cerita berterabur:
-------------------------------------
jadual oncall bulan 4 dah keluar. yang tak bestnya bila saya kena kerja hari jumaat malam, 22hb. oh tidak!. masa tu memang perlu dikosongkan sebab saya dah merancang nak ke PWTC.. minggu tu je yang boleh, sebab 28hb, saya dah mula oncall TDM. fikir punya fikir. pusing punya pusing jadual, akhirnya dapat tukar dengan anis, exchange dengan 8hb. tapi kalau ikut jadual oncall ni, kesian pulak kat hajar. sebab dia kerja malam, semalam dan dia kena kerja malam lagi, lusa.. ting tong kot rasa? (tapi syaza pernah kena sekali macam tu dulu). jadi, saya tawarkan diri untuk tukar dengan 8hb tu. dia setuju. jadilah sekarang, saya night shift lusa.. selesai satu masalah.. :)
-------------------------------------
tadi, PM shift. masuk kerja pukul 2 petang.. balik pukul 10 malam. masa pergi kerja pukul 2 tu, cuaca elok lagi. jadi, pandailah berfikir untuk tak bawa payung. dan 'park' kereta luar kawasan KFC.. kira-kira 3minit (kot?) kalau berjalan kaki dari tempat letak kerta tu ke lobi hospital. sekali, lepas kerja hujan turun dengan sangat lebat. risau dah. pukul 10, hujan lebat.. pukul 10.15, hujan lebat lagi.. pukul 10.30, pun sama. alamk, macam mana mahu balik? 10.45malam, bertekad untuk meredah hujan. berlarilah dia kehujanan. moralnya : jangan rajin lagi bawa payung walaupun dah tahu sekarang ni musim hujan tidak menentu. [cool lah kononnya? 8-). akhirnya, diri sendiri juga yang susah. huahua]
-------------------------------------
minggu depan minggu ke-tiga kat TDM. sepatutnya dah boleh buat keputusan bila dapat kes TDM, dan boleh mula klerk kes. tapi.. boleh ke? minggu ni saja pun tukar dengan sammantha kat DIS, sebab ada audit. dan, tiap-tiap hari bila pergi kerja, mesti teringat pada LP dan KPK.. apa status item-item itu? kena update, kalau tidak.. tak boleh nak jawab bila pemohonnya bertanya. nak nak pulak kalau item-item tu sangat kritikal. huhu~ [item KPK sangat lambat untuk diproses. sebab sangat banyak prosedur. paling cepat pun, 2 bulan. kot? kesian kat pesakit, kan? teringat satu kes tu. borang KPK baru je 3 hari dihantar ke BPFK, pesakit dah meninggal. huu~]
------------------------------------
saya sedang survey usrah untuk diikuti. ada idea?
saya sedang survey usrah untuk diikuti. ada idea?




