cinta sufi by Ramlee Awang Murshid.
(oh, tak jumpa cari gambar cover buku ni yang sama dengan saya punya)
habis sudah saya khatamkan buku ni. haa, ni la faedahnya duduk kat balik pulau (yang saya suka sebut sebagai lek lau) bila tak tahu nak buat apa-apa. sedikit demi sedikit akan saya gunakan untuk habiskan stok buku yang banyak lagi berbaki tu. tadi, masa pergi settlekan urusan JPJ untuk motosikal kat BJ, sementara menunggu giliran tu, sempat lagi saya belek-belek buku 'jangan bersedih, jadilah wanita yang paling bahagia' oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni. hoho, dah bosan sangat menunggu tak tau nak buat apa. nasib baik sempat di'campak' buku ni masuk dalam beg galas sebelum bertolak. ada la jugak peneman kebosanan saya tadi. ehe. =D

ok, berbalik kepada buku 'cinta sufi'. katanya, buku ni adalah kesinambungan daripada buku 'hijab sang pencinta'. oh, buku tu saya tak baca lagi. tapi, baca buku ni pun best. kagum dengan saifuddin tu yang merasakan dirinya sentiasa berlumuran dosa lalu menjadikan istighfar dan zikir-zikir tidak pernah putus daripada hatinya. cerita ni bagus, untuk muhasabah diri. walaupun sesetengah orang akan kata, watak dia terlalu sempurna.. tapi saya tak tengok dari sudut tu.
terfikir banyak kali lepas baca buku tu. hingga terkadang terlintas (erk! boleh ke guna dua kali 'ter' sebelah menyebelah?) di fikiran : ada lagi ke orang seperti tu? huu, kagum! (hee, kekagumanku kadang-kadang boleh jadi jakun).
keseluruhannya, cerita dia boleh la. agak best. cinta sufi yang membawa catalina kepada iman dan takwa. bila terbaca kata-kata yang diajarkan saifuddin kepada catalina sebelum dia memeluk islam tu, (Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah melindungiku) teringat yang saya pernah terbaca kata-kata ni suatu masa dahulu, tapi di mana ya? ia dikatakan bagus untuk diajarkan kepada budak-budak kecil supaya nanti dia akan jadi kuat, tidak lemah kerana semangat daripada kata-kata tu meresap dan sebati dalam tubuh andai selalu diucapi.
cinta sufi,
cinta yang tulus,
cinta abadi,
bukan didasari nafsu semata,
bermatlamat mencapai redhaNya..
No comments:
Post a Comment