3.8.09

salam

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

wanni wan chan. today is monday. hari ini hari isnin. hehe :)

hari ni saya kena tegur lagi. gara-gara terlupa (ermm, segan sebenarnya nak tegur) memberi salam. haa, kan salam tu doa keselamatan sesama Muslim? tapi entahla, sebab bila datang sini budaya salam tidak menjadi kebiasaan kot. dan saya bukannya orang yang suka menjadi pemula (erk!). kalau kat sekolah dulu, beri salam setiap kali jumpa cikgu sudah biasa, tetapi di sini mulut rasa agak berat sikit. entah kenapa. nak kata ada emas, tak ada la pulak. :D untuk membudayakan ia kembali, saya perlukan masa. huhu~

tiba-tiba teringat masa kecil-kecil dahulu abi suka mainkan lagu nasyid dalam kereta hinggakan saya dan adik-adik saya boleh ingat lirik luar kepala. (tabik toing toing sama ingatan zaman kanak-kanak! tapi sekarang macam dah ada neuron degeneration dah sikit-sikit). salah satu daripadanya:

Tebarkanlah salam antara kita
Walau dimana sahaja
Walau siapa jua
Walau siapa sahaja
Walau dimana jua

Di masa kini ramai umat islam
Melupakan salam
ia syiar Islam

Kenapa rasa malu
Untuk mengucapkan salam
Adakah cara yang lain
Lebih baik darinya
Oleh itu, yakinlah kita salam yang lebih utama

Meriahkan alam ini
Saling memberi salam
Hidup aman bahagia
Inilah Syurga dunia...

erk, macam terkena je.. !_!

No comments: