27.5.10

diam


kalau bercakap itu, boleh mendatangkan mudarat, lebih baik diam.

diam. banyak tafsirannya. "diam tanda setuju"-biasa didengari. "diam untuk berfikir" selalu jugak jadi hujah.

bila bercakap, boleh buat orang melenting marah, bara menyala. tapi bila diam, orang pun marah jugak, sebab 'semburan'/pertanyaan tak dijawab. hmm, manusia.. lain orang, lain ragamnya. kalau pertanyaan yang dikemukakan itu, bila dijawab boleh nyalakan kembali api kemarahan, bukan ke lebih baik berdiam diri, tak menjawab? keadaan pun boleh dikawal sikit. tapi yang penat dan haru biru merah hijaunya, bila kita diam, pun kena marah jugak. habis tu, apa lagi pilihan yang ada? lari, tinggalkan tempat kejadian. 0_o

diam, bukan bererti mengalah..
diam juga bukan selalunya bermaksud setuju..

tapi..
diam, banyak bertujuan menjaga hati..
diam dipilih untuk menjaga hubungan..
diam berfikir, diam yang bijak..
kalau diam tak tahu jawapan pula?

diam, dan tafsiran manusia...


----------------------------
fobia. saya rasa saya ada fobia jenis ni -> philophobia. agaga~

18.5.10

malam ini


malam ni saya turun ke bawah, keluar sedikit dari rumah dan berada di halaman. duduk atas buaian, ambil angin malam. kepala mendongak langit, lalu terpantul : banyaknya bintang! ada bulan berbentuk sabit yang indah juga. langit malam ni sungguh lawa. mendamaikan. macam tak ada tanda-tanda nak hujan. subhanallah. lepas tu mula terfikir. wah, bestnya kalau rumah saya (ehem!) nanti ada rooftop. tak pun beranda yang tak berbumbung. nanti malam malam boleh intai langit. whoa!

duduk atas buaian, terasa bayu sungai (eheh, pepandai je reka. sebab belakang rumah saya ada sungai. sebab tu la kot rasa angin sungai menerpa). saya tengok langit sekali lagi, ada kapal terbang melintasi ruang udara. teringat memori hantar nabli, ummi naik kapal terbang dulu. tundukkan sedikit pandangn, nampak pokok pauh 'rekngam' (saya tak tahu apa nama pauh ni dalam bahasa melayu standard. ala, yang buah dia kecik-kecik tu. orang suka buat jeruk). terimbas kembali zaman kanak-kanak dahulu. yang penuh warna warni. juga luka semalam.

kalihkan pandang ke jalan raya. walaupun pandangan saya dibatasi pagar rumah ni, tapi masih boleh nampak dan dengar kenderaan yang lalu-lalang tak putus-putus. sesekali, beberapa motosikal berhenti dan saya pun tak tahu apa yang mereka buat. berdiskusi. kejap bukak lampu motor, bunyikan hon, cuba signal. lepas tu tutup balik. eh tak lama lepas tu bukak balik. aih, pelik saya. tengah belajar nak guna hon dan signal kot. =p lepas tu lalu sekumpulan budak yang menginap di pondok (dekat rumah saya ada sekolah arab meheliah, pelajar sekolah ni biasanya akan menginap di asrama yang dipanggil pondok) baru balik dari membeli barang agaknya di kedai ku zah dekat sini. mereka berhenti dan menegur pembonceng motosikal tu tadi. kawan depa kot. kejap ja berborak, lepas tu teruskan perjalanan balik ke pondok. [ragam manusia]

mulalah saya perhatikan kembali perjalanan hidup saya selama ni. selama hampir 24 tahun di atas bumi pinjamanNya ini. apa yang telah saya buat. peristiwa demi peristiwa terbentang di benak fikiran. lembaran impian demi cita-cita terbuka kembali. mula merenung dan memikirkan. bak kata trisy dalam Rooftop Rant:
contemplating.
past,
present,
future.

17.5.10

it's a tag


Lets solve the tag by miss arina. Given to me several days (still can be count rite? hee) ago. Thanks, dear!

"Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real .. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question."

What is your name: Nuha

A four letter word: Nice

A boy's name: Nawi

A girl's name: Nadia

An occupation: Novelist (wow wow! berangan je. haha)

A color: Neon carrot crayon colour

Something you'll wear: Neon fuchsia t-shirt. (ahah, ade ke nih? jap nak check dalam almari)

A type Types of food:
1. Nasi kerabu without ulams, okeh? especially mom-hand-made. yummy yummy. (sebab ikut suka hati ja letak banyak mana pun bahan-bahan dia, kan. hehe)

2. Nasi putih tomyam campur at azlan
3. Nasi lemak in front of petronas and maybank
4. Nasi putih with other lauk. (a typical malay am i? =D)
[except for Nasi Basi. huhu.]

Things found in the bathroom: Nila.

A place: Netherlands. (kincir angin dan tulip!)

A reason for being late: Not enough sleep. will lead to overslept. (evil)

Something you'd shout: Nak!

A movie title: Nancy Drew?

Something you drink: Nectarine juice

A musical group: NSync

An animal: Nyamuk. (sila pasang kelambu sebelum tidur ye)

A type of car: Nissan skyline GTR (ngehngeh)

A type of fruit: Naga (erk! i dont like it)

Tag others:
anyone interested? silakan. =)



-----------------------------------------
wahwah. musim cuti sekolah bakal menjelang. dan musim kenduri pun akan bermula. i got 8 invitations. 5,6,6,10,11,12,12,14. i'm not sure i can attend all of them or not. waa, sedihnya kalau tak dapat pergi.

15.5.10

ke takbai sat


nak ke takbai sekarang dah agak susah. kalau tak ada passport atau borderpass, jangan harap la boleh melepasi pemeriksaan kastam. semalam, masa nak ke sana dengan ummi dan aman, kami kena sekat bila nak naik bot [?]. pegawai tu kata : guna arah lain. last-last kami naik feri ja. tak suka sebenarnya naik feri ni sebab agak leceh. masa menunggu agak lama. nanti dia akan tunggu sampai feri tu penuh dulu baru gerak.

price dalam bahasa siam = raka eh?

sepanjang saya perhatikan..
remaja perempuan di sekitar takbai suka pakai skirt labuh digandingkan dengan t-shirt. jarang yang suka pakai seluar. kalau naik motosikal, undang-undang mereka tak mewajibkan penunggang motosikal pakai topi keledar [kot?] sebab memang amatlah jarang saya jumpa pembonceng dan penunggang motosikal yang pakai topi keledar, walaupun di atas lebuh raya. lagi satu, letaknya bakul di hadapan motosikal depa (kalau kat sini, bakul motosikal letaknya kat tengah, antara pemegang dan tempat duduk). jadi tak biasa, bila saya bawak motor kat sana sebab bila saya membelok ke kanan, bakul dia tetap stay kat depan, tak belok sekali. jadi kekok. ingatkan motor tu tak boleh nak membelok. huahuahua.




ok, i'm back in facebook. after hiatus for 3 days. oh what? just 3 days? heee. ada perkara untuk diselesaikan.


-----------------------------------------
  1. abuya meninggal. inna lillah. setiap yang hidup pasti merasai mati. cuma masanya sahaja yang menjadi rahsiaNya. kumpulan nadamurni, salah satu daripada 'produk' kumpulan al-arqam ni. saya membesar dengan lagu-lagu daripada mereka. dan masih saya ingat, masa kecik dulu abi selalu putarkan lagu nadamurni untuk kami dengar dalam kereta on the way nak pergi mana-mana. sampaikan, saya boleh ingat luar kepala lirik lagu-lagu dia. tenang je rasa bila dengar. best.
  2. soalan : jika diberi pilihan. antara isteri dengan adik, mana satu menjadi keutamaan?

13.5.10

rawak


"barangsiapa yang banyak membaca istighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahannya dan menjadikan kelapangan dari setiap kesempitannya.."

siap pun kemas semua barang. masa kemas barang ni lah, baru saya sedar, baaanyaknya la hai barang yang saya bawak balik! nota tak payah cakap la. satu sem, satu kotak. tapi kotak kertas A4 je la. tu la, rajin sangat nak bawak balik semua nota padahal ada je softcopy dalam laptop ni. ai, sayang la nak bagi kat orang. huahua. pinjam takpa. =D ni pun ummi suruh simpan semua nota tu dalam almari kat dapur. tapi saya fikir, mesti tak muat sebab ruang kosong kat dalam almari tu ada sikit je lagi. setakat ni saya tak rasa nak pindahkan semuanya ke mana-mana lagi. biarkan 'mereka' berbalut kemas dalam kotak tu. nak selongkar lepas ni pun senang. macam comel la pulak tengok, bersusun.

kalau duduk kat rumah kan, mesti ada je benda yang terfikir nak kena buat. siap satu kerja, banyak lagi yang tak beres. macam tak luak-luak. tapi kadang-kadang terasa jugak nak keluar. dah memang saya ni kaki jalan. hehe. rasa pelik bila tak keluar rumah. pergi rumah mak saudara pun kira ok dah. masalahnya sekarang, semua sepupu-sepupu saya yang kecik tu dah mula sibuk. dengan qiraati petang nya, dengan kelas tambahan malamnya, dengan persatuannya. kalau pergi rumah mereka pun, tak tahu nak buat apa jugak. biasanya kalau depa tu ada, bolehla saya tarik pergi pantai seri tujuh ke pantai geting ke pantai kuala ke.. kawan-kawan terdekat yang saya selalu hang out pun tak ada. amani, nun jauh di shah alam atau melaka. ana pulak dah kerja kat wisma kota bharu. hujung minggu baru balik. nak tak nak, saya kena cari idea buat aktiviti kat rumah je la.. tapi, cuti kali ni agak lama.. boleh naik bosan jugak. hurmm.. (baik berhenti. ini simptom -symptom cannot be measured, right? sign, can be measured- saya nak mula cakap tak berhenti)

alamak.
insomnia. [-_-!]
ada idea nak atasi tak?