30.6.10

ramblings


pelik. banyak betul perkara pelik sejak akhir-akhir ni. pening dan keliru dah saya dibuatnya. (hey hey, baru sikit je tuh, takkan dah pening kot? huhu).


dah, leave them. sekarang ni, dua je yang saya buat. tunggu dan lihat.


.....................................

hmm.. biasa la kan mak dan ayah. kalau boleh nak anak mereka selalu dekat dengan mereka. nak nak pulak bila kat rumah tak ada orang sangat. aman dan anas ada pun, susah nak melekat kat rumah. kalau ada kat rumah pun, asyik duk mengadap game aje. huhu. nak mintak tolong buat kerja rumah, terima kasih! (eh nuha, sejak bila pandai membebel kat sini ni?)

hari tu sebelum interview, kami kena isi pilihan penempatan. saya letak : kelantan, terengganu, perak sebagai pilihan. nasib baik ummi dah siap cakap awal-awal : kak, nanti kerja di kelantan deh. HUSM ke. kalau tak, mesti saya letak selangor di tempat pertama. hee. bukan apa. saya ni jenis yang tak berapa best kerja kat tempat ramai orang kenal saya. rasa macam tersekat. kalau kat tempat tu tak berapa ramai yang kenal saya, baru la saya boleh nak explore sikit. saya ni kan suka mengexplore. (ye ye je saya ni). kalau kat tempat sendiri, mesti ramai orang dah cam siapa kita. nanti kalau ada buat silap sikit, sampai laporan. adeii~ tapi saya tak nak la dapat sampai sabah, sarawak. huu, kalau dia buat syarat pergi sana setahun atau dua tahun je, lepas tu confirm boleh balik, ok jugak kot. mungkin saya terima. kalau sekali pergi susah nak balik, memang haru la. tak mau la. (demand pulak dah ._. )

ummi kata :
kak, ummi sokmo doa kak dapat kelantan.
kak, ummi sokmo doa moga Allah jaga anak-anak ummi bila mereka jauh dari ummi.
kak, ummi sokmo doa moga semua berjaya.
itu lah ummi. yang tak pernah putus berdoa.

apa-apa pun, nak ambil quote dari cik nadiah :
doa itu wireless. dan coverage dia masuk satu universe.



----------------------
to both of my sis : aan nang yu dee dee na, kho hai dai kanean sung sung. chokdee! (nak tahu maksud dia, sila tanya abe nabli. hehe)

6 comments:

nurunnuha said...

ahaha. jeles dengan nadiah, ey? =p

oh la, yeke? quote tu daripada hlovate dalam versus ka? aiseh, terlupa~ (patutla rasa macam pernah terbaca tapi lupe kat mane. hayyoh..)

nadiah, kita terbalik la. hee. meh saya nak influence awak sikit. ngeh. masa muda belia ada peluang gini la boleh pergi jauh jauh sikit, nak kenal tempat orang ke. nanti bila dah 'advance' sikit, rasa macam lagi tak best pulak nak duduk jauh. ehe.. eh jap, hari tu awak posting kat hosp. temerloh, macam mana?

thanks2! awak jugak, muga semua yang terbaik ye. =)

nurunnuha said...

good girl! ;)

hehe. tu la. as for me too. semenanjung ok lagi. kalau sabah sarawak, tak mau la. but yep. after all, He knows best. kalau dapat jugak, ade la hikmahnye kot.. huu~

wah.. ok la tu nadiah. lepas ni, buleh la awak nak adapt kalau dapat tempat yang tak biasa/jauh. =)

(cakap pasal hosp. temerloh, teringat pulak saya pada KS..)

Shifa said...

ape dua perkara yg u buat tu?
xsabaq nk tgk,apakah??apakah?apakahhhhh??

ummi n abi sntiasa mcm tu..
wlu slalu marah anak2,tp dihati itu ada sayang..yg xmngerti adlh kita yg brfikiran sempit..hnya melihat keburukan tanpa berusaha mngerti kbaikan2 dan pengorbanan mrk.
ingt lg kata2 senator mumtaz,walau g jauh mana pun,sbnrnya kamu bkn g sorg2,tp kamu jgk mmbawa brsama hati ibu n ayah..

tgur jgk sy klu sy salah.

nurunnuha said...

aish. sudah terang lagi bertulis, dua perkara itu ialah : tunggu dan lihat.. =)

huu~

Shifa said...

hahahaha~

apedaaaaaaaaaa(-_-)"

nurunnuha said...

haha. lain kali baca leklok. jangan skip2.. =p