jumaat. hari ni, rakyat malaysia berpuasa untuk hari yang ke-sepuluh dan rakyat thailand pula berpuasa untuk hari yang ke-sembilan. kali ni beza sehari.
pagi-pagi lagi dr.kamal ajak kami, banat yang duduk saja-saja di rumah, sertai ziarah untuk program al-enayah. minggu lepas, nawal dah ajak tapi muna tak sihat. saya segan nak pergi sorang-sorang. lama dah tak berborak kosong dengan mereka. dulu masa kecik-kecik selalu la jugak main dengan kak ya (nadia), laila dan nawal. bila dah masuk sekolah menengah, semua dah macam berterabur. seorang di sini, seorang di sana, seorang duduk asrama dll. akhirnya, diam begitu sahaja. masa raya la kalau nak bersua muka pun. dan sejak semua orang belajar jauh-jauh, laaaagilah susah nak jumpa. aish, keluar cerita. nak cerita pasal benda lain, TERcerita pasal benda lain pulak. ok, masuk landasan balik.
dalam pukul 9 tadi, kami berkumpul depan masjid geting. antara yang menyertai kali ni, kami bertiga (tambah nawal dan muna) dan ajk-ajk enayah (abi + dr. kamal + cikgu mokhtar - muna kata macam pernah nampak, tapi saya tak ingat. hehe. bila fikir-fikir balik macam familiar jugak. dah kata sekampung. =D). kali ni kami pergi ziarah rumah 5 pesakit, sekitar kampung geting. hurmm, majoritinya adalah pesakit hypertension yang seterusnya membawa kepada strok dan parkinson. ada juga pesakit diabetes mellitus. ada seorang pesakit DM ni, agak berat jugak la. kalau tengok rekod, mula-mula ziarah, bacaan glukometer dia memang tinggi (>20mmol/L). lengkap dengan retinopathy, neuropathy, myopathy. huhu. tapi, sekarang ni dah semakin ok sikit. tapi mata dia still lagi blur. dalam program ziarah enayah, biasanya dr. akan membuat pemeriksaan rutin (blood pressure, random blood sugar), bagi nasihat tentang pemakanan, kesihatan, juga membawa bersama hamper untuk keluarga pesakit, dan sedikit bantuan kewangan (bagi pesakit yang kena beli ubat yang agak mahal).
bahana tak studi sebelum ziarah --> sila teka.
ada soalan yang tak boleh nak jawab. huahua. ingatkan pergi tengok dan perhati je. se-ka-li, "effect steroid. haa, pharmacist ada sorang kat belakang tu, mesti dia tahu lagi banyak".. sat lepas tu "prazosin, selain guna untuk hypertension, ape lagi kegunaan dia?".. sat kemudian "life span sesuatu ubat tu maksud dia bla bla bla.. kan pharmacist, kan?".. urgfh! nasib baik ada jugak yang ingat. tak ada la kerja tersenyum je bila dapat soalan pop kuiz. hoho. nota kalau nak sertai next visit, sila buka balik topik cardiovascular dengan endocrinology ye. dan sila bagi lekat semua ubat-ubat bersama dengan time interval dia dalam kepala. juga beberapa medical abbreviation.
---------------------------------------
3 juzuk sehari! chok-dee!! ;)

