TDM = therapeutic drug monitoring.
untuk narrow therapeutic index drug macam digoxin, vancomycin, gentamicin, theophylline, valproic acid, phenytoin, cyclosporin, PCM 'atasdos', phenobarbitone.
kerja kat TDM, saya paling takut bila dapat sampel darah untuk uji level (toxic/subtherapeutic/within normal range) daripada ICU dan pesakit yang ada komplikasi buah pinggang dan on hemodialisis/peritoneal dialisis atau yang seumpama dengannya. (PCM and digoxin toxicity pun risau jugak. tapi, jarang dapat sampel ni).
Untuk pesakit renal (terutamanya peringkat akhir), dos vancomycin biasa bagi 1gram stat, lepas tu repeat TDM. Sebabnya vancomycin ni akan diekskresi melalui buah pinggang. Kalau pesakit normal, biasanya akan mula dengan 500mg QID. lepas tu tengok level, baru adjust dos.
Sampel paling banyak dapat daripada wad NICU/SCN. biasanya untuk monitor aras kepekatan gentamicin dalam bayi (genta ada kesan sampingan - toksik kepada buah pinggang, telinga). Kedua terbanyak, valproic acid.
----------------------------
cerita hari ni sikit.
Hari ni sangat letih... Banyak sampel, tak cukup orang. mesin ada masalah kejap tadi. nasib baik ok semula.. huhu. risau juga, sebab esok kena monitor aras vancomycin untuk pesakit ICU yang baru diubah dos tadi -> daripada 1gram BD kepada 500mg QID. tak sempat pun nak rehat tengah hari. habis semua kerja bila dah masuk maghrib. nasib baik ada 3 sampel daripada hospital lain. phew! kurang sikit beban. perlu bagitahu level sahaja, tak perlu kira dan buat cadangan, sebab pegawai farmasi yang ada kat tempat tu yang akan menilai result TDM tu. kalau tak... waa, 20 sampel, selesaikan sorang-sorang.. memang la.. dan nasib baik, banyak sampel pre and post. (pesakit yang sama, level yang berlainan : level sebelum ambil dos dan level selepas ambil dos)..
esok hari terakhir di TDM. minggu depan akan betukar ke CDR.
kak mizah kata : nuha, minggu depan duduk kat TDM lagi lah ye? [baru je nak reti, dah nak pergi tempat lain, tinggal newbie kat situ] erk. T_T
till here. siapa yang bangun awal esok, mintak tolong [buzz] saya pukul 4.30pagi, boleh? terima kasih! =)
---------------------------------------
p/s : eh, Hlovate ada buku baru untuk pesta buku minggu depan? waah, semakin tak sabar mahu ke sana.. siapa nak pergi? jom jumpa. S/T nurunnuha @ jumaat, 22/4/2011, 10-5pm?
2 comments:
mcm takut pulak nak keja,sebab kena decide medication for patient..macam hidup mati pesakit bergantung kepada tindakan kita..Huhu waa
hehe.
jadi, belajar leklok.
takut gak, tapi best pun ada. penat, tapi kadang2 berbaloi.. =)
mari beroptimis!
[tetibe teringat lagu optimis sajalah by tashiru]
Post a Comment