14.9.11

review

.



seen by : cik nuha.


ok, post kali ni mungkin tak banyak manfaat. banyak luahan hati sahaja, mungkin. 



sepanjang hampir setahun bekerja, banyak suka dan duka, pahit dan manis terakam dalam lipatan cerebrum. 

penat. tu perkataan yang sinonim setiap hari. walau tak terungkap dengan kata-kata, ia terlahir dengan tindakan. mana tak nya, kalau setiap hari lepas balik kerja, tidur tak ingat dunia. huu. bila hari yang penat, tidur sangat awal dan bangun tengah-tengah malam dekat nak subuh tu adalah perkara biasa. sampai kadang-kadang rasa bosannya la hai hidup bekerja ni. tak ada kerja lain ke sehari-hari selain daripada: bangun pagi, bersiap seadanya, pergi kerja, balik kerja penat, makan, solat dan terus 'syahid'. esoknya, rutin itu berulang lagi. masa tu dalam kepala hanya ada : bila nak akhir minggu ni? saya dah penat! lagi 'hebat' bila hari minggu pun ada 'panggilan atas talian'.. nak balik ke rumah pun tak sempat walaupun sebenarnya ia cumalah akan mengambil masa 4jam  jika memandu sendiri. perasaan pun mula lah tak 'bagus' bila ibu dan ayah berkata : kak tak mahu balik rumah dah... T__T

gembira. bila semua benda berjalan lancar sahaja. mood semua orang pun ok je setiap kali pergi kerja. pesakit pun tak buat banyak kerenah. doktor pun baik-baik sahaja. jururawat semua tak banyak masalah. pendek kata, bila persekitaran dan suasana itu harmoni. 

sakit hati. bila : banyak kerja kita buat, sedangkan orang lain ramai yang mengarah itu, megarah ini, bersenang lenang. tapi akan tenang semuanya bila pujuk diri untuk berikhlas. sakit hati juga bila : pembahagian jadual oncall tak berapa adil. tapi bila difikirkan balik, ada juga masa aku boleh berehat dengan aman bila semua oncall habis awal untuk bulan tu. sakit hati juga bila : susah untuk dapat cuti, kena cari pengganti. kadang-kadang usahkan cuti, nak off time pun  punya la payah. tapi, kena tenangkan hati dengan fikir : aci la, kira oncall tu cover masa aku lalai/main-main buat kerja. 

tapi semua rasa ni perlu diperhalusi. ada pelajaran perlu saya ambil. kerana saya ahu tiap yang berlaku itu ada sebabnya. rasa gembira itu hadiah dariNya. rasa sakit hati itu untuk saya baiki lagi hati yang masih hitam, rasa penat ada kepuasan selepasnya (sebab dapat isi masa dengan sebaiknya). semua rasa itu Dia yang datangkan. semua rasa itu Dia yang campakkan. semua rasa itu hadiah dan ujian daripadaNya. kerna Dia mahu saya selalu ingat : Dia sayangkan kita semua. Dia mahu kita selalu ingatiNya.

hati itu setiasa berbolak balik, kan? mood pun sama. tapi saya tak mahu jadi orang yang mudah moody/emosional. saya mahu jadi rasional. oh, belajar.
  

~ kita akan selalu diuji dengan keikhlasan dan kesabaran ~


plan:
not no be discharge yet. strictly, no AOR (at own risk) leave too.





[ hidup tak boleh statik. carilah cara untuk mempelbagaikan pengalaman hidup. moga beroleh tenang dan bahagia semuanya. inshaAllah ]

.

22.8.11

fazakkir


Last year, I prayed taraweeh next to a very old man. I noticed that he struggled to get up or stand on his 2 feet (he was shaking from weakness), but he stood up for the entire Isha and taraweeh prayers. Someone might have told him to sit down and relax, but you could tell from his determination at every rak’ah that he wants to stand up for Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) during Ramadan and didn't want to sit down.

The old man reminded me that sometimes the measure of how much you love someone is how much effort you're willing to put in for them. If we truly love Allah (Subhanahu Wa Ta'ala), shouldn't all of us put that extra  bit of effort for Him?

I want you today to think of one area or one activity where you show Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) that you're putting that extra bit of effort for Him. Perhaps it could be waking up for tahajjud or praying those extra sunnah prayers or going out to feed people. Try it and let me know how it feels.


p/s : What will be your ONE SPECIAL good deed this Ramadhan?




9.8.11

Koran by heart

tengok video ni, teringat impian lama yang tak tercapai. huhu.. inshaAllah, moga tercapai jua suatu hari nanti. ameen~











*addendum*

kalau tak boleh, try buka yang ni:



25.7.11

sabar dan ikhlas

.

kita sentiasa diuji dengan sabar dan IKHLAS..


hari ini puas aku menangis,
kenapa sabar itu susah?
mengapa ikhlas itu payah?




.

19.7.11

Sebarkan Bahagia: LELAKI YANG DIRINDUI

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu, 
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini, 
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu, 
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu, 
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini, 
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu, 
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini, 
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu , 
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini, 
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah



Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul



FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN