Kawan..
Jika kamu belum bersedia untuk melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam ... Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ... Dengan begitu kau telah memuliakan dia, kerana kamu tidak mengajaknya menjalinkan hubungan yang terlarang dan tidak mahu merosak kesucian serta penjagaan hatinya..
Dengan diammu…
Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga.. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
Dengan diammu….
Itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya .. Kerana mungkin orang yang kau cintai itu juga adalah orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu ...
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan... Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ....
Kawan…..
Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan... Kekuatan sebuah harapan... Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi kenyataan… Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata... Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?
Kawan…
Jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata…. Biarkan ia tetap dalam diam... Jika dia memang bukan milikmu, lalu Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk kamu harungi hidup bersama... Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri.. Biarkan sudut hatimu menjadi rahsia antara kamu dengan Sang Pemilik hati...
Kerana yakinlah…. Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau merealisasikan mimpimu di kemudian hari.. Bersabarlah dalam diammu… Kerana tulang rusuk takkan tertukar apatah lagi tersasar…
sumber : lupa dah ambik kat mane. huhu.
nota : ini entri khas untuk seorang sahabat. :)
and one thing to keep in our mind:
[ doa itu wireless, dan coverage dia masuk satu universe - versus, hlovate ]
2 comments:
Wireless & universe. Memang sangat dalam.
aah. hmmm (berfikir)
Post a Comment