Showing posts with label farmasi. Show all posts
Showing posts with label farmasi. Show all posts

5.5.14

doa [sabar] solat

Bismillaahirrahmaanirrahiim

[2:152]
Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.

[2:153]
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.  

[2:186] 
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaMu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.   


------------------------------------------------------

Bila dibaca pada waktu biasa-biasa, tak terasa sangat ayat tu menyerap jauh ke dalam lubuk hati. Tapi bila dibaca pada saat diuji dengan ujian demi ujian yang kita rasa sampai kita tak sanggup lagi nak memikulnya,   tidak tahu nak mengadu kepada siapa dah sebab semua orang tak ada jalan penyelsaian, sampaikan kita terduduk beberapa kali, menangis setiap kali berdoa, menangis juga masa memandu (cover dengan cermin mata hitam ye kalau tak mau kantoi) masa tu rasa : Ya Allah, betapa Engkau sebenarnya sangat sayang kepadaku.. Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan suatu beban yang tidak mampu untuk kita tanggung, kalau kita dapat ujian tu maksudnya Allah tahu kita mampu dan Allah nak didik kita supaya lebih sabar, lebih redha. Allah sangat sayang pada kita, sebab tu Allah nak bagi pahala extra kepada kita. Dia tidak mahu dosa kita lebih banyak daripada pahala kita, sebab tu Dia bagi ujian kepada kita. Moga dengan ujian tu, kita bersabar. Dengan bersabar, dapat pahala inshaAllah. Sabar adalah antara keyword yang paling banyak disebut dalam Quran, perasan tak? Moga kita semua dipimpin hati, emosi dan perasaan [perempuan kan, kelebihannya pada perasaan] untuk sentiasa berada di landasan mardhatillah. Ameen.. Banyakkan berdoa, yakin padaNya. InshaAllah sesuatu yang baik pasti menunggu di hadapan. Jika bukan di dunia, di akhirat sana. Yakinlah! 

19.1.12

KK at 5th day

hari kelima bekerja di klinik kesihatan.

masih dalam proses serah tugas oleh bimi. tadi masa tengah bersiap-siap nak bertolak, bimi telefon. dia kata : nuha, hari ni kita pergi KK to' uban eh. boleh kenal KK tu terus. nanti lepas ni kalau awak nak kena buat penyeliaan klinik/kaunseling pesakit kat klinik tu, boleh dah la. saya nak bagi peta, tak reti. takut sesat. hehe. saya jawab : okey.

maka bermulalah sebuah 'pengembaraan'. dari kg. geting ke kg. kasa, pasir mas (bimi tunggu situ sebab rumah dia kawasan tu). makan masa yang agak lama jugak la sebab pagi-pagi ramai orang nak pergi sekolah. on the way nak ke tendong tu pun dalam 4/5 buah sekolah jugak la saya kena lalu. bertolak pukul 7, sampai depan masjid kasa dah pukul 7.40pagi. lepas tu sarapan jap sebelum pergi KK to' uban. dalam 15-20minit jugak la dari bandar pasir mas tu. sampai TU (to' uban) dah pukul 8.30 nak pukul 9. lepas bagitahu PPF (pembantu pegawai farmasi) kat sit yang kami datang melawat hari ni untuk buat kaunseling, kami pun start lah kerja. hari ni khamis, pesakit tak ramai, doktor pun tak ada. jad kitorang pick je la pesakit mana yang agak-agak nak kena kaunseling. dalam tak ramai pesakit tu, boleh la 8 orang (kaunseling ubat-ubat hipertensi + asma + diabetes). kaunseling cara makan, macam mana ubat bertindak, assess cara pesakit makan/guna inhaler. majoriti daripada pesakit (eh, boleh dikatakan semua eh) yang salah cara makan/guna. yang patutnya makan sebelum, dimakan selepas. yang patutnya dimakan malam, dimakan pagi. inhaler pun salah lagi teknik. huhu. memang patut la kena buat kaunseling pesakit-pesakit ni, paling kurang pun sebulan sekali untuk nak pastikan cara mereka makan/guna tu memang betul ikut apa yang kita ajar. tambah-tambah pulak mereka ni dah berumur, duduk kat rumah sorang-sorang. huhu.

tengahari, bimi ajak saya pergi rumah nenek dia (kawasan situ jugak, dekat sangat dengan klinik tu). nenek dia duduk sorang-sorang. pagi-pagi pergi menoreh getah dengan basikal. lepas tumpang solat, kami bersiap ke KK kangkung pulak. (klinik kesihatan bawah seliaan pusat kesihatan daerah-PKD-pasir mas ni ada 7 : KK bandar pasir mas, KK rantau panjang, KK chekok, KK kangkung, KK to' uban, KK tendong, KK meranti). berkenalan dengan pegawai farmasi yang menjaga KK tu (muhaini). tengok-tengok farmasi situ, substor diorang (wah, kagum! stor KKRP tak sempat nak kemas apa-apa!). kejap je pergi situ, lepas tu bimi tunjuk KKB pasir mas, sebab sabtu ni kitorang kena pergi mesyuarat kat situ. huhu.

KK vs. hospital.
ada pros and cons masing-masing. :)

27.12.11

hospitalku (i)

bahagian satu -> sebab banyak nak cerita dalam ni. tapi kita tengok ye, cerita tu sampai mana je boleh dikarang.. =p

dua tiga hari ni selalu je bukak dashboard blog, niat nak post something tapi akhirnya jadi kerja separuh jalan. dua tiga hari ni duk fikir pasal SKT (sasaran kerja tahunan) lah, SBPA (sistem baru perkhidmatan awam) lah, tempat posting lah, kad atm kena block lah. huahuahua. havoc days~~

ok, mari kita bermula.

pagi tadi, setelah bosan telinga menadah soalan 'nuha dapat posting mana?', saya pun telefon lah ke KKM. masa nak telefon tu tak ada perasaan apa-apa pun sebab sebelum ni dengar kawan sekerja (ehem!) cakap : susah telefon KKM. susah nak tembusi talian. telefon sekali, engage, dua kali engage, tiga kali pun masih engage. sampailah berbelas-belas kali baru dapat. tapi tadi tidak, sekejap je saya minta operator sambungkan ke nombor KKM, terus dapat (mungkin sebab intake untuk pegawai farmasi kali ni tak ramai). lepas tu senang pulak dia sambungkan ke sambungan pegawai yan terlibat. selepas agitahu nombor kad pengenalan, dia semak dan bagitahu keputusan. dan tadaa, seperti yang dijangka lah. saya tanya dia, bila nak kena lapor diri? dia cakap 3 jan. huh? mana sempat nak selesaikan semua urusan-urusan di sini secepat itu? dah la esok, lusa dan ahad ni saya cuti. 'meme bereh!' dengan SKT yang nak kena hantar sebeum 3 jan lagi, dengan SBPA lagi. surat rasmi untuk pertukaran belum sampai lagi. kena tunggu surat dulu kot?

dulu masa isi borang untuk FRP (fully registered pharmacist) ni, tak ada lah saya fikir sangat nak dapat mana. sekali, bila dah tahu kena 'campak' kat mana lepas ni, risau lah pulak. hehe. sayang sebenarnya nak tinggalkan hospital ni. hospital ni banyak mnegajar saya. daripada seorang yang pendiam, tak berapa suka bergaul jadi seorang yang suka bercakap dan suka tegur orang (uhuh, sampai ada yang tak percaya bila saya niat nak jadi seorang pendiam. mereka kata : boleh ke? walaupun dalam minda dah set, hari ni tak nak cakap banyak, tapi bila pergi ACC pharmacy - ambulatory care center a.k.a. farmasi klinik pakar - meman saya tak boleh diam).

saya suka suasana kat sini secara umumnya. politik tempat kerja itu biasa, tapi jangan dilayan sangat. kerja akan tak best jadinya. kawan je dengan semua orang. dari pegawai atasan sehinggalah bawahan. hormati semua orang, nanti orang akan hormati kita. jangan luaskan jurang antara kita dengan orang bawahan, nanti tak suka duduk kat tempat tu. saya palng tak suka kalau orang atasan yang berlagak. staff banyak je yang macam tu. huhu. tolonglah. tapi kalau dapat orang bawahan yang suka mengarah/berlagak/suka-hati-dia-nak-minta-ubat-ori-sahaja-yang-generic-tak-mahu-sebab-sudah-tentu-tak-berapa-berkesan-walaupun-tak-pernah-cuba. aish, naik suhu jugak la. 

19.7.11

ACC time

salam to all. =)

a bit update. (takde kerja, asyik nak update kerja ja.. hehe)
i'm now attaching at ACC (ambulatory care centre) for 1 month, starting last week till first week of Ramadhan. last week, i was 'tagging' here. looking around, see how people here worked, how busy it was when Sunday and Wednesday came. The key performance index (KPI) for ACC is waiting time, not to be more than 30 minutes per patient. but, i thought it could not be fit especially on those two busy busy days.. 

this week, i'm looking after dangerous drug (DD). every slip prescribed with DD (e.g. clonazepam, alprazolam, phenobarbitone etc) will be screened by me first before handing to other PPF (pembantu pegawai farmasi) or other pharmacists for filling, labelling and dispensing process.

masuk mode BM.
kerja kat ACC ni best jugak sebenarnya. cuma terkejar-kejar sikit la.
brek kecemasan. sekali lagi. hee~

16.7.11

perbaharui niat

"tak kerja, rasa nak kerja. bila dah kerja, bosan la.. letih la.. tak larat la.." ummi jawab, bila saya meluahkan bahawa saya letih bekerja.. huhu. betul jugak. manusia, memang tak pernah puas kan?

"bekerjalah kerana Allah," tegur seorang pelawat bila mendengar keluhan seorang teman sekerja saya..

"ikhlaskan hati," nasihat seorang pembantu pegawai farmasi sewaktu kesibukan yang teramat di satelit 7 dengan bermacam kerenah pesakit.

"makcik tu cakap, kita kena sabar. orang lain pun tunggu jugak. datang hospital lagi lama dari kita. kalau pesakit yang tak berupaya (berkerusi roda/OKU) datang, mereka akan diberi keutamaan. kesian mereka," luah seorang pesakit warfarin setelah namanya dipanggil untuk INR test dan kaunseling warfarin.

situasi kerja. suasana bekerja. letih. penat. sedih. gembira. geram. marah. bercampur. 
pokok pangkalnya, semuanya bergantung kepada NIAT. niat yang baik, inshaAllah akan baik lah hari yang bakal dilalui. pesan untuk diri : perbaharui niat setiap hari. juga SABAR. kuatkan sabar. 

psst : tegur saya jika saya salah, ye.. :)