Showing posts with label my collection :). Show all posts
Showing posts with label my collection :). Show all posts

4.5.12

(i)


hospital sultanah nurzahirah + hospital sultan haji ahmad shah + hospital kuala lipis + klinik kesihatan kuala besut + klinik kesihatan rantau panjang + bahagian perkhidmatan farmasi negeri terengganu = mini reunion 23/04/2012 - 27/04/2012

:)

24.4.11

day off hari khamis


bertolak : 2.45petang


tiba di subang : 9.00 malam, sebab lalu ikut dataran merdeka 


keesokan hari :






22/04/2011,
jumpa syud, dan dapat origami burung dan  ini : 


if it's worth it, then fight for it.
i like the wordings but how do i know that it's worth it? huhu

beli contengan jalanan dan dapat ini: 

credit goes to k.mizah for this photo

juga :
1. langit Ilahi - fanzuru
2. lembutkan hatimu
3. quartet
4. isabella
5. etc etc


tapi.......
macam menyesal pulak letak balik buku ' the choice' tulisan ahmad deedat.. huhu~





'kelusaan' hari:



lebuhraya utara-selatan yang tergendala



tiba : 8malam..



sampai rumah, tak boleh nak rehat. pukul 3pagi baru boleh nak lelapkan mata. tapi dengar ada orang buka pintu; k.laila dan hajar baru balik dari oncall TDM. ada kes keracunan paracetamol rupanya. 

pagi tadi, sedar pukul 6, dan mula kerja jam 8 pagi. ting tong!

31.3.11

berterabur

cerita berterabur:

-------------------------------------
jadual oncall bulan 4 dah keluar. yang tak bestnya bila saya kena kerja hari jumaat malam, 22hb. oh tidak!. masa tu memang perlu dikosongkan sebab saya dah merancang nak ke PWTC.. minggu tu je yang boleh, sebab 28hb, saya dah mula oncall TDM. fikir punya fikir. pusing punya pusing jadual, akhirnya dapat tukar dengan anis, exchange dengan 8hb. tapi kalau ikut jadual oncall ni, kesian pulak kat hajar. sebab dia kerja malam, semalam dan dia kena kerja malam lagi, lusa.. ting tong kot rasa? (tapi syaza pernah kena sekali macam tu dulu). jadi, saya tawarkan diri untuk tukar dengan 8hb tu. dia setuju. jadilah sekarang, saya night shift lusa.. selesai satu masalah.. :)

-------------------------------------
tadi, PM shift. masuk kerja pukul 2 petang.. balik pukul 10 malam. masa pergi kerja pukul 2 tu, cuaca elok lagi. jadi, pandailah berfikir untuk tak bawa payung. dan 'park' kereta luar kawasan KFC.. kira-kira 3minit (kot?) kalau berjalan kaki dari tempat letak kerta tu ke lobi hospital. sekali, lepas kerja hujan turun dengan sangat lebat. risau dah. pukul 10, hujan lebat.. pukul 10.15, hujan lebat lagi.. pukul 10.30, pun sama. alamk, macam mana mahu balik? 10.45malam, bertekad untuk meredah hujan. berlarilah dia kehujanan. moralnya : jangan rajin lagi bawa payung walaupun dah tahu sekarang ni musim hujan tidak menentu. [cool lah kononnya? 8-). akhirnya, diri sendiri juga yang susah. huahua]

'eased'

-------------------------------------
minggu depan minggu ke-tiga kat TDM. sepatutnya dah boleh buat keputusan bila dapat kes TDM, dan boleh mula klerk kes. tapi.. boleh ke? minggu ni saja pun tukar dengan sammantha kat DIS, sebab ada audit. dan, tiap-tiap hari bila pergi kerja, mesti teringat pada LP dan KPK.. apa status item-item itu? kena update, kalau tidak.. tak boleh nak jawab bila pemohonnya bertanya. nak nak pulak kalau item-item tu sangat kritikal. huhu~ [item KPK sangat lambat untuk diproses. sebab sangat banyak prosedur. paling cepat pun, 2 bulan. kot? kesian kat pesakit, kan? teringat satu kes tu. borang KPK baru je 3 hari dihantar ke BPFK, pesakit dah meninggal. huu~]

------------------------------------
saya sedang survey usrah untuk diikuti. ada idea?

16.3.11

hanya gambar


have a cup?

a call?

borrowed by;

[all copyright reserved. eheh, nak jugak =p]

27.2.11

yuda padang maya



baru lepas baca buku ni, balik hari tu. entah kenapa tiba-tiba terasa nak baca buku tulisan xarine ni.. cerita dia boleh tahan la. ala-ala cerita rayyan fantasi pun ada sikit-sikit. yang menariknya, saya teruja dengan latar tempat dalam buku ni. usm, desasiswa harapan, desasiswa cahaya, tasik, batu maung, sungai nibong, BALIK PULAU (of course! :D), jalan lama ke balik pulau yang bagaikan ular kena patuk dan sangat menyeramkan bila malam, jalan baru pula ikut relau tapi agak curam, memang kena guna gear 2 la, kalau guna gear 4, boleh tergelongsor ke belakang motor tu. tak pun, jalan kaki lagi laju. hoho. tapi yang bestnya jalan ni, boleh nampak pemandangan yang saaaangat cantik dari atas bukit.. oh, tiba-tiba rindu balik pulau, laksa janggus, etc etc.. tapi ada sat tempat saya memang tak tahu kewujudannya. gua hitam??? ni bukan real punya tempat kot. tak pernah dengar orang kampung bercerita pun? (macam la selalu bersembang dengan orang kampung, kan? hehe)

kali ni saya rasa malas nak buat sinopsis novel ni. KIV dulu lah ye. ada satu buku baru lagi : bidadari-bidadari syurga, karya penulis dari seberang, Tere Liye. macam menarik! ;)

psst : mentang-mentang la duduk DIC? *peace*



[ nuha shahmina : lawa jugak kan nama ni, kan? ]
[ nuha insyirah pun]

16.2.11

langkah tercipta - unic



Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Mimpi yang sering ku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku menyerah namun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan


Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkanNya ujian di luar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu 

27.6.10

think, think =D


tengah godek-godek laptop ni, dan terjumpa sesuatu yang menarik. satu permainan. =) permainan ni mengarahkan kita menterjemahkan ___ (apa eh? saya tak jumpa perkataan yang sesuai la) ke dalam satu perkataan/ayat. contoh:
Stand
-------
I
Ans: I understand

r/e/a/d/i/n/g/
Ans: reading between the lines

Cycle
Cycle
Cycle
Ans: tricycle

T
O
W
N
Ans: downtown

Le/
/vel
Ans : split level

0
---
M.D.
Ph.D
Ans : two degrees below zero




nak cuba? nah:

question 1:
ii ii
--------
O O

question 2:
ground
-----------
Feet
Feet
Feet
Feet
Feet
Feet

question 3:
Death / life

question 4:
THINK

---------------------------------------
psst : dulu, saya pernah letak gambar ni kat blog lagi satu :


saya suka la main benda nih.. =p

20.6.10

anisa's day


the celebration is on 15th of june instead of 12th june. kali ni saya nak bagi gambar yang bercerita..

15/6 yang lepas cikma dan kholati berpakat buat mi kari, laksa penang, agar-agar, air sirap nak sambut hari lahir anisa. saya tukang beli kacang, air batu, tukang angkut barang, ambik kek, bawak kereta yang dinaiki oleh budak-budak. uih, macam nursery pulak, kereta penuh dengan budak-budak. hoho. sampai di pantai geting, kami pilih lokasi yang agak jauh sedikit daripada orang ramai. ramai sungguh orang kat pantai, musim cuti sekolah macam ni lagi lah.. lepas tu, kami memulakan majlis..

mempersembahkan, tadaaa!! [ditempah dari kedai kek seri sutera, depan masjid as-somadi kg geting. hehe]

meriah kan, kek ni?


antara yang meraikan..


ini, si puteri anisa umaira sedang bertemu ramah dengan tetamunya, mina.. =)

yah! lari!

mereka, penghibur saya =)

dah kenyang makan, main la pulak. main bola sepak, tapi disepaknya bola tu keluar padang, gol tak masuk pun.. hadeih..

mereka lagi..

penat main bola, main air pulak.. "langit nak hujan! naik!"

tak kamceng dua orang ni kalau kat sekolah. seorang pengawas, seorang suka cari pasal >:)

peace, peace. mata kalih tempat lain.. style baru nih.. hoho

inilah kerja saya bila jumpa pasir basah..



lalu ditiru oleh mereka;

1 - aman

2 - alia

3 - afina

4 - iffah (nak jugak budak kecik ni. dia tak boleh nak tulis, dia suruh kakak dia tulis. =p)

akhirnya, buat bintang!

dah dah. masa ni dah nak maghrib. lalu, kami terus pulang. selepas bagi hadiah pada anisa. one happy day! =)
but also a cardiac arrest day

7.5.10

PEA 4247


sedih. :(



selamat dah PEA 4247 ni bertukar hak milik tadi. banyak sungguh jasa dia pada saya sepanjang saya berada di sini. bersama dia lah, saya boleh ronda-ronda kampung, jumpa lorong-lorong kecil yang baru, meneroka design-design rumah yang ada di sini, kenal balik pulau dengan lebih 'mendalam' (echeh!), temani saya ke hospital pulau pinang untuk klerksyip, pergi kulim, pergi nibong tebal (fuuh!)... banyak lagi lah. hoho, selama hampir dua tahun bersama, rasa macam sayang nak bagi kat orang lain pun ada.. tapi, kat rumah sana dah ada satu motor, malas la nak tambah lagi. lagipun, yuran kolej ada lagi nak kena top-up. so, dengan terjualnya motor ni, selamat sudah yuran saya jelaskan. alhamdulillah!




in memory~~




---------------------------
esok balik.
tengah tunggu abi, ummi, anas, aman ngan ayoh mat datang.
mereka kat kupang, kedah tadi.

28.4.10

exam + nuha + lagu


[16 - 4 - 2 - 4 - 3 = 3 = 3] + 1..

lepas sudah 4 kertas. tingal lagi satu kertas, terapi gunaan 2 (macam pelik la pulak bila alih bahasa ke BM. hehe) kertas tadi saya rasa ok la sikit berbanding kertas-kertas sebelumnya. tapi soalan MCQ dia, ya ampun! susah banget. pistol saya tiba-tiba habis peluru. ada jugak la soalan MCQ yang ditinggalkan tak tertembak. fikir banyak kali jugak la nak tembak, sebab kalau salah satu markah akan dipotong sebanyak 0.25 untuk setiap satu soalan sebab ada empat pilihan jawapan. ada 25 soalan. kalau jawab 25, katakan la betul 15 salah 10. jadi : 15 - (0.25x10) = 13.5. gulp!

ok, berhenti cerita pasal exam. mari sambung cerita 'kembar' saya pulak. hoho. ni gambar terbaru dia. ai, bertambah geram je saya tengok.


saya memang teruja habisan lah bila nama dia serupa; nurunnuha. =)

usai exam tadi, memang saya tak sentuh buku langsung lagi sedangkan kertas seterusnya hari jumaat ni dah. siap boleh main game, tidur, baca google reader lagi! bagus!

-----------------------------------------

ini, lagu untuk persembahan budak-budak tahun akhir usm pada malam annual dinner bulan 3 yang lalu.


[Believe]

So now we have reached
Conquered mountains and highways
We emerge from this war
Baring bruises with pride
Reach out your hand and put in mine
We’ll build a brighter future
Hand in hand
We will be stronger

There ain’t no clear path
There’ll always be obstacles
So just don’t give up
All your struggles will count
Reach out your hand
And put in mine
We’ll build a brighter future
Hand in hand
We will be stronger

Hold on to your faith
Jump as high as you can and reach for he sky
Remember
you’re shining star
My dear friend
I’ll always be there for you

Hold on to your faith
Spread out your wings and soar above the clouds
Fly away
But don’t forget where you come from
This is it
Now it’s time
A new chapter of our lives


semangat!!
mari mula bukak nota. masih ada masa.
kopi secawan! ;)

p/s : macam serabut la pulak ada gambar kat belakang ni. susah nak baca. tapi, saya suka gambar eiffel tower tu. macam mane eh?

22.4.10

equation



[ 16 - 4 - 2 - 4 = 6 = 2 ] + 1 ...

siapa belajar matematik, mesti kata persamaan tu tak berapa nak betul, kan? ahaha. examitis syndrome nama dia ni.. main dengan nombor kadang-kadang best jugak, kan? =P

mai nak translatekan :
16 = 16 jam kredit untuk kertas sem ni
4 = 4 jam kredit untuk GMP dah lepas (19/4)
2 = 2 jam kredit untuk farmakoekonomik pun dah lepas (20/4)
4 = 4 jam kredit seterusnya untuk hospital baru lepas tadi (22/4)
6 = tinggal 6 jam kredit paper lagi
2 = dibahagi kepada 2 kertas (ada dua kertas lagi tak habis)
1 = interview! this coming may, on 7th.

lambat kan daftar? huhu. nak buat macam mana. dah kata kami perintis di sini. kena ikut prosedur la. kena tunggu laporan dan pengesahan daripada lembaga farmasi dulu, baru SPA boleh teruskan untuk bagi kami daftar. jumaat lepas, SPA (puan zamzarina) dan wakil daripada lembaga farmasi (puan salwati) datang untuk bagi taklimat. lepas tu, kami terus daftar sebab tarikh tutup pendaftaran : 23 april 2010.


------------------------------

mari kutip balik hati yang dah bersepai atas jalan sana. saya perlu kuat untuk teruskannya! ya, KUAT!! jangan biarkan emosi menguasai diri. huhu~


"tangkap aku dalam terangMu"


19.4.10

kita



kita
masing-masing punya tugas
yang membezakan kita
cuma
bagaimana kita letak tugas itu
seriuskah kita dengannya?
atau main-mainkah?
atau ambil mudahkah?

kerna
hidup ini hanya sementara
dan lebih cepat daripada yang disangka
1,2,3,4..



p/s : [lima] - [satu] = [4]

kamu + aku


Semua orang dah besar rupanya..

Suatu ketika dulu,
Masih ku ingat
Kita selalu bergaduh..
Bertelagah, berselisih pendapat..
Kita selalu merajuk dan membawa diri..
Andai ada sesuatu yang melukakan dan mengguris..

Kamu dan aku saling berkongsi cerita
Berkongsi gosip
Berkongsi kesakitan
Berkongsi gelak ketawa
Berkongsi mengutuk orang (evil. ngeh~)
Berkongsi nasihat

Hari ni kamu datang ke rumah aku
Esok pula aku yang muncul di rumah kamu
Dalam kelas, kita duduk bersebelahan
Di kiri dan kanan
Satu barisan
di hadapan
yang selalu menjadi mangsa
untuk cikgu buat contoh..

Tapi itu dulu..
Dulu itu, suatu masa yang kita telah tempuhi
Telah kita sama-sama lalui
Satu masa dalam fasa kehidupan kita
Yang telah mencipta kenangan-kenangan
Menjadi lipatan memori indah
Yang masih segar dalam hipotalamus seorang aku

Sekarang..
Kamu telah besar,
Dan menjadi seseorang dalam masyarakat
Aku rasa umpama mimpi!
Macam tak percaya!
Berapa kali aku rasionalkan diri aku supaya percaya
Tapi aku masih lagi terasa seperti aku tidak tidur seharian
Yang keesokan harinya, aku alami simptom-simptom vertigo, tinnitus and inbalancy
Ku rasakan baru semalam kita bertegur sapa
Baru semalam kita bertukar cita-cita
Baru semalam kita saling mengata
Tapi hari ini
Aku dengar satu berita yang buatkan aku tersentak!
Kawan-kawanku rupanya semua dah BESAR la..
Aku sorang je kot yang tak besar-besar lagi. ehe, bak kata nabli, adikku : rilek-rilek sudah.. --> oh putus wayar.

Dan kini,
Walau haluan kita berbeza,
kita punya impian yang sama,
untuk dituju..

kawan,
moga kamu bahagia sahaja hendaknya..



Lontaran kata seorang aku,
yang masih tak percaya bahawa kawan-kawan dia sudah besar-besar belaka.. (whoa!) betul ni, macam tak percaya. Oh, bangunkan aku daripada mimpi ini!

12.4.10

fall in love. again.





kan saya pernah cakap, saya memang mudah jatuh chenta dengan sawah padi yang menghijau. layankan aje. ehe.

alkisahnya diletak gambar ni sebab semalam lalu jalan sini, ternampak la sawah yang mula menghijau tu.

9.4.10

090410


last presentation. (mentang-mentang la klerk pediatrik, slide pun buat ceria-ceria sikit. but, i like it! chomel, kan? credits to nisah yang top-up gambar comel-comel tu. =D)

sweet 23rd, ida (08/04).. from group G.. will miss our moments together..

bersama cik hadzliana aka cik yana