Showing posts with label special. Show all posts
Showing posts with label special. Show all posts

1.11.10

011110


pertama-tama sekali, terima kasih diucapkan kepada semua yang wish. (i'm really touched. eventhough i hide it at my info page in facebook few days ago so that facebook will not announce it, hehe, you remember it. so, i'm touched. hee) 


bila tiba tarikh 1nov, mesti saya teringatkan mereka.. =D. ye, kami ada perkaitan. 4 orang. 2april, 3april, 1nov, 2nov. dua tak makan sayur, dua makan sayur. the only malay and malay girls in our batch - cheh, nak cakap jugak yang ni..dan selalu je tarikh-tarikh ni jatuh pada minggu ulangkaji. tak pun, esok nak final exam. sweet, kan? :p

tarikh ni, kali ni saya nak abadikan (bunyi macam apa je. haha). 011110. lawa, kan? ada apa dengan tarikh? tak ada apa-apa. cuma rasa ia lawa, dan senang untuk saya ingat lepas ni.. =)


stand firm. stand strong. cabaran menunggu. kuatkah jiwa untuk meredahinya? mantapkah iman untuk menempis godaan-godaan?

31.8.10

;)


ada nota kecil :
ummi,
subsaan wanked!
selamat hari lahir!
  • semoga panjang umur dalam kebaikan
  • dimurahkan rezeki yang halal
  • dipermudah segala urusan

12.8.10

ramadhan




"siapa yang berjaya habiskan 30 juzuk al-Quran sekali dalam bulan ramadhan ni, ummi bagi rm10 raya nanti.."

"kalau khatam 2 kali?," tanya seorang budak.

"kalau khatam 2 kali, ummi bagi rm20 la." jawab ummi.

lalu, bermulalah azam baru.

kali ni aku wajib habiskan al-Quran, paling kurang pun sekali. kalau ada masa, 2 kali

dan, bermulalah juga perlumbaan menghabiskan bacaan al-Quran 30 juzuk sebelum ramadhan berakhir antara adik-beradik. biasanya lepas siap bersahur, solat subuh semua kami mulakan membaca dari satu helai ke satu helai. sehari ke sehari, bergeraklah penanda al-quran tu dari satu juzuk ke satu juzuk. nanti biasanya si adik akan syahid dulu. si kakak dan abang tak peduli dengan rasa mengantuk, berusaha menempis sekuat mungkin sebab dah target : pagi ni aku kena habiskan satu juzuk. tak kira. dan, kami berjaya.

15ramadhan, berjaya khatamkan satu kali. lalu diulang baca untuk kali yang kedua. nanti kalau tahun tu ramadhan ada 29 hari je, mula la kalut nak habiskan bacaan untuk juzuk terakhir. orang lain duk sibuk siapkan juadah berbuka, tak kisah dah.. atas feri masa nak balik kampung pun sempat lagi baca. betapa bersemangatnya dia! nanti bila raya, sibuk pulak pergi tanya sepupu-sepupu diorang khatam berapa kali. tapi nasib baik. paling banyak pun, diorang khatam dua kali. kira seri la. boleh bangga la tu. eheh.

credits to KS for the quote, quoted from amyg. (KS, saya ambil kata-kata ni ya. suka! :))

itu kisah seorang budak perempuan 13 tahun dulu. kini, budak tu dah besar. semakin besar, semakin susah pula dia nak khatamkan quran 2 kali di bulan ramadhan. susah bebenar. masa di uni lagi la tak sempat. entah apa la yang dia sibukkan. phew! walaupun dulu azam untuk khatam quran tu banyak dipengaruhi oleh upah yang akan diperoleh, tapi usahanya masih ada. kali ni, dia sematkan kembali azam yang sangat dirindui untuk dicapai seperti suatu masa dulu. ingin kembalikan suasana hati itu. semoga hari-hari ramadhan kali ni dia dapat manfaatkan dengan sebaiknya. semoga rindunya yang satu itu terlerai kali ni~~ yosh!!





---------------------------------
Salam Ramadhan untuk semua! ;)


30 hari mencari cinta @ ramadhan. thanks to cik sal for this picture!

4.8.10

wish for u


curi masa sat. eheh.

tak sangka ia sampai ke tahap ini dan begini pengakhirannya. untuk konklusi perumpamaan yang syu buat, akhirnya si suami melepaskan isterinya setelah akur dengan kehendak isteri untuk berkahwin dengan kekasih dia yang lebih baik dari suaminya sekarang. aih, awat saya rasa macam pelik ja bunyi perumpamaan nih? tak sihat untuk dunia realiti. hoho~

mungkin itu yang terbaik untuk semua setakat ni. kalau saya tanya apa perasaan korang sekarang ni, mesti bercampur semua benda, kan? =D

untuk kamu-kamu semua, saya mahu wish : all da best! mungkin dalam masa terdekat ni semuanya nampak agak susah (dengan banyak benda yang nak kena settle and catch up) tapi lama-lama inshaAllah semuanya akan baik. be strong, okey. and keep up! chokdee!

untuk sesiapa yang nak tengok upacara konvokesyen USM ke-42 secara langsung, boleh tengok di sini. kot -> USM web streaming for convo

----------------------------------
cat lama untuk rumah ni kembali diguna, sebab cat yang terbaru sudah kehilangan semua warnanya. T_T


best jugak ya cerita inception.

2.7.10

life



"life isn't about waiting for the storm to pass.. it's about learning to dance in the rain"
"life is like an ice-cream cone, you have to lick it one day at a time"
"life is a box of chocholates, u never know the taste until u open it"
"life is like a coin, u can spend it any way you wish but you only spend it once"
“life is full of beauty. notice it. notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. smell the rain, and feel the wind. live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”

haa, tudia. penangan berfacebook bersama safiyah. habis semua life quotations keluar.. =p

7.5.10

PEA 4247


sedih. :(



selamat dah PEA 4247 ni bertukar hak milik tadi. banyak sungguh jasa dia pada saya sepanjang saya berada di sini. bersama dia lah, saya boleh ronda-ronda kampung, jumpa lorong-lorong kecil yang baru, meneroka design-design rumah yang ada di sini, kenal balik pulau dengan lebih 'mendalam' (echeh!), temani saya ke hospital pulau pinang untuk klerksyip, pergi kulim, pergi nibong tebal (fuuh!)... banyak lagi lah. hoho, selama hampir dua tahun bersama, rasa macam sayang nak bagi kat orang lain pun ada.. tapi, kat rumah sana dah ada satu motor, malas la nak tambah lagi. lagipun, yuran kolej ada lagi nak kena top-up. so, dengan terjualnya motor ni, selamat sudah yuran saya jelaskan. alhamdulillah!




in memory~~




---------------------------
esok balik.
tengah tunggu abi, ummi, anas, aman ngan ayoh mat datang.
mereka kat kupang, kedah tadi.

10.2.10

ikrar


ikrar ahli farmasi

Saya berikrar menyumbangkan kehidupan profesional saya melalui profesion Farmasi demi perkhidmatan kepada insan melebihi sebarang kepentingan.

Saya akan memberi pertimbangan utama kepada kebajikan pesakit serta pembebasan insan daripada penderitaan melalui terapi drug yang optimum dan penjagaan farmaseutikal yang terbaik.

Saya akan meningkatkan pengetahuan dan kepakaran penjagaan farmaseutikal yang terkini dengan sepenuhnya dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat umum serta para profesional kesihatan lain.

Saya akan dengan sedaya upaya melengkapkan diri dengan ilmu sejajar dengan perkembangan semasa serta senantiasa mengekalkan kecekapan profesional.

Saya akan mengekalkan moral dan tingkah laku beretika yang tinggi tahapnya dengan sempurna.

Saya akan mematuhi undang-undang yang mengawal pelaksanaan profesion Farmasi dan akan menyokong penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Saya berikrar secara sukarela dengan penuh kesedaran bahawa saya telah diberi kepercayaan dan dipertanggungjawabkan oleh rakyat Malaysia.


oath of a pharmacist

I vow to devote my professional life to the service of all humankind through the profession of Pharmacy above other considerations.

I will consider the welfare of humanity and relief of human suffering through optimal drug therapy and the best pharmaceutical care.

I will keep abreast of developments and the latest pharmaceutical care to assure the best care to the community and other healthcare providers.

I shall strive to perfect and enlarge my knowledge to contribute to the advancement of pharmacy profession.

I will maintain the highest principles of moral, ethical and legal conduct.

May I prosper and live long in favor as I keep and hold to this oath and support the professional law.

I take these vows voluntarily with full realization of the responsibility with which I am entrusted by the people of Malaysia.

--------------------------------------
hiuhuu. selami maksud setiap patah. macam berat ja. "i hope i can do my best!!"

today will be one of the most memorable day i had in life. lepas kuiz ekonomik tadi, ada majlis ikrar. semua pelajar terlibat. kuiz GMP esok ditunda ke 27/2. jadi petang ni ada kelas. hoho~

8.12.09

untuk dia :)

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

08/12
tarikh istimewa
buat dia yang keempat
yang kini di sana..

tadi, ingatnya nak buat rancangan 'tak berapa baik'. nak beli kek satu, kemudian kami satu rumah pakat-pakat potong kek, ambil gambar dan hantar kepada dia.. tapi, sampai ke maghrib, tak jadi jadi nak beli kek. petang tadi, cikma ajak pergi pantai, suruh bawa aman sekali. sepupu-sepupu dia bersuka ria mandi kolam. lepas bagitahu aman, dia cakap : aman nak gi!

tapi takpe. sebab hari ni mood tengah baik dan rajin datang dengan tiba-tiba. ajak ummi buat buah mulong-sejenis kuih manis berkuah. ummi cakap : boleh, bahan semua ada. saya pun apa lagi. cari beras pulut, tambah air. tiba-tiba..

eh? eh? lembik! tak jadi doh. aaaiisshh! dahla beras pulut dah habis. macam mana ni? tambah gandum je la *evil*. ummi menyokong. ahaha. jadinya, kuih hari ni telah dimodifikasi oleh kami. lepas buat kuah dia (santan + manisan a.k.a. gula melaka? + telur + serai), maka siaplah ia. satu bekas ummi 'terbangkan' ke pak keral. bila makan yang ni, rasa lain la sikit. ada la rasa gandum tu. buah mulong tu pun jadi tak berapa nak kenyal sangat. tapi, masih sedap! (chewah! ummi yang masak kuah dia, kalau emak masak mesti la sedap. kankan?) makanya, rancangan kek hari ini telah ditukar ke kuih buah mulong. jadi lah tu, dah tak sempat nak beli.. lagipun lama dah tak makan buah mulong buatan sendirian berhad.. (nak bagi dia jealous sebenarnya - haha, kakak yang tak berapa baik nih).


subsaan wanked untuk dia. moga panjang umur dalam kebaikan, dimurahkan rezeki yang halal, dipermudah segala urusan.


nota untuk dia --> adik, hadiah tunda ko tahun depe jah la deh.. nok kirim ko abe ari tu, takut berat pulok.. siyye ko abe.. hehe.

---------------------------------------------
pssstt : masa duk masak tuh, fikiran selalu teringat-ingat kenangan kita bertiga buat buah mulong tu dulu.. kan best kalau semua ada? huh, nak bagi orang jeles, tapi diri sendiri pulak yang duk teringat. ayya, rosak niat~ :p

18.9.09

nak raya dah.

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

musim ni, ramai dah orang buat entri ucap selamat hari raya ye. saya pun nak buat jugak ler. Nak buat kad sendiri guna fotoshop, malas la pulak :P (sebab fotoshop lambat nak bukak. huu). jadi, saya mahu kitar semula apa yang ada sahaja. kehkehkeh~

sal, kenal tak tulisan sape nih? hehe

bila cakap pasal raya, mesti berkait dengan balik kampung kan? okeih, saya pun nak balik kampung jugak. jumaat pagi (hari ni lah), insyaAllah akan bertolak pulang. kali ni tak balik dengan bas, tapi tumpang orang. sebab hari tu tanya, tiket dah habis. tiket bas transnasional, 2 bulan sebelum raya pun dah habis? huu, ramainya lah orang nak balik kelantan nih.. adeii~ raya tahun ni tak boleh nak beraya bersama dengan nenek dah. sob sob. macam mana lah suasana di rumah tu nanti ye? huhu~

ish. rindulah. rindu nak main benda nih.. hihi. eh bukan, rindu nak tengok benda ni dekat rumah.. kalau malam nak raya, mesti ada! *aish, tiba-tiba rasa tak sabar pulak nak balik*

p/s: sila abaikan suara latar budak yang teruja tu. ish, dia memang teruja kalau bab-bab macam ni (sama dengan kakak dia ke? eh, no no. sama dengan abang dia.. haha :P)


+ selamat menyambut 'idul fitri
+ maafkan segala salah dan silap saya
+ kepada yang balik kampung dengan kereta atau motor sendiri tu, hati-hati ye. yang naik bas tu, sila bagitahu pakcik bas. jangan bawak laju-laju! (terutama bas mutiara -_-)
+ jemput datang rumah! eheh =) . tapi sila bagitahu dulu jika betul-betul nak datang, okeyh?.. =)

-----------------------------------
untuk orang jauh tu, sila duduk diam-diam kat situ ya.. :P

[semalam, ada sesuatu yang membuatkan saya tersentak. erk~]