5.6.09

t'ganu

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

penat. pening. letih. sakit2 badan. 2hb dan 3hb, pergi terengganu. family trip, bersama keluarga cikma + kholati + ayah nor + sabri. abi drive dari rumah sampai ke gong badak, sebelum diambil alih oleh saya, sebab abi tak larat nak bawa. pengalaman kali pertama drive dari kelantan (gong badak) ke KT. berhenti menunggu cikma dan kholati di tok bali. macam tak percaya pun ada, saya berani bawa jauh. hehe. :D

sampai KT, kami berhenti solat kat masjid tengku tengah zaharah (masjid terapung) dulu, sebelum check in di Qurata Riverside Resort. Bertolak dari rumah (kelantan) agak lewat la jugak, dekat2 pukul 10 pagi dah.. lepas tu, berhenti makan tengah hari kat tengah jalan (bekal).. 3 kereta bersusun, tapi bila sampai kat Manir, satu kereta terlepas ke pusat bandar, 2 kereta lagi masuk jalan kuala berang. 2 kereta tu stuck dekat traffic light tapi kereta yang kat depan tu tak perasan pun tertinggalkan 2 kereta jauuh di belakang. bila perasan, abi cakap mungkin mereka ikut jalan lain. tapi, bila telefon rupa-rupanya mereka ambik jalan ke kuala berang (a.k.a Q-ber eh?).. lepas tu, saya cakap ngan ayah su, ikut signboard p kuantan. then, ikut papan tanda ke masjid tengku tengah zaharah, sebab kami berhenti solat zohor + asar jama' taqdim serta qasar kat situ. 10 minit selepas DBG sampai, menyusullah DAR dan WEV. hehe. kena marah sat, sebab tertinggalkan depa kat belakang. ngee~ semua tak tahu jalan sangat, saya pun tak kenal jalan jugak. main ikut signboard je.

sampai resort dekat asar dah. lepas solat, kami p pantai Batu Burok. tapi, tak aci. eh, aci kot. kali ni saya yang kena tinggal pulak. ohoo, balas dendam ye. :D. nasib baik saya cari jalan, jumpa. mereka p kolam renang, budak2 nak mandi air kolam. 6.30petang, tempat tu tutup, terus balik. malam tu, agak bosan, sebab tak pergi mana-mana. dalam hati : kan best kalau boleh jalan-jalan tengok bandar, tapi takde siapa yang nak p. semua letih. saya je kot yang bersemangat. aga ga ga. yang lain-lain ok je kot, cuma driver yang agak kepenatan la. so, malam tu kami hanya bertapa kat resort sahaja, menikmati bayu malam yang damai (resort tu tepi sungai), pusing-pusing resort, tengok orang tangkap ikan, makan-makan kat anjung (bekal tadi), main buaian..

esoknya, kami check out pukul 11pagi. budak-budak sempat mandi kolam kat resort tu. time tu, air dalam kolam dah banyak. semalam (2hb), air tak banyak lagi. kolam tengah baiki time tu. lepas tu, kami bertolak ke TTI. dan, sempat makan buah langsat la jugak. konon-kononnya tak mahu ikut jalan masuk bandar nak ke TTI tu, tapi terrmasuk bandar, sebab silap pilih jalan. jadi, terpaksalah kami berhadapan dengan traffic light yang banyak-banyak tu. jenuh sungguh menunggu. oh, saya tak tahu kenapa la kawan saya suka bila jalan jam. pukul 3.30petang kami bertolak pulang, sebab malam tu saya kena bertolak datang penang. letih sungguh. naik bas malam tu, memang nyenyak la tidur. :D

p/s: bateri dah kritikal. no final editting. lain kali lah ye.. :P

No comments: