19.9.12

husnuzon = bersangka baik

Selamat mengemas blog yang kini berdebu. :D

Salam.
Kali ni mahu bercerita. Tentang sangka baik, mungkin? Mari kita tengok. :)

Hari ini hari yang sangat sibuk untuk minggu ni setakat ni. Dengan persiapan audit ISO-persijilan semula nya, dengan hari TCA (to come again = temujanji) pesakit tak berjangkit (non-communicable disease patient), dengan hari masak-masak satu farmasi (oppss! :p). Tak sempat untuk makan tengahari pun, tapi tak apa. Ada orang baik hati mendermakan donut, spagheti (oh, dietku!). Boleh la untuk mengalas perut sementara menunggu waktu balik. :)

Tengahari tadi, bertolak ke HUSM dari Rantau Panjang untuk lawatan pemantauan klinik metadon bersama Kak Azma dari Bahagian Farmasi Negeri. (jauh jugak ye, dalam 45km kot?). Bukan pemantauan sangat pun, hanya sekadar menjawab rasa ingin tahu tentang set-up metadon kat sana. Sebab HUSM bawah kementerian lain, kan.. Hee. 2 jam jugak bersembang, melawat klinik dan ambil maklumat-maklumat penting. 

Pukul 5, bertolak balik. Saya ambil jalan Kubang Kerian-Pasir Tumboh-Tunjong-Tendong. Masa tengah bawa kereta dekat lebuhraya Tunjong tu, tiba-tiba terkejut jap. Ada satu kereta ni memotong kereta-kereta di hadapannya dengan banyak sekaligus. Ada la dalam 6 biji kereta kot. Sangat laju. Dahla masuk lorong saya (dia dari arah bertentangan) dan tak menghentikan pun 'potongan' tu. Siap bagi lampu tinggi lagi. Banyak kali pulak tu. Uish, apa hal dia ni? Detik saya dalam hati. Memang sangat terkejut lah. Saya tengok dia macam tak mahu berhenti memotong, maka saya mengalah. Bagi laluan pada dia. Mula-mula geram jugak. (kalau masa tu tengah serabut kepala, tak fokus pada jalan memang sangat bahaya lah!). Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin pemandu tu ada urusan hidup/mati kot. Tu yang kalut mengejar masa tu. Huhu. 

Apa kaitan dengan husnuzon? Husnuzon kan boleh tenangkan hati, damaikan jiwa. Jadi, dengan berhusnuzon yang pemandu tu tadi sangat terdesak maka boleh menghilangkan rasa geram yang mula-mula muncul tadi tu. Kan? :) Jadi, jom berhusnuzon! Ye saya tahu kadang-kadang susah untuk bersangka baik ni. Tapi cuba ya. ;) Mari kita sama-sama berusaha mencapai tenang. Hehe

ok, gambar ini tak ada kaitan. Attention to : Puan Wirdiana ye :p

25.7.12

seorang gadis itu



Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta,
Halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati, telus wajahnya,
Setelus rasa membisik di jiwa,
Di matanya cahaya,
Dalamnya ada air,
Sehangat cinta,
Sejernih suka,
Sedalam duka,
Ceritera hidupnya...



Seorang gadis itu,
Hatinya penuh manja,
Penuh cinta, sayang semuanya,
Cinta untuk diberi,
CInta untuk dirasa,
Namun manjanya bukan untuk semua,
Bukan lemah,
Atau kelemahan dunia,
Ia bisa kuat,
Bisa jadi tabah,
Bisa ampuh menyokong,
Pahlawan-pahlawan dunia,
Begitu unik tercipta..
Lembutnya bukan lemah,
Tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah...



Seorang gadis itu..
Teman yang setia,
Buat Adam dialah Hawa,
Tetap di sini,
Dari indahnya jannah,
Hatta ke medan dunia,
Hingga kembali mengecap ni'matNya...


Seorang gadis itu..
Perlu ada yang membela,
Agar terdidik jiwa,
Agar ia terpelihara...
Dengan kenal RabbNya, dengan cinta Rasulnya, dengan yakin Deennya, dengan teguh aqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya... Dalam ketaatan penuh setia, pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga dan ummahnya....


22.6.12

I'm thinking of something. But still not clear, whether to put it in my life planning.

second degree?

15.5.12

monolog

Tidak adil kan, demand untuk pasangan yang soleh sedangkan diri masih belum solehah? Astaghfirullah! (walaupun pada masa depan, dia yang akan menjadi ketua keluarga dan membimbing kita, tapi kita boleh mengurangkan bebannya dengan berusaha menjadi lebih baik dari awal) 

Antara usaha yang boleh dilakukan untuk memperbaiki diri:
1.    Laksanakan semua perintahNya, jauhi laranganNya! (hindarkan SMS yang lagha, untuk urusan sahaja dibenarkan).
2.    Berusaha mengikis aib-aib diri.
3.    Mujahadah! (mujahadah itu pahit, tapi natijahnya manis)


~mawar syurga berduri.