7.10.10

amla


Hari : Isnin 
Tarikh : 041010

Aman : kakak pergi bila?
Kakak : esok
Aman : pukul berapa?
Kakak : 3 petang..
Aman : Aman nak bermain puas-puas dengan kakak.. Nanti lepas ni sunyi la bila kakak tak ada kat rumah..

Hari : Selasa
Tarikh : 051010 
Jam : 4 petang 
kakak aman bertolak..

Aman : Kakcik nak pergi bila?
Kakcik: Esok
Aman : malam?
Kakcik : ye, pukul 10 malam..
Aman : aman nak bermain puas-puas dengan kakcik sebelum kakcik pergi. Kakcik nak air milo ke susu? (sebelum ni dia bagi air milo untuk kakak)
Kakcik : tak kisah..

Hari : Rabu
Tarikh : 051010
Jam : 10 malam

kakcik masuk untuk bertolak..

Rewind, 10 minit sebelum kakcik masuk..
Aman menangis masa bersalaman dengan kakcik, dan dileraikan oleh ummi..
Aman pun pandai menangis jugak ye..

Saya? Jangan lepaskan orang yang mahu berjuang dengan sebuah tangisan. (bajet macho la. padahal..)
Semoga mereka berjiwa besar.
Semoga kalian berkuat!

Rewind, petang rabu..
Aman : Kak kerja bila?
Kak : Tak tahu lagi, aman..
Aman : Kak kerja lambat-lambat sikit deh, tak best tak ada orang kat rumah..

Forward, 30 minit, dalam kereta..
Aman : Kakcik minum semua ke air susu Dutch Lady yang Aman bagi tadi?
Kak : Ye, kakcik minum sampai habis..

Habis cerita Aman.

--------------------------------------

Lepas ni dah tak ada orang untuk cipta resepi pelik-pelik (kurma berkacang tumbuk, puding biskut letak rambutan, agar-agar milo letak biji gajus + kacang tumbuk), dah tak ada orang untuk saya buli (basuh kain, jemur kain, lipat kain, sapu sampah, basuh kereta), dah tak ada orang untuk saya kongsi dengar cerita, gurau over2 (:p), belajar kereta, jogging bersama. Oh, buat semua tu dengan orang lain selain anda berdua adalah tidak best, tahu? Hehe..

Tengok semua orang bersedih, menangis, bila orang yang mereka sayang berjauhan untuk sementara waktu buat saya terfikir.. bagaimana di akhirat nanti ya? Di sini, sekurang-kurangnya ada peluang juga untuk berjumpa jika diizinkanNya.. tapi di sana? Bisakah kita semua berjumpa kembali? Semoga kita semua dapat berkumpul bersama orang yang kita sayang di syurgaNya nanti, dengan rahmatNya sudah tentu. Ameeenn..

Amla chuan__ (ape ntah, saya lupa perkataan di belakang ni - kena tanya huda) yang membawa maksud ” perpisahan yang sementara”, dalam bahasa thailand. Jangan tanya saya macam mana mahu eja, saya tak reti. Saya reti sebut sahaja. Amla chuan.....

lately, i love rain so much!