13.7.09

repekan

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Hari ini, isnin. Maksudnya, dah lebih seminggu sekolah buka. Kelas pun dah banyak yang mula. Saya tak berapa nak ada mood sangat sejak kebelakangan ni. Demamkah penyebabnya? Mungkin salah satu daripadanya, kot. Saya jarang akan demam sahaja. Biasanya dua serangkai - add on selsema. Dulu (maksudnya masa sekolah), kalau saya demam saya akan mandi lama-lama, tak kiralah sambil basuh baju ke main air ke. Lepas tu selsema saya bertambah teruk, saya ambil ubat (chlorpheniramine biasanya) dan terus tidur. Keesokannya, mesti dah tak ada apa-apa. Boleh eri sekolah seperti sediakala. Tapi, sejak datang sini, 'petua' tu dah tal berapa nak menjadi. Bakteria dah resist kot dengan cara tu. Lepas buat semua tu, selsema masih tak hilang. Tambahan pula bekalan chlorpheniramine saya sudah expired. Saya beli loratadine pulak. Tapi yang bestnya loratadine ni tak menyebabkan mengantuk, jadi boleh ambil pada waktu pagi, sebelum kelas. Dah dua hari lebih selsema + demam. Bila badan tak selesa, nak belajar pun tak best sebab otak macam kosong, tak dapat nak serap.

Lagi satu, laptop saya. Sampai sekarang masih di BJ. Tadi dah telefon orang kat kedai tu dia cakap nanti dia akan telefon dalam dua hari lagi. Sungguh tak best bila tak ada laptop, sebab ada sesetangah pensyarah bagi lecture note kat kami dalam slide power point. Tugasan pun sudah mula, nak cari maklumat kena pergi CC. Kalau nak jimat pergi perpustakaan, tapi perpustakaan bukannya buka 24 jam. Pandai-pandailah menyusun masa, cik kak! Tapi yang bagusnya bila tak ada laptop ni, banyak masa tak habis di alam maya. ngeh3. Yang tak bestnya, tak sempat nak update blog, plurk, blog-hopping, main kat muka buku (fb), kena pergi CC bila nak buat esaimen. hush. Ni pinjam laptop Shikin. Sementara dia buat kerja lain, saya pinjam sat.

Lama sungguh English tak dijadikan bahasa dalam entri di sini. huhu~ Semakin berkarat lah nampaknya Bahasa Inggeris saya sekarang. Tapi takpe, 'di sana' saya masih tetap gunakannya. :P

3 comments:

Anonymous said...

oh demam ye.
smoge cepat sembuh ..
=)

Anonymous said...

Moga Kak Nuha ceria2 selalu. Ujian kot tu ^_^

p/s Sgt rindu nak dgr Kak Nuha bagi nasihat.

nurunnuha said...

Arina:
dah sembuh. alhamdulillah. and, thanks for the wish! (=

Nadiah:
trying to be.. :)
ye kot, ujian kan silibus kehidupan.. hehe

p/s Oh oh. silap2. saya tak pandai sangat bagi nasihat, hanya sekadar berkongsi pendapat. =)