1.7.09

30-06-09

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

lama tak update sesuatu di sini. entah, macam takde mood sejak dua menjak ni. hoho~

semalam p Yala.. berani tu nak p Yala. lama dah tak naik ke sana, seingat saya dalam 5 tahun dah kot. kami tak berani. semalam, genap 5 tahun arwah sidi (datuk) meninggal. saya ingat tarikh dia, sebab tarikh tu sama dengan hari lahir kawan saya. tahun pulak, sebab time tu..
30 julai 2004(rabu)
saya duk kat sekolah, petang tu ada kelas tambahan untuk cover balik subjek tingkatan 4. abi cakap sidi tenat. abi ajak balik ke sana. saya kemas barang dan berangkat. petang tu jugak kami sekeluarga bertolak. sampai sana, sidi tengah tenat. abi ajar mengucap. tak lama selepas tu, menjadi arwah. abi bisikkan ke telinga saya : sidi nak tengok kak. dia tiada lepas kak datang. then, saya tenggelam.

semalam, p dengan ayah mat, su bah, abi, nabli ngan kak jah.. p jumpa mek(nenek), mok cik ngan mok long.. tapi jumpa jugak dengan kak ye, kak lah, fatimah, asma'.. sumayyah je tiada, dia duduk dengan suami dia. (adik.. sumayyah lagi muda daripada adik kan?)

bertolak dari Malaysia jam 12 tengahari, lewat sangat dah tu.. naik bot, siapkan urusan imigresen dekat-dekat 12.30. naik kereta ayah mat, ambik kak jah dan su bah di sekolah takbai (sebab mereka p tengok husnani nasyid di situ).. dulu, kalau nak p Yala ambik masa dalam 3 jam, tapi sekarang 2 jam dah boleh sampai. perjalanan Takbai-Yala dalam 100++ km. saya suka jalan raya dia. sekata.

on the way nak ke Yala tu, banyak sungguh road block oleh askar.. phew, takut pun ada, sebab mereka semua bersenjata.. ada satu road block tu dia buat kat depan wat (tempat sembahyang orang siam). nampak macam ketat sikit kawalan kat situ. ayah mat cakap dalam wat tu masih ada lagi mayat seorang sami ni, mereka tak bakar pun lagi mayat dia. entah, tak tahu sebab apa. sami yang ni mereka cakap macam 'keramat' sikit. dalam perjalanan pergi dan balik tu alhamdulillah, kami tak apa-apa. hehe :)

kami sampai Yala dalam jam 2.30petang. abi ajak makan nasi + sup. abi belanja kami. yeay! boleh tahan jugak la sup dia. harga pun boleh tahan. heh. lepas makan nasi, kami p rumah mok long. berkumpul kat sana. mek dan mok cik pun duk kat sana. tapi rumah tu sunyi sikit sebab time kami sampai tu, budak-budak pergi sekolah. budak sekolah rendah balik jam 4 petang. kadang-kadang pukul 5 baru sampai. lama sungguh tak jumpa mereka. husna sudah besar panjang, sekolah menengah dah pun dia. (adik, muna.. ingat husna?).

pst: sorry, gambar senget.. saya tak reti nak pusing video ni biar jadi tak senget..

ralit sungguh saya dengar budak ni (anak sepupu) bercakap. ternganga la jugak, sebab banyak yang saya tak faham. sikit je yang faham. time ni dia tengah buat bentuk-bentuk binatang guna tangan.

pukul 5 petang, kami minta izin mahu bertolak pulang. kalau lambat, tak sempat nak masuk Malaysia, sebab pintu masuk Malaysia tutup jam 7petang. dalam kereta, saya sempat ambil ni..

part of bandar Yala time habis sesi persekolahan (jam 5 petang).. mereka ni bersekolah menengah.

tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak. tapi sempat tambah dua perkataan baru dalam glosari:
raingantua - daftar
banchut - tetap

v(^_^). perjalanan balik, ayah mat pecut kereta. 150 dia bawak, nak kejar masa. bila saya cerita kat ummi, ummi cakap : nasib baik ummi tak p. (ummi tak p sebab dia tak boleh nak cuti).. tapi tak sempat jugak. huhu.

------------------
1- tiga tag menanti, nanti saya buat ye.. hehe :D
2- ada siapa-siapa yang tahu macam mana nak 'mute'kan video untuk di'upload', tak?

No comments: