1.12.13

aku ingin mencintaiMu




Tuhan 
betapa aku malu atas semua yang Kau beri 
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin kerna ku terlena 
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali 
agar aku kembali dalam fitrahku sebagai manusia 
untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku di hadapanMU

aku ingin mencintaiMU
setulusnya sebenar-benar aku cinta
dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku

aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemu denganMU 
ya Rabbi
.
.
.
.
.
.
.


EdCoustic


16.11.13

kamu

kamu
adalah rahsia Allah bagi aku
aku tidak tahu siapa kamu
dan dengan siapa aku akan berkongsi hidup
aku tidak tahu di mana dan bagaimana kita akan bertemu
siapa pun kamu
aku berdoa
semoga kamu menerimaku dengan seadanya
menyintai aku seberapa lama yang mampu
menjaga aku seperti menjaga diri kamu
menyayangi aku seperti menyayangi ibu bapa kamu
melaksanakan tanggungjawab seperti melaksanakan amanah Allah
inshaAllah aku akan hidup untuk mengisi kekurangan kamu
dan mengindahkan kelebihan kamu
akan aku cuba
dengan izin Allah

[seindah sabarmu]

3.11.13

cinta


pernikahan adalah satu medan untuk menterjemahkan kasih sayang antara insani melalui satu hubungan yang diredhai Allah. ia adalah satu medium yang mengajar manusia menjadi lebih dewasa dan lebih terbentuk peribadi manusianya. daripada pernikahan, akan ada satu keadaan yang memerlukan manusia menjadi lebih bertoleransi; memberi dan menerima. memberikan yang terbaik dan menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangannya itu. suami dan isteri, saling komplemen antara satu sama lain; andai kata ada seorang yang mudah marah maka pasangannya itu akan menjadi penyejuk di kala kemarahan memuncak. andai ada seorang yang kurang berilmu, seorang lagi akan menjadi pengemudi bahtera di tengah gelora lautan ilmu. cukup indah. cukup untuk menjadikan hidup manusia bahagia. tetapi ia akan menjadi lebih indah andai cinta yang berbunga diserikan lagi dengan sinar cahaya Islam yang sejati agar bunga yang bertumbuh itu akan terus subur dan mekar di bumiNya. sejarah tidak akan melupakan percintaan Adam dan Hawa yang mana kesinambungannya melahirkan generasi insani hingga kini. dengan pernikahan ini juga, akan terlahirlah zuriat yang soleh dan solehah yang akan menjadi penyambung kepada tugas khalifah yang sedia tergalas di bahu manusia.

9.3.13

ramblings all my way

for me to ponder:
kita ni kadang-kadang suka sangat bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. bahkan lagi suka tengok bestnya hidup A. semua lengkap. serba lengkap. keluarga bahagia, kerja hebat, duit masuk banyak, masalah tak ada. (ye ke tak ada masalah?). lepas tu mula lah nak bandingkan dengan hidup kita yang penuh dengan pelbagai masalah. walhal kita tak tahu sebenarnya A tadi hidupnya lagi banyak masalah berbanding dengan kita. cara kita melihat masalah itu yang menjadi persoalannya. mungkin A tadi melihat masalah sebagai cabaran untuk terus maju dalam hidup. satu masalah datang, dia tangani dengan bijak. datang masalah lain pula hadapi. mungkin kita pula bila sesuatu masalah datang, asyik nak lari aje. sampai bila masalah akan selesai? pernah dengar ayat ni : the best way to solve the problem is by face it. ? mungkin akan ada orang kata, hidup ini sebenarnya untuk selesaikan masalah. sekali lagi bagi saya, ia bergantung kepada CARA kita memandang sesuatu masalah. jika kita pandang masalah itu sebagai ujian, dengan ujian itu kita bersabar, cari jalan penyelesaian ataupun serahkan pada Allah minta pencerahan jika jalan penyelesaian tidak diketemui, mungkin hidup kita lebih tenang sebab kita akan ingat semuanya kembali kepada Allah. semua benda ni pinjaman, ujian datang untuk uji dan meningkatkan darjat kita padaNya. tapi, kalau kita pandang masalah itu sebagai masalah, yang meragut ketenangan hidup kita di dunia (ye, ujian pun boleh meragut ketenangn tapi sementara je. lepas kita dah fikir balik tu semua daripada Allah, Allah berhak atas segalanya sebab kita memang layak diuji untuk dekatkan lagi kita kepadaNya, ketenangan tu akan mula dirasai semula) hidup kita akan mula huru hara. 

Put your trust in Him. Dia Maha Tahu segalanya. segala yang kamu zahirkan melalui perkataan atau perbuatan. Dia juga tahu apa yang kamu pendamkan. apa yang kamu rahsiakan. Dia Maha Halus penelitian.

17.10.12

berhenti sejenak

sibuknya kamu!
to-do-list itu semakin hari semakin panjang
walaupun setiap hari ada yang dipotong
ada pula penambahan perkataan yang baru ke dalam senarai itu.

sibuknya kamu!
berkejar ke sana, berkejar ke sini
hinggakan kereta yang baru kamu guna itu
jauh perjalanannya melebihi orang yang beli kereta 2 tahun.

sibuknya kamu!
mesyuarat sana, kursus sini
program sana, seminar di sini
nak bercuti pun perlu fikir banyak kali
bagaikan kamu seorang sahaja yang ada??

sibuknya kamu!
hinggakan tenang yang kamu cari tersepit
di antara ruang dan celah kesibukan
berhenti lah sejenak!

setiap kali lepas solat, ambillah masa
masa untuk koreksi diri sedalamnya
persoalan-persoalan kehidupan
untuk apa kamu hidup?
untuk apa kamu bekerja?
untuk apa kamu buat itu?
untuk apa kamu berada di sini?

bukan semua orang yang berpaling kepada masa lalu itu tidak maju
bahkan orang yang tidak lupa masa lalunya lebih mudah untuk yakin ke depan
sesekali, intailah masa lalu itu
yang pernah ada dalam kamus hidup kamu
kerana dengan masa lalu, kamu beroleh pengalaman
menghadapi masa depan

undurkan ingatanmu ke dalam waktu kecilmu dahulu
di saat kamu rasa kamulah orang paling gembira dalam dunia ini
punya kawan untuk bermain tanpa fikirkan kesedihan
kalau ada kesedihan pun, hanya sementara
fikiran kamu di waktu itu sangat polos
(sebab tu kamu boleh bergaduh dan seminit kemudian berbaik kembali)

ke hadapan sedikit memori itu
masuk ke zaman kamu sekolah menengah
sekolah di sekolah tidak bercampur lain jantina
semakin rancaklah kamu berkawan dan menambah kawan
di waktu kamu sangat tenang dengan suasana sekolah yang menjaga
usrah, program, tamrin, qiam menjadi rutin bulanan
kamu seronok sekali!
kamu tenang sekali!
kamu bahagia sekali!

lalu, kemudian kamu melangkah ke alam belajar tanpa baju uniform
kamu mula bergaul dengan kaum yang berlawanan jantina
belajar mengadaptasi suasana
tapi kekok itu masih jelas terpancar
dari gerak gerimu, tutur katamu, cara kamu mengawal hati
waktu itu kamu berkata : masa ini masa ujian, praktikkan apa yang dipelajari
jangan sesekali goyah pendirian

akhirnya, kamu berjaya merangkul sebuah ijazah
dan kamu mula bekerja
di saat ini, semuanya bermula kembali
kamu diuji lagi
dengan mahmudah yang kamu cuba terapkan dalam diri
keikhlasan dan kesabaran sentiasa akan teruji
tapi ia bukan mudah semudah berkata-kata
saban hari, keyakinanmu mula meluntur
kamu rebah.
rebah!
Allah!
dan Dia berbaik hati
menunjukkan kamu jalan terbaik
mencampakkan rasa bahawa Dia ada bersama kamu
walau apa jua keadaanmu
kerana Ar-RahmanNya tidak mengenal sesiapa

kini
kamu di sini
sibuknya kamu!
dengan urusanmu yang tak berkesudahan itu
sudah lupakah kamu bahawa akhirat itu alam yang pasti?
bagaimana dengan persediaannya?

ujian takkan pernah berhenti
tapi jangan sesekali kamu lari dariNya
berapa banyak tazkirah kamu tatap setiap hari
berapa pertambahan iman kamu setiap waktu?


.
.
.
.
.

hidup ini bukan sentiasa melintang
bukan juga sentiasa menegak
'istanna syuwaiyyah'.

'jangan sangka sesuatu yang buruk sahaja adalah ujian. nikmat juga kadang kala merupakan ujian'