23.7.09

don't quit



Life sometimes brings us problems
That we hardly can endure
And, no matter where we look
It seems that there are more.
Yet, never be discouraged
For, with Life’s every trial and test
You’ll find the strength
To overcome them
If you simply try your best.

Never be discouraged
Nor give up in any way
For, no matter how dark the clouds
They are never here to stay.
For, whenever there are storms
And your world comes crashing down

If you never lose your faith
An answer will be found.
So, keep believing in yourself
Throughout every single day
And if you have any thoughts of quitting
Then dismiss them right away!


---------------------------------------
p/s : i feel so tired after shopping and i feel like want to sleep but help me! there is a case study and one assignment, waiting for me! debush!

19.7.09

3 in 1

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Mula-mula, mari melayan lagu best!



Lepas tu, mari langsaikan hutang. Tag yang saya dapat kali ni sama dengan yang kat sini cuma badge dia je yang lain. Tag kali ni datangnya daripada tiga orang (Syu, Ainul dan Fathien). Oleh kerana ketiga-tiga tag adalah sama, jadi saya buat jadi satu. hehe.


1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.
Arigato’ gozaimasu.. kamsa mida.. ;)

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini..
Fathien:
  • seorang yang suka fesyen. Betui dak? *wink2*
  • nice girl.
  • sekarang masih belajar.
  • suka tengok cerita korea
  • Saya suka satu gambar kartun kat dalam blog dia yang tulis : fighting! (hoho, comel lah)

Syu:
  • mula-mula kenai dia, ingatkan syu ni jenis yang pendiam. Tapi bila dah kenal, ok la. Senang diajak berborak
  • seorang kakak yang penyayang. Ehem ehem.. :D
  • suka berkawan. Betui dak?
  • DIa dan ummu dah lama berkawan.
  • Cute. *angkat2 kening*

Ainul Arina:
  • salah seorang kenalan terawal di arena blog.
  • Kenal melalui blog ~life and lesson~ tu, dan bersambung ukhuwwah ke dalam plurk (macam keluarga pulak rasanya kat situ-bak kata arina, dan memang betul pun)
  • Komen pertama saya di blog dia untuk entri yang dia tulis pasal ubat. Kan, ainul kan?
  • Saya suka baca blog dia! Interesting! ;)
  • Seorang yang suka berjalan-jalan. (Leeds, Eropah. wah, best2!)..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. o o..
  • sedang senang hati sebab laptop dah okey
  • ber'derap' is my hobby
  • laut + langit + nature
  • internet versus tv. I vote for internet! v(^_^)
  • i'm now a super senior. Aii, seram je bila dengar!
  • Suka mengelak bila ditanya tentang perkara yang tak mahu dijawab. Hihi.
  • Sejak dua menjak ni suka makan tomyam. Makan hari-hari pun takpe. (entah kenapa begitu sukakan tomyam ni)
  • Seorang penggemar somtam (kerabu betik) terutamanya yang ummi buat. Pergh!
  • Punya keinginan untuk melancong ke banyak tempat (hoho, berangan)
  • Mahu menjadi lebih berani (untuk bermimpi)

4. Anda perlu memilih 10 penerima award dan describe tentang mereka (aish, masalah sungguh saya bila sampai soalan ni)
p/s : kalau ada siapa-siapa yang dah jawab, bagitahu la ye..

-------------------------
Esok sekolah. Sila kata : yeay!!

perihal tujuh

Bismillaahirrahmaanirahiim..

Tengah berfikir nak langsaikan hutang. Saya pun bukak balik kotak 'tag' saya, lalau terjumpa satu tag yang belum di'publish'kan. Lama dan siap, cuma tak ter'publish'. Tag yang ni dari fathien. Sorry naa, fathien. Ni jawapan yang saya siapkan dulu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------


tadi teringat balik, hari tu fathien ada bagi tag suruh jawab. tapi, saya tak jawab2 pun lagi. jadi, untuk entri kali ni saya mahu mejawab tag yang diposkan oleh fathien kepada saya beberapa minggu yang lepas. fathien, sori naa.. dan, saya mahu namakan tag ini dengan nama : Rancangan masa depan. Ahaaa, mari berkhayal sat.. :D

jawapan anda mestilah JUJUR,AMANAH,IKHLAS,SOPAN-SANTUN DAN BERPEGANG PADA PRINSIP.

Uish, syarat dia ketat no. ada jawapan saya yang tak ikut syarat2 di atas ni. Suka suki je saya longgarkan syarat.. xpe kan, fathien? :D

1) 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.
♥ first of all, mestilah seorang yang berusaha mempraktikkan Islam dalam kehidupan..hehe :)
♥ kedua, tidak merokok.
♥ ketiga, punya satu impian yang sama.. ;)
♥ keempat, sama negeri (wawa, ini syarat yang ummi bagi).. tapi kalau berjodoh dengan negeri lain macacam mana?
♥ kelima, berusaha saling memahami..chewah
♥ keenam, apa lagi ye?
♥ ketujuh, tengah duk fikir lagi ni..

2) 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.
Haa? Soalan ni perlu dijawab jugak ka? skip, skip. Haha. Ok ok, saya jawab.. minat tu tidaklah, cuma suka dan senang dengan kerenahnya sahaja ya..
♥ pertama, si dia.
♥ kedua, dia yang tu.
♥ ketiga, entah.. huhu~

3) 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.
siapa ni? suami kah? ehem, ehem..
♥ gembira la, sebab dapat bertemu dengan dia..
♥ nervous kot, sebab mesti xpernah bercakap sebelum tu.. hehe
♥rasa masa yang berlalu itu terlalu pantas.. chewah..
♥ tak tahu dah, sebab belum ada pengalaman. cecece ;)

4) 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.
membawa mida melayang-layang sat.. hehe..
♥ Mekah.. jom!
♥ Egypt a.k.a Mesir
♥ Aussie
♥ Jepun, suka orangnya.. :D
♥ Negara empat musim..nak rasa main salji, lihat keindahan pemandangan yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang memekar, merasai suasana musim luruh.. waah, seronoknya!
♥ kelilingi dunia. waah, berangan! kalau ada banyak duit takpe la jugak.. hehe
♥ syurga.. termasuk jugak kah? hehe.. ameen..

5) 7 barangan / sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.
♥ buku, jika dia seorang yang sukakan buku.
♥ jam tangan (kenapakah? Entahla, saya rasa macam best je bagi jam kat orang).
♥ kek.. di hari lahir, edisi istimewa..
♥ kamera? mungkin..
♥ of course, surprise present! suka, suka..
♥ orang lelaki suka apa lagi ye?
♥ kak sri, tolong.. bagi idea.. hehe :D

6) 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.
♥ ini rahsiya.. ade la.. mana boleh reveal kan kat sini.. hehe :)

7) 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.WAJIB!!
ramai je yang saya tengok dah jawab tag ni. ada jugak yang tak kena tag lagi, tapi depa takde blog daa~.. jadi, sekarang saya tidak mahu tag sesiapa.. hehe. pengecualian untuk sesiapa yang rajin, boleh aja jawab. Dipersilakan.

++ ok, masa memasang angan-angan sudah tamat.
sekarang, masa untuk 'hadiah' pulak.. neno neno ++

14.7.09

pesan


life is a series of lessons. agree?

kalau kita tak ambil iktibar dari pelajaran kehidupan yang sebelumnya, kita tetap saja akan berada di tempat yang sama, tanpa apa-apa perubahan. setuju tak?

and, don't be attached to anything (eg. money) because the moment you attach to it, the far it will run away from you.

13.7.09

repekan

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Hari ini, isnin. Maksudnya, dah lebih seminggu sekolah buka. Kelas pun dah banyak yang mula. Saya tak berapa nak ada mood sangat sejak kebelakangan ni. Demamkah penyebabnya? Mungkin salah satu daripadanya, kot. Saya jarang akan demam sahaja. Biasanya dua serangkai - add on selsema. Dulu (maksudnya masa sekolah), kalau saya demam saya akan mandi lama-lama, tak kiralah sambil basuh baju ke main air ke. Lepas tu selsema saya bertambah teruk, saya ambil ubat (chlorpheniramine biasanya) dan terus tidur. Keesokannya, mesti dah tak ada apa-apa. Boleh eri sekolah seperti sediakala. Tapi, sejak datang sini, 'petua' tu dah tal berapa nak menjadi. Bakteria dah resist kot dengan cara tu. Lepas buat semua tu, selsema masih tak hilang. Tambahan pula bekalan chlorpheniramine saya sudah expired. Saya beli loratadine pulak. Tapi yang bestnya loratadine ni tak menyebabkan mengantuk, jadi boleh ambil pada waktu pagi, sebelum kelas. Dah dua hari lebih selsema + demam. Bila badan tak selesa, nak belajar pun tak best sebab otak macam kosong, tak dapat nak serap.

Lagi satu, laptop saya. Sampai sekarang masih di BJ. Tadi dah telefon orang kat kedai tu dia cakap nanti dia akan telefon dalam dua hari lagi. Sungguh tak best bila tak ada laptop, sebab ada sesetangah pensyarah bagi lecture note kat kami dalam slide power point. Tugasan pun sudah mula, nak cari maklumat kena pergi CC. Kalau nak jimat pergi perpustakaan, tapi perpustakaan bukannya buka 24 jam. Pandai-pandailah menyusun masa, cik kak! Tapi yang bagusnya bila tak ada laptop ni, banyak masa tak habis di alam maya. ngeh3. Yang tak bestnya, tak sempat nak update blog, plurk, blog-hopping, main kat muka buku (fb), kena pergi CC bila nak buat esaimen. hush. Ni pinjam laptop Shikin. Sementara dia buat kerja lain, saya pinjam sat.

Lama sungguh English tak dijadikan bahasa dalam entri di sini. huhu~ Semakin berkarat lah nampaknya Bahasa Inggeris saya sekarang. Tapi takpe, 'di sana' saya masih tetap gunakannya. :P