bahagian satu -> sebab banyak nak cerita dalam ni. tapi kita tengok ye, cerita tu sampai mana je boleh dikarang.. =p
dua tiga hari ni selalu je bukak dashboard blog, niat nak post something tapi akhirnya jadi kerja separuh jalan. dua tiga hari ni duk fikir pasal SKT (sasaran kerja tahunan) lah, SBPA (sistem baru perkhidmatan awam) lah, tempat posting lah, kad atm kena block lah. huahuahua. havoc days~~
ok, mari kita bermula.
pagi tadi, setelah bosan telinga menadah soalan 'nuha dapat posting mana?', saya pun telefon lah ke KKM. masa nak telefon tu tak ada perasaan apa-apa pun sebab sebelum ni dengar kawan sekerja (ehem!) cakap : susah telefon KKM. susah nak tembusi talian. telefon sekali, engage, dua kali engage, tiga kali pun masih engage. sampailah berbelas-belas kali baru dapat. tapi tadi tidak, sekejap je saya minta operator sambungkan ke nombor KKM, terus dapat (mungkin sebab intake untuk pegawai farmasi kali ni tak ramai). lepas tu senang pulak dia sambungkan ke sambungan pegawai yan terlibat. selepas agitahu nombor kad pengenalan, dia semak dan bagitahu keputusan. dan tadaa, seperti yang dijangka lah. saya tanya dia, bila nak kena lapor diri? dia cakap 3 jan. huh? mana sempat nak selesaikan semua urusan-urusan di sini secepat itu? dah la esok, lusa dan ahad ni saya cuti. 'meme bereh!' dengan SKT yang nak kena hantar sebeum 3 jan lagi, dengan SBPA lagi. surat rasmi untuk pertukaran belum sampai lagi. kena tunggu surat dulu kot?
dulu masa isi borang untuk FRP (fully registered pharmacist) ni, tak ada lah saya fikir sangat nak dapat mana. sekali, bila dah tahu kena 'campak' kat mana lepas ni, risau lah pulak. hehe. sayang sebenarnya nak tinggalkan hospital ni. hospital ni banyak mnegajar saya. daripada seorang yang pendiam, tak berapa suka bergaul jadi seorang yang suka bercakap dan suka tegur orang (uhuh, sampai ada yang tak percaya bila saya niat nak jadi seorang pendiam. mereka kata : boleh ke? walaupun dalam minda dah set, hari ni tak nak cakap banyak, tapi bila pergi ACC pharmacy - ambulatory care center a.k.a. farmasi klinik pakar - meman saya tak boleh diam).
saya suka suasana kat sini secara umumnya. politik tempat kerja itu biasa, tapi jangan dilayan sangat. kerja akan tak best jadinya. kawan je dengan semua orang. dari pegawai atasan sehinggalah bawahan. hormati semua orang, nanti orang akan hormati kita. jangan luaskan jurang antara kita dengan orang bawahan, nanti tak suka duduk kat tempat tu. saya palng tak suka kalau orang atasan yang berlagak. staff banyak je yang macam tu. huhu. tolonglah. tapi kalau dapat orang bawahan yang suka mengarah/berlagak/suka-hati-dia-nak-minta-ubat-ori-sahaja-yang-generic-tak-mahu-sebab-sudah-tentu-tak-berapa-berkesan-walaupun-tak-pernah-cuba. aish, naik suhu jugak la.
1 comment:
secara shafawi-nya, dapat tahu negeri je-kelantan. klinik kesihatan/hospital/enforcement tu tak tahu lagi - berharap untuk dapat hospital. hehe.
saya senyapkan dulu berita ni sebab hitam putih untuk pertukaran ni tak dapat lagi dari KKM. huhu
Post a Comment