24.8.10

puasa dan perubatan


Terlalu ramai umat Islam yang keliru dengan perkara-perkara ibadah, lebih-lebih lagi bab ibadah puasa.

From the 9th Fiqh-Medical Seminar, convened at Casablanca, Morocco, during 8-11 Safar 1418, corresponding to 14-17 June 1997, under the eminent auspices of the Commander of the Faith- ful, His Majesty King Hassan II. The theme of the seminar was “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Issues”, and it was held jointly with the Hassan II Institute for Scientific and Medical Research on Ramadhan, the ISESCO, the Islamic Fiqh Academy, and the World Health Organisation Regional Office.


Substances and actions that nullify the fasting

According to the Quran and the authentic Sunnah of the prophet (pbuh) three actions nullify fasting: eating, drinking and sexual intercourse. Therefore, the passing of any solid or liquid substance that can be described as food or drink, in any quantity through the gullet would nullify fasting.

Accordingly, the participants agreed unanimously that the following do not nullify fasting:
  1. Eye and ear drops, and ear wash.
  2. Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.
  3. Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor’s or midwife’s fingers during pelvic examination.
  4. Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.
  5. Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.
  6. Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception of intravenous feeding.
  7. Blood donation or receiving blood transfusion.
  8. Oxygen and anaesthetic gases.
  9. All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.
  10. Drawing blood samples for laboratory testing.
  11. Catheter and media for arteriography of heart or other organs.
  12. Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.
  13. Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.
  14. Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.
  15. Biopsy of the liver or other organs.

A majority of participants added the following:
  1. Nose drops, nose sprays, and inhalers.
  2. Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.
  3. Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.
  4. Machine or intraperitoneal renal dialysis.
  5. Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.



kak leq juga ada berkongsi nota seminar Fiqh Perubatan yang disampaikan oleh Dr. Basri Ibrahim di kolejnya, beserta dengan alasan-alasannya. sini -> isu perubatan dan puasa

Sekadar berkongsi nota seminar Fiqh Perubatan di kolej saya 2 tahun lalu, yang disediakan dan disampaikan oleh Dr. Basri bin Ibrahim, Ketua Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Darul Iman, Kuala Terengganu.

Sebelum saya menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan dan tidak membatalkan puasa, harus sama-sama kita fahami mengapa terdapat perbezaan pandangan di kalangan ustaz-ustaz atau cendekiawan agama dalam meneliti masalah-masalah kontemporari yang berkaitan dengan puasa.

Pertamanya, tiada dalil atau hujah-hujah yang khusus berkenaan isu-isu yang baru, contohnya penggunaan inhaler pagi penghidap lelah atau asthma. Dengan itu, apabila sesuatu fatwa atau hukum yang diputuskan oleh ustaz/ulama’, ia adalah berdasarkan ijtihad mereka atau di-qias-kan kepada hukum dan hujah yang telah sedia ada, dengan alasan-alasan bersandarkan kepada dalil-dalil daripada al-Quran dan hadith, juga dengan mengambil kira pandangan ulama’ terdahulu dan perincian tentang sesuatu masalah secara medikal daripada para doktor atau pengamal perubatan.

Keduanya, ada sesetengah ulama’ atau ustaz atau cendekiawan yang cenderung untuk mengeluarkan pandangan yang agak ketat (strict) – rigid mengikut dalil-dalil atau pandangan cendekiawan islam terdahulu demi memelihara agama dan agar masyarakat tidak memudah-mudahkan islam. Manakala sebahagian pula cenderung untuk mengeluarkan keputusan hukum berdasarkan kondisi pesakit, agar pesakit atau masyarakat tidak berasa berat untuk menunaikan kewajipan mereka – puasa dan solat khususnya. Kedua-dua pandangan ini benar meskipun terdapat sedikit perbezaan, selagi mana bersandarkan kepada dalil-dalil yang sohih.

Ketiganya, perbezaan pendapat berkenaan maksud istilah ‘rongga‘. Rongga bukan bermakna bukaan, tetapi bahagian atau ruang kosong dalam tubuh seperti perut, ventricles (rongga di dalam otak) dsb. Namun pandangan yang paling kuat ialah, perut sahaja kerana:
Ia adalah bahagian yang mempunyai kekuatan memproses makanan dan ubat-ubatan yang sampai kepadanya (Puasa berkait rapat dengan makanan), sedangkan rongga-rongga lain tidak.

Perkara yang membatalkan puasa yang disepakati oleh Ulama’:

1- Makan & Minum
2- Hubungan kelamin (termasuk mengeluarkan air mani dengan sengaja)
3- Haidh & Nifas
4- Hilang kesedaran sepanjang hari


Isu-isu perubatan lain, hukum beserta alasan:

INHALER (pam/ubat semburan melalui mulut untuk sakit lelah/asthma)
- inhaler mengandungi ubat dalam bentuk cecair atau serbuk-serbuk halus.
- TIDAK membatalkan puasa menurut sebahagian ulama’ seperti Syeikh Bin Baz, Muhammad ‘Uthaymeen, Majlis Fatwa Arab Saudi.
-Alasan: Bahan yang masuk terlalu sedikit dan dimaafkan Qias kepada berkumur-kumur. Majoriti bahan masuk ke paru-paru. Bahan yang masuk ke dalam perut pula kurang pasti. Maka perkara yang kurang pasti tidak boleh dijadikan hujah.

PIL SUBLINGUAL/BAWAH LIDAH – untuk sakit jantung/angina
- TIDAK batal.
-Alasan: Ubat larut dalam mulut sahaja dan tidak masuk ke dalam perut. Ubat juga tidak bersifat seperti makanan (tidak mengenyangkan).

ENDOSKOPI PERUT (OGDS) - kamera kecil yang bersambung dengan tiub untuk melihat keadaan di dalam perut melalui mulut.
- TIDAK batal berdasarkan pendapat yang terpilih – Ibn Taimiyyah, Ulama’ mazhab Maliki, Syeikh Muhammad ‘Uthaymeen, bekas mufti mesir.
- Alasan: Alat adalah bukan makanan dan tidak boleh membekalkan makanan kepada badan. Namun, sebahagian pendapat mengatakan BATAL jika dimasukkan cecair ke dalam perut melalui alat tersebut.

NASAL DROP / Ubat titis hidung – NB: hidung bersambung ke tekak.
- TIDAK batal menurut Syeikh ‘Ajil an-Nasyami dan Syeikh Haitham Al-Khayyat
- Alasan: Titisan bukan makanan. Titisan yang masuk ke tekak dan perut terlalu sedikit. Sedangkan air dari berkumur-kumur lebih banyak melekat di tekak, tetapi dimaafkan.

BIUS / Anaesthesia
- terdapat 2 jenis bius: bius setempat (regional / local anaesthesia) dan bius keseluruhan (general anaesthesia)
- TIDAK batal jika bius setempat kerana tidak menghilangkan kesedaran dan dilakukan dengan alasan rawatan.
- BATAL menurut majoriti ulama’ jika bius keseluruhan kerana ia menyebabkan hilang kesedaran sepanjang hari.

EAR DROP / Ubat titis telinga, termasuk cucian telinga (earwash)
- TIDAK batal mengikut pendapat terpilih (Ibn Hazm dan sebahagian ulama’ mazhab Syafi’ie)
- Alasan: Titisan tidak sampai ke dalam otak mahupun perut.

EYE DROP / ubat titis mata
- TIDAK batal.
- Alasan: Setiap titisan mengandungi 0.006cm cecair sahaja. Ini dimaafkan dengan qias kepada berkumur-kumur. Bukan juga berkaitan dengan makan atau minum.

HAEMODIALYSIS - cuci buah pinggang
- BATAL jika cecair glukosa dimasukkan ke dalam tubuh pada masa yang sama kerana glukosa membekalkan makanan kepada tubuh.
- TIDAK batal jika tidak disertai dengan glukosa atau lain-lain makanan. Mencuci buah pinggang melibatkan suntikan, dan suntikan tidak berkait dengan makanan.

DERMA DARAH
- TIDAK batal menurut majoriti ulama’
- Alasan: Diqiaskan kepada berbekam. Rasululullah s.a.w. pernah berbekam ketika baginda berpuasa.

=====

NOTA: Namun demikian, adalah lebih utama dan afdal jika rawatan ditangguhkan ke waktu selepas berbuka puasa jika tidak memudaratkan pesakit.

No comments: