abi tanya : nak abi temankan ke? saya kata : tak ape lah.
saya ni jenis yang selagi boleh buat sendiri sesuatu perkara yang berkaitan dengan saya, baik uruskan sendiri. tak perlu nak susahkan orang lain tolong buat. lagipun, dapat pengalaman apa. lepas ni kalau terjadi apa-apa, senang la kerja saya.
macam nak gelak pun ada. senangnya prosedur nak dapatkan cop majistret. saya ingatkan, kena buat appointment dulu ke ape. sekali, pergi pejabat tanah terus jumpa majistret, lepas tu dia minta i/c dan tanya : dah baca semua ni? kemudian saya jawab : dah. ok, treng! siap dicop dan tandatangan. saya tanya : siap dah? dia jawab : dah. haa? cepatnya! ingatkan kena bayar sekali. haha. jakun sungguh. ni kali pertama saya datang pejabat tanah dan siapkan surat akuan sumpah depan majistret. dulu sebelum masuk uitm, saya jumpa pesuruhjaya sumpah. yang tu kena bayar. pejabat tanah, sebelum ni tak pernah pun jejakkan kaki. masa buat kerja kursus tingkatan 3 dulu pun, fotostat sahaja peta negeri kelantan dan jajahan tumpat daripada kawan-kawan saya. eheh.
dan hari ni 13 julai. ho-yeah! P sudah menjadi kenangan dalam hidup saya. echeh, ayat. dah tak perlu risau pasal demerit lagi. dulu masa jadi pemegang lesen P, kalau bawa kereta tapi tak pamerkan tanda 'P' di depan dan belakang kereta/motosikal nanti bila jumpa polis/jpj yang baik hati, tak pasal-pasal dapat 10 markah percuma. markah demerit paling banyak boleh dikumpul untuk pemegang lesen 'P' ialah 10. kan? ke sekarang dah berubah? kalau lebih, kena gantung lesen. hoho, yang paling teruk ialah, bila kena masuk kelas balik, buat ujian komputer balik, ujian dengan JPJ balik. adeii, tak larat. dah hilang P ni, sila-sila lah berkelakuan baik sedikit wahai nuha. 110km/j untuk lebuhraya tu sila patuhi ye. =p
No comments:
Post a Comment