg/mL instead of normal therapeutic range = 15-20mcg/mL). Saya bagitahu level dia kepada pegawai farmasi yang menjaga wad ICU. Dia mencadangkan supaya bagi IV vancomcin 1gram stat!. Siap cakap lagi : "Nuha, memang la ajal tu Allah s.w.t. yang tentukan.. tapi awak pun bersalah jugak kalau tak buat keputusan yang tepat pada masa kritikal ni.. cepat telefon". Berdebar pulak saya dengar ayat tu.. huhu. Pukul 3 petang, kami beritahu doktor yang menjaga pesakit ni supaya bagi vanco STAT dan repeat TDM keesokan hari. Pukul 5 petang, saya ingatkan doktor sekali lagi. Risau. Sebab level dia sangat rendah, pesakit tu sepsis pulak.. huhu.. Keesokan hari, saya telefon ke ICU nak remind suruh hantar sampel. Sekali, nurse kat situ cakap : patient tu dah meninggal semalam.. inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun.. saya rasa........... (i cannot find the right word).

Thinking : Is this happen because of me? (masin mulut pegawai farmasi tu.. huhu)