24.12.10

november girl?

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara. (suka fikir nak buat banyak benda dalam satu-satu masa. tapi siap separuh-separuh la jadinya)

* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. (mungkin?)

* Berfikiran ke hadapan.

* Berfikiran unik dan bijak.

* Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.

* Pemikiran yang tajam.

* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.

* Sesuai jadi seorang doktor. (uish???jadi PRP pun kadang-kadang rasa fade-up bila banyak benda tak tahu. tapi suka tengok para doktor kat wad tu bekerja. walaupun memang nampak la sangat sibuk. =D)

* Cermat dan teliti. (err?)

* Personaliti yang dinamik.

* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. (hehe)

* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. (yang tang kurang bercakap tu betul)

* Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran.

* Terlalu degil dan keras hati. (degil? ye kot. tapi tak tahu la dalam kategori 'terlalu' ke 'sederhana'. hehe)

* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. (yeah!)

* Tak suka marah kecuali digugat. (cakap pasal marah ni, teringat pulak orang selalu cakap saya ni garang. lepas tu mesti saya gelak je. haha)

* Mudah ambil berat terhadap orang lain.

* Pandai muhasabah diri.

* Cara berfikir yang lain dari orang lain.

* Otak yang sangat tajam.

* Pandai mendorong diri sendiri.

* Tidak hargai pujian. (sangat betul. saya tak reti la nak handle ia. sebab tu banyak kali je pujian yang diignore sahaja. huhu)

* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. (ya betul. tapi kena tengok ayat ni -> apabila berkehendak sesuatu. =p)

* Cuba sampai berjaya.

* Badan yang sasa.

* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.

* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. (exactly)

* Suka duduk di rumah. (yang ni, tak sangat kot. suka berjalan ade la)

* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. (sangat rajin tu macam tak kena je dengan saya)

* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.

* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. (haha. mudah sangat mempamerkan emosi pada wajah. orang lain boleh teka apa yang saya rasa masa tu)

* Bercita-cita tinggi.

* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah. (mencari identiti? peace)


-------------------------
mode : homey. tapi mesti akan rasa bosan kalau balik rumah, asyik dapat soalan yang sama je daripada semua orang. tak tahu dah macam mana nak mengelak. ada cara terbaik? any idea, please?

4 comments:

nurulsyuhaida :) said...

rasa cm tau je soalan apa tu? hehe :D jgn lupa jemput..hihi

muna nawi said...

kak,soklan ape?
bleh muna pun nk tanye soklan same??
:D

nurunnuha said...

syu:
inshaAllah.. =D

muna:
ntah, soalan ape ntah.. =p

Shifa said...

badan yg sasa?kkakakaakaka!