salam..
seminggu menyepi.
semalam, ke BJ. menghantar charger laptop. masa nak balik, dapat satu 'pra-fobia' (eh saya tak tahu ada ke tak term ni). main taram aje ni. fobia dengan apa? fobia dengan motosikal. tu la padahnya bila suka sangat main aci redah. huhu~
ok, masuk mode membuat laporan.
setakat ni, kelas berjalan dengan baik, walaupun kadang-kadang ada jugak kelas yang kosong. jadinya kelas memang tak berapa nak tetap lagi lah masanya. kalau dalam jadual tu cakap sampai pukul 7, maksudnya sekarang kelas tak ada la sampai pukul 7. paling lewat pun pukul 6. tadi, kelas habis pukul 6. huu, memang agak tepu dah rasanya masa tu. mana taknya kalau kelas mula jam 9 pagi. semua yang dalam kelas pun dah jadi 'berhalusinasi' bila jam melepasi angka 5. kot. oh tak tak. ada seorang dua yang masih lagi kemas fokus. (eh tapi saya dengar pelajar usm lagi bagus. mereka kelas mula jam 8 pagi sampai 8 malam.. hoho) kelas pharmacoeconomics setakat ni yang banyak tangguh. tak jumpa cari masa yang sesuai lagi. (kali ni hanya 17 orang pelajar yang ambil farmakoekonomik, campur dengan pelajar usm-6orang-).
okeh, sambung lain kali. library dah nak tutup..
------------------------------------
sambung melapor :D
tadi kelas komuniti farmasi. miss hafsa yang ajar. mengikut jadual, itu kelas terakhir kami dengan dia. di akhir lecture, dia banyak bagi pesanan kepada kami. tentang kerja, terutamanya. dan tadi juga dr.nina (dr.nina sudah jadi mama sekarang!) masuk ajar kami, bersempena dengan lawatan pertama. masa mula-mula masuk pun dia mulakan dengan : this is the last semester for all of you, right? (oh lebih kurang macam tu la ayat dia). nak tahu apa saya rasa? gementar oh! macam tak percaya! macam tak bersedia (selalu je kan cakap macam ni?). haha, macam-macam lah saya ni. dan hari tu bila jumpa junior, mereka pun ada cakap : tak lama dah eh kak nuha nak habis. waah! ngaa~ jadikan saya kembali ke alam realiti. "the only way to beat the fear is to face it".. oh ya?
to make a rainbow, you need sun and rain. isn't it?
p/s : selamat hari lahir, in advance untuk my kakak. (1601) ;) datang penang ye, nanti saya belanja kek batik! hehe~