28.2.09

harapan

harapan..
sumber kekuatan
sumber kebangkitan
sumber ketenangan
sumber kedatangan
ilham

harapan..
mempermudah kepayahan
memperbaik kelemahan
membuka jalan
dalam menuju
destinasi tujuan

lorong harapan..
yang di dalamnya ada kesabaran
pasti akan diiringi kejayaan
di akhir 
sebuah penantian

[inilah hasilnya bila saya rasa gatal-gatal tangan mahu menaip.. jadi, terhasillah nukilan yang tidak begitu bernilai.. hehe :) ~]

26.2.09

kelas

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

esok sudah hari jumaat.. cepat betul masa berlalu.. rasa macam baru semalam hari isnin.. rasa macam baru semalam start minggu baru.. tapi, realitinya.. esok sudah hari jumaat.. hari yang saya tunggu-tunggu untuk beberapa hari ni.. ada apa dengan jumaat ni? ahaa.. saya mahu pergi 'dating' dengan seseorang di sana.. siapakah dia? cuba teka.. (kalau jawapan betul, tiada hadiah menanti ye :)).. 

planning awalnya nak berjumpa selepas kelas dr.nizam esok.. tapi semalam, dina bagitahu petang esok ada kelas. mr. naidu nak ajar veterinary pharmacy.. 3-5pm.. adeih~ bagaimana dengan plan tu? bila saya bagitahu dia saya mahu skip kelas, (nak tahu apa respon dia..hehe), dia cakap : jangan.. mana la tahu ada keberkatan di situ.. haa, saya sudah agak dah.. dia takkan bagi saya skip kelas punye.. oh, terima kasih akak! (eh, saya ter'bagi' hint la pulak).. lagipun, saya kurang gemar untuk skip kelas.. mengapa? (ini pandangan peribadi saya ye).. pertama, saya kesian kat lecturer yang datang mengajar dengan penuh semangat, tup tup hilang sedikit semangatnya melihat kehadiran pelajar yang kurang memuaskan.. (sebab kelas kami ada 11orang je, kalau seorang skip.. lecturer akan tahu dan rasa kekurangan ahli).. walaupun kolej ni kolej swasta, adab menuntut ilmu masih perlu dijaga.. kedua, saya ni jenis yang tak berapa nak ok sangat kalau study sorang-sorang.. at least, saya kena dengar penerangan daripada lecturer jugak walaupun sekali..sebab saya rasa saya akan mudah faham dan ingat, begitu.. mungkin itulah keberkatan.. hehe :) ketiga, (erm..perlukah saya senaraikan lagi?)

pada sebelah malam nya pula, kami planning mahu pergi tengok cerita upin dan ipin (eh, macam xmatured la pulak.. biarkan.. sebab saya rasa seronok bila tengok cerita tuh..hehe).. kami dah mintak tolong aisya booking tiket.. yang ni, sape nak join sekali? inform kami awal-awal..boleh kita conquer tempat tu.. hehe.. 

[updated : plan tengok cerita upin ipin pun terpaksa dibatalkan.. adeih~ moga kelas petang esok betul-betul bermakna..ameen..]

24.2.09

tablet

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

tadi, kami ada lab dosage form design II.. dan, lab tadi menghendaki kami untuk membuat tablet.. ahaa.. besto! first time dapat tengok sendiri, macam mana tablet itu dihasilkan.. juga first time, saya mencuba mesin itu untuk mendapatkan tablet2 (berat la nak 'pulas' tombol dia tu..haish~).. proses pembuatan tablet bermula dengan mencampurkan semua bahan-bahan yang diperlukan termasuklah ubat (sebagai bahan aktif), pelincir (untuk mengelakkan perlekatan antara tablet dengan 'puncher'), pelekat *ups, betul ke terjemahan ni? -dalam bahasa inggerisnya : binder-* (nak bagi partikel2 melekat antara satu sama lain..kalau tidak, tablet tu takkan menjadi).. bahan2nya terdiri daripada serbuk dan juga kanji yang telah dimasak (yang bentuk macam jeli tu..) lepas dah campur semua bahan-bahan yang diperlukan tu dalam 'mixer', dia akan jadi macam doh kecik-kecik.. :) lepas tu, kami kena 'sieve'kan doh tadi masuk dalam satu mesin pulak jadi granul.. mula-mula guna penapis bernombor 10 (yang ni lubang dia besar besar).. lepas tu, kena keringkan guna fluid bed dryer.. tapi, disebabkan kami tiada alat ni, so kami guna cara tradisional je la.. hehe.. cuba teka, apa caranya? jeng jeng jeng.. kami guna oven! hehe :) tapi, kalau guna oven ni, lambat sikit la.. esok baru siap.. alat tu pulak, hanya memakan masa 15 minit je untuk siap.. haih lo.. 

then, kami kena tapis balik guna penapis bernombor 20.. yang ni lubang dia kecik-kecik sikit la berbanding yang tadi tu.. selepas ditapis, kami boleh try buat satu tablet menggunakan 'tablet compressor'.. buat satu je dulu, sebab kami nak kena try and error untuk tetapkan berat satu satu tablet. buat satu, timbang.. buat satu, timbang.. sampailah kita dapat berat yang kita nak.. lepas tu, kena adjust ketebalan tablet tu pulak. yang ni pun, try and error jugak.. buat satu, lepas tu uji 'hardness' tablet ut.. sebab apa kena uji? sebab.. kalau tablet tu terlalu 'rapuh', dia akan mudah 'disintegrate' atau hancur sebelum sempat ubat tu sampai ke tempat yang ditarget dalam badan.. tapi, kalau terlalu keras pulak, tablet tu tak boleh nak hancur bila dah sampai ke tempat yang ditarget.. kemudian, darah pun tak boleh nak serap ubat tu masuk dan memberikan kesan yang sepatutnya.. so, tak ada guna nya la kalau kita telan tablet yang terlalu keras.. 

lepas dah dapat berat yang kita mahu dan kekerasan yang sesuai, barulah kita boleh nak 'on' kan mesin tu, biar dia buat tablet tu secara automatik.. dan, saya pun teruja bila tengok tablet tu banyak yang dah siap.. lepas dah ok, kita kena balut atau 'coat' pulak tablet tu.. proses ni biasanya bertujuan untuk tak nak bagi tablet tu hancur bila dah masuk ke dalam perut (stomach) -sebab perut kita berasid- dan hanya akan hancur bila dah sampai ke usus kecil (small intestine) -usus kita sedikit beralkali-.. *kebanyakan ubat hanya akan hancur di sini*.. banyak jugak rupanya perkara yang perlu difikirkan untuk membuat satu satu tablet nih.. hehe :) bila difikir-fikirkan balik, belajar dosage form ni rasa macam belajar memasak pun ada.. yang nak buat tablet ni, guna 'mixer' yang hampir sebijik dengan mesin buat kek.. hoho~ jom, buat kek! 

oh, esok ada kuiz CNS sebenarnye.. tapi saya masih di depan laptop. bukan untuk study, tapi untuk post entri ini.. ok. dah, dah. stadi! all da best for all of us! hehe.. 

psst --> saya malas nak edit entri ni sekarang.. kalau ada kesalahan ejaan, maaf ye.. dan, nak letak gambar tablet senanye. tapi tunggu gambar tu loading, lama sangat.. xjadi dah la.. huhu~

22.2.09

Rx

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

saya baru je lepas duk tengok balik gambar2 dalam simpanan. dan, terjumpa gambar ni. i like this picture actually.. so meaningful.. 

to my fellow pharmacists-to-be, let us go! they are waiting for us.. be strong and smile.. smile! :)

truly, i like the quote.. 
farmasi adalah tempat bagi mereka yang berani, jujur, suka bekerja keras, bertanggungjawab, berjiwa sosial dan "suka tersenyum"
this picture, i took it from my kakak.. ;)

21.2.09

relieve ^^

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

lega. betul, lega rasanya..hari ni dah berlalu..walaupun hari yang akan datang mungkin akan lebih melegakan daripada hari ni, tapi saya masih terasa lega.. sebab ape? sebab hari akan datang, belum tentu lagi kita akan tempuhinya.. oh, berbelit kah ayat saya ni? hehe :)

sekarang sudah jam 1:21 pagi..ini bermaksud lembaran hari yang baru telah bermula kalau kita ikut permulaan hari masihi.. sekarang ni, saya tengah rasa bersemangat untuk study.. tadi baru lepas kuiz veterinary pharmacy, tapi semangat untuk study itu, saya baru je dapat. apa maksudnya tu? *persoalan ini boleh dileraikan sendiri ya :)* 

ada perbezaannya bila kita study time terpaksa dan study time seronok. setuju atau tidak? kalau tanya saya, saya akan jawab : setuju.. bila kita kena paksa study, walaupun apa yang kita study tu mungkin akan mudah di'absorb' (sebab kita dah set minda kita : aku kena study jugak walau macam mana sekali pun.. kalau tidak, terukla result aku nanti), tapi 'absorption' itu hanya untuk jangka masa yang singkat sahaja. betul tak? bagi sesiapa yang pernah study last-minute tu, mungkin tahu apaka yang saya maksudkan di sini.. dalam erti kata yang lain, kalau kita ni jenis yang quiz-oriented atau exam-oriented (bagus jugak ni), nanti time nak kuiz/exam tu sahaja kita akan ingat dengan setepat2 ingatan.. tapi, bila exam sudah habis, sedikit demi sedikit apa yang kita ingat tu akan mula dilupakan.. betul tak? 

lain pula kisahnya dengan studi sebab seronok..sebab kita memang seronok untuk mengetahui itu dan ini..bagaimana ia terjadi, apakah yang menyebabkan ia jadi begitu, kenapa begini bukannya begitu dll..betul tak? time ni, kita akan rasa belajar itu bukanlah sesuatu yang membebankan.. kita akan fokus..fikiran pun tenang je..nak faham pun, cepat je..


teringat pulak kak amirah pernah berpesan, bila saya tanya macam mana dia belajar.. dia dapat dean list every semester !! waah.. (respek la kat kak amirah ni..boleh jadi role model untuk saya nih..hehe :))..dia ada cakap..belajar, kena betulkan niat.. jangan fikir belajar hanya untuk exam, sebab kita takkan cari info2 tambahan.. tapi kalau kita belajar kerana memang kita nak belajar, insyaAllah..semuanya akan beres.. oh, akak.. kadang2 niat itu boleh tersasar kalau tiada yang mengingatkan.. huhu~

**************************

p/s : proses pembelajaran itu punya banyak mehnah jugak rupanya.. (-_-")

17.2.09

tadaa :)

Bismillaahirrahmaanirrahim..

lama dah rasanya blog ni xdi'update'.. hehe.. seminggu dua ni, saya rasa agak sibuk (ehem2..kadang-kadang sibuk dengan hal yang remeh temeh..hehe).. terima kasih ye kepada 'dia' kerana sudi datang menjeguk.. best la dia, baru lepas bercuti.. hiho n_n

ya betul.. minggu ni saya agaklah sibuk.. 3 kuiz sekali kena harung.. pertama, kuiz pharmacognosy (hari ni).. lepas tu kuiz CNS (khamis ni).. diikuti dengan kuiz veterinary pharmacy (jumaat).. wah, macam robot pun ada, rasanya.. ahaha :D tadi dah lepas satu kuiz (p/cognosy).. sekarang kena bersiap sedia nak berperang dengan anatomi otak (CNS physio) dan struktur kimia pulak (CNS chemistry).. dush dush, debum! ahaa.. :D

tadi.. lepas kelas titas, saya ada tanya cik hezrin tentang cerita yang dia lupa nak sambung hari tu.. ada sape2 ingat x? tentang talak.. hehe :) ceritanya begini.. pada zaman nabi dulu, ada seorang isteri tengah makan buah kurma.. tiba-tiba, si suami ni cakap : kalau kamu telan buah kurma tu, akan jatuh talak satu.. kalau kamu buang buah kurma tu juga, akan jatuh talak satu.. tapi, saya x sure la pulak, kenapa si suami berkata begitu.. adakah kerana dia jahil tentang talak ataupun sengaja ingin menguji kesetiaan si isteri.. cuba bayangkan, kalau terjadi pada diri kita.. apa kita nak buat agar talak tu x jatuh? fikir punya fikir, saya ketandusan idea.. dan, surrender. hehe.. lastly, saya pun tanya la cik hezrin tentang tu.. dia cakap, si isteri kemudiannya pergi berjumpa Nabi s.a.w. dan mengadu tentang itu.. nak tahu apa Nabi jawab? Nabi bersabda : kamu belahlah kurma itu menjadi dua.. separuh kamu telan, dan separuh lagi kamu buang.. dengan itu, terbatallah talak itu.. dalam erti kata lain, talak itu tak jatuh.. oyeah! happy ending.. :) *erm.. ada apa-apa pandangan yang lain? saya baru tahu cerita ni sebenarnya..huhu *

ok, sampai sini dulu.. insyaAllah, bila ada kelapangan, saya update lagi.. hehe.. ok, nuha. dah, dah.. pi study! 

**************************

p/s : ups, lupe.. sebenarnye nak buat announcement.. hari tu time PharmNite dinner kat E & O Hotel, meja saya dapat hadiah untuk meja bertuah.. kami dapat voucher Haagen-Dazs (complementary 500g upgrade with the purchase of any cake), croc's voucher (rm20), Domino's Pizza (regular Pizza rm3) dan (free regular pizza with purchase of a Large pizza).. akhir sekali, kami dapat CD MIMS.. erm, antara banyak2 yang kami dapat tu, saya hanya guna cd MIMS je.. yang lain2, tak guna.. so, kepada sesiapa yang nak voucher2 tu (kecuali croc's sebab due 15/02), boleh mai ambik dengan saya.. i'm glad to give them to you.. ecece ;)

12.2.09

it's a taboo

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

I took this from my friend's site.. I hope it will benefit us, as a muslim practicer.. a bit about valentine's day.. the original is here

**************************

“It is a pagan Christian holiday and Muslims who believe in God and Judgment Day should not celebrate or acknowledge it or congratulate people on it,” an edict issued by the Fatwa Committee said.

“There are only two holidays in Islam — Eid Al-Fitr and Eid Al-Adha — and any other holidays, whether to celebrate an individual, group or event, are inventions which Muslims are banned from,” said the committee, headed by Grand Mufti Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh.

As such, I think we should have some Friday prayer leaders gave sermons warning of the dangerous effects of the day on young Muslims. As we can have the great sermon regarding Palestine, why can 't we have the continous sermon regarding such issue?

“Celebrating such an event will create an identity crisis in the minds of our youngsters,” said one religious leader.

“Any Muslim who celebrates this day is not fully aware of the first chapter of the Holy Qur’an we read in every prayer,” he added.

"A Muslim is prohibited from celebrating, approving or congratulating on this occasion,” said the ruling issued by the Fatwa Committee. Supporting others to celebrate the day such as buying or selling Valentine’s items, presenting gifts or making festival food falls in the category of approval, has also issued a warning against celebrating Valentine’s Day or the ‘feast of love.’

“You should also enlighten the citizens on the danger of this custom, which is alien to our society, and make them aware of its negative effect,” quoted from madinah daily.

The late Ulama' had issued an edict against celebrating the day and the edict had been widely circulated among Muslims. A Muslim should be proud of his religion and do not imitate others blindly.

“Our religion is very clear in this matter. We only celebrate two occasions every year at the end of Ramadan and during pilgrimage. Anyone who adopts another culture is very weak and misguided,” said a friend.

**************************
 
want to read about it more?..
also here
and, here :)

10.2.09

15 safar

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ini. apa yang terjadi hari ni ya? hurmm..pagi tadi kelas start pukul 9.30. kalut sungguh. sepatutnya kelas GI part physio tapi lecturer tu clash dengan kelas budak second year pulak dah.. tapi saya sempat serahkan draft assignment saya untuk subjek drug abuse dah.. tinggal komen daripada lecturer. lepas tu, sudah boleh mula merangka poster.. so, lecturer lain ambil alih kelas.. kami belajar part pharmaco tadi.. best, best.. saya suka belajar bila saya rasa bersemangat. terima kasih kepada mereka yang meniupkan semangat itu kepada saya! ;) lepas kelas, biasanya kami akan ambil soft copy lecture hari tu..tadi, time saya sedang meng'copy' (adik beradik teh la ni), ada satu perkara yang menjentik hati saya. hai lah hati..sungguh susah menjaga hati ini.. dan, sampai sekarang masih terasa lagi saki bakinya. tapi takpe, saya mahu jadi seorang ignorant (bak kata nadiah, tapi bukan dalam konteks yang sama dengan awak kot ni)..apa pun, ignorant jugak :). kalau saya ambil kisah hal itu, susah saya nanti. biarlah ia menjadi suatu misteri (chewah)..sejak dua menjak ni, ada ada je misteri yang saya dapat. ish~ masih jauh rupanya hati saya denganNya..

sebelah petangnya, saya berhajat menukar minyak hitam untuk motor. bila sampai kat kedai tu, ramai orang pulak dah. postpone la dulu. pergi cari makanan sat, lepas tu terdetik untuk melawat kampung2 di sekitar balik pulau ni..sudah hampir 3 tahun saya di sini, tapi masih tak kenal sangat kampung yang ada di kawasan ni.. oh, nerd kah saya ni? adeih~ mula-mula saya masuk lorong belakang restoran Azlan..dan, terjumpa satu jalan baru..ha tengok, teruk tak saya ni? nanti bila ada orang datang balik pulau, saya tak tahu nak bawa mereka ke mana, kalau saya sendiri tak explore tempat ni..hehe..jalan baru tu sebenarnya jalan pondok upih yang mana merupakan laluan nak ke MRSMBP (MRSM Balik Pulau)..MRSMBP ni pun, saya baru kenal je tempatnya. sebelum ni pernah dengar kewujudan sekolah ni, cuma belum sampai ke situ. dan, hari ni saya melakarkan sejarah dalam hidup saya dengan mengenali tempat letaknya MRSMBP..hehe :)

saya tak puas hati lagi jumpa jalan baru..mahu explore lebih banyak tempat..so, saya ambil keputusan masuk lorong tepi masjid yang dekat balai polis barat daya..saja saja je saya masuk situ..manalah tahu, kot kot ada jalan shortcut ke..senang sikit saya nak mengelak lepas ni..haha..dalam asyik bawa motor ikut jalan kat situ yang agak sempit, saya terpana dengan sesuatu..wah, subhanallah!! indahnya ciptaanMu! nak tahu saya jumpa apa? teka, teka..

ahaa..saya jumpa sawah padi yang hijau mata memandang! cantik! cantik sungguh! terasa damai mengalir di relung kalbu saya yang tadinya agak tak keruan.. terapi hati.. sungguh.. ia betul betul menjadi terapi buat saya di saat itu.. tika itu, saya terasa sungguh dengan keindahan alam. tak terucap dek kata, tak terungkap dek perkataan bagaimana bahasa dan rentak hati saya bilamana melihat pemandangan itu..terima kasih sungguh Ya Ilahi..benarlah semua kebenaran itu.. :) :) :)

cantik, kan? subhanallah..

****************************

๑ - kelas TITAS petang tadi best..sebab apa? sebab cik hezrin sudah tahu nama saya..hehe :) best kah kalau dia tahu nama? habisla..harap-harap lepas ni dia tak ambil saya jadi contoh lagi untuk penerangannya..hihi  :p

๒ - saya rasa saya nak ada wishlist juga la.. mahu kamera digital sendiri, satu.. boleh tak? nanti boleh la saya ambil gambar banyak-banyak. because a photo is worth a thousand words (pinjam wording fotopages sat).. \(^_^)/ 

๓ - esok, lusa, tulat..lepas tu apa pulak ya?

carta

Bismilaahirrahmaanirahiim..

semalam, saya dengar carta ikimfm..siaran ulangan..lagu juara best.. 
resah - instinct
wah, tahniah! ni VC dia.. saya suka dengar lirik dan rentak nada dia je.. VC dia saya tak suka..so, bila saya buka lagu ni, saya akan biarkan dia loading sampai habis, then baru lah saya dengar.. tu pun sambil buat benda lain..hehe :) saya dah try cari dalam imeem, tapi tiada la pulak lagu ni.. lirik pun tak jumpa cari.. ada VC dalam youtube je. tu pun sebab salah seorang ahli group dia yang uploadkan.. adeih~ 


9.2.09

kecomelan~

tadaa..


tengok..budak ni rajin siapkan hadiah time kecik2..so, tirulah dia..rajin2 lah kita siapkan hadiah2 spesel daripada cikgu.. :)

kalau lah time kecik2 dulu, saya jadi macam budak ni..mesti sekarang saya dah jadi seorang genius, kan?  *haih la, berangan sungguh* :D
The pessimist sees difficulty in every opportunity. 
The optimist sees the opportunity in every difficulty..

8.2.09

herbal garden's visit

Bismillaahirahmaanirrahiim..

semalam ada visit ke herbal garden kat perlis..lawatan ini adalah adalah untuk memenuhi tuntutan subjek pharmacognosy. bertolak dari sini, naik van dalam pukul 8.10pagi..sampai sana dalam pukul 11.15pagi..kami pergi sana ikut bas usm, sebab xtahu jalan ke tempat tu..usm pergi awal dari kami, tapi depa berhenti rehat kat R n R gurun..kami jumpa mereka kat situ..dari situ lah, kami mula ikut belakang bas tu..hehe.. :)

sesampai je kat herbal garden tu, kami diberi masa untuk berehat sebentar, melepaskan penat.. (penatkah? hehe :)) then, kami semua (campur ngan student usm) dibahagikan kepada 2 group..satu group ikut dr.abbas, dr.norhayati, dan encik hashim (pegawai di situ)..satu group lagi ikut prof zaini dan puan madiah..group 1 terdiri daripada semua pelajar ICT + 11 orang usm..group 2, semua student usm..saya berada dalam group 1 la..kami kena tahu tentang 40 pokok herba secara umum, dan perlu tahu satu pokok herba angkat secara terperinci..pokok angkat yang saya dapat ialah pokok tetulang yang juga dikenali dengan nama dahan seribu, patah tulang, tulang-tulang. sape kenal pokok ni? kalau x, ni gambar dia..




nama saintifiknya pulak ialah Euphorbia tirucali L. ia digunakan secara tradisional ntuk memulihkan tulang yang patah. nak tahu caranya? ambik batang pokok tu, cincang..kemudian campur sekali dengan halia..then, bungkus/barut di tempat yang patah..cara ni dinamakan : tuam atau demah..ni je maklumat yang saya dapat daripada encik hashim..yang lain2 saya perlu cari sendiri untuk diletak dalam report..hiuhuu~ :)

sesi kedua (lepas makan tengah hari-nasi ayam), kami tukar tempat dengan kumpulan pertama tadi..kali ni kami ikut puan madiah pulak..sesi kedua ni agak enjoy sikit sebab kami diberi peluang melawat sendiri taman itu dan perlu mencari 20 pokok lagi untuk dimasukkan dalam report. haa..time ni lah kami sempat bergambar tapi gambar2 tu xleh nak diupload lagi sebab duk ngan fong, jason dan aisya..kamera depa ni pixel besar, so kami pinjamlah sat..hehe :)

dalam pukul 4ptg, kami siap berekspedisi (chewah!)..bertolak pulang..mula2, hantar chia gen dulu sebab rumah dia dekat2 area tu dah..nombor 1, taman pertama, kangar..lepas tu, baru pulang..time ni terjadi perkara yang xleh kami nak lupa..nak tahu ape dia? cuba teka..

kami salah jalan!..kami ikut lebuhraya naik ke changlun-bukit kayu hitam..adeih~ jadilah perjalanan balik kami makin lama..tapi xpe, boleh kenal changlun free..juga jalan ke uum..hehe..kami singgah berehat di gurun..solat, dan makan..time ni, jumpa ngan student usm lagi..nampaknya, lama jugak kami sesat nih..time kat tol sebelum naik penang bridge, ingatkan jam teruk sebab keesokan hari (a.k.a. hari ni) ialah thaipusam..tapi, alhamdulillah..xde la jam sangat pun..kami sampai hostel dalam pukul 8.30malam..letih sangat..walaupun letih, tapi best..dan, saya suka bila saya penat.. ngehehe :D

*************************

p/s: nanti saya dah dapat gambar daripada kawan2 saya, saya sambung balik cerita nih di lain entri ye..hehe :D

7.2.09

kek batik

Bismillaahirrahmaanirahiim..

muna hantar offline mesej tadi, mintak resepi kek batik..sebenarnye banyak cara nak buat kek batik ni, tapi saya selalu guna resepi ni.. :) muna kata, barang2 sudah dibeli cuma tinggal usha cara2 nak buat je..hehe..ok, di sini kak letak resepi kek batik tu.. selamat mencuba! kalau lebih tu, hantarla sini sikit..nak merasa air tangan orang jauh jugak nih.hehe :p

dan, sekali lagi:
perhatian: resepi ini ditaip menggunakan bahasa lisan..
Bahan-bahan :
3 biji telur
1 cawan milo
3 sudu besar serbuk koko
1 buku mentega ( 250g )
1 ½ cawan nestum
1 tin kecil susu pekat
2 tin kecil air suam
1 kati (dalam 700g ) biskut marie susu

Cara-cara :
1. Masukkan milo, serbuk koko, nestum, susu pekat dan air suam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam campuran tadi.
3. Masukkan mentega dan panaskan di atas api.
4. Kacau sehingga pekat.
5. Apabila pekat, bolehlah diangkat dan dimasukkan ke dalam loyang. 
6. Patahkan semua biskut marie kepada 2 atau 3 bahagian. Kemudian, masukkan ke dalam loyang tadi dan kacau ketika masih panas.
7. Tekan acuan sehingga padat.
8. Masukkan ke dalam peti dan kek sedia dipotong setelah keras.

terima kasih kepada encik google images kerana menyediakan gambar yang menyelerakan ini.. :p

5.2.09

oh oh

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

mengeluh. adakah itu tanda kita ni lemah? saya cuba jadi kuat. tapi, kadang2 saya terpaksa akur bahawa saya tidak kuat..boleh jugak terduduk. halangan2 sentiasa ada jika apa yang kita nak adalah sesuatu yang besar. tetapi, jika halangan2 itu berjaya diatasi, alangkah gembiranya diri!

sejak akhir2 ni, nama saya agak semakin femes di kalangan esaimen.. boleh dikatakan setiap hari, kerja saya duduk bergayut dengan esaimen2. *bizi kah begitu? hiho T_T* oh, mereka ni xnak lepaskan saya dengan begitu mudah rupanya..bila mereka tiada, lab report pulak nak berdating. adeih la hai~ hari-hari yang dilalui sekarang ni terasa amat lah 'sibuk' jika nak dibandingkan dengan awal2 sem dulu. *ish, sudah adat belajar kan? kalau tidak, buat apa datang sini?* hai hai hai..

nak letak lirik lagu ni, kat sini..nadiah, edisi penuh untuk posting plurk awak semalam..hehe :)

Artis : In-Team & Nazrey Raihan
Tajuk : Kehidupan

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

**********************************

p/s : teringat seseorang ada mengatakan :
we all can, if we want to contribute
so, tepuklah dada tanya selera..hehe :)

3.2.09

mein name ist

Bismillaahirahmaanirahim..

nama. name. ism. sekarang macam2 nama kita boleh jumpe. kalau dulu, orang2 melayu suka namakan anak dengan nama2 bunga ataupun nama2 isteri nabi. sekarang, dah ramai yang belajar tinggi, terasa nak letak nama yang canggih2 sikit (tapi punya maksud yang elok2). kalau dulu, style nama satu je. melur, kenanga, hajar, aminah, ahmad..tapi sekarang, nama sudah digabung jalinkan daripada banyak2 nama menjadi satu nama..ade jugak yang style gabung2 nama mak ayah, jadi nama depan anak2..zaman berubah, manusia semakin kreatif.. :)

suatu masa dulu, saya pernah berkenan dengan nama ini.. sila jangan ambik untuk diletak jadi nama bakal anak, ye..saya sudah chop nama ni, ok? (gurau je nih.. :))
B A L Q I S    A M A N I
nama balqis tu, mesti eja dengan huruf Q, ye.. lawa dak nama tu? lawa kan, kan? hehe :) tadi terr'search' nama balqis amani..dan, terrjumpa ini:

BALQIS AMANI
  B Bijaksana 
AAmanah
LLemah-lembut
QQualiti
IIkhlas
SSuci
AAlim
MMesra
AAbadi
NNaif
IIdealistik
Apa ada pada nama?

di satu tempat yang lain pulak, search nama balqis, dia cakap xdak dalam list..hoho~ kemudian, try search nama amani plak, jumpe ini:

Meaning : Its source is a Kiswahili expression meaning "Peace."

Language : This girl's name is used in Kiswahili.

Popularity : The name Amani ranked 719th in popularity for females of all ages in a sample of 2000-2003 Social Security Administration statistics.

xde kerja sungguh saya ni nak men'search' benda nih..ish3..ni penangan membaca cerpen 'sesuci kasih balqis' karya hlovate (kot, kalau x silap la) ..cerpen ni pernah disiarkan dalam buletin maktabah kat sekolah saya suatu masa dahulu.. pernah baca x cerita dia? saya ada soft copy, kalau nak..bagitau ye. =)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

psst --> tambah tentang satu nama lagi yang berjaya di'search'..sape pandai teka nama ape? yuhuu ;)
Meaning : Its source is an Arabic expression meaning "Mind."

Language : This girl's name is used in Arabic.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: report pharm analysis, ada sikit lagi nak siap.. go go chayyok! ^_^
(_)3 ---> nah, a cup of neslo for me!

1.2.09

lek lau..

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

saya, pemegang mohor besar diraja, dengan ini ingin mengisytiharkan bahawa : esok, 2 februari 2009, saya akan kembali ke sekolah! :D

sudah sampai balik pulau hari ni. datang sini kali ni, saya rasa agak mencabar. sebab lepas ni jadual kami bertambah padat..kot..lepas ni dah mula nak ada kuiz..nak kena stadi lagi hard and smart.(oh, sebelum ni masih belum hard and smart lagi)..sabtu ni ada fieldwork pharmacognosy. p perlis, dengarnya..lepas tu, kami ada projek untuk diuruskan sebelum open day. ehem2, ni macam senarai kerja2 yang perlu disettlekan la pulak. aish~

kawan saya ada yang akan menghadapi midterm exam. start minggu depan..tapi, saya pulak xde midterm exam. kalau ada midterm kan best? barulah saya akan kalut nak stadi. haish~ aura itu mula menunjukkan diri. xleh jadi nih. aaa, pergi jauh2, kamu! :) :)

semalam, on the way nak p stesen bas..ikut bunohan. kat situ, ada buat funfair (saya dan adik2 saya biasa sebut ekspo..bahasa kelantan kah ni? ntah la..hehe)..teringat time kecik2 dulu. suka ajak abi n ummi p ekspo. nanti nak kena beli token, nak main. pernah naik merry go round atau saya suka panggil 'ndo mmusing', masuk rumah hantu (aih, yang ni paling xtahan..sebab nak tergelak tengok 'hantu2' kat dalam tu)..haih la..seronok sungguh zaman kanak2 itu! :)

okai, mahu sambung kerja smula. daa~~