3.1.10

keliru

Kenapa ya, semakin lama belajar jadi semakin keliru. ingatkan dah kemasuntuk disimpulkan, rupanya simpulan masih longgar, genggaman masih tak kuat, tunjang belum cukup utuh untuk melawan puting beliung.

satu demi satu daun mula gugur
sedikit demi sedikit dahan mula rapuh
akhirnya, apa lagi yang tinggal?
meneguhkan tunjang di kala keributan mengganas,
harapan itu, masih wujudkah?

bila semua di sekeliling menjadi kaku
waktu segalanya di sisi bertukar rentak
masih tegarkah lagi
sekeping hati itu
untuk bertahan?

kekeliruan demi kekeliruan
yang tiada penghabisan
kerana hidup ini dirasakan eksperimen
apa akan jadi bila buat itu?
buat begini pula, apa impaknya?

tika semua orang memilih kanan
tapi diri bersendirian memilih kiri
'survival' itu jadi taruhan..

kala semua orang sibuk
dengan idea-idea canggih mereka
aku di sini
memilih
untuk
berdiam diri

[pelangi itu.......................................betulkah warnanya, tujuh?]




H24, CG, usm,
010110
10.30pm

erk! bahasa agak tunggang langgang di sini. kecelaruan. aiseh [-_-"]

---------------------------------------------
soalan : kenapa ya orang selalu suka salah anggap?

2 comments:

sarahfazalul said...

dear sis, apa yang mengganggu fikiranmu tu? mind to share?~

'Allah menguji keikhlasan bila bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila ada masalah, Allah melatih kesabaran dalam kesakitan dan Allah tak pernah 'mengambil' sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikan yang lebih baik..'

gambatte nuha-chan~

miss kalut said...

wiwit. sajak cik nuha
tpi. tjuk nya lgi bgus celaru.. >_<