Bismillaahirrahmaanirrahiim..
teringat. masa kecik-kecik dulu, suka dengar lagu ni dalam kereta :
sungguh indah ciptaan Tuhan
langit membiru nyiur melambai
ombak menderu memukul pantai
hati yang resah menjadi damai..
di hari minggu pergi berkelah
di tepi pantai yang sangat indah
bersama keluarga dan rakan sedarjah
dapat melihat kebesaran Allah..
di dalam laut banyak hidupan
udang ketam, sotong dan ikan
menjadi rezeki para nelayan
nikmat berharga pemberian Tuhan..
pasirnya putih kilau-kilauan
banyak terdapat siput dan kerang
adik bermain hatinya girang
ibu melihat hatinya senang...
flashback:
minggu lepas, pergi rumah cikma. cuti sekolah macam ni ada la tempat untuk kami 3 keluarga nak pergi, bawak budak-budak berjalan. cikma bagi idea, kami pergi Terengganu. ajak cik awi sekali, sebab cik awi baru balik. mulanya cikma kata nak pergi Pulau Duyung. eh, tak pernah dengar pun? (macamla kenal semua tempat..hehe). cuma tahu tempat tu kat Terengganu, tapi kawasan mana? lepas tu, apa lagi. minta tolong dengan pakcik google la jugak.. secara amnya, Pulau Duyung terkenal sebagai tempat untuk membina kapal. banyak kapal yang dibina di sini.
selang beberapa hari, rancangan dibatalkan atas beberapa sebab. jadi, bertukar ke rancangan B. back-up plan. :D pergi dekat-dekat sajalah. dalam kelantan. dan, keluarlah idea nak pergi Pantai Melawi. bila tanya, semua bersetuju. pada mulanya kami bercadang pergi 4 keluarga je (ummi, cikma, kholati dan cik awi). lepas tu sepupu saya (abe G) pun nak ikut jugak. bila cikzah (isteri cik awi) berziarah ke rumah emak saudara saya (wea nab) yang duduk di golok, wea nab pun nak pergi sekali. ajak juga kak suriani (aka kak ning) sekeluarga. lepas tu entah macam mana boleh tersebar dibawa angin rancangan ni ke pendengaran sepupu saya yang sorang lagi (abe aa) dan dia sekeluarga pun mahu ikut sama. jadinya, sekarang ada 7 keluarga yang turut serta. fuuh, ramainya kanak-kanak! (bimbang pada kanak-kanak je lebih sebab takut tak boleh nak kawal :p ). tak pernah lagi kami buat gathering pergi jalan-jalan seramai ni. tapi best lah, boleh eratkan silaturrahim dengan lagi ramai ahli keluarga wea.. ;)
hari isnin ada mesyuarat tergempar. pergh! bersungguh benar nampaknya urusetia program kali ni. sebelum ni tak pernahnya nak buat mesyuarat tergempar. kali ni angin lain sikit. tapi bagus sebenarnya, untuk pastikan program berjalan dengan lancar dan gembira.
selasa - 151209
check-in chalet sepatutnya jam 12. kami bertolak agak lewat sebab perlu sediakan kelengkapan untuk BBQ juga makanan tengah hari. setiap keluarga perlu sediakan makanan tengah hari untuk ahli keluarga masing-masing. sampai di pantai, kami makan beramai-ramai, kongsi lauk. kami, 5 keluarga yang terawal sampai (temasuk abe G) bersantap dulu, sebab lagi 2 keluarga tak ikut serta untuk makan tengah hari. mereka bertolak lepas asar. kami conquer separuh daripada chalet kat Permai Inn tu. 4 berpenghawa dingin, lagi 4 berkipas sahaja. harga? yang ada air-cond tu rm65, yang ada kipas rm50. lepas makan, berehat dan solat. lepas tu acara bebas. kebanyakannya pergi mandi laut, termasuklah saya dan cikma. best oh! lama dah tak mandi laut.
malamnya, kami buat BBQ. bakar ayam + ikan + fishball + sotong + 'saikrok' (saya lagi suka guna perkataan ni lagi daripada hot dog. hee :D) + ketam. mulanya ingat nak kerahkan ahli-ahli yang belajar di sekolah menengah buat persembahan, tapi depa tu tak mahu. makanya, pasang cd sahaja. malam tu, keluarga kami je yang berBBQ. boleh conquer banyak tempat. masa BBQ tu, angin sangatlah kuat. mana taknya, duduk betul-betul tepi laut. angin malam pulak tu. nak barakan arang tu yang agak susah sikit. suasana sangat happening, sebab ramai ahli. seorang bercakap, yang lain-lain menambah. bila ada yang buat lawak, semua ketawa. oh, seronok berkumpul ramai-ramai. saya, yang dah lama tak jumpa dengan anak-anak sepupu pun boleh berkenalan semula dengan mereka. sudah besar semuanya. ada jugak yang saya tak kenal. hoho, ni lah kebaikan buat gathering. yang tak kenal, boleh kenal. yang dah kenal, eratkan lagi ikatan. :)
tiba-tiba saya nampak anisa menguis-nguis pasir seorang diri. saya tanya kenapa tak join mereka, dia diam. haa, tahu dah! ni mesti kes bergaduh dengan sesiapa. saya ajak dia pergi tengok laut. juga kira bintang! oh, damainya. awan sikit je semalam. memang boleh kira bintanglah! tapi berpinau-pinau jugak la kalau nak kira semua sebab tak boleh dikira, banyak sangat. bila rajukan anisa dah reda, saya bawak dia masuk geng balik. dan, saya pergi pantai sorang-sorang. best ooo! rasa macam nak baring je atas pasir tu. tapi, seganla pulak. walaupun kat situ agak kurang cahaya, tapi boleh nampak lagi. makanya, saya hanya duduk atas tunggul kayu dan dongakkan kepala nak 'kira bintang'. ralit ah buat macam tu. tambah pulak, mp3 ada di sisi. memang tak ingat orang sekeliling dah la. sekali, mp3 buat hal, boleh dengar muzik latar je, tak dengar suara. jadi, berkaraoke lah saya semalam. dalam hati je la. :P
siap makan-makan, pergi berehat. mengumpul tenaga untuk hari esok.
bersambung......
--------------------------------
penat masih bersisa. saya nak rehat. selamat malam!