nak ke takbai sekarang dah agak susah. kalau tak ada passport atau borderpass, jangan harap la boleh melepasi pemeriksaan kastam. semalam, masa nak ke sana dengan ummi dan aman, kami kena sekat bila nak naik bot [?]. pegawai tu kata : guna arah lain. last-last kami naik feri ja. tak suka sebenarnya naik feri ni sebab agak leceh. masa menunggu agak lama. nanti dia akan tunggu sampai feri tu penuh dulu baru gerak.

price dalam bahasa siam = raka eh?
sepanjang saya perhatikan..
remaja perempuan di sekitar takbai suka pakai skirt labuh digandingkan dengan t-shirt. jarang yang suka pakai seluar. kalau naik motosikal, undang-undang mereka tak mewajibkan penunggang motosikal pakai topi keledar [kot?] sebab memang amatlah jarang saya jumpa pembonceng dan penunggang motosikal yang pakai topi keledar, walaupun di atas lebuh raya. lagi satu, letaknya bakul di hadapan motosikal depa (kalau kat sini, bakul motosikal letaknya kat tengah, antara pemegang dan tempat duduk). jadi tak biasa, bila saya bawak motor kat sana sebab bila saya membelok ke kanan, bakul dia tetap stay kat depan, tak belok sekali. jadi kekok. ingatkan motor tu tak boleh nak membelok. huahuahua.
ok, i'm back in facebook. after hiatus for 3 days. oh what? just 3 days? heee. ada perkara untuk diselesaikan.
-----------------------------------------
- abuya meninggal. inna lillah. setiap yang hidup pasti merasai mati. cuma masanya sahaja yang menjadi rahsiaNya. kumpulan nadamurni, salah satu daripada 'produk' kumpulan al-arqam ni. saya membesar dengan lagu-lagu daripada mereka. dan masih saya ingat, masa kecik dulu abi selalu putarkan lagu nadamurni untuk kami dengar dalam kereta on the way nak pergi mana-mana. sampaikan, saya boleh ingat luar kepala lirik lagu-lagu dia. tenang je rasa bila dengar. best.
- soalan : jika diberi pilihan. antara isteri dengan adik, mana satu menjadi keutamaan?
2 comments:
complicatednya soalan last sekali tu..huhu..bergantung kepada situasi,kalau situasi tu menunjukkan rasional memihak kepada isteri,maka pilihlah isteri..hehe kalau lebih kepada adik,pilih la adik...tp mmg kena buat keputusan yg tak menyakitkan hati mana2 pihak sbb dua2 pun penting ;)
tapi, kalau situasi tu membenarkan hanya satu pilihan dibuat, dan kedua-dua pihak yang sama-sama penting pulak terlibat. macam mane? =_= huu, susah kan nak buat keputusan?
Post a Comment