26.9.10

kereta

rasa macam sayang nak buat entri baru. sebab sangat suka dengan entri code blue tu. macam bersemangat bila teringat cerita tu. =D

okeh, mari bercerita cerita pagi tadi. tiba-tiba pula saya kena jadi cikgu kepada cik muna dan shida (erk! shifa la). entah kenapa tiba-tiba je bersemangat dua orang tu nak belajar kereta. dan kerana tak mahu mengecewakan mereka (echeh ayat), saya pun ajar la sikit-sikit. muna baru belajar dua kali tapi ok la, cepat pick-up. shifa aka huda pula baru kali pertama belajar. belajar di pantai geting. selepas berjoging (eh tak! berlari, berhenti, dan bermain sebenarnya. hehe), kami meneruskan niat itu. muna drive dulu, dari pantai geting ke galeri tengku anis. masa nak balik, huda ambil alih. pergh! boleh tahan jugak mereka ni. sempat la juga ada adegan terlanggar meja kedai makan orang. huhu. 

teringat pula dulu masa saya mula-mula belajar. tak terkira juga la kereta tu mati tiba-tiba. pandai sangat tak tekan clash dan neutralkan gear bila nak berhenti. huahua. tapi lama-lama, ok la. dah biasa. practice makes perfect, ey? :D


-------------------------
oh sungguh la. saya dah dapat side effects daripada movie marathon sekarang ni. ad-des! 

* shuffling :
- 'never say never'-karate kid
- and 'I am near'-native deen ;)

2 comments:

♥ Izzah Marzuki said...

nuha, sangatlah cantik blog ini! sngat mendamaikan & biru mata memandang.. heheee.. comel comel.. lama x komen kat sini kan.. huhu bz yg amat la. ni pun sbb kurang sket dah kebziannye.. ok la ye nuha. catch u later, insyaAllah! ;)

nurunnuha said...

kak izz!
saya pun suka blog kak izz, rase macam duk di awanan jap. bebas. =)

kak izz, lame dah saya tak berkeluarga di plurk. selalu je teringat tapi semacam tak menyempat nak berkhabar sebab online kejap2 je. hanya mengikuti perkembangan semua melalui blog dan fb. huhu.

;)