12.7.10

dapat mana?


sedikit cerita pasal medical check-up tadi. tadi, ke hospital tumpat nak buat medical check-up. tempah tarikh hari ni sebab minggu lepas saya tak ada kat kelantan. ikut prosedur, ada 5 tempat saya kena pergi. mula-mula, daftar dan ambil bacaan untuk vital sign. lepas tu ke unit hasil (sini la dia akan bagitahu berapa yang kena bayar. eh? ye kot, sebab dia cop atas kertas saya tu : percuma. jadi, saya anggap sini la kaunter untuk pembayaran tu). lepas tu ke unit x-ray (fuh! nasib baik orang yang buat pemeriksaan x-ray tu perempuan!). kemudian ke makmal patologi. bersambung waktu petang, untuk pemeriksaan oleh doktor perubatan. 5 tempat, dan setiap tempat ni la saya dapat soalan : kena kerja kat mana? lapor diri bila? lapor diri kat mana? ad-dess! saya tak dapat lagi surat untuk penempatan. saya baru dapat surat lantikan sahaja. jadi, saya tak tahu lagi saya kena kerja kat mana. hee~ =)

masa nak sambung pemeriksaan sebelah petang tu, ada pakcik yang jaga kaunter x-ray tu tanya saya : dulu mrsm mana masa tingkatan 4, 5? tuudia.. huhu. saya jawab : maahad perempuan. dia cakap : oh, ade eh sekolah arab kerja bidang ni? phew! apakah?? saya jawab : sekolah tu ada aliran sains juga, jadi kami boleh sambung dalam bidang berkaitan dengan sains la juga.

huu, esok pergi pejabat tanah pulak. lepas tu bercadang nak terus ke al faiha'. tak lekat di rumah sungguh la..

-------------------------------
ps : jumpa orang sila usaha untuk senyum, kalau nak orang senyum pada kita balik. contoh paling mudah untuk frasa what goes around, comes around.. kalau dia tak nak senyum balik pun tak ape, bukan kita dapat dosa pun. kan?

hati, boleh ke dipaksa?

2 comments:

Anonymous said...

nuha , nak tanya...dapat mana?? haha

-oghe KELATE keje JOHOR-

nurunnuha said...

ni sorang lagi. skip2 baca, jangan buat ye. haha

selamat berkhidmat di JOHOR! kutip la pengalaman banyak2 duk negeri orang.