29.4.14

kembali lagi

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Lama sungguh tidak mencurahkan apa-apa di sini. Membiarkan blog ini kosong tanpa sebarang posting. Nak dikatakan sibuk, ada la hari-hari ataupun minggu yang sibuk tapi bukanlah sentiasa sibuk yang berterusan. Cuma untuk beberapa masa yang terluang sebelum ni saya rasa saya perlu berdiam diri, memerhati alam sekitar, memerhatikan manusia di sekeliling, memerhatikan pendapat, memerhati dan belajar sesuatu daripada pemerhatian-pemerhatian itu (err, harap bukan falsafah la ye ni). 

Banyak benda yang berlaku dalam hidup saya sejak dua menjak ni. Benda yang kadang-kadang sangat mengkucarkacirkan emosi diri, mengharubiruhijaumerahkan hidup, juga benda-benda menceriakan dan menterujakan perasaan (bukan yang tak seronok saja, yang seronok pun ada jugak. ;)). Nak cerita semua ke? Panjang nanti ni. Larat ke nak baca? Hee.

[Satu]
Alhamdulillah, sekarang ni saya dah bergred U44 secara rasminya. :) Farmasi memerlukan 3 tahun berkhidmat sebelum dinaikkan pangkat daripada gred U41 kepada U44. Naik pangkat, naik juga tanggungjawab. Tapi kerja di klinik kesihatan, saya rasa tak banyak beza pangkat apa pun. KK (klinik kesihatan) kan kecik je kalau nak dibandingkan dengan hospital. Dapat macam saya pulak, yang hanya seorang sahaja pegawai farmasi kat situ, memang wajib jadi PF y/m (pegawai farmasi yang menjaga klinik) lah. Maka semua kerja, kita kena buat. Dan semua kerja tu kita kena belajar sendiri. Takde jurang pangkat dah. Perlahan-lahan kayuh. Lambat tak apa, pengalaman itu berharga. Pengalaman tertekan, pengalaman jaga anak buah, pengalaman kena komplen, pengalaman difitnah, pengalaman di'ancam' keselamatan.  Pangkat ni dunia sahaja. Semoga saya tak leka. Moga Allah jaga kita semua. Ameen.

[Dua]
Eh jap, point nombor dua sebenarnya dah masuk dalam perenggan [satu] kat atas. Tapi telah dipadatkan sepadatnya. Hehe. Takpe lah. Cerita lain untuk bahagian ni. Dulu, kalau saya rasa sangat stress, saya akan cari jalan untuk travel/melancong. Sejak dari zaman belajar (masa kat Pulau Pinang) dulu sampai lah ke zaman saya PRP di HSNZ, Kuala Terengganu. Senang nak berjalan-jalan sebab kawan-kawan pun suka berjalan. (bestnya!!). Sekarang ni saya perlu cari idea lain sebab idea melancong ni dah tak berapa nak mendapat keizinan. Ummi abi kata, kalau nak berjalan jauh-jauh kena ada mahram. Lelaki lagi baik. Masa ummi abi cakap macam ni, lama jugak la saya menangis-senyap-hibernasi-berkurung dalam rumah, sebab tak boleh terima. Huhu. Agak childish kan buat perangai macam tu? Ye saya tahu. Tapi tak boleh, saya perlu lepaskan. Lama-lama dah ok. Dan sekarang ni kalau nak kata saya tak suka berjalan sangat pun tak juga (because deep deep deep inside me, how i wish to travel again! hehe), tapi saya akan cuba cari alternatif lain bila sangat stress. Macam join group ODOJ (one day one juz -  ok, promote nih. hee) ke..

[Tiga]
Untuk cerita tiga ni, agak ada perkaitan dengan cerita [dua]. Nanti sambung lain kali. Nak teman ummi, ummi demam. Dah seminggu. Doakan kesembuhan ummi ye. Terima kasih! :)


1.12.13

sabah (i)

ada satu trip untuk saya kongsikan dalam blog ni. nanti berkesempatan akan di'update, inshaAllah. Hutang dulu eh.. :)

aku ingin mencintaiMu




Tuhan 
betapa aku malu atas semua yang Kau beri 
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin kerna ku terlena 
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali 
agar aku kembali dalam fitrahku sebagai manusia 
untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku di hadapanMU

aku ingin mencintaiMU
setulusnya sebenar-benar aku cinta
dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku

aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemu denganMU 
ya Rabbi
.
.
.
.
.
.
.


EdCoustic


16.11.13

kamu

kamu
adalah rahsia Allah bagi aku
aku tidak tahu siapa kamu
dan dengan siapa aku akan berkongsi hidup
aku tidak tahu di mana dan bagaimana kita akan bertemu
siapa pun kamu
aku berdoa
semoga kamu menerimaku dengan seadanya
menyintai aku seberapa lama yang mampu
menjaga aku seperti menjaga diri kamu
menyayangi aku seperti menyayangi ibu bapa kamu
melaksanakan tanggungjawab seperti melaksanakan amanah Allah
inshaAllah aku akan hidup untuk mengisi kekurangan kamu
dan mengindahkan kelebihan kamu
akan aku cuba
dengan izin Allah

[seindah sabarmu]

3.11.13

cinta


pernikahan adalah satu medan untuk menterjemahkan kasih sayang antara insani melalui satu hubungan yang diredhai Allah. ia adalah satu medium yang mengajar manusia menjadi lebih dewasa dan lebih terbentuk peribadi manusianya. daripada pernikahan, akan ada satu keadaan yang memerlukan manusia menjadi lebih bertoleransi; memberi dan menerima. memberikan yang terbaik dan menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangannya itu. suami dan isteri, saling komplemen antara satu sama lain; andai kata ada seorang yang mudah marah maka pasangannya itu akan menjadi penyejuk di kala kemarahan memuncak. andai ada seorang yang kurang berilmu, seorang lagi akan menjadi pengemudi bahtera di tengah gelora lautan ilmu. cukup indah. cukup untuk menjadikan hidup manusia bahagia. tetapi ia akan menjadi lebih indah andai cinta yang berbunga diserikan lagi dengan sinar cahaya Islam yang sejati agar bunga yang bertumbuh itu akan terus subur dan mekar di bumiNya. sejarah tidak akan melupakan percintaan Adam dan Hawa yang mana kesinambungannya melahirkan generasi insani hingga kini. dengan pernikahan ini juga, akan terlahirlah zuriat yang soleh dan solehah yang akan menjadi penyambung kepada tugas khalifah yang sedia tergalas di bahu manusia.