di suatu pagi, di sebuah kolej di balik pulau..
tempat : bilik kuliah V
masa : 09:45am
"nuha, where are you?"eh? *ada je kat sini* senyum..
beberepa minit selepas itu..
"nuha, where are you today? i will keep you awaken"ha? senyum lagi..
senyum je kerjanya bila kena tegur. lepas tu, dah tak berani dah nak main tunduk ke bawah tengok kaki kerusi masa belajar dalam kelas. pagi tadi mula dengan applied 2. tajuk : fungal skin infection. eh tak tak. skin fungal infection. apa beza dua tu? menurut salah seorang rakan sekelas saya, kalau fungal skin infection tu kita belajar macam mana nak ubati jangkitan pada kulit fungus (erm, fungus ada kulit eh?), yang sepatutnya skin fungal infection untuk belajar macam mana nak ubati jangkitan fungus pada kulit manusia. fahamkah? ok, saya keluar tajuk. :D
tadi, entah kenapa tiba-tiba je datang mood yang tak berapa nak bagus. rasa lemah je badan. pergi kelas pun macam longlai. ish, entah apa kenanya tadi saya pun tak tahu.. bila sampai kelas pulak, tengok kehadiran.. hurmm.. lepas tu bila mr. abdullah duk tegur saya dua kali dalam kelas, juga berusaha ceriakan kelas walaupun kami tahu dia ada terkilan (kot) dengan kehadiran kelas, saya mula ok. semakin ke tengah hari, mood saya semakin ok. cepat betul. ahaha. terima kasih untuk hari ini~
sini ada sesuatu untuk dikongsi, saya dapat dari ceramah kat kolej tadi. mungkin pernah dengar, tapi apa salahnya mengingati semula, kan? ;)
pesanan luqman al-hakim:
- cintai Allah
- solat
- suruh buat baik
- jauhi mungkar
- sabar
- jangan sombong
- rendah diri, dan bila bercakap jangan tinggikan suara.
---------------------------------------------------------
saya ada buku. mukasurat untuk hari ni sudah penuh dengan corak dan tulisan tersendiri. bila saya cuba bandingkan dengan apa yang ada di mukasurat semalam, ada yang berubah. untuk esok, macam mana pula corak mukasurat dalam buku saya ya?
2 comments:
hero en, koka en, morpha en...lagi2? erm(- -")ekeke
ahaha. dalam banyak2 cerita dia semalam, yang tu jugak korang ingat eh.. *tapi mesti ramai yang p semalam takkan lupa pasal tu* :D
Post a Comment